Thursday, December 13

Pilihan yang ku pilih.

Kadang-kadang aku sedih ngan diri sniri. Org ckp mcm ape tuh, "Cakap tak serupa bikin". Ni aku tengah bikin kan la seperti yang aku cakap. Aku takmau jilat ludah sniri kalau boleh. Tapi kdg-kdg kita mmg tak sedar kita sedang menjilat ludah sndiri. Eh ape aku mengarut ni. Jiwa tengah kacau.

Aku dah membuat pilihan dan aku takmau patah balik. No way of turning back! Look forward. Pilihan yang dibuat adelah yang terbaik untuk kebahagiaan semua. Dan tentunya kebahagiaan diri sendiri. Sebelum ni pun perasaan nya sama, senyuman dan keriangan je yang menutup kesedihan. Sekarang pun mcm tu. Cuma keadaan yang berubah sikit. Bahagia dalam tangisan. Sesuai betul lagu ni utk aku. Tp aku tak suka sgt lagu ni. Ade kaitan pun.

Cerita dia mcm korang ade pilihan, tapi korang sukar nak memilih. Sedangkan sebenarnya pilihan tu tak ada. Ada satu pilihan je. Tapi yang bukan pilihan tu la yang korang nak. Dah ckp cm psiko lagi ke? Mungkin kot. Ape ayt aku ni. Hahaha.

Senang cita macam korang dah menerima orang lain dalam hidup tapi hati korang masih kat org lain. Ape cerita? Adekah itu dinamakan kecurangan hati? Ade ke mcm tu? Tapi xpe lah kan, masa menentukan semua. Org kata jodoh yang direstui keluarga insyaAllah akan berkekalan. Wallahu 'alam. Itu semua kuasa Allah dan kita kan hanya merancang. Jadi setiap hari la berdoa supaya kita dapat menyayangi jodoh kita sepenuh hati. Tak kira la siapa pun jodoh kita. Adekah orang yang telah kita rancang masa depan kita dengannya ataupun dengan unexpected people.

Hurm. Aku baru berjinak membuat solat sunat istikharah. Tetiba terbuka hati nak buat solat sunat istikharah. Sebab runsing kot. Sebelum ni aku memang taknak buat. Sebab aku takut dengan ape yang akan aku dapat jika kuasa Allah memberikan aku petunjuk dan lagi aku tau aku ni hamba yang sangat lalai, sedangkan yang wajib pun masih terabai, inikan pulak nk mintak petunjuk.

Tapi seorang hamba Allah yang baru aku kenali dlm masa sehari ini memberikan aku nasihat, jika Allah nak berikan petunjuk, hanya Dia yang berkuasa memilih hambanya. Jadi kita sebagai hamba sepatutnya ada inisiatif. Tak semestinya yang warak tu selalu mendapat petunjuk-Nya. Tu yang aku tetiba buat. Dah 2 3 org jugak la sarankan aku buat solat sunat istikharah ni. And finally, aku pun mencuba. Hasil yang kemungkinan kita terima tidak semestinya melalui mimpi, ini mcm yg kawan aku bgtahu la. Kdg-kdg melalui naluri hati yang kuat kepada petunjuk yang Allah beri. Dan apa juga cara yang diredhai-Nya. Ntah la. Sekalipun petunjuk tu yang aku terima, mungkin aku diam-diam je. Dan ikut apa yang dirancang. Kalau betul jodoh tak kemana la kan. Aku buat ni sekadar untuk menenangkan hati je. Perancangan tetap akan diteruskan dengan usaha yang gigih tak kira ape juge hasilnya!

^_^

No comments :

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::