Wednesday, May 31

Tempat makan best di Johor - Lebih 50 tempat menarik sekitar Skudai, JB, Pasir Gudang

Kalau orang tanya, "Kt JB makan mana best eh?" Susah wei nak jawab. Sebab aku sendiri pun kalau lepak dengan kawan, diorang tanya "makan mana?", "Krikkk...krikkk".....

Bila kawan datang JB dan diorang tanya kat mana makanan sedap kalau datang JB? Err?? Aku pulak jenis macam, emmm emmmmm... aku makan semua macam sedap je.. ade lah beberapa kedai makan yang out of list.. haha.. tapi majoriti kena dengan selera aku.. tolak batu dengan kayu je kot..

Jadi sini aku share lah beberapa tempat makan yang aku pernah try dan suggested by people dekat area JB. Aku malas nak suggest makanan yang dah memang lokasi kat mall-mall besar sebab selalunya yang dekat mall ni dah well-known dan banyak branch.

Aku share tempat-tempat ni sebagai rujukan aku sebab dah beberapa kali jugak kawan-kawan datang Johor tanya aku nak lepak mana. Mana entah list-list tu semua. Dan penulisan ini jugak berdasarkan pengalaman aku sendiri dan ingatan aku tentang tempat-tempat tu adalah terhad, jadi kalau ada apa-apa komen dan pembetulan boleh lah komen di ruangan di bawah.






******************************************************************

Skudai 

******************************************************************


1. Ateh Corner


(Gambar from Google)

Lokasi             : 28, Jalan Kebangsaan 31, Taman Universiti, 81300 Skudai
Link                : Ateh Corner
Waktu operasi : 5 PM - 2 AM
Suggested       :
  • Lamb Chop (murah below RM20)
  • Mee Bandung (not bad, sedap compare kedai-kedai lain)
  • Chicken Chop set (free air Teh o ais)
  • Masakan Panas
  • Western
  • Side dish

Memandangkan aku sememangnye bertamadun kat Skudai, aku promote area Skudai dulu. Ateh Corner, last time aku pergi ada lah dalam beberapa bulan lepas. Servis dia best. Kalau aku tapau dan tunggu order, dia provide Teh O' ais FREE untuk customer yang tunggu makanan. Best kan? Aku teguk lelaju lah sbb takut makanan siap awal. Dah lah Teh O' ais dia ikhlas, bukan spesis tawar berlenyer punya la.

Plus, aku aku pernah order puding caramel. Owh, masa ni masih berbunga-bunga dengan cerita "Manisnya Cinta di Cappadocia". Nakkk jugaakkk try makanan feveret Ifti Liyana. Dan rasa puding dia tak mengecewakan. U shud try. Ateh Corner jugak ade menu bajet. RM6 dapat Ciken chop dan Teh O ais as a set. Kadang-kadang aku suka order menu nie sbb senang, taknak pikir nak minum ape.

Tak silap aku Ateh ade jual satay dan ikan bakar. Tapi aku tak pernah try. So, sesiapa yang pernah try boleh komen sini k.



******************************************************************


2. Che mek


(Gambar from Google)



Lokasi             : Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti, 81300 Skudai.
Link                : Che Mek
Waktu operasi : 5 PM - 1.40 AM
Suggested       :
  • Nasi goreng tomyam
  • Tomyam (antara paling sedap sekitar skudai)
  • Kuey tiaw ladna
  • Mee hoon sup
  • Mee hoon goreng daging
  • Masakan Panas
  • Satay
  • Kerang Rebus (RM5)
  • Seafood
Che mek merupakan kedai makan feveret aku untuk masakan panas. Dia start bukak lepas jam 5 petang. Servis dia laju. Kedai dia dekat dengan Petronas yang seberang Pasar Taman Universiti. 

Once upon a time, Mee bandung dia adalah menu yang aku akan order tiap kali datang. Sangat sedap, lagi sedap daripada Ateh Corne. Sebab tukang masak menggunakan rempah mee bandung asli dari Muar. Tapi, lepas temuramah, katanya susah nak amik stok rempah mee bandung, so aku takkan order dah mee bandung kat sini. Sebab aku pernah order masa dia dah stop guna rempah tu and mengecewakan pulak hasilnya. Jadi aku akan order menu lain sekarang. Mostly, menu kat sini semua sedap especially Tomyam.


******************************************************************

3. Pasar Awam Taman Universiti


Lokasi             :  Lot PTD 55821, Jalan Kebangsaan 19, Taman Universiti, 81300 Skudai.
Link                :  Tiada
Waktu operasi : 6 AM - 6 PM
Suggested       :
  • Breakfast - lontong, nasi lemak, roti canai
  • Lunch - lauk pauk aneka rasa
  • Tea Time - keropok lekor, pisang goreng, cendol, ais jagung, bayam & cendawan goreng, ubi ketuk, cekodok, cempedak goreng, cucur, air kelapa.
  • Masakan panas - nasi goreng kampung (banyak dan pedas)

Dekat sekeliling kawasan pasar basah sini ada banyak gerai makan termasuklah gerai-gerai buah. Sometime orang selesa dengan konsep gerai atau warung ni untuk lepak-lepak walaupun tak ada air-cond. Since dari zaman belajar degree, ini antara port fevret aku untuk sarapan pagi, lunch dan minum petang. Kedai yang attached dengan pasar kat bahagian depan tu fevret aku untuk breakfast,. Menu breakfast kebanyakannya sedap-sedap macam lontong basah, lontong kering,roti canai, nasi lemak, soto, mee goreng. Kedai yang hujung sekali sederet dengan kedai buah-buah tu fevret lunch dan minum petang. Lauk tengah hari kat situ setakat ni paling win, memang sedap semua walaupun harga nya bagi aku agak mahal sikit, tapi sebab sedap sebab lauk semua berasa, so puas hati. Aku selalu tapau lauk tengah hari kat sini. Petang pulak memang lepak minum cendol or teh tarik plus dengan pisang goreng, bayam goreng, cekodok, ubi ketuk, karipap, keropok lekor, cendawan goreng, eh macam-macam lagi, pegi sendiri nak tgk.



******************************************************************


4. Tunku Impian


(Gambar from Google)


Lokasi             : Jalan Flora 1/10 (Jalan Pulai), Skudai
Link                : Tunku Impian
Waktu operasi : 5 PM - 2 AM
Suggested       :
  • Sup daging + Nasi putih + telur dadar
  • Mee hoon sup
  • Nasi goreng daging merah
  • Mee hoon goreng daging
  • Cakoi Mayonis
  • Air buah (semua pekat, buah pure dan fresh!)
  • Masakan Panas

Kat Taman Universiti, kedai ni adalah feveret aku all the time masa zaman degree. Sebab sup-sup dia sedap. Sup dia makcik aku cakap macam sup thailand. Aku taktau pulak la sup thailand macam mana. Tapi dia ada rasa masam-masam sikit. Aku suka je. Hahaha. Asal sedap di tekak aku. Dulu roomate aku pun suka order sup dia.


******************************************************************


5. Chao Phraya

(Gambar from Google)



Lokasi             : Jalan Flora 1/10 (Jalan Pulai), Skudai
Link                : Chao Phraya
Waktu operasi : 5 PM - 2 AM
Suggested       : Masakan Panas

Before aku suka makan kat Tunku Impian, Chao Phraya memang fevret port dinner aku dan geng. Kedai diorang tak jauh antara satu sama lain. Kitorang selalu order seafood share reramai. Murah dan serius sedap. Tapi sejak portion makanan jadi makin sikit dan rasa dia agak berbeza makin hari, maka port kami pon berpindah. Kali terakhir aku datang makan, still sedap, tapi mungkin sebab dah terlalu banyak tempat makan lain, persaingan jadi makin tinggi.



******************************************************************



6. Wakaf Singgora



(Gambar from Google)



Lokasi             : Jalan Kebudayaan 18, Taman Unversiti, Skudai
Link                : Tiada
Waktu operasi : 5 PM - Unknown
Suggested       : Tom yam, masakan panas.


Sini pun antara fevret aku jugak lah. Maklum lah stay skudai lama, makan luar hari-hari. Masakan panas kat sini majoriti sedap. Ada nasi kerabu jugak kalau tak silap.


******************************************************************


7. Nasi Lemak Depan AEON Taman Universiti


(Gambar from Google)


Lokasi             : Simpang empat traffic light AEON Taman Universiti
Link                : Tiada
Waktu operasi : 6 PM - Unknown
Suggested       :
  • Nasi Lemak
  • Sambal Sotong
  • Rendang Daging
  • Rendang Kambing
  • Ayam Goreng & Telur Goreng Mata

Taktau lah exact nama untuk kedai brader-brader macho ni, tapi ini antara fevret nasi lemak aku sepanjang belajar kat UTM. Sebabnya, nasi lemak brader ni TIADA halba. Tau halba? selalu orang guna masak nasi dagang, yang biji-biji halus dalam nasi. Aku memang tak berapa suka sangat kalau nasi lemak letak halba, bukan lah tak makan langsung, tapi kurang berminat. Selalu aku suka order nasi lemak dengan lauk rendang daging. Kadang-kadang ambik rendang kambing, sambal sotong ataupun ayam goreng. Sedap. Ini antara gerai fevret all the time. Aku kurang pasti status kewujudan kedai ni memandangkan gambar dari Streetview, lori yang brader tu selalu tinggal dah missing in action.


******************************************************************


8. Cahaya Tomyam

(Gambar from Google)


Lokasi             : Jalan Perdagangan 5, Taman Universiti, Skudai
Link                : Cahaya Tomyam
Waktu operasi : 5 PM - Unknown
Suggested       :

  • Tomyam campur
  • Nasi putih + paprik seafood (sedap weh)
  • Kuey tiaw goreng ladna
  • Nasi putih + daging kicap
  • Masakan Panas

Kedai makan ni kecik je terletak di seberang jalan Shell Taman Universiti dan menyediakan masakan panas. Cuma apa yang aku suka, kalau order Tomyam, isi dia banyak dan ade la sekor ketam lepasan PMR dalam tu. Not bad lah kan. Kedai lain mana nak letak ketam bagai. Sejujurnya aku dah lama tak makan kat kedai ni. Tapi aku memang kurang berkenan kalau oder mee hoon sup sini sebab dia letak taugeh banyak gile. Aku da la macam anti-taugeh sikit. 

Cuma compare dengan Che Mek, aku lagi prefer Che Mek untuk makan tomyam sebab kuah dia lagi pekat dan pedas. Lain orang lain citarasa kan.


******************************************************************



9. ANZ Zul Corner


(Gambar from Google)




Lokasi             : N12, Jalan Penyiaran 2, Taman Universiti,
Link                : Zul Corner
Waktu operasi : 5.30 PM - Midnight - Pagi open for breakfast
Suggested       :

  • Sup tulang/sup daging
  • Kailan ikan masin
  • Daging goreng kunyit
  • Sup sayur
  • Masakan Panas

Kedai ni terletak jauh sikit dari pusat Taman Universiti: N12, Jalan Penyiaran 2. Dekat food court berhampiran perumahan. Ini pun cousin aku yang intro, kalau tak aku memang taktau kewujudan kedai nie. Adelah kewajipan kalau aku pegi sini, order sup tulang. Peghhh. Sedap gila. Pedas, pekat dengan rempah-rempah, tulang pun banyak isi. Aku tak jumpa lagi kedai lain yang boleh provide sup tulang sedap macam ni selain kedai abang zul kat sekitar JB.

Sometime, kalau datang ngan cousin, kitorang order nasi putih, sup tulang, ikan masin goreng, kailan ikan masin, daging goreng kunyit garing-garing. Dan harga dia sangatlah berpatutan. Mampu milik sangat untuk sup tulang dan menu-menu mentedarah ini. Kalau makan dua orang selalunya tak smpai RM16 pun dengan menu-menu fevret kitorang tadi. Harga Sup Tulang pun dalam RM6-7 tak silap aku. Cousin aku selalu breakfast kat sini sebab roti canai sedap katanya. Tak pasti bukak pukul berapa sampai pukul berapa.



******************************************************************


10. Green Jade


(Gambar from Google)


Lokasi             : No 1&2, Gerai MPJBT, Jalan Kebudayaan 8,  Taman Universiti, Skudai
Link                : Green Jade
Waktu operasi : 10 AM - 4.30 PM (until sold out)
Suggested       :

  • Nasi Ayam Penyet (Smash Chicken Rice)
  • Rojak
  • Mee Rebus
  • Mee Kari
  • Nasi Lemak Ayam
  • ABC
  • Cendol
  • Air Buah
  • Air panas / sejuk

So kat Taman Universiti, Green Jade nie tempat feveret untuk lunch. ABC dia famous kat sini. Dia tak ada masakan panas, tak ada lauk-pauk bagai. 
Selalu aku nak makan Mee Kari lah aku akan pegi kedai ni. Sebab banyak, sedap dan pekat. Tapi aku pernah try Mee Rebus dia, bukan selera aku. Boleh lah usyar-usyar Green Jade kat sini.


******************************************************************


11. Meletop Steamboat & Grill



(Gambar from Google)



Lokasi             : Jalan Enau 11 Taman Teratai, Skudai.
Link                : Meletop Steamboat & Grill
Waktu operasi : 4 PM - 11.45 PM
Suggested       : Steamboat & Grill


Setahun lepas, aku makan kat kedai ni, memang pack sangat. Orang ramai gila. Sebab untuk satu kepala just bayar RM19.90 which is murah untuk stemboat & grill. Boleh makan sampai muntah. Bahan mentah yang di provide tak kedekut, banyak gila, ada mesin buat ABC lagi. Cuma, aku agak frust dengan tempat grill masa tu, duduk grill sampai setengah jam daging dengan ayam tak masak-masak, mula lah rasa nak cucuh kat lighter je macam lagi laju. Taktau lah ape masalah masa tu. Dan rempah pada bahan mentah tersangatlah penuh. Memang sagat tak kedekut tapi bila dan pekat dan penuh sangat, rasa macam telan rempah ratus berkerumun dalam mulut. Hahaha. Selalunya aku akan prefer Kapten Steamboat sebab tak terlalu pack, boleh makan dengan tenang walaupun kena bayar extra. Dan sini tak ada daging kambing setiap kali aku datang, atau mungkin dah  habis dan tak topup lagi. Cuma untuk mereka yang bajet rendah sikit dan nak have fun dengan kawan-kawan atau family tanpa memilih, tempat ni sesuai sebab berbaloi harga dengan pelbagai bahan-bahan dan menu yang disediakan.



******************************************************************


12. Restoran Agus




(Gambar from Google)


Lokasi             : No 14, Jalan Kebudayaan 2, Taman Universiti, Skudai
Link                : Restoran Agus
Waktu operasi : 4 PM - 2 AM
Suggested       :

  • Roti Canai
  • Nasi Ayam Penyet
  • Masakan Panas
  • Satay 

Kalau korang tak berapa gemar roti canai mamak, maybe korang boleh datang sini. Menu kat sini pelbagai. Tapi yang famous kat sini adalah Nasi Ayam Penyet. Sejak Nasi Ayam Penyet Endang dah tak ada, dan Nasi Ayam Penyet Pinang dah kurang menyengat, sini adalah port lain untuk makan Nasi Ayam Penyet. Apa yang menarik adalah ayam penyetnya. Aku pernah bawak kawan-kawan aku makan, diorang pun cakap sedap cuma sambal ayam penyet tu boleh improve lagi. Selain tu, kat sini ada jual satay kalau tak nak makan berat-berat, cuma aku rasa satay dia boleh improve lagi.


******************************************************************


13. Ejohng concept 


(Gambar from Facebook)


Lokasi             : No 45 Jalan Pulai Perdana 11, Taman Sri Pulai Perdana, 81110 Johor Bahru
Link                : Ejohng concept 
Waktu operasi : Tengah hari - Malam
Suggested       :

Mula-mula aku asyik salah eja "Ehjong Concept" masa baru kenal kedai ni. Restoran ni agak hipster suasananya, menyediakan western pada waktu malam dan nasi bungkus pada waktu lunch. (Tapi aku tak pernah try time lunch). Apa yang best kat sini, diorang provide air FREE. So, kalau rasa bajet dah lari marathon, tak perlu order air. Just minum lah air yang dia provide. Bukan calang-calang air, kadang-kadang ribena, oren, anggur, selalunya dua jenis at a time. So aku pernah try Chicken Chop dan Lamb Chop kat sini. Dua-dua rasa dia sedap cuma bagi aku servis dia makan masa agak lama jugak la untuk order sampai. Ada orang jual pepes ayam kat tepi kedai, memang sedap pepes dia. Tak pasti lah orang tu dah pindah ke belum.



******************************************************************

Johor Bahru

******************************************************************


1. Bigfood

(Gambar from Google)


Lamb Chop - RM25



Spaghetti Meatball Bolognese x Carbornara - RM28




Supreme Grill - RM60




Lokasi             : Jalan Kolam Air 1, Taman Nong Chik (Nong Chik Height), Johor Bahru
Link                : Bigfood
Waktu operasi : 3 PM - 12 AM
Suggested       :

  • Lamb Chop - RM25
  • Premium Daging (Premium Beef) - RM18
  • Supreme Grill (for 3,4 person) - RM60
  • Spaghetti Meatball Bolognese x Carbornara - RM28

Bigfood yang terletak di Kampung Nongchik (tak jauh dari bandar JB) ni dah sememangnya famous dan ramai orang. Dah beberapa kali jugak makan sini, perrghh ramai boleh tahan lagi-lagi time berbuka puasa. Sini jugak, tempat famous orang suka celebrate besday. Macam dah 10 kali datang, 6, 7 kali org sambut besday siap surprise bagai tau. Nanti staff dia akan bukak kan lagu besday, boleh request. :)

Menu feveret aku kat Bigfood adalah : LAMB CHOP. 

Lamb chop dia sedap, banyak dan berbaloi dengan harga lebih kurang RM25 (tahun 2016). Aku pernah try Chicken Chop dia tapi bukan taste aku sebab ayam dia tak leper. Jenis setongkol macam ayam goreng. Nasi goreng dia bagi aku biasa-biasa aja, tak lah special dan sedap gila-gila, tapi kalau ade yg lapar nasi tu boleh makan. 

Oh ya, dan satu lagi menu aku suka kat sini Premium Beef. Aku tak pernah order, tapi aku tibai kawan aku punye. Wheww. Sedap. Berbaloi. Harga pun tak sampai RM20 dan mengenyangkan. Nampak macam sikit tapi serius tak habis. 

Satu lagi set besar dia, aku pernah try sekali cousin aku order. That time harga dia dalam RM60 tapi memang boleh makan 3,4 orang. Nama menu tu Supreme Grill tak silap. Dalam menu ni ada semua. BBQ chicken grill, turkey ham, BBQ beef ribs, sliced beef, minced beef, pepperoni, lamb shoulder, eh banyak malas nak cakap. Nak tau order sendiri okay.

Makan memang sedap, banyak dan harga yang berbaloi. Puas hati. 



******************************************************************



2. The Cave

(Gambar from Google)


Lokasi             : No 9, Jalan Kolam Ayer, 81200 Johor Bahru
Link                : The Cave
Waktu operasi : 11.30 AM - 11.45 PM
Suggested       : Western Food

Aku dah makan lama dah kat sini so macam hilang ingatan sikit order apa. Cuma aku memang tak lupa dia punya suasana kedai tu, harmoni.. memang macam dalam gua.. jenis-jenis orang yang tak suka bising-bising.. nak romentik-romentik, boleh la lepak sini.. santai-santai... 

aku pernah try dua kali je.. first time aku makan daging grill.. second time aku order lamb chop tak silap.. aku memang bukan peminat pasta sangat, aku more kepada daging dan ayam.. 

Overall, menu dia semua sedap-sedap bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Ramai jugak orang celebrate birthday kat restaurant ni. Cuma aku lagi suka Bigfood compare to The Cave, sebab portion Bigfood tiada tandingan bagi aku.



******************************************************************



3. It Roo


(Gambar from Google)




Lokasi             : 17, Jalan Dhoby, Johor Bahru
Link                : It Roo
Waktu operasi : 12PM - 9 PM
Suggested       :
  • Chicken Chop (Fried / Grill)
  • Lamb Chop
Sini antara tempat fevret aku, kedai nie terletak kat Jalan Dhoby berhampiran Bazar Karat JB. Auntie & Uncle Chinese owner kedai ni sporting gila. Menu tebaik diorang adalah Chicken Chop. Aku pernah try Lamb Chop dia. Tapi portion dia agak sikit compare to Bigfood. Aku sanggup bayar lebih kt Bigfood. Cuma rasa dia memang rare, sebab dia macam banyak rempah-rempah yang sihat. Rasa menu dia pun lain dari kedai-kedai western. Lain di sini bagi aku adalah sedap yang boleh diterima. So, kedai ni claim mereka "serve best chicken chop in town". Aku rasa dia boleh la nak claim macam tu sebb memang sedap pun. Kedai nie dah wujud dari zaman aku belum lahir lagi. Zaman sekarang dah banyak western yang bersaing dengan It Roo, so susah jugak la nak cakap kedai ni paling sedap. Chicken Chop boleh pilih nak Deep Fried atau Grill.  Aku selalu order Fried Chicken Chop. Kuah pun boleh pilih either Mushroom atau Blackpepper.

Aku memang selalu order Deep Fied Chicken Chop with Mushroom Sauce kalau datang makan kat sini. :)

Setakat nie tak ada lagi aku kena masalah servis kat kedai nie sepanjang 5 ke 6 kali makan kat sini. Owh, sila datang awal kalau nak makan kat kedai ni before pukul 9.30 malam. Bukak since tengah hari rasanya. Walaupun owner dia chinese, tapi ramai pekerja melayu. Memula aku macam was-was, tapi then aku dah tanya uncle tu, dia tunjukkan sijil halal. Lepas aku dah baca & belek, aku datang makan lagi kat situ. Weeeee ~

Untuk details tentang It Roo boleh click sini.



******************************************************************

4. Dapur Jendela




(Gambar from Google)





Lokasi             : No 49, Jalan Tan Hiok Nee, 80000 Johor Bahru
Link                : Dapur Jendela
Waktu operasi : 6 PM - 2 AM
Suggested       :

  • Soto nasi (selalu exclude taugeh)
  • Ubi rebus (Ubi rebus dia ada letak marjerin)
  • Lempeng with sambal tumis
  • Western


Tak jauh Dari It Roo, boleh jalan kaki je pegi kedai ni. Location dia dekat Bazar Karat JB. Kedai nie antara kedai favourite sebab aku suka order soto. Soto nasi dia ada begedil dan sambal kicap. Kuah dia pekat dan sedap. Memang ikut selera aku. Ada dua tempat je yang aku suka soto dia kat JB, kedai ni la one of them. Menu lain yang aku biasa order, Ubi Rebus dan Lempeng. Aku tak pernah try western kat sini tapi aku tengok org lain balun macam sedap je. Korang boleh try and komen pendapat korang kat sini nanti okaih.
Tapi baru-baru nie aku lepak situ, kena sound pulak dengan owner kedai. Sebabnya, aku bawak kawan-kawan dari KL datang, with us ada dua orang budak kecik which is anak kawan aku. Kitorang pun happy-happy have fun main bergurau dgn anak kawan aku nie. Layankan budak tu sebab tak berapa sihat hampir nak demam. Then makcik tu "shh..shh" kan kitorang sebab dia tengah sedap layan Maharaja Lawak ke cerita ape entah depan TV. -_- So, korang nak datang sini hati-hati tak leh bising-bising. Kalau boleh diam macam duduk library aku rasa takde masalah. Sesuai untuk yang nak romentik-romentik ke sambil bisik-bisik. Hah.



******************************************************************



5. Lokap Cafe








Lokasi             : 11, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru
Link                : Lokap Cafe
Waktu operasi : According to web, cafe ni dah tutup rasanya tapi tak pasti sementara atau tak.
Suggested       : Western & Megi asam pedas

Kedai ni terletak satu deret dengan It Roo. Tak pasti pulak kedai ni wujud lagi ke eh?
Last time oder Chicken Chop dan cousin order megi asam pedas if i'm not mistaken. Tapi, bagi aku, menu dia perlu improvement lagi at that time. Tapi staff dia friendly & bagus sebab dia akan tanya, "makan ok?". Masa tu cousin yang belanjer, so dia honest la cakap yang ada masin sikit, chicken chop overcooked and staff tu accept komen tu dengan terbuka. Harapnya adalah penambahbaikan pada menu-menu tersebut.

Paling win suasana kat cafe ni. Kitorang boleh conteng siling guna kapur, tinggalkan tademark. Haha. Rare! Sanggup panjat sebab nak tulis "Farahin was here!". Entah orang lain dah padam kut sekarang. Plus, environment dia memang berlatarbelakangkan suasana lokap. So, kalau nak bergambar, sesuai sebab tempat nie konsep dia rare.



******************************************************************


6. Chaiwalla


(Gambar from Google)

(Gambar from Google)



Lokasi             : Lot 2810, Tan Hiok Nee Street, 80000 Johor Bahru
Link                : Chaiwalla
Waktu operasi : 12 PM - 12 AM (Ramadhan)
Suggested       : Cold and hot beverages

Chaiwalla ni provide segala macam jenis air yang kita boleh pilih nak spesis macam mana. Dia ala-ala macam Coolblog tapi dia punye pilihan lagi segala jenis macam. Actually aku sendiri pun tak ingat air ape aku pernah order sebab aku pakai bedal je dia punye base, topping dan isi-isi dalam air aku. Siap je terus minum sebab haus, penat kot exercise kat Bazar Karat, giler tak penat.



******************************************************************


7. Der Cabin Bistro


Lokasi             : M16, Jalan Suria 1, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Link                : Der Cabin
Waktu operasi : 5.30 PM - 2.30 AM
Suggested       : Western (Lamb chop)


Der Cabin nie macam pakai konsep kontena. Lokasi dia sebelah KFC Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dekat dengan Tesco Seri Alam dan Regency Hospital. Dia offer western food dengan harga yang mampu milik. Untuk selera aku, bagi aku lah kan, menu-menu dia sedap-sedap. Harga mostly below RM30. Lamb Chop dia pun tak sampai RM20 dengan portion yang sesuai with the price. Menu-menu yang aku pernah rasa kat Der Cabin ni semua just nice dan kena dengan tekak aku. Servis dia pun okay setakat ini tiada masalah dan rekod buruk. Suggested. Tak silap aku dia ade beberapa branch lain area kulai dan kempas.



******************************************************************


8. Burger Bakar Abang Burn



Lokasi             : B.Point Station, Lot 25231-A, Jalan Yahya Al-Datar, Bukit Senyum, 80300 Johor
Link                : Burger Bakar Abg Burn
Waktu operasi : 5 PM - 2.30 AM
Suggested       : Burger bakar paling mahal. :P

Burger Bakar Abang Burn yang dah sememangnya famous dari KL, jadi tak perlulah aku nak promote dan review lebih-lebih. Semua memang sudah sedia maklum dengan rasa dan harga dia. Ini antara menu favourite aku tapi aku jarang datang sini. Maybe sebab lokasi dia yang agak susah nak parking. Dia bukak stall dekat B-Point Station, jadi burger boleh order kat Burger Bakar Abang Burn dan air selalunya order dekat Restoran B-Point tersebut.



******************************************************************


9. Anjung Tokoh Restaurant (Muzium Tokoh)

(Gambar from Google)


Lokasi             : Muzium Tokoh, Bangunan Dato Jaafar, Jalan Yahya Aldatar, Johor
Link                : Anjung Tokoh
Waktu operasi : Dinner time
Suggested       : Masakan Panas, Waffle, Burger.

Tempat nie aku pernah datang dua kali. Sebab 4,5 kali cubaan aku datang selepas itu selalu tak bernasib baik. Ini bukan sejenis muzium ye, cuma dekat Muzium Tokoh ni ada satu buah kedai yang betul-betul attached dengan muzium tu. Lokasi dia yang atas bukit tinggi gila, kereta aku yang manual nie kalau naik memang gear satu. Dia menyediakan masakan panas dan ada side menu seperti burger hipster dan waffle pelbagai pilihan. Ada shisha jugak untuk peminat shisha. Kedudukan dia yang atas bukit tu memang stategik sebab berangin je. Feeling-feeling oversea lah kalau makan kat situ. View pun cantik. Waktu operasi adalah pada waktu malam. Tapi beberapa kali aku datang lewat malam, kedai dah nak tutup dan dah tutup pun. Sad.



******************************************************************


10. Bistro Hutan Bandar



Lokasi             : No 50-01 Jalan Tun Razak Susur 1, 80100 Johor Bahru
Link                : Hutan Bandar Bistro
Waktu operasi : 5.30 PM - 2.45 AM
Suggested       : Chicken Chop & Lamb Chop

Sini sememangnya famous dengan Chicken Chop mereka. Sebab? Harga murah. RM5 tapi banyak giler. Zaman dulu, ada waiter layan amik order. Tapi sebab terlalu ramai orang, so selalu sevis dia kena complain, stafftak cukup, orang datang macam banjir. Jadi sekarang servis dia dah jadi macam KFC. Kena cop tempat duduk, yang lain boleh pegi beratur untuk order. Eh sama lah macam fast food punya servis. Sejak servis dah bertukar nie, portion dia makin bertambah. Ye lah, staff pun dah tak perlu pakai ramai. Tapi ya ampun, dulu aku datang dalam area pukul 9, beratur satu jam. Ada 10 orang dekat depan aku tengah que. Jadi aku suggest datang awal sikit lepas maghrib.

Menu yang special harus lah Chicken Chop, Lamb Chop dan Beef Steak. Boleh lawat page tersebut klik sini.






(Gambar from Facebook)


******************************************************************



11. Foodtruck Hutan Bandar



Lokasi             : Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru
Link                : Foodtruck Hutan Bandar
Waktu operasi : 7 PM - 1 AM
Suggested       : Macam-macam ada. Asian, Mexican, Western, Italian, Local, Ice Blended.

Tempat ni masih baru dalam awal tahun 2017. Terletak di Hutan Bandar MBJB, malam-malam kat sini memang hidup. Meriah sangat. Aku pernah nak try sekali, tapi Ya Allah, macam bistro hutan bandar yang lama tu, punya lah susah nak dapat tempat duduk. Seat sangat limited bagi aku untuk berbelas foodtuck yang ada, aku rasa dia boleh improve kot. At last, kitorang tukar location dinner sebab agak lama cari tempat duduk tak jumpa-jumpa. Berdasarkan pemerhatian aku, banyak choice kat situ. Untuk kepastian tentang Foodtruck Hutan Bandar MBJB ni boleh klik sini.

Lokasi dia yang berhampiran hutan nie, semestinya banyak nyamuk. Better boleh la pakai Mosquito Repellent siap-siap.


******************************************************************


12. Kapten Steamboat












Lokasi             : 1st floor, Jalan Tun Abd Razak, Taman Suria Muafakat, 81200 Johor Bahru
Link                : Kapten Steamboat
Waktu operasi : 12.30 PM - 12 AM
Suggested       : Steamboat & Grill

Sesiapa yang nak makan steamboat and grill kat area JB boleh la try sini, Taman Suria Muafakat, dekat dengan Bandar Baru Uda dan Pejabat Pelajaran Johor. Sini antara tempat favourite aku lah dengan kawan-kawan. Since bajet dah lari, tak boleh lah selalu makan kat Seoul Garden, this will be my second choice. 

Sebabnya, dia tak pakai dapur gas yang kena bawak gas ke hulu hilir coz Kapten Steamboat dia provide set grill yang pakai elektrik cucuk kat plug. Ada air-cond dan tempat solat. Paling aku suka, sini ada provide daging kambing. Haaaa.. selalu steamboat & grill aku pegi, susah nak jumpa yang ada daging kambing. Even if kalau ada pun, licin laju then tak top-up lagi dah. Seafood kat sini banyak choice such as sotong, bamboo stick, shell, kepah, kerang, udang. Sayur-sayuran pun mewah, aku suka amek, brokoli & cendawan. Kalau makan sini, aku memang stay dalam 2 hingga 3 jam. Nasib lah staff tu tak penah halau kitorang. :) 

Boleh membuat tempahan awal kalau nak datang ramai-ramai. Call je dulu. Aku penah berbuka puasa sebab kawan-kawan aku dari KL datang. So, memang kena tempah awal la sebab kadang-kadang full. Even aku datang berdua je pun aku akan book awal. Hahaha. 



******************************************************************


13. Restoran Makanan Laut Remaja


Lokasi             : No. 45 & 47, Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda
Link                : Restoran Makanan Laut Remaja
Waktu operasi : 6 AM - 1 AM
Suggested       : Masakan panas & Satay. Tomyam, Nasi goreng pataya, Nasi goreng cina.

Famous di sekitar Bandar Baru Uda, kedai makan ni ada banyak menu. Cuma aku kurang berkenan dengan menu sup tulang kat sini. Menu-menu lain mostly semua sedap. Makanan goreng-goreng macam nasi goreng cina dan tomyam kat sini very nice. Sini ada provide satay jugak. Jemaah-jemaah lepas solat kat Masjid Bandar Baru Uda selalu lah singgah mengeteh kat sini. :)



******************************************************************


14. Mee Rebus Hj Wahid


(Gambar from Google)


Lokasi             : L1.2 Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200, Johor Bahru
Link                : Tiada
Waktu operasi : 9 AM - 9 PM
Suggested       : Mee Rebus

Mee Rebus Hj Wahid ada banyak cawangan kat sekitar JB. Sampai ke Pasir Gudang. Tapi yang original lokasinya adalah di Foodcourt Plaza Angsana. Harga dalam RM5 plus minus. Kalau aku jalan-jalan angsana, menu favourite aku kat sini selalunya Mee Rebus Hj Wahid ni ataupun Rojak Asma. Kadang-kadang layan Yong Taufu. Mee Rebus Hj Wahid ni ada cawangan di Kilang Bateri dan Kota Masai, Pasir Gudang. Banyak lagi cawangan lain yang aku tak tau rasanya.



******************************************************************


15. Awang Yong Tauhu dan Mee Rebus Kg Melayu Majidee


(Gambar from Google)


Lokasi             : Gerai No 16, Medan Selera Rahmat, Kg Melayu Majidee, JB
Link                : Awang Yong Taufu
Waktu operasi : Undefine. Petang- Malam.
Suggested       : Yong Taufu dan Mee Rebus

Kedai ni dah berdekad wujud. Since aku sekolah rendah, arwah ayah selalu bawak family makan kat sini. Dan mak aku akan pilih isi-isi yong tau fu, ayah akan order mee rebus. Yong tau fu kat sini berkuah sup, cicah sos dia pun sedap. Mee rebus kat sini setanding dengan Hj Wahid tapi aku dah lama tak makan kat sini. Ada kira-kira 10 tahun maybe? Dulu kat sini ada satu stall satay yang sedap gila-gila. Rempah satay dia sangatlah sedap dan pekat. Tapi aku tak pasti wujud lagi ke tak, rasanya dah tak ada. Ada cawangan kedai ni Pusat Membeli Belah Bandar Baru Uda, iaitu RESTORAN PINANG SEBATANG (belakang jakel).


******************************************************************


16. Murtabak Cheese Kg Kurnia, Larkin









Lokasi             : No. 38 Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru
Link                : Murtabak Cheese Kg Kurnia, Larkin
Waktu operasi : 12 PM - 7 PM
Suggested       : Murtabak Cheese Special.

Kalau BFF aku dari KL datang JB, dia memang craving gile nak makan murtabak kat sini. Sedap sangat katanya. Kalau balik KL siap tapau sampai 4-5 bungkus. Oleh kerana aku tak adalah jenis suka cheese overdose, jadi aku akan makan kat sini kalau orang ajak je. Bagi aku, murtabak dia sedap, cheese banyak dan tak kedekut. Rasa dia sedap dan just nice. Harga pun berpatutan untuk murtabak cheese yang paling murah boleh dapat dengan harga RM11. Jangan risau, kalau tak suka cheese pun diorang ada sediakan yang tradisional punya. :) boleh datang dari jam 12 tengah hari - 6 petang.


******************************************************************


17. Angah D & C







Lokasi             : Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, Johor
Link                : Angah D & C
Waktu operasi : 4 PM - 1.30 AM
Suggested       : Chicken Chop & Lamb Chop


Kedai ni menyediakan western low budget sebab harga dia berpatutan dengan serving. fevret aku kat sini adalah Lamb Chop dengan harga RM16. Chicken Chop pulak berharga RM6 dan sos dia sedap. Jadi aku rasa berbaloi repeat makan kat sini. Servis dia setakat ni bagus sebab pekerja ramai cuma kadang-kadang je lah susah nak dapat tempat duduk time peak hour. Last time mak aku makan beef steak dia pun not bad. Rasa & portion dia sangat puas hati. Very recommended.


******************************************************************


18. Foodcourt Selera Johor


Lokasi             : 2, Jalan Garuda, Taman Dato Onn Jaffar, 80350 Johor Bahru
Link                : Foodcourt Selera Johor
Waktu operasi : 8 AM - 8 PM
Suggested       : Kacang pool, mee rebus stulang, ais jelly.

Masa kerja kilang kejap dekat area Tebrau, aku ngan geng selalu jugak lunch sini. Senang sebab banyak choice. Mee Rebus dia sedap. Sometime aku rasa mee rebus stulang kat Foodcourt ni lagi sedap daripada Mee Rebus Hj Wahid. Kacang pool pun ada kat sini. Aku tak pandai sangat nak bezakan rasa kacang pool cuma aku boleh cakap kacang pool kat sini tak banyak beza dengan kacang pool bomba larkin. Last time kat sini ada sotong kangkung, tapi mak aku selaku pakar makanan tradisional yang aku tak layan nie cakap sotong kangkung dia perlukan improvement lagi. Ais Jelly kat sini pun sedap, salah satu menu wajib aku.



******************************************************************


19. Kacang Pool Haji Bomba, Larkin


Lokasi             : Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Link                : Kacang Pool Bomba Larkin
Waktu operasi : 7 AM -11 PM
Suggested       : Kacang Pool

Kacang pool sini aku pernah makan beberapa kali. Macam yang aku cakap previously, aku tak nampak beza kacang-kacang pool yang aku pernah makan sebab setakat ni semua sedap je kat area Johor. Tapi Kacang Pool Haji ni adalah yang paling famous kat JB maybe sebab beliau lah antara pioneer kepada kemunculan Kacang Pool.



******************************************************************



20. Seafood Restoran Asli Kg Danga

Lokasi             : Jalan Sungai Danga, 81200 Johor Bahru, Johor
Link                : Restoran Asli Kg Danga
Waktu operasi : Petang - Malam
Suggested       : Seafood. Roti Bun cicah kari.


Ini tempat kegemaran cousin-cousin aku. Seafood kat sini segar-bugar sebab dia kutip dari dalam akuarium dia. Roti bun kat sini sedap, cicah dengan kuah kari yang dia sediakan, memang aku tak pernah makan kat tempat lain. Bun dia kecik comel, homemade kot? Kali terakhir aku makan kat sini, kedai ni punya rate seafood adalah yang paling murah dari mana-mana seafood yang aku makan dengan kuantiti yang banyak. Memang berbaloi sangat. Dah la segar-segar. Tapi ya ampun ramai orang masa tu tak payah cerita la. Kalau boleh reserve tempat lagi bagus. Tetapi, ada jugak konflik memperkatakan tentang status halal kedai ini. Jadi, kalau rasa was-was, jangan lah makan. Aku pun dah lama tak datang sini.



(Gambar from Google)



******************************************************************


21. Chupchai Cafe & Resto












Lokasi             : 23 Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, 81200 Johor Bahru
Link                : Chupchai Cafe
Waktu operasi : 9 AM - 12 AM
Suggested       : Mee rebus, kacang pool, western.


Kedai ni boleh dikategorikan kedai hipster yang membangun di sekitar JB. Terletak di bussiness centre Bandar Baru Uda, diorang menggunakan servis layan diri. Order kat atas kertas, submit kat kaunter, bayar dan nanti dia akan panggil orang yang order untuk pick up. Aku pernah try mee rebus & kacang pool kat sini. Sedap. Harga pun tak lah cekik darah sangat. Jadi untuk santai-santai kalau dah penat shopping dekat butik-butik sekitar Jakel BBU tu, boleh lah datang sini. Kedai ni sederet dengan Restoran Habib. Tak silap aku cafe ni ada cawangan kat Kilang Bateri. 




******************************************************************

22. Cookies & Ginger











Lokasi             : 107 Jalan Adda, 3/1, Taman Adda Heights, 81100 Johor Bahru
Link                : Cookies & Ginger
Waktu operasi : 6:30PM - 12:00PM
Suggested       : Western


Cafe ni provide western dan kebanyakan student memang selalu lepak sini. Sebab menu dia murah dan berbaloi. Setakat yang aku pernah try, lamb chop dia sedap dengan harga below RM20 dan nasi goreng dengan ayam, nama dah tak ingat. Kawan-kawan aku yang makan spaghetti dia pun puas hati dengan rasa dan portion yang di tawarkan. Untuk bajet macam student-student IPTA, sesuai lah nak makan sini. Kedai ni dekat Adda Heights dan tak susah sangat nak cari tempat ni. untuk details lebih lanjut boleh klik sini.



******************************************************************


23. Bake N' Frost





Lokasi             : 131-01 Jalan Adda 3/1, Taman Adda Heights, 81100 Johor Bahru
Link                : Bake N Frost
Waktu operasi : 12:00PM - 10:30PM
Suggested       : Western

Aku pernah try makan sekali kat sini. Sederet dengan Cookies N' Ginger. Rasa semua sedap. Not bad. Cuma haga yang ditawarkan Cookies N' Ginger lebih berbaloi dari sini. Kedudukannya di tingkat 2 kedai agak susah untuk local people recognize cafe ni. Suasana Bake N' Frost lebih santai berbanding Cookies N' Ginger yang selalu crowded dan lebih lapang. Servis dia pun bagus. 



******************************************************************



24. Restoran ZZ Sup Tulang



(Gambar from Google)

Lokasi             : 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru
Link                : Restoran ZZ Sup Tulang
Waktu operasi : 7 AM - 2 AM
Suggested       : Sup tulang gearbox


Restoran ni tak jauh dari Hospital Sultanah Aminah (HSA). Kawasan dia agak redup sebab banyak pokok-pokok dan suasana yang harmoni ala-ala kampung walaupun terletak kat pusat bandar JB. Restoran nie provide tempat makan ala-ala wakaf yang santai-santai sambil makan bersila. Seharusnya aku makan sini, aku akan order sup tulang. Mee Rebus pun sedap kat sini. Cuma, mungkin sup tulang dekat kedai ni bukanlah selera aku sebab macam ada something yang kurang. Tapi rasa dia masih sedap, don't worry. Mungkin sebab aku lagi prefer Sup Tulang Zul Corner dekat area skudai. :)


******************************************************************


25. Satay Wak Radol


(Gambar from Google)


Lokasi             : Jalan Denai Utama, Kempas Denai, 81200 Johor Bahru
Link                : Satay Wak Radol
Waktu operasi : 4 PM - 12 AM
Suggested       : Satay, Mee Bandung, Yong Tauhu, Masakan panas.


Satay Wak Radol sudah sememangnya satay famous dekat Johor. Katanya Sultan Johor sendiri pun suka order satay ni. Wak Radol tak silap aku ada banyak cawangan tapi aku selalu makan dekat area Bandar Baru Uda, satu lagi cawangan dekat Tampoi. Kedai ni ada provide yong taufu, masakan panas (tapi tak banyak choice), mee rebus, mee bandung dan adalah beberapa menu tambahan lain. Wajib order satay kalau makan sini.



******************************************************************


26. Kilang Bateri Bandar Baru Uda



(Gambar from Google)


Lokasi             : No 83, Jalan Tampoi, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru,
Link                : Kilang Bateri Johor
Waktu operasi : Tengah hari - Tengah malam
Suggested       : Ais Coklat, Nasi Beriyani Kambing, Nasi Ayam Periuk Tanah, Mee Rebus Hj Wahid, Char Kuey Tiaw, Dim Sum, Western, Masakan Panas, Som Tam, Aneka Minuman.


Foodcourt dekat Kilang Bateri ni ada banyak gerai-gerai termasuklah Mee Rebus Hj Wahid. Baru-baru ni aku makan Nasi Ayam Periuk Tanah, not bad. Harga pun dalam RM6. Dia panaskan nasi ayam yang dah pilih dalam periuk tanah, ala-ala claypot la. Tapi Nasi Ayam dia sedap sebab memang rasa nasi ayam. Haha. Nasi Beriyani Kambing kat sini pun sedap. Aku ade perasan gerai jual Som Tam yang bau tapi tak sempat nak try. Menu wajib aku kat sini adalah Ais Coklat dengan harga RM5.50 sebab coklat dia pekat, meleleh dan sedap. Ada stall burger, western, dim sum dan banyak lagi pilihan. Tempat duduk pun banyak, jadi tak perlu lah nak angkat kain berlari berebut meja.



******************************************************************


27. Singgah selalu


(Gambar from Google)


Lokasi             : Jalan Skudai, Danga Bay, Johor Bahru
Link                : Singgah selalu
Waktu operasi : 24 Jam
Suggested       : Western, masakan panas, tauhu bakar, macam-macam lagi side menu.


Dengan keluasan yang magnificent, singgah selalu adalah tempat fevret warga JB melepak. Mungkin sebab menu dia yang semua ada, ape je yang tak ada entah lah. Masa zaman degree, aku suka makan tauhu bakar kat sini. Menu macam nasi goreng dan mee goreng agak bukan mengikut selera aku di sini. Tapi western dia sedap dan puas hati. Untuk harga menu tu aku tak pasti sebab aku rasa mungkin harga dia dah vary sekarang. Sini ada side menu macam nak makan waffle, takoyaki dan benda-benda ringan yang lain. Kalau yang jenis suka sedut shisha tu, sini macam-macam perisa pun wujud.



******************************************************************


28. Pot's Industries


Lokasi             : 29C Jalan Skudai, Johor Bahru
                          A-2-52, Pusat Komersial Bayu Tasek, Persiaran South Key 1, Kota South Key, JB
Link                : Pot's Industries & Pot's Kitchen
Waktu operasi : 4 PM - 10 PM
Suggested       : Western and Ice blended


Status Pot's Kitchen ni aku tak pasti lah sekarang masih beroperasi atau tak. Last time aku tengok macam dah tak buka lagi atau mungkin kah tengah renovate? Cuma air kat cafe ni sedap, pekat dan rasa dia sangat pure. Untuk menu makan aku tak pernah try lagi, tapi ada beberapa kawan aku yang cakap western dia sedap dan ada jugak yang kurang berpuas hati dengan pizza kat cafe ni. Mungkin uolss boleh komen dan share review untuk sesiapa yang pernah makan kat sini?


******************************************************************



29. Cat's cafe










Lokasi             : 31A, Lorong 2c, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru
Link                : Cat's Cafe JB
Waktu operasi : 1 PM - 9.30 PM
Suggested       : Western and coffee


Apa yang best pasal kedai ini adalah kucing! Sambil makan dan kucing comel berlari berkejaran kat celah kaki, mungkin ada yang suka, dan bukan peminat kucing sure takkan menjejakkan kaki kat cafe ni. Cuma kat sini ada rules, tak boleh angkat meow but boleh usap-usap dan bermain-main lah dengan meow-meow. Kucing-kucing kat sini semua cantik-cantik dan diorang ada shift masing-masing untuk entertain customer. Ada jugak spesis yang lemau taknak turun dah pondok meow yang tinggi. Kat dalam ni jugak ada jambatan untuk meow dari satu tiang ke satu tiang. Hati-hati kot-kot meow nak jadi tarzan tejun dari jambatan. :P

Dorang ada sediakan ruang meletak kasut dan sebelum masuk, diorang provide hand sanitizer. So, kita kena hygiene sebelum memegang encik-cik meow. Bagus jugak, diorang jaga kesihatan entertainer mereka. Akan ada someone yang assist sebelum masuk kebiasaannya.


Harga untuk menu kat sini kalau di ikutkan agak overpriced tetapi.. berbaloi lah sebab semua charge untuk menu dah include sekali dengan servis encik dan cik meow sekalian. Harga minuman semua over RM9, so make sure bawak ongkos yang mencukupi untuk bersantai di sini.


******************************************************************


30. De' Kayu Manis




Lokasi             : No. 9, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Height, Johor Bahru 80100
Link                : De' Kayu Manis
Waktu operasi : 12 PM - 12 AM
Suggested       : Soto

Apa yang sedap kat sini adalah soto. De' Kayu Manis menghidangkan soto yang sedap dan lazat. Cuma last time aku makan, nasi himpit dia agak keras sikit. Aku memang jenis suka nasi lembik dan nasi himpit lembut. Kedai ni terletak sederet dengan Bigfood di Nong Chik. Ini lah satu lagi kedai yang aku soto dia cakap sedap selain dari Dapur Jendela.



******************************************************************

31. The Ice Cream Project, TIP

(Gambar from Google)


(Gambar from Google)



Lokasi             : 31 Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru
Link                : The Ice Cream Project, TIP
Waktu operasi : 3 PM - 10 PM
Suggested       : Ice Cream


Kedai ni dekat je dengan It Roo di Jalan Dhoby, so kalau jalan-jalan kat bazar karat, boleh lah singgah. Apa yang di serve di sini adalah Ice Cream nya yang menggunakan ais kering untuk membuat aiskrim. Untuk satu cup ice cream, harga adalah RM14, jadi kalau teringin boleh lah share dengan kawan-kawan. Cookies dia pun sedap, RM2 sekeping. Setakat nie flavour ais cream dia sedap, tapi tak mampu lah nak makan selalu. Oh, kalau korang tengok "Keluarga Iskandar", TIP ni jugak adelah tempat fevret watak Acu dalam "Keluarga Iskandar" lepak dengan kawan-kawan.




******************************************************************


32. Nasi Ambang BBU (Mat Corner Nasi Ambang)



(Gambar from Google)


Lokasi             : 22, Jalan Padi Mahsuri 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor
Link                : Nasi Ambang BBU
Waktu operasi : 10 AM- 1.45 PM
Suggested       : Nasi Ambang, Sambal Kentang Goreng, Sambal Jawa


Nasi Ambang sini dah lebih sepuluh tahun bertapak rasanya. Gerai ini terletak di foodcourt berhadapan Pejabat Pos Bandar Baru Uda. Nasi ambang dia tak ada mee goreng bagai, sesuai untuk orang-orang yang tak minat mee bercampur dalam nasi. Nasi ambang dia sedap. Aku serius recommend. Mohon datang awal takut cepat habis. Kadang-kadang aku dari UTM datang Bandar Baru Uda semata-mata nak lunch Nasi Ambang. Pernah lah sekali tu aku berbual dengan seorang makcik ni masa cari tempat duduk (tempat duduk selalu full), beliau dari singapura, jalan-jalan JB, so sebelum balik wajib tapau nasi ambang kat sini sampai lebih 5 bungkus. Ada ayam dan daging boleh pilih. Diorang jugak jual sambal jawa pada harga RM5 sebekas dan sambal goreng kentang yang rangup. Aku try semua, semua sedap.


******************************************************************


33. Nasi Ambang Mak Ana BBU


Stall Nasi Ambang Mak Ana
(Gambar from Google)

Lokasi             : 14, Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru,Link                :
Waktu operasi : 11.30 AM - 1.30 PM
Suggested       : Nasi Ambang

Satu lagi gerai nasi ambang adalah bersebelahan Petronas yang tak jauh dari Masjid Bandar Baru Uda. Pun selalu ramai orang time lunch. Tapi gerai ni kecik je dan seat limited. Mostly orang dekat area situ kebanyakannya tapau bawak balik rumah. Sedap jugak. Honestly aku bukanlah peminat nasi ambang, sebab kalau nasi ambang jual kat pasar malam atau bazar ramadhan tu, aku tak pernah beli pun. Tapi kat kedai yang dua ni je lah aku makan. :)


******************************************************************


34. Banafee Village

Lokasi             : Lot 9022, Jalan Dato' Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru
Link                : Banafee Village
Waktu operasi : 24 hours
Suggested       : Western, seafood, masakan panas.


Compare dengan singgah selalu, aku lagi prefer Banafee Village untuk jadi port lepak. Bagi aku Singgah Selalu agak crowded dan bising, tak sesuai nak berborak unless korang datang untuk jadi anti-sosial kat situ, memang takde masalah lah. Tapi menu kat Banafee Village ni bagi aku normal je lah. Aku sendiri pun taktau apa yang special kat sini. Tapi mostly lewat malam, sini antara tempat yang meriah untuk melepak dan bersantai. Sometimes, ada live band nyanyi. Agak happening. Menu kat sini banyak jenis dan aku kuang arif apa yang special kat sini. Lama dah tak lepak sini pun.



******************************************************************


35. R&R Bistro



(Gambar from Google)

(Gambar from Google)


Lokasi             : 84-A, Jalan Padi Makmur, Kampung Muafakat, 81200 Johor Bahru
Link                : R&R Bistro
Waktu operasi : 24 hours
Suggested       : Seafood, masakan panas.


Aku pernah makan kat sini dua tiga kali. Kedai ni baru buka beberapa tahun lepas. Berkonsepkan bistro, sini ada menawarkan pelbagai jenis makanan termasuk seafood. Kali terakhir aku datang aku try seafood dia. Not bad. Memang boleh datang lagi. Rasa makanan kat sini semua boleh pegi jugak setakat yang aku pernah try. Kedai ni tak jauh dari Kapten Steamboat, Taman Suria Muafakat dekat dengan Bandar Baru Uda.



******************************************************************



36. Medan Selera Tepian Tebrau


(Gambar from Google)

Lokasi             : 17, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru
Link                : Tepian Tebrau
Waktu operasi : 8 AM - 12 AM
Suggested       : Aneka pilihan, Seafood, Masakan Panas.


Tempat ni provide seafood dan pelbagai jenis masakan panas. Kedai yang biasa aku pegi adalah bahagian hujung sekali. Sebab seafood dia fresh and banyak choice.


******************************************************************


37. Kedai Yong Taufu Aman



(Gambar from Google)

Lokasi             : Jaan Dato Musa, Johor Bahru, Johor
Link                : Tiada
Waktu operasi : Petang - malam
Suggested       : Kerang bakar, yong tau fu, satay.

Pernah sekali aku try sebab pegi Tepian Tebrau, sekali nak order kerang bakar, dapat kerang rebus. Rupanya ada salah faham order. Sekali on the way balik tu macam geram je tak dapat kerang bakar, nak pegi Skudai then patah balik macam jauh. So kitorang try la sini ikut kawan aku suggest. Not Bad. Kerang bakar dia sedp dan jauh lagi murah dari Tepian Tebrau. Kat sini pun ada provide seafood kalau aku tak silap. Tapi nampak macam special dia pada Yong Tau Fu tapi macam belum ade kesempatan nak try lagi. Then, boleh promote kalau nak try.


******************************************************************


38. Steamboat Dataran


Ada banyak truck menjual steamboat kat sebelah Dataran Johor. Selain tu ada masakan panas, char kuey tiaw & tauhu bakar. Tapi baru-baru ni aku tengok, semua truck dah tak ada waktu malam. Bila check semula, owh mereka ni dah berpindah ke Foodtruck Hutan Bandar MPJB tu. Tapi still aku pelik kenapa bilangan truck berkurang. Sebab masa kat dataran ada berbelas truck tapi kat Hutan Bandar macam tak lah sebanyak tu. Itu pun dah campur dengan makanan-makanan selain steamboat cucuk-cucuk.





******************************************************************

Pasir Gudang

******************************************************************



1. Seafood Senibong

Lokasi             : Jalan Persiaran Pantai Senibong, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai
Link                : Senibong Seafood
Waktu operasi : 4 PM - 2 AM
Suggested       : Seafood.


Located in Permas Jaya, kewujudan Seafood Senibong nie dah berdekat lamanya. Sebab masa aku umur aku belasan, aku dah pun melantak kat sini dengan family aku. Diorang provide banyak menu sebab ade beberapa buah kedai. Aku tak pernah try semua. Kedai yang pertama masa masuk tu yang selalu aku pergi. Walaupun Senibong ni famous macam nak rak, tapi kalau orang ajak makan seafood, aku sebenarnya prefer tempat lain sebab banyak lagi seafood station yang lagi murah dan sedap berbanding sini. Zaman dulu parking free, sekarang dah ade orang jaga parking, berbayar pulak. Masa zaman undergrad dulu, pernah datang sini dengan kawan-kawan, sesat sampai ke kolam Pak Akob sebab malam-malam, jalan pun tak ingat. Haha!



******************************************************************



2. Seafood Kg Pasir Putih



(Gambar from Google)




Lokasi             : 202, Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang
Link                : Seafood Kg Pasir Putih
Waktu operasi : 4.30 PM - 12.30 AM
Suggested       : Seafood. Sotong goreng nestum, Siakap tiga rasa.


Ini antara fevret Seafood restoran yang kena dengan tekak aku. Harga pun okay, environment nice. Compare dengan Senibong, sini macam suasana kampung sikit dan kedai-kedai kat senibong pun cantik sikit lah design dia. Tapi maybe aku pun ala-ala gadis kampung (heh!) jadi aku prefer suasana yang klasik sikit. Plus view kat sini lagi menarik dari kat Senibong rasanya. Family aku dah biasa makan kat sini sejak aku sekolah rendah lagi. Siakap sweet sour, sotong goreng nestum.. menu-menu dia semua sedap, kena dengan selera family aku. Lagi-lagi mak aku yang pakar masakan tu.



******************************************************************


3. Mee Udang Tg. Langsat



(Gambar from Google)


Lokasi             : Kg. Tg Langsat, Tanjung Langsat, 81700 Pasir Gudang
Link                : Mee Udang Tg Langsat
Waktu operasi : Petang - Malam
Suggested       : Mee Bandung Udang


Aku pernah makan sekali je kat sini, itupun sebab abang & kak ipar aku yang kenalkan dengan tempat ni. Mee bandung udang dia memang sedap. Lagi view kat sini terbaik, boleh lah nampak jambatan tanjung langsat masa tengah makan. Orang cakap kalau view cantik, makan biskut cicah teh pun sedap. Nak pergi ke kedai tu, bagi aku agak complicated lah jalan dia. Oleh kerana aku dah lupa jalan nak pegi kedai ni, jadi aku dah tak datang-datang lagi. Haha. Maybe boleh lah waze "Mee Udang Tanjung Langsat". Ada dua kedai dekat area situ, abang aku cakap dua-dua sedap. Kedai yang aku pergi tu kedai yang pertama dari arah kita sampai. 



(Gambar from Google)



******************************************************************


4. Seafood Todak


(Gambar from Google)


Lokasi             : No. 1, Kg. Orang Asli, Telok Jawa, 81750 Masai, Johor,
Link                : Todak
Waktu operasi : 11.30 AM - 11.30 PM
Suggested       : Seafood and Bun


Seafood todak nie menu dia sedap-sedap dan harga pun berpatutan. Kebanyakan orang-orang bisnes suka makan kat sini dan kedai ni pun antara yang dah veteran kat sekitar Johor. Cuma ada desas-desus yang cakap kedai ni masak menggunakan alkohol, dan tak silap aku diorang memang ada serve alkohol. Tapi aku tengok ramai je orang Melayu makan situ. Dan since aku pun muda lagi, datang sini sebab orang belanja makan, tengok ramai je orang makan, confident level aku tinggi je lah. Tapi dah bertahun aku tak makan sini pun sebab aku akan makan kat Kg Pasir Putih kalau betul-betul nak melantak seafood. Setakat aku pegi kedai ni, memang waktu malam je. Tak pasti operation hour untuk kedai ni.



******************************************************************

5. Restoran Rahmat




Lokasi             : No 3, Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang
Link                : Restoran Rahmat
Waktu operasi : 10:30AM - 3:30PM
Suggested       : Siakap goreng


Apa yang best kat restoran ni adalah ikan siakap goreng garing yang murah. Lunch hour, memang super ramai orang datang lunch. Makan nasi putih, siakap goreng (sisik dia rangup krup krap), dengan lauk-lauk simple mcm sayur goreng, cili potong kicap, makan pulak tepi laut, memang boleh betambah nasi. Cuma masa aku pegi tu, nasi dia agak keras, aku lagi prefer nasi lembik sikit untuk makan kering-kering takde kuah. Harga kat sini bagi aku murah, jadi menyebabkan berduyun orang datang lunch kat sini. Untuk details pasal Restoran Rahmat boleh klik sini.



******************************************************************


6. Segamat Stesen Kopitiam 


(Gambar from Google)


Lokasi             : Jln Keruing 1, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor
Link                : Segamat Stesen Kopitiam
Waktu operasi : 7 AM - 11 PM
Suggested       : Soto, Mee Goreng, Kuey tiaw Goreng, Western.

Tempat ni diperkenalkan oleh makcik aku. Kedai ni agak baru. Owner kedai pun friendly dan concern pasal customer. Mee goreng kat sini sedap, mak aku memang suka mee goreng kat sini dan dia puji lah rasa mee goreng tu. Mak cakap, "mahal sikit macam ni takpe janji sedap". Nak kata mahal tu tak lah mahal pun, dalam RM6 plus minus. Aku order soto, aku boleh habiskan kuah soto dia, maknanya sedap lah tu. Hehehe. Soto dia memang rasa soto la, bukan kadang-kadang spesis kedai yang jual soto tapi rasa bakso atau rasa sup kuah nasi ayam tu. Benci gila aku kalau jumpa soto yang pakai kuah share untuk sup nasi ayam, bakso, mee hoon sup, semua nak pakai kuah yang sama.



******************************************************************

7. Mee Rebus Zarahman



(Gambar from Google)


Lokasi             : Jalan Berkek, Masai, Johor,
Link                : Zarahman
Waktu operasi : Isnin - Sabtu 6:00 AM - 11:00 PM | Ahad 6:00 PM - 11:00 AM

Suggested       : Mee Rebus, Nasi Beriyani, Masakan Panas, Nasi Lemak.

Kewujudan kedai ni dah berdekad lamanya. Bayang lah dari zaman aku sekolah sampai dah mampu jadi mak orang. Owner kedai pun dah bercucu. Memandngkan owner kedai ni kenalan mak dan makcik-makcik aku (sekampung), jadi biasa jugak la makan kat sini. Apa yang special adelah mee rebus. Mak aku yang cerewet tu suka mee rebus kedai ni. Nasi beriyani dia pun sedap, ada pada hari Jumaat je tak salah. Baru-baru ni makan mee goreng kat sini pun sedap.


******************************************************************


Selain tu aku sertakan list tempat lain yang aku belum pernah try lagi tapi suggested by my friends:


  • K Fry (near KSL)
  • Restoran at Taman Medeka
  • Restoran Sayam, Stulang
  • Bubur Nasi Sentosa, Kg Sentosa
  • Tooplate, Bandar Baru Uda
  • Bakar-Bakar Steamboat, Bandar Baru Uda
  • Malay Village Restaurant
  • Burger Byte
  • Restaurant Hua Mui


Sebenarnya banyak lagi tempat makan yang aku tak list kan dalam ni. Masa tengah-tengah makan ke lepak-lepak, tetibe aku teringat "eh, haa kedai ni..kedai tu" tapi lepas tu aku hilang ingatan semula. Takpe lah nanti aku update kalau rajin. Sekian. Jangan kecam saya. Saya hanya share pengalaman dan tempat makan yang pernah saya cuba di sekitar Johor. Selera masing-masing adalah berbeza. 



Spread peace no war ^_^

27 comments:

  1. mak aih, panjang benau! haha!

    kedai makan area skudai tu almost 90% IQ pernah pergi. student UTM of course la pernah pergi kan? kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe aah .. IQ pn ex UTM eh.. osemmm... merata cari tempat makan luar UTM...bosan mkn kt dalam dh... haha

      Delete
  2. blh la ain bawak klu p johor..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah... :) no problem.. kalau kite ade sane la.. hehe

      Delete
  3. mehh dtg bp jom .. makan2 kat area bp pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat BP x explore lagi makan mana sedap... hari tu datang sana pun blurr cari tempat makan.. huhu.. nnt bole la kak min suggest... :)

      Delete
  4. Haaa tu dia...dlm byk2 ni adala satu dua tempat akak dah pergi.. tapi laaaama punya citer.. insyaAllah bila turun JB blh singgah tempat yg Ain share ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole kak. Nanti try lah ikut selera mana yang akak berkenan. :)

      Delete
  5. Wau !!! Banyaknya senarai tmpt makan. Tapi tak heranlah kan.. Johor mmg terkenal dengan makanannya yg sedap.. Bangga Kak Ti jd orang Johor 😉.. Next time ain ke JB try Spatula n Senduk cafe tau.. Lokasi dekat dgn bread n ginger tu.. makanan n trmpat dia best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh. ade dulu kawan cakap kedai tu tapi x berkesempatan nak pegi. Sebab epas tu mcm hilang ingatan pasal nak try tempat tu. hehe nanti boleh cuba. :)

      Delete
  6. Ehh silap.. bread n ginger pulak.. cookies n ginger daa..

    ReplyDelete
  7. Banyaknya choice! Lenkali pi JB boleh laa jln jln cari makan ikut list ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak. Hehehe saya share mana yang saya pernah try je. ^_^

      Delete
  8. banyaknya..boleh la try nanti kalau datang johor

    ReplyDelete
  9. Kalau g Johor boleh la minta Ain bawakan nnt ye..banyak betol tempat makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah. Kalau saye ade kat Johor la... Hahaha sekarang mereput dah kat rumah.. ^_^

      Delete
  10. Singgah selalu mcm dH lama tutup . Renovate kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah yup. Ramai jugak kawan-kawan yang inform. Tak pasti kenapa.

      Delete
  11. Cuba lah try area sekitar gelang patah pulak.. mcm2 ada kat sana.. yeos seafood, saujana seafood, boat noodle, onboard restaurant dan mcm2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm. Menarik. Jarang pegi area sana tapi nanti lepas ni boleh try. Thanks for info. :)

      Delete
  12. Assalamualaikum, akak orang taman u juga.. nak tambah tempat makan sedap area skudai, belakang ejongh area rumah kedai setingkat tu restoren maidah tomyam pon best buka pukul 5. Siang laris manis nasi ayam buttermilk laksa goreng sedap. Trylah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh. Ade ke. Hmm. Nanti saya war-warkan dekat kawan-kawan UTM. Ramai kawan-kawan yang foodhunting jugak. :) Thanks for the info.

      Delete
  13. betul2 food hunter ni..sama hobi la kita..hahaha 😂😂😂,nanti nak try tempat yang di rekemen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tapi ni sikit je. Berdasarkan pengalaman yang ada je. Ada tempat2 menarik yg boleh share pon bole letak sini. Thanks.

      Delete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa