Wednesday, December 25

My two besties getting married! ❤

Assalammualaikum w.b.t ..

Pagi yang indah. Aku bangun dan tak boleh tido semula. Ini weird. Ape sebab tah. Maybe hormon tak stabil kot. Hahahaha. So aku pun siap dalam jam 10 dan tak pergi pon lab. Stay kat bilik dan layan Hohohorlick secawan dengan coklat Cloud9.

Hari ini bercardigen hitam, inner belang-belang from Giordano. May favorite part is new contact lense dan shoes. Contact lense buat aku konfiden. I dunno why but memang kalau aku pakai contact lense, aku lebih confiden untuk keluar. It doesnt mean that Im not wearing glasses but kalau aku pakai spec tu means contact lense dah expired atau mata dah penat or aku memang nak simple on that day, dgn erti lain, Malas.


Aku kadang kadang bosan gak jadi student. Dah la elaun aku tak masuk lagi nie. So memang kering. I pull a loan wif my mum sebab tak tahan dah pakai duit mak aku. So, once aku dh dpt elaun aku akan payback. 


Masalahnya, adoyai. Bile mau dapat elaun? Sedeyh tau. But aku tak sabar wedding Dira is tomorrow! Esok dia nikah. Weeee. Nerves kan. Nak pegang tanggungjawab baru. Selama ni bujang, tanggungjawab sebagai anak. Lepas ni dah jadi isteri, tanggungjawab kat suami & anak-anak. Berbeza kan. 

Last few days aku dapat good news from my other bestfren, Shitah. Wow. Getting married in 2 months. So sudden lah kan. Whuaaaa. Dira ngan Shitah adalah antara yang paling rapat ngan aku. Sedeyh! Dedua dah nak kawen. Me? Me? 

Aku masih single. & Available. Nak kawen pun nak. Tapi aku yakin aku mesti akan pikir sebab tu tanggungjawab besar. Ala skang ni ye la aku cakap nak kawen, tapi kalau orang lamar, lagi-lagi kalau orang tak kenal, nak lah pulak aku kan? Aku spesis leh get along ngan orang tak kenal ke? Awkward. 

Lain lah kalau yang lamar aku tu memang aku dah crush sejak azali lagi. And aku minat dalam-dalam punya. Haih. However, the main point is dua orang paling paling rapat ngan aku is getting married! Tak sabar tak sabar!

Sedih untuk diri sendiri yang masih loser. Tak ada teman hidup. But happy enough for them!


Aku, Dia & Tong Sampah - Movie Review


Aku tak sure la ni movie ke drama ke ape kan. Ape-ape pun, cerita ni aku ulangtayang dah lebih dari 5x lah. Serius boleh layan. Plus, memang aku minat Beto kan. Hahaha. Dia ni cool sgt tau. Sempoi. Jujur dgn watak yang dia bawak. Jenis yang ada pendirian dan tegas. Tu yang aku gambarkan bila layan cerita yang dia berlakon.

Cerita nie bermula dengan surat cinta Sharnaz (Siti Saleha) & Amir (Beto) tertukar mase diorang terlanggar nak membuang surat mereka. Tapi Sharnaz tak jadi nak buang but Amir dah buang. Then Sharnaz tuntun surat dia pada Amir. Sayangnya Amir dah pun membuang surat tu. Maka Amir teman Sharnaz pegi memunggah tong sampah cari surat Sharnaz & sambil tu Amir pun buang surat dia yang Sharnaz dah pulangkan tu. Mereka melepak kat kedai minum-minum dah terkantoilah bahawa ex-Amir, iaitu Dayan adalah girlfren baru ex-Sharnaz. Mereka pun membuat plan untuk ber-couple bagi menjeleskan ex-ex mereka dan pelbagai agenda lain supaya menarik perhatian ex mereka. Namun, bila mereka semakin rapat, mereka makin serasi, dan mula jatuh cinta. So ending dia boleh lah layan sendiri! ^__^

Pape pon cite ni sempoi. Beto ngan Siti Saleha sesuai sangat bawak watak ni sebab Siti Saleha comel dalam cerita ni, bawak watang comel, lincah dan manja. Beto pulak jenis cool dan matang. So, sebab tu aku tak bosan layan! Enjoy watching ~

Monday, December 23

Kisah Bangang : Salah masuk kedai.

Aku ade kisah bangang untuk diceritakan.

Kejadian ini berlaku di Seri Alam. Mak aku stay dalam kereta. Maka aku pun menuju ke Maxis Centre untuk membayar bill broadband. Aku dengan tahap konfiden yang tinggi masuk lah ke Centre. Then aku pelik, kenapa decoration lain ni. Makin bersih. Dulu aku datang siap ade bau colok lagi. Sekarang dah bersih. Aku pun menononglah gi ke Kaunter.

Akak Kaunter: "Adik, amik no dulu kat belakang" 

Dalam hati aku. Eh kena amik no dah skang ni? Dulu tak payah no pon. Aku pun pergi kat pintu depan. Mane mesin kuarkan no tu? Tak hado pon. Cam biol cari. Akak kaunter tu pun tunjuk-tunjuk aku tetap tak nampak. Ye lah aku bayangkan mesin nombor tu. Sekali rupanya dia susun no dalam bekas pastu amik. Hahaha. Bodos gak aku ni. Mata tak nampak.

Amik je no turn aku pn dah sampai. So aku pun bagi No IC.

Akak Kaunter: "Jumlah RM99 semua"

Aku: "Hoh? Mahalnye. Saya dah bayar dah bulan lepas". Eeee.. apesal mahal.. Maxis nak tipu aku ke? 

Akak Kaunter: "Agaknye adik pakai line kot tu yang dia jadi mahal" 

Aku: "Saya mana pakai line. Saya pakai prepaid celcom je. Tak ade pakai line pon." Peliknye. Apesal mahal. Line menda nya aku pakai tah. 

Aku: "Saya pakai pakej RM58 je ni. Kenapa bole jadi sampai RM99?"

Akak kaunter tiga-tiga org tu pon kompius.

Akak Kaunter: "Agaknya adik ade call pakai line telefon. Tu yang dia charge."

Aku: "Eh broadband ade pakai line jugak ke?" 

Akak Kaunter: "Adik nak bayar untuk ape ni?

Aku: "Nak bayar Maxis"

Tiga-tiga akak kaunter gelak. Sorang tu jawab. "Ni TmPoint adik. Maxis kat sebelah."

Oh dem muke aku terus merah rasanya.

Aku: "Oh ye ke. Alamak salah tempat. Hikhikhik" 

Nak cover malu punye pasal maka aku pun bayar je la bill Streamyx aku. Memang bill Streamyx kat rumah atas nama aku. Normal lah bill tu RM100. Padan lah. Tak pasal duit aku melayang sebab Psiko sendiri.
Padan la masa bagi no IC tu aku tengok akak kaunter tu pakai baju TM. Aku siap cakap dalam hati. Akak ni tak pakai baju maxis ke? Dpt free mase exhibition kot. Eh eh eh. Memang gile lah aku ni. Agaknye aku banyak sangat berfikir sampai tak perasan salah masuk kedai. Memalukan student je lah !!

Punye lah terbentang tulis TmPoint kat belakang akak kaunter tu cmne tah aku boleh tak perasan. Aku angau ke apelah tah. Sampai tak sedar-sedar. Decoration pon lain, kaler pun lain, penjaga kaunter sume lain, baju pekerja pun sah lain. Paling best memang segala pemplet tulsi TmPoint. Pon tak nampak bayang. Aku rasa macam dah kena jampi je lah. Kesian sangat kat diri sendiri.

The - End of Presentation. Lets Relax until Next Semester.. !

PRESENTATION DAH HABIS!! 


Seksi yaw gambar ni. Sile jangan buat aksi aneh semasa menonton. 

Malangnya ini bukanlah Viva kejadah ke ape kan. Ini hanyalah presentation utk subjek Research Methodology - UEP 0100. Meh sambil jenjalan blog sambil layan lagu Senorita - Justin Timberlake. 
Eih hensem betul la Justin ni. Baru aku perasan. Padan lah dulu Britney menonggeng kan. Ke aku salah gossip. Ok abaikan saje. 

Ape yang aku nak cite ni pasal presentation dah habis. Pegh aman. Report utk KeTTHA dah siap. Report utk UHW - Sains dan Islam dah siap. Aku boleh meronggeng dah. Hahaha. Malangnye ade masalah kewangan yang melampau. Huaaa! So sad oke. 

Tadi Lecturer just comment pasal Methodology aku yang tak ada flowchart. Aku dah buat flow tapi maybe tak clear & dia tak tersusun. Then dia comment tentang objektif aku yang mcm style PSM. Tak specific. Kena bandingkan research orang lain then ade improvement pada research kita. Literature Review pun aku tak letak. Hahahaha. 

Sebenarnye aku ada semua tu. Tapi aku tak letak dalam slide sebab malas nak explain. Title projek aku lain but research yang aku tengah buat ni lain sikit. Berkait la cuma susah nak diterangkan. Weeee ~ Tak kesah la janji dah habes present. 

I dah bagi kad kawen Dira pada ex-PA kitorg, (beliau MC sampai 5th Jan), Dr Yusri. Just Untuk Miza & Che serta SV Dira & Keon akan dihantar sebentar lagi. Ptg ni balik Pasir Gudang. Esok ade kenduri doa selamat kt Kampung. ^____________^ Lega rasanya. Beban kerja dah kurang. 

Monday, November 25

Parti Bujang @ Pullman Lakeside Putrajaya

Ive got a few minutes before discussion dengan Syaz. Oh kelas Tamadun Islam UHW ini memang sapen. Tetibe dpt tau due date submit report is 12 midnight ni!! What the what the what the....!!!!!

Oke so cool, Lecturer kitorg dekan FTI okaih (Fakulti Tamadun Islam) so dia bagi masa smpai esok petang. Malam ini akan marathon sesangat. But aku tetap nak berkongsi kegembiraan last weekend with this awesome frens of mine. Aku panggil mereka 'keluarga'.

Dalam group ini, ada aku sebagai mak, Hanis as bapak, Azfar as anak, Dira as menantu, Syaza as jiran plus ahli baru Shakira as cucu aku. Hahaha. Olok2 je ni. Jangan lah serius sangat. Macam main pondok2 tapi versi dewasa. Lantak korang lah nak kritik ke ape as long aku hepi.

Bersempena Dira yang bakal berkahwin, kitorg buat parti bujang di Pullman Putrajaya Lakeside!!! Awesome gila!! Serius lah.

  

Ini adalah fefeling bile memulakan perjalan dari Bandar Tun Razak, Cheras. 


Bila dah berkumpul, gelak sakan dan bergambar dalam kereta itu wajib!
Punyelah bergegar dalam ni.




Straight to Alamanda!


Ini namanya foodcourt Alamanda. Semua kelaparan pastu taknak makan nasi pulak. 
Diet kata mereka ~ Zzz.



Mencari jalan ~ Hahaha. GPS ON : Hanis *memberi arahan jalan



Jambatan kat Putrajaya cantik2 wOo.


Dah sampai. Semangat. Bising gila dalam kereta. 6 orang punya suara.


Memang eksaited sangat tau. 




Masa tunggu mereka amek kunci bilik kat reception, punya lah lama, 
maka aku bercamwhore kat tandas hotel tu.


Alololo, menyampah pule lelame tgk ~


Ini bakal pengantik kami. 
Idea timbul sebab beliau bakal menamatkan zaman bujang bulan depan!
 Tak dapat lah nak bercuti 6 orang lagi lepas nie kan.


Tunggu punyalah lama kat lobi Rafflesia tu. Tunggu kunci. 
Hanis & Azfa membebel sebab receptionist berbangsa Indon tu selow sgt. Aih. 



First thing after check-in adalah...... Bergambar..... ~~


Dalam tandas pun ada ini tau. 


Family Potret. Hahaha ~ SKEMA


Muke hepi je semua. Percutian is ON!


Tv depan katil Ol. Ni bilik deluxe. Haruslah dua Tv.


Bathtub sebelah jamban. Lepas berak terus mandi. 



Le Balkoni yang besar!


The view from our balcony!


Nice kan ~ Mahal sey haruslah nice!


Punyalah besar balkoni nie. 


Ade greeting, act bilik ni bukan yg kitorg book but then, sebab ada masalah bilik yg kitorg book tu, mereka bagi bilik ni. Myb Dr wong punya bilik kan. Tapi x jadi. 


Le check-in desert. 


Kat living room dia. Siap ade ruang tamu occupied with tv. Oh tv dia dedua ada Astro but not full channel. HBO ade taw. 


Ruang tamu.


Bergambar itu kena sakan.


Kami memang comel. Kah kah kah! *muntah


Oh ada dua tandas juga. Mewah betul. Mcm apartment dah.


Ini 2nd toilet. In case ada dua org yg nk terberak pada masa yg sama kan.


Me with Shakira


Minah dua org ini sgt eksaited merebut robe dalam tandas. Fefiling org kaya sangat tau. Tp dah mcm nak pergi lab pun ada. 



Masa kat Alamanda, kitorg dh beli tiket wayang. The Hunger Game : Catching Fire. 
Tiket jam 11.10. So lepas Isyak kami bergerak for dinner.



With sha again. 


Dalam lift memang kena bergambar sebab lift tu memang khas utk bilik kitorg! :)



Kat lorong dalam bilik. Haha. Kat lorong ade cermin oke.


Atas katil with Azfar!


Waiting ~




Mamak Darussalam. Restoran mamak berkembar adalah pilihan kami!
Masa ni memang berjoyah lah.



Sian mee bandung bakal pengantin sampai lambat. Saba je lah. 
Dah la kebulur. 


Ini tak habis dengan encik tunang oke.


Mencekik untuk perut dalam wayang.


Kami dalam wayang! Hahaha. Muke jam 11 dah ngantuk. 
Hanis suruh mindset nak tido pukul 3. Mampu ke?



Inilah kami di saat jam 3 pagi. Masih utuh bergambar. Ishk. 
Ngantuk tahap ape dah time ni. Tgk muke dah tau.


Kami diwajibkan memakai stokin comel dan pijamas!


I like this picture sebab mcm tak matang sangat. Padahal sensorang Engineer company Faymos ok. 


Muke tempe masih bergambar.


Saat telah tiba. Check-out!


Tunggu Cik Hanis yg tertinggal bantal busuknya dalam bilik.


Maka kami dan kamera tak dapat dipisahkan.


In the middle of Pullman Putrajaya. 
Bawah menara ni ada roundabout underground sebelum parking.


Ini bangunan kitorang. Rafflesia. Ada jasmine dan so on.


Jambatan bukan tamparuli ~


At main lobby.


The view.


Gudbye time.


Jasmine side.

Kami bersepakat untuk menukar profile picture yg sama. So lokasi ini menjadi pilihan. 
Dp kami pasti boria dan mengompiuskan. 



Presented : Le Syaza
Jiran


Presented : Le Hanis
Bapak


Presented : Le Shakira
Cucu


Presented : Le Dira (bakal pengantin)
Menantu

Presented : Le Me
Mak


Presented : Le Azfar
Anak



Ada spa happy hours tp aku yakin mahal gila. Tak mampu!


Sekitar Pullman


Middle


Rafflesia Lobby. Waiting payment.


Other side.


View from pullman. Lakeside.


Le Raflessia building


Bakal pengantin. 


Shakira. Masih single.


Syaza. Bujang dan sedang mencari. Hihi.


Then we move to Presint berapa tah. Foodcourt. Makan secret recipe coz ada offer. 
Buy 1 Free 1 tapi kena  daftar thru WeChat. Berbaloi!


Maka kemudian kami mengikut haluan masing-masing. Sebelum balik aku sempat ushar2 perabot dengan Dira & Hanis kat area Bangi. Pergh. Dah la penat tak cukup tido, pastu aku bercakap dgn brader jual perabot non-stop. Keringlah tenaga aku. Dorang suruh stay sampai Isnin but memang tak sanggup. Aku tak sabar nak membuta atas katil sendiri sebab tido kat hotel atas katil empuk tapi mcm sardin sangat memang buat aku tak cukup tido. Otw Dira balik ke Cheras, dia drop aku kat TBS dan aku pun amik bas kul 8. Sampai UTM kul 1 pagi. Bayar teksi dari Sri Putri ke KDSE RM20 oke!!! Pergh..... Bole isi minyak kereta sebulan! Sabar je lah. Nak balik punya pasal, BAYAR dgn terpaksa. Takkan nak kacau kawan-kawan suruh amik kan. Tak polite ganggu org tidur. 

Maka berakhirlah Bachelorate Party kami di Pullman!! Its so awesome and I refuse to forget ~ ! <3 p="">