Wednesday, June 21

Steamboat Dataran Johor Bahru (JB) berpindah ke Bandar Baru Uda (BBU)

6:06:00 PM 9 Comments
Sebelum ni, lokasi steamboat cucuk-cucuk ni adalah di sebelah Dataran JB berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA). Di sebabkan baru-baru ni aku tengok kawasan yang selalunya pack tu tetiba jadi lengang, aku tertanya mana lah truck-truck ni pindah. Rupa-rupanya dah duduk sini semua. 

Disebabkan tekak nak makan benda-benda sup, aku dan kawan aku, Wana, decide nak makan sini. Banyak sangat lori steamboat, aku pilih Majidee Steamboat punya truck sebab plan asalnya nak makan Yong Tau Fu Kg. Majidee cawangan Bandar Baru Uda tapi aku cari kedai dia tak jumpa. Dapat Steamboat ala-ala Majidee pun jadi lah. Tapi, nice jugak sebab sup dia sedap, tak tawar sangat dan ada rasa macam sup daging sikit. 


Rasanya semua lori ada. View depan aku.


Lokasi adalah berhampiran Abah Beriyani dan RHB Bank, Bandar Baru Uda

View Bahagian kiri.


Date with her!

Aku order Kuey Tiaw Kerang (RM6) & Air Neslo (RM3) dari foodtruck berhampiran. Sedap jugak. Kerang dia tak kedekut.

Harga steamboat adalah mengikut colour lidi yang korang ambil. Hati-hati dengan lidi hitam. 😉

Hari tu aku punya Steamboat cucuk-cucuk RM11. Haha! Tamak haloba punya perempuan. Makan Kuey Tiaw dengan Steamboat. Sekali Wantan tak habis berenang dalam kuah sup tu sebab terbanting kekenyangan. Ko kunyah lah Wantan tu pakai hidung.

Agak-agak lambat sangat steamboat yang korang dah pilih tu masak, boleh la mengudap otak-otak dan pepes yang diorang hidang tu buat alas perut. Sini ada macam-macam lagi menu lain. Nasi Goreng, Tauhu Bakar.

Sebenarnya kawasan ni agak sempit jugak macam tempat lama sebabnya bersesak dengan orang yang pegi bank. Tapi, boleh lah kan. Meriah sikit kawasan dekat dengan traffic light Perodua BBU ni.


Repeat Berbuka Puasa di BIGFOOD, Johor.

5:38:00 PM 0 Comments
Malam Ahad yang lepas, 18 Jun 2017, aku repeat berbuka puasa di Bigfood, Nong Chik Height. Aku makan berdua dengan kawan aku, Pipah. 

Kali ni kitorang datang lepas solat Maghrib siap-siap dekat rumah. Jadi, tak ada lah rushing sangat nak makan. Santai je. Dalam pukul 7.45 tu kitorang gerak dari Bandar Baru Uda (BBU) ke Nong Chik.

Masa menu kitorang baru sampai tu, aku perasan ada satu family yang agak ramai ambil tempat dekat sebelah meja kitorang. Aku nampak diorang tak selesa sebab meja tu kecik, diorang pulak lebih dari 6 orang dengan baby lagi, itupun macam ada lagi yang tak sampai agaknye. Aku cuba renggangkan meja sebab tempat duduk diorang nampak sempit. Rasa bersalah pulak meja kitorang yang empat orang tapi kitorang just makan berdua je. Diorang pun cakap, "takpe..takpe..muat ni.."

Then, staff Bigfood tanya kalau kitorang boleh pindah tempat tak sebab nak bagi ruang dekat diorang. Kitorang dengan laju je setuju dan staff angkat makanan kitorang pegi meja lain yang berhampiran. Gila ko nak makan dengan tanpa rasa bersalah bila orang lain bersempit dekat sebelah meja ko. Aku tengok diorang pun dah tau tak selesa jadi apa salahnya kitorang berkorban demi kebahagiaan family lain. Aku rasa kalau orang lain kat tempat kitorang pun, sure akan buat benda yang sama :) Diorang pun terima kasih sangat sebab kitorang willing nak bagi meja kat diorang supaya diorang ada extra space. Lagipun sebelum ni ada kes kawan aku tersalah bayar dekat Bigfood dan staff diorang gigih melayan karenah customer yang cuai ni. So, aku tak berkira sangat. Orang buat baik dengan kita, kita balas baik. Right?

Masa aku pindah tu aku tak pandang sangat pun muka diorang sebab aku malu. Aku memang ade habit pemalu sikit kalau buat benda-benda acah-acah baik ni. Hahah!


Muka gembira dapat makanan.

Date for two!

Nampak menyelerakan tak? Hehe. 
Kali ni aku order Kapten's Lamb Honey Grill. RM28.


Nasi Goreng Tomyam Beef. RM8.


Penaja utama event berbuka puasa, Bride-To-Be, Pipah! 😍


Kebetulan ada satu family yang sporting tengah celebrate birthday. :)


Review:

Kapten's Lamb Honey Grill

Berbanding Lamb Chop yang selalu aku order, rasa menu ni lebih manis dan soft. Dagingnya well-cooked dan di grilled dengan rasa yang padu. Cuma yang manis adalah sos nya, dah nama pun honey kan. Harus lah manis sikit. Aku sebenarnya lebih suka Lamb Chop biasa. Mungkin sebab Lamb Chop biasa menggunakan sos black pepper which is memang sesuai dengan tekak aku dan portion Lamb Chop lebih banyak kalau tak silap aku.

Nasi Goreng Tomyam Beef

Untuk mereka yang tak boleh skip nasi, menu ni memang menyelerakan. Dengan portion yang banyak, nasi satu mangkuk besar, aku taktau lah kalau orang tak kenyang jugak. Bagi aku rasa dia not bad. Beef dalam nasi pun banyak. Korek-korek je jumpa beef. Tadaa ~



Time nak bayar tetibe Pipah cakap dia belanjer. Oh my! Bahagia bila ada kawan bayarkan makanan ko yang harga RM30. Dah la aku mentedarah menu mahal. Rasa macam nak berguling turun bukit 300m. Saje je Pipah nak pancing aku rasa bersalah kalau tak datang wedding dia nanti tau. Hahaha. Thanks Bride-To-Be, Semoga ko dimurahkan rezeki. ^_^


Iklan Raya Kelakar TNB (2017) - Dugaan Raya Aida

4:36:00 PM 0 Comments
Dah habis merembes tengok iklan sedih dari Ikhlas - Pelaburan Mara 2017 ??
Jom layan Iklan Raya TNB 2017 ni. Confirm korang akan ceria semula. 






Kesian Aida. Mohon tenang dan cool sebelum balik raya. Buat persiapan rapi sebelum pulang ke kampung! Selamat balik kampung dan selamat meredah jammed. Whew ~


P.S: Aku pernah menangis merembes air mata dekat stesen bas Hentian Putra suatu masa dulu sebab kena tinggal dengan bas. Tiket semua sold out sebab Hari Raya Haji. 😆

Iklan Raya Paling Sedih 2017 (Ikhlas by Pelaburan Mara)

4:14:00 PM 0 Comments
Sob sob sob...#kesathingus .Sebab tadi aku dah post iklan raya kelakar. So, sekarang aku share iklan raya sedih. Eh, terbalik pulak. Patutnya tengok iklan raya sedih dulu baru kelakar. Moh la kita merembes air mata layan iklan ni. 😭

Iklan bertajuk Ikhlas ni ditaja oleh Pelaburan Mara dengan barisan pelakon-pelakon hebat tanah air. Memang terkesan lepas tengok video ni. Ok, taknak cakap banyak, nak sambung hembus hingus.



#Ikhlas #50TahunPelaburanMara


Pesanan Raya: Berhati-hati semasa memandu pulang beraya ke kampung halaman. 


Iklan Raya Kelakar 2017 - Along dah balik!

3:51:00 PM 0 Comments
Apa korang rase kalau internet lembap? Kalau aku, aku rase mcm nak hempas barang, tak pon macam nak kunyah kacang sebab tengah tahan sabar #ehpuasa. HAha. Camtu lah aku tengah rasa sekarang. Tak paham kenapa pukul 6.33 pagi line streamyx nak slow. Ade berapa juta orang kat Bandar Muadzam Shah yang tengah online sekarang ni? 😑

Masa tengah scroll Facebook aku ternampak satu iklan raya yang 'win'. Sebab aku ulang tengok iklan tu dua kali. Iklan ni pasal seorang gadis cun yang naik teksi feeling nak balik kampung untuk raya. Iklan ini di buat oleh Jumper Motion untuk client mereka Mismis yang mempromosikan ubat gigi mismis.






Credit video: Jumper Motion
Video sebalik tabir : sini
Client : Mismis 


Original story idea by
Imran Ajmain

Directed by
Nasrullah Napi

D.O.P
Nurhazman Ridzuan

Staring
Partini Sarikin Sari Adnan - Along
Haiqal - Angah
Sofia Norhanie - Adik
Rose Sheena - Mak

OFFLINE & ONLINE EDITOR / COLOURIST
Nasrullah Napi

MUSIC SCORE

Newsuntara - Diplomats of Drum
by Faliq Auri

Pearl Heart - Live Stream
by Daniel James

ASSISTANT CAMERA
Faris Hashim

TECHNICAL CREW
MOJA

DRONE PILOT
Megat Nur Shidiq

SOUND MIXER
Abu Sayf

BEHIND THE SCENE
Mohd Zaidi

PROPMASTER
MOHD FAIZUL



Mula-mula aku tak dapat tangkap ending iklan ni. Ingat dia takde kampung nak balik raya. Tapi ending dia memang win. Expression watak utama dengan family pun terbaik. Asyik nak tengok iklan sedih pasal raya, kena ada iklan kelakar macam ni ye tak? #Salamlebaran





Thursday, June 15

Bigfood Nong chik (Jalan Kolam Ayer) JB - Review berbuka puasa.

1:37:00 AM 10 Comments
Sesungguhnya aku berbuka puasa dekat Bigfood beberapa hari lepas. Ramai betul orang. Nasib baik dah buat tempahan awal dekat Bigfood. Kalau tak mereput la dekat luar tunggu seat kosong.

Aku sampai Bigfood beberapa minit lagi je nak berbuka puasa. Naseb lah tak ade masalah nak parking. Setibanya aku dekat Bigfood, Lamb Chop yang kawan aku dah order masa awal-awal tak sampai lagi. Makanan aku je yang tak sampai. Mungkin sebab dia terlepas pandang, tengok manusia ada tiga orang semua dah dapat makanan. Aku pulak datang pun lambat tayang muka. Heh.

Tapi bila dah lepas berbuka beberapa minit tu Lamb Chop aku pun tiba! Nyum nyum nyum ~ Banyak pulak tu. Tiga keping dia bagi. Perghhh! Aku dah bling..blingg..bling tengok banyak kemain portion dia.





Hye. This is my Lamb Chop! Sedap gila. RM25

Spaghetti Meatball Bolognese. RM20


Pasta Ala Arabiata Beef. RM25


Olive Garlic Pasta Chicken. RM20






Menu untuk di rujuk. Teh Peach dia sedap. Aku cilok kawan aku punya. 
Harga yang dipapar kan ini tak termasuk GST.




Kebanyakan menu kat sini semua sedap dan portion yang diorang serve sangat lah puas hati. Berbaloi dengan harga. 


After makan, kitorang menapak jalan kaki ke Masjid Jamek yang berhampiran. Best gila solat dekat Masjid Kolam Ayer tu. Selesa. Telekung banyak. ada air-conditioning lagi. Kitorang tunggu sampai Isyak then chow.

Masa lepas isyak, kitorang pun kira-kira hutang yang dah split masa bayar kat Bigfood and then kitorang perasan ada duit short. Pelik. Rupa-rupanya, masa bayar dekat kaunter tu ade misunderstanding sikit time passing duit. Maybe sebab ramai orang beratur dan cashier and customer pun dua-dua rushing nak bayar, jadi kelam-kabut. So, kitorang pun datang semula dekat Bigfood untuk declare. Walaupun sebenarnya agak suspen sebab masalah itu pun datang dari kecuaian kitorang sendiri masa pass duit nak bayar. Just cuba nasib je if boleh tengok CCTV ke kan. 

Masa dekat Bigfood, kitorang pun explain situation dan request kalau boleh check through CCTV. Selepas beberapa minit, pihak Bigfood pulangkan RM20, nilai yang kitorang short tadi. Tak pasti diorang dah check ataupun diorang confirmkan macam mana tapi bagi aku, bagus diorang ni sebab menjaga customer diorang. Sanggup melayan nilai RM20 tu. Jadi, tak ada lah aku dengan kawan-kawan rasa serik nak makan kat Bigfood lagi. Layanan tip-top. Kes makanan lambat sampai tu bukanlah isu bagi aku sebab boleh difahami situasi pack masa berbuka. Mujur aku tak kebulur macam pontianak lapar masa tu. 



Kesimpulannya:

Rasa makanan

  • Sedap. Hampir semua menu dekat Bigfood memuaskan tekak aku. Rasa cukup dan tip-top. 
  • Western & Spaghetti dia semua sedap belaka.

Harga
  • Harga sangat berbaloi. Portion makanan dalam pinggan besar confirm mengenyangkan. 
  • Kadang-kadang satu order boleh share dua orang.

Enviroment and Surrounding
  • Boleh pilih nak duduk dalam (air-conditioning) atau luar (open-air) untuk brader-brader yang merokok.
  • Boleh request nak celebrate birthday untuk yang tersayang. Diorang boleh set-up tempat dan mood. Pasang lagu hari jadi.

Parking
  • Parking tak ada masalah. Kalau bahagian bawah penuh, boleh pusing parking dekat bahagian atas bukit. 

Service
  • Setakat ni servis dari staff-staff Bigfood memuaskan. 
  • Ramah mesra, rajin layan, tak ada masalah tarik muka, sabar layan customer. Lagi-lagi customer macam aku. Hah!


Menu favourite: Lamb Chop, Supreme Grill, Premium Daging, Pasta Ala Arabiata Beef.



Rating : 4.4/5


Information

Address: Jalan Nong Chik Heights, Taman Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Open Hours (Ramadhan):  · 3PM–12AM
Phone: +60 17-731 3386

Tuesday, June 13

Jalan Selancar-Redong (Redong-Selancar) tutup (shortcut Kuantan-Segamat). Khas untuk kenderaan ringan.

11:36:00 AM 15 Comments
Sesiapa yang dari arah Kuantan menghala ke Johor Bahru (JB) pastinya akan lalu jalan Segamat selain jalan Mersing. Aku yang stay Muadzam Shah dan selalu pegi JB memang penggunar tegar jalan raya tu.

Jadi, sejak jalan Selancar-Redong dah siap, kirim salam aku nak lalu Segamat yang ade 11-13 traffic light tu. Aku boleh jimat sampai setengah jam. 

Normal perjalanan aku Muadzam-Skudai adalah 3 jam. Tapi kalau lalu jalan ni, boleh jadi 2 jam 30 minit perjalanan.

Dari Muadzam, masuk lah ke simpang Felda Selancar. Ikut je signboard ke Felda Redong. Dulu masa jalan baru siap, tak ada signboard. Selalu orang terlepas simpang masuk kebun kelapa sawit. Sekarang dah ada, don't worry.

Cumanya sekarang dah ada kerja pembaikan jalan. Baru-baru ni ada kes banjir teruk dekat area jalan Redong-Selancar. Berlakunya tanah runtuh dan jalan tu pun tak boleh lalu. 

Dah ada signboard sebelum simpang ke Selancar yang bagi amaran jalan di tutup. 

Namun!! Sebenarnya jalan itu bole diseludup lagi oleh kenderaan ringan sahaja. Lori balak, bas dan segala lori tangki spesis treler panjang is forbidden! Cannot! Tak muat.





Ini jalan dari Felda Selancar. 
Dia dah block tapi ade ruang cinonet kat hujung untuk seludup kereta lalu.



Kereta Myvi pastinye akan muat.
Lori ais pun aku nampak muat je.


So, kalau nampak ada kerja pembinaan ni,
means ada lencongan.
Mohon slow dan berhenti.
Sebab jalan dia bukan lah tempat nak drift,



Selalu aku akan stop sini, kasi ruang kalau ade kereta tengah lalu.
Tak muat weh kalau dua kereta kalau dekat area lencongan



Kalau berselisih, memang suggest berhenti tepi sebab jalan dia tak rata.
Berlecak dan agak sempit.
Ini pun nasib baik dia buat lencongan. 
Kalau tak, kau lalu lah bandar Segamat dengan traffic-traffic light nya tu!


Ini tanda kau dah sampai ke perkampungan orang asli. 
Mohon slow.


Sebab ada divider tutup jalan. Macam biasa, seludup lah lalu dekat ruang yang ternganga tu.


Dan teruskan perjalanan sampai lah ke Felda Redong! Yeah. Jimat setengah jam.


Tapi dulu masa jalan ni baru siap, tip-top! Aku boleh drive 100km/h dekat sini. Sebelum zaman banyak lubang-lubang dan tanah runtuh. Sekarang 70-80 km/h jer lah. Nak laju-laju pun nak pegi mana? Ke bulan? Hah!

Sekian. Info trafik dari kami. 



Update : 20 June 2017 - Jalan lencongan yang mengalami tanah runtuh sedang dalam proses pembinaan oleh JKR. Dah ada lencongan baru yang lebih baik sekarang. 

*Nampak macam ada lori tangki dah start lalu hari tu. Dah boleh lepas dah kot?
















Sunday, June 11

Siapakah Julia Perez?

10:13:00 AM 0 Comments
Baru-baru ini kita mendapat berita tentang pemergian Julia Perez atau juga dikenali sebagai Jupe atau Yuli. Julia Perez merupakan seorang penyanyi dangdut, model, pelakon, pengacara dan selebriti terkenal di Indonesia. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia pada 10 Jun 2017 di Jakarta disebabkan oleh kanser servik selepas 3 tahun berjuang melawan penyakit kanser. Beliau mengenal pasti tentang kanser yang di hidapinya pada September 2014 yang masih di tahap 1. Pada akhir tahun 2014, beliau di sahkan bebas dari sel kanser selepas beberapa prosedur rawatan yang dilakukan. Pada Februari 2015, kansernya menyerang kembali dan disahkan berada pada tahap 4.





Beliau dilahirkan di Jakarta, Indonesia pada 15 Julai 1980 dan berasal dari keturunan Sunda & Betawi. Beliau merupakan bekas isteri kepada Damien Perez (Yusuf Perez) yang merupakan perkahwinannya yang pertama.

Sebelum menceburi dunia hiburan, beliau pernah menjadi setiausaha di sebuah syarikat swasta dan pernah melanjutkan pelajaran di Belanda.

Career Jupe bermula sebagai model setelah beliau berkenalan dengan bekas suaminya, Damien Perez. Kerjayanya sebagai model di Perancis sangat megah. Dengan wajah yang cantik dan seksi, Julia Perez pernah di nobatkan antara 100 perempuan paling seksi versi majalah FHM dan Maxim di Perancis.

Beliau berkahwin dengan Damien Perez pada 7 Oktober 2002 dan bercerai pada 2009 kerana kontroversi mengenai Julia Perez dengan Gaston Castano. Jupe pernah keguguran pada tahun 2007 dan perkahwinannya dengan Damien Perez tidak di kurniakan anak. Gaston Castano merupakan pemain bola sepak yang berasal dari Argentina dan bermain untuk pasukan Gresik United. Beliau kemudian berkahwin dengan Gaston Castano pada 2013 tetapi perkahwinan mereka berakhir pada 2016. 




Biodata Julia Perez


Nama Asal           : Yulia Rachmawati
Tempat Lahir       : Jakarta, 15 Julai 1980
Tempat Tinggal    : Jakarta, Indonesia
Keturunan            : Sunda dan Betawi
Agama                 : Islam
Status                   : Janda
Tahun aktif           : 2002 - 2017
Bekas Suami        :
  1. Damien Perez (Berkahwin 2002, Bercerai 2009)
  2. Gaston Castano (Berkahwin 2013, Bercerai 2016)
Anak                     : Tiada
Profesion              :
  • Penyanyi Dangdut
  • Model
  • Pengacara
  • Pelakon
  • Pelawak
Nama Ayah          : Angkasa Jaya
Nama Ibu             : Sri Wulansih
Adik-beradik        :
  1. Nia Anggia (adik)
  2. Della Wulan Astreani (adik)
Tinggi                  : 160 cm
Akaun Twitter      : @juliaperrez
Akaun Instagram   : @juliaperrez


Iklan

  • New Era (1999-2015)
  • Softener SoKlin (2004-2009)
  • Ya kopi Susu
  • Kondom Sutra (bersama Gaston Castaño)
  • Segar Sari Susu Soda (bersama Slank)
  • Darsi Obat Jerawat
  • EM Kapsul
  • Teh Sari Murni (bersama Inneke Koesherawati dan Cita Citata)

Filem

  • Nagabonar Jadi 2 (2007)
  • Coklat Stroberi (2007)
  • Beranak Dalam Kubur (2007)
  • Susahnya Jadi Perawan (2008)
  • Basahhh… (2008)
  • The Shaman (2008)
  • Hantu Jamu Gendong (2009)
  • Sumpah, (Ini) Pocong! (2009)
  • Kuntilanak Kamar Mayat (2009)
  • Bukan Cinta Biasa (2009)
  • Mau Dong Ah (2009)
  • Jeritan Kuntilanak (2009)
  • Suami Suami Takut Istri (2009)
  • Sst…Jadikan Aku Simpanan (2010)
  • Te(Rekam) (2010)
  • Istri Bo’ongan (2010)
  • Arwah Goyang Jupe-Depe (2011)
  • Kuntilanak Kesurupan (2011)
  • Pocong Minta Kawin (2011)
  • Rumah Bekas Kuburan (2012)
  • Bangkit dari Kubur (2012)
  • Kutukan Arwah Santet (2012)
  • Gending Sriwijaya (2013)
  • Perawan Seberang (2013)
  • 3 Cewek Petualang (2013)
  • Caleg By Accident (2014)
  • Main Dukun (2014)
  • Merry Riana: Mimpi Sejuta Dolar (2014)

Sinetron

  • Cinta Lokasi
  • Penjaga Pantai
  • Lepas Malam
  • Maafkan Aku
  • Rahasia Ilahi
  • Komedi Nakal
  • Iman
  • Mimpi Manis
  • Duyung Kembar Ketemu Tuyul
  • Perempuan Teraniaya
  • Hidayah
  • Do’a
  • Superboy
  • Supergirl
  • Memori Cinta

Anugerah

  • Aktris Utama Terpilih Piala Maya 2013
  • Pemeran Utama Wanita Terbaik Festival Film Bandung 2013
  • Sexiest Female Celebrity INSERT! Awards 2011
  • Sexiest Female Celebrity INSERT! Awards 2009

Single

  • Jupe Paling Suka (2011)
  • Siti Nurbaya (2012)
  • Aku Rapopo (2014)
  • Merana (2014)
  • Boleh (2014)
  • Udah Gak Tahan (2015)
  • Teu Kunanaon (Aku Rapopo Sunda Version) (2015)
  • Belah Duren (new arransemen) (2015)
  • My Lonely (2015)
  • Aku Mah Gitu Orangnya (2015)
  • Gak Jaman (2016)
  • Ku Dapat Dari Emak (2016)

Album

  • Kamasutra (2008)
  • Aku Rapopo (2014)
  • Dangdut Galau 2016 (2016)
  • The Best of Julia Perez (2016)

Sambal Belimbing Hitam Pahang by Fauziana Zone Enterprise (FZE)

1:40:00 AM 14 Comments
Hey guys. Orang melayu kita memang selalunya makan kena ada sambal. Tak kira lah makan menu apa, kalau pedas sikit adalah kategori harus. Contohnya macam makan roti canai, ada secolet sambal tumis dalam kuah dal, makan mee goreng pun letak sambal sikit. Even kalau makan soto, tak sah kalau tak letak sambal kicap. Orang Johor pun makan pisang goreng cicah sambal kicap. See? Betapa berpengaruhnya sambal dalam kehidupan seharian orang-orang kita. 

Today, aku nak review satu sambal belimbing hitam pahang keluaran Fauziana Zone Enterprise (FZE) yang di edarkan oleh Kak Sue. Memandangkan aku dah pun lama duduk di Pahang, tak bermakna aku pro bab-bab sambal hitam ni. Sebab aku sendiri pun banyak ikut selera Johor. Tapi, aku makan sambal hitam kadang-kadang untuk menambah selera kalau tiba-tiba selera swing. 

Apa yang menariknya pasal sambal ni masa mula-mula aku terima parcel adalah jenis dan strukturnya. Kebiasaannya, aku makan sambal hitam jenis yang kering. Tapi sambal belimbing hitam keluaran FZE ni lebih basah berbanding sambal-sambal hitam pahang yang aku pernah makan. Menarik sebab sesetengah orang suka yang version basah.

*Aku jenis yang suka makan nasi lembik. Bila gaul sambal hitam yang jenis basah dengan nasi lembik yang panas, rasa dia.. perghh.. boleh bayang tak? Tak payah bayang kalau korang tak suka nasi lembik. 😎😎


Bungkusan yang simple dan mesra pengguna. Senang nak eksport pakai poslaju.




Sambal Belimbing Hitam Pahang






Rasa
  • Rasanya memang unik, masam-masam sikit dan ada rasa ikan bilis yang original
  • Masa tengah makan tu, memang terasa belimbingnya, cuma bagi aku kalau pedas sikit lagi, memang lagi 'ummmppphhh' makan dengan nasi. 😍😍😍 
  • Aku pernah try sambal belimbing yang lebih masam, tapi yang sambal ni just nice rasa belimbing dia. Rasa masam dia tak over sangat.


Tahap kepedasan
  • Untuk jenis manusia yang makan nasi berulamkan cili api macam aku ni, Sambal Belimbing Hitam Pahang ini agak kurang pedas bagi aku. 
  • Namun ini menjadikan ia sesuai untuk peminat sambal yang suka pedas tapi tidak keterlaluan. Jadi, kalau orang yang suka makan pedas level aku, bole tambah sendiri cili api dengan sambal ni untuk menjadikan dia extra pedas ye. 


Struktur dan jenis
  • Struktur sambal yang dikisar elok dan jenisnya yang basah menjadikannya sesuai di makan dengan nasi atau roti. Tak pasti lah kalau ada orang yang makan dengan biskut, tapi aku tak buat lah macam tu.
  • Bagi aku, jika sambal ini dikurangkan sikit minyaknya, mungkin akan menjadikan sambal ini tip-top dengan rasa dia yang dah sememangnya sedap. 


Rating: 3.8/5


Eh, secara keseluruhannya, memang sedap lah. Sambal ini mampu membuka selera sesiapa yang ada masalah menu, "nak makan apa eh hari ni?". Menu ini sesuai dijadikan salah satu menu sahur. 

Sesiapa yang berminat nak order sambal keluaran Fauziana Zone Enterprise ni boleh la menghubungi pengedar melalui talian berikut: Sue Izza 017-9397536

Untuk pembelian boleh di pos ke seluruh Malaysia. Jangan risau. Sambal-sambal keluaran FZE ni boleh disimpan di dalam peti ais dan tahan sehingga dua bulan. Boleh la cuba beli dan simpan buat spare. Tapi, kalau tak simpan dalam peti ais, boleh tahan seminggu selepas bungkusan di buka

Harga yang ditawarkan adalah murah dan berpatutan. Boleh PM Sue Izza untuk maklumat lanjut.




Selain itu, FZE juga mengeluarkan produk makanan yang lain seperti berikut:
  • S.HITAM BIASA 
  • S.HITAM EXRA HOT 
  • S.IKAN MASIN  CILI API 
  • S.TUMIS TEMPOYAK 
  • S.LODEK TEMPOYAK PETAI
  • 4 JENIS SERUNDING (ikan/ayam/daging import/tempatan)
  • REMPAH IKAN BAKAR
  • PES GULAI TEMPOYAK PAHANG
  • RENCAH NASI GORENG BILIS MERAH (cili kering)
  • RENCAH NASI GORENG BILIS CILIAPI 
  • RENCAH NASI GORENG IKAN MASIN CILIAPI
  • PEKASAM IKAN LAMPAM BERAS
  • PEKASAM DAGING BERAS 
  • PEKASAM DAGING SALAI PAHANG 
  • PEKASAM IKAN PATIN/TALAPIA PAHANG 
  • SAMBAL DAGING PEKASAM SALAI 
  • SAMBAL HITAM PETAI EXTRA HOT 
Pembelian produk lain juga bole ditempah melalui pengedar sah seperti yang tertulis di atas.

Saturday, June 10

Maksud Hodgkin Lymphoma (Limfoma Hodgkin)

11:07:00 AM 0 Comments

Apakah Hodgkin Lymphoma?


Hodgkin Lymphoma (Hodgkin Limfoma) adalah Kanser Sistem Limfa. Sistem limfa ialah sebahagian daripada sistem imun yang membantu melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang lain. Ia juga membantu aliran cecair dalam badan. Limfa ialah cecair yang bergerak di seluruh sistem limfa. Limfa terbentuk apabila interstitial fluid (cecair celahan - cecair yang terletak di dalam ruang semua tisu badan) dikumpul melalui kapilari limfa.

Ia merupakan kanser yang bermula dalam sel-sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Lymphoma terdiri daripada dua jenis utama iaitu Hodgkin Lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Kedua-dua Lymphoma ini berbeza dari segi ciri-ciri, penyebaran dan tindak balas kepada rawatan. Jadi, jenis Lymphoma ini perlu di ketahui terlebih dahulu.

Sistem limfa terdiri daripada sel-sel dipanggil limfosit yang merupakan sejenis sel darah putih. Terdapat dua jenis utama limfosit iaitu:


  • Limfosit B (sel B): sel-sel B membuat protein yang dipanggil antibodi untuk membantu melindungi tubuh daripada kuman (bakteria dan virus).


  • Limfosit T (sel T): Terdapat beberapa jenis sel T. Sesetengah sel T memusnahkan kuman atau sel-sel tidak normal lain dalam badan. Manakala, sel-sel T selebihnya membantu meningkatkan atau melambatkan aktiviti sel-sel sistem imun yang lain.


Hodgkin Lymphoma biasanya bermula dalam Limfosit B.

Permulaan dan Penyebaran Hodgkin Lymphoma


Badan manusia terdiri daripada banyak bahagian yang mengandungi tisu limfa. Oleh itu, Hodgkin Limfoma boleh bermula di mana-mana bahagian. Kawasan majoriti yang terdiri daripada tisu limfoid boleh dirujuk melalui gambar di bawah.



Walaupun Hodgkin Limfoma boleh bermula di mana-mana bahagian badan, biasanya ia bermula dalam nod limfa di bahagian atas badan. Kebiasaannya di bahagian dada, leher atau di bawah lengan.

Hodgkin Lymphoma selalunya merebak melalui saluran limfa dari nod limfa ke nod limfa yang lain. Kadang-kadang apabila ia semakin serius, ia boleh menyerang aliran darah dan merebak ke bahagian badan yang lain, seperti hati, paru-paru, dan / atau sum-sum tulang.


Punca Hodgkin Lymphoma


Hodgkin Lymphoma adalah disebabkan oleh perubahan (mutasi) dalam DNA melalui sel darah putih yang dikenali sebagai Limfosit B. Sebab sebenar mengapa perkara ini berlaku adalah tidak diketahui.

DNA memberikan sel-sel ini satu set arahan asas contohnya bila mereka perlu berkembang dan membiak. Mutasi dalam DNA menyebabkan perubahan kepada arahan ini, maka, sel-sel terus berkembang, menyebabkan mereka membiak (bertambah dan berkembang) tanpa kawalan.

Limfosit yang tidak normal biasanya mula membiak dalam satu atau lebih nod limfa di kawasan tertentu pada tubuh badan, seperti leher atau pangkal paha. Dari masa ke semasa, limfosit tidak normal mempunyai potensi untuk merebak ke bahagian-bahagian badan lain seperti:
  • Sum-sum tulang
  • Limpa
  • Hati
  • Kulit
  • Paru-paru

Siapa yang berisiko terlibat dengan penyakit ini?

Hodgkin limfoma boleh menyerang manusia tidak mengira usia, tetapi ia kebanyakannya memberi kesan kepada orang dewasa awal 20-an dan orang yang lebih tua melewati usia 70. Lelaki lebih cenderung untuk menghidapi penyakit ini berbanding wanita. 

Sekitar 1,900 orang di diagnosis dengan Hodgkin Limfoma di UK setiap tahun menurut kajian.


Cara untuk mengesan Hodgkin Lymphoma

Satu-satunya cara untuk mengesahkan diagnosis Hodgkin limfoma adalah dengan menjalankan biopsi. Ia merupakan prosedur pembedahan kecil di mana sampel tisu nod limfa yang terjejas (yang di suspek) dikeluarkan dan dikaji di dalam makmal.





*Nota: Ini merupakan kefahaman dari orang awam yang tiada background medical term. Sebarang kesilapan mungkin wujud di dalam penterjemahan dan fahaman mengenai penyakit ini. Info ini boleh diperbetulkan atau berubah dari masa ke semasa. ^_^ Sebarang salah faham dan pembetulan oleh yang lebih pakar boleh di inform melalui ruang komen. 



Sebenarnya faktor aku nak faham pasal penyakit ini adalah sebab arwah kakak ipar aku meninggal dunia berpunca dari Hodgkin Lymphoma kira-kira empat tahun lepas. Sama seperti info di atas, gejala kanser arwah bermula melalui bawah lengan yang membengkak. Arwah dah melalui beberapa pembedahan. Tapi doktor mengesahkan ianya merebak ke hati dan otak sekaligus meragut nyawa arwah kakak ipar sekelip mata. 

Cover handphone dan jenis-jenisnya.

2:27:00 AM 2 Comments
Semua orang pakai smartphone sekarang. Even budak-budak sekolah rendah pun dah ada smartphone. Lepak McDonald bawak tab, pakai macbook, iphone.

Mungkin ada a few people yang tak pakai smartphone disebabkan faktor dari segi kemampuan ataupun memang tidak rasa ianya sebagai keperluan.

Bila dah pakai smartphone, sah-sah lah nak pakai cover sebab nak protect phone kesayangan tak kira lah phone jenis apa pun.





Ini antara my favourite phone cover yang aku selalu rotate. Tapi cover yang ada dua cover depan belakang tu tak guna-guna lagi sampai sekarang.

Aku jenis suka yang plain dan simple. Kalau crowded sangat dengan corak tu aku pakai jugak lah tapi selalunya takkan lama.





Ni first phone cover yang aku beli since hari pertama aku beli phone 2 tahun lepas. Tahan gila. Dia punye design akan membuatkan phone aku rasa petak dan selesa untuk dipegang.

Ketebalan dia mampu menampung phone dari calar bila jatuh. Sebab masa pakai cover ni, smartphone aku ada jatuh beberapa kali. Alhamdulillah. Bertahan.




Ini yang second fevret aku. Dia simple dan agak tebal tapi kurang tebal berbanding first cover aku. Rekabentuk yang lebih bulat di bahagian tepi membuatkan phone nampak smart.




Ini adalah cover phone semasa yang aku sedang guna sekarang. Lebih nipis. Memang agak kurang meyakinkan kalau pakai jenis ni tapi lebih selesa semasa memegang handphone. So, kalau guna spesis ni, kena extra careful.



Aku beli dah lama, tapi tak pernah guna lagi. Ada la aku guna beberapa minit kot. Tapi, disebabkan phone aku dah pun memakai tempered glass, jadi bila double protection dekat screen, nak taip jadi tak detect. 😂 So, kalau nak pakai cover ni terpaksa lah remove tempered glass which is not my choice at this time. Aku selesa pakai tempered glass sebab rasa screen lebih selamat.


Tempered glass aku dah pernah pecah sekali sebab phone jatuh terlungkup atas jalan tar masa keluar dari kereta. Sebab tu aku punye kepercayaan pada tempered glass tinggi, dia mampu melindungi screen phone aku.

Sekian bebelan hari ini.








Friday, June 9

Maksud Urachal Cancer

3:42:00 PM 10 Comments
"Urachal Cancer" adalah sejenis kanser yang melibatkan pundi kencing. 'Urachus' adalah struktur yang wujud semasa pertumbuhan di dalam rahim yang menghubungkan pusat dan pundi kencing. Sambungan ini biasanya hilang sebelum lahir, tetapi pada sesetengah orang ianya masih kekal wujud. Kanser Urachal biasanya di diagnosis di kalangan orang dewasa 50-an dan 60-an dan ianya boleh terbentuk pada dome atau anterior wall di bahagian pundi kencing, di sepanjang garis tengah badan (termasuk pusat), dan antara 'pubis symphasis ' (sambungan antara tulang kiri dan kanan di bahagian kemaluan yang terletak di bahagian hadapan pelvis) dan pundi kencing.

Ia melibatkan pundi kencing tetapi bukan lah sejenis "Bladder Cancer" (Kanser Pundi Kencing) dalam kebanyakan kes. Ia berlaku pada nisbah kira-kira satu orang per sejuta setiap tahun dan berbeza-beza mengikut geografi. 






Kebanyakan kanser urachal adalah adenokarsinoma (kanser yang terbentuk daripada sel-sel kelenjar). Jenis lain yang wujud adalah seperti sarcomas (yang terbentuk daripada tisu penghubung - seperti leiomyosarcoma, rhabdomyosarcoma, dan malignant fibrous histiocytoma), small cell carcinomas, transitional cell cancer, dan mixed neoplasias

Urachal Cancer boleh wujud selama beberapa tahun tanpa apa-apa gejala atau simptom. Namun, kebanyakan individu yang menghidap kanser urachal mempunyai gejala hematuria (darah dalam air kencing). Gejala-gejala lain mungkin termasuk sakit perut, jisim perut yang ketara, mucinuria (lendir glycoprotein dalam air kencing) dan bacteriuria (wujud bakteria dalam jumah tertentu dalam air kencing). Rawatan biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang kanser.






Nota: Ini merupakan kefahaman dari orang awam yang tiada background medical term. Sebarang kesilapan mungkin wujud di dalam penterjemahan dan fahaman mengenai penyakit ini. Info ini boleh diperbetulkan atau berubah dari masa ke semasa.



Kadang-kadang aku google pasal penyakit, susah betul nak faham. Nak cari penerangan dalam bahasa melayu punya la payah. Asyik jumpa english dan paling tidak pun bahasa indonesia. Oleh sebab itu, aku pun study sikit-sikit dan cuba terjemahkan melalui sumber yang aku dah mentioned di atas sebab curious pasal penyakit ini. 

^_^ Sebarang salah faham dan pembetulan oleh yang lebih pakar boleh di perbetulkan melalui ruang komen. 

Thursday, June 8

Bazar Ramadhan Taman Yayasan Segamat, Johor. Antara keperluan dan nafsu.

11:06:00 AM 6 Comments
Semalam aku dengan mak aku jalan-jalan kat Segamat. Ada hal nak setelkan. Ya Allah, panas ya amat. Penat pulak lagi. Keluar kereta panas, masuk kereta kena air-cond, kering kontang rasanya. Tesejat. Aku drive pegi Segamat dari Muadzam Shah, ada dua kereta polis yang tengah pak tepi jalan. Mungkin menunggu mangsa. Nasib lah oi aku tak memotong double line masa tu. Speed trap memang aku dah abaikan sejak azali. Lori balak punya lah banyak, lepas tu semua dengan halaju siput, ye lah kan berat. Karang nampak lori balak bawak laju pun kita marah pulak, baik dia slow, senang nak memotong. 

Dari Muadzam Shah ke Segamat satu jam perjalanan. Sampai dekat Segamat, setelkan semua urusan penting dulu. Masa dah pukul 5.30 petang, aku dengan mak pun membuat keputusan nak singgah bazar ramadhan. Ada dua favourite bazar ramadhan dekat dekat Segamat. Satu dekat area Nagoya Segamat dan satu lagi dekat Taman Yayasan. Sebab area Nagoya tu panjang sangat, kitorang decide pegi yang kat Taman Yayasan je. Mak pun nak singgah Restoran Al-Rizki (Taman Yayasan) nak beli nasi beriyani dan murtabak. Datang pukul 5.30 confirm lah nasi beriyani dah habis. Nasi beriyani dekat restoran ni memang laku keras. Dia siap pesan kalau nak nasi beriyani kena order. Order pukul 1 tengah hari, nanti nak ambik jam 6 petang pun tak apa, tapi yang penting kena order dulu. Dia cakap masak 3 periuk semua habis. Mak oi. Hari-hari macam buat kenduri kahwin. Owner restoran tu siap bagi card kalau nak call untuk order next time. Tak pe lah pakcik, saya datang pun tak plan, kebetulan ke Segamat. Hewhewhew. Jadi, aku just beli murtabak daging dua keping dalam RM16. Murtabak dia serius sedap, banyak daging dan tebal. Ikhlas je dia buat. 

So, kitorang plan nak beli nasi beriyani dekat bazar ramadhan je, memandangkan memang tak memasak dah jawabnya, pukul 5.30 dekat Segamat lagi, ape citer. Bazar Ramadhan Taman Yayasan ni not bad jugak. Macam-macam ada. Tapi ada satu tempat je yang jual Nasi Beriyani. Tengok dengan bau nasi beriyani dia, nampak sedap. Tapi memang sedap pun sebab aku dah makan semalam. Order 6 bungkus, total RM52. Ayam RM8 dan Daging RM10. Kalau lauk kambing RM12 katanya.  Sambil-sambil tu berjalan la pusing area bazar cuci mata tengok juadah.
 

Gerai ni banyak lauk-pauk, ada dalam lebih 20 jenis. 

 Nasi beriyani yang sedap!


Ohoi. Kuih muih dekat Segamat masih RM1 untuk 3 ketul.


 Dekat Muadzam Shah harga kuih semua dah RM2 untuk 5 ketul!
Ada la sesetengah yang masih 3 - RM1.


 Ramai orang, peak hour kan. Parking pun agak susah, kena banyak bersabar.


 Yang ni menarik, dari jauh dah bau ayam bakar.


 Dia punye ayam dalam pasu. Perghhh. Menggoda. 


Haaa.. nampak tu ayam semua terkangkang dalam pasu. 
Bau toksah cakap lah. Sedap bukan main.

 Ada kambing bakar jugak. 


 Kawasan dia luas, jadi tak adalah berlaga punggung nak lalu. Selesa nak membeli belah.


Lauk mauk pauk dia, semua ada jual. 
Aku terfikir, pukul berapa lah penggerai nie start masak ye?



Mula-mula aku nampak ayam pasu tu, aku nak beli. Tapi aku fikir nanti membazir. Mak dah beli nasi beriyani. Kuih-muih dah beli RM4. Bau ayam pulak cucuk-cucuk hidung. Tapi lepas tu aku fikir, sabar..sabar.. nanti makan nasi pun dah kenyang.. Lagi pulak abang dengan kakak ipar aku nak datang dan dia dah inform awal-awal dia ada beli makanan dari bazar jugak. So, nafsu, mohon bersabar!

Sekian, begitulah pengalaman saya ke bazar ramadhan. Teringat pulak kuih seri muka yang aku beli dekat Muadzam Shah, RM2.50 dapat 5 ketul. Lepas tu 5 ketul dia kecik sesangat, dua kali gigit je dah habis. Dekat Segamat, kuih muih besar gedabak masih lagi RM1 dapat 3 ketul. Pulut panggang pun still dapat 3 - RM1. Sedap pulak tu, inti banyak, bakar tak keras kejung. Kalau bazar ni ada dekat Muadzam Shah, mau setiap hari aku hantar duit dekat sini. Hahaha!

Selamat berpuasa dan bershopping di Bazar Ramadhan. 


Korang suka beli apa kalau pegi Bazar Ramadhan?

Follow Me @farahinesa