Denda Barangan Elektrik Kolej 9. Terbang RM115 aku. Sob sob sobs.



Al-Kisah...
Aku masih belum dapat menerima hakikat duit aku telah pun terbang melayang sebanyak RM115 akibat membayar denda barangan elektrik.

Minggu lepas, pagi jam 10 pagi bilik aku diketuk dengan halaju tinggi dan bunyi yang bertenaga. Rupa-rupanya makcik pejabat kolej yang datang nak check barangan elektrik. Aku yang baru bangun tidur sebab aku baru je dapat lelap subuh tu dek kerana insomnia aku bermasalah ni, rasa stress dan gelabah apabila dia nak check barangan elektrik. Sebab aku tak daftar lagi la citer dia!

Kemudian, lepas dia check bilik depan dia nak check bilik aku. Aku tak sempat nak sorokkan periuk elektrik aku a.k.a rice cooker so aku biarkan je atas locker. Sob sob sob.
Bila dia tanya ade barang apa, aku cakap la heater, iron. Lepas tu aku dengan bangangnya mengaku bawak rice cooker. Yezza. Tapi masa tu aku tatau lagi consequence dia. So dia tulis dalam kertas denda, RM25x3. So aku assume aku kena bayar RM75 lah kan nanti. Mahalnya. Sedeyh.

Pagi tadi aku ushar la pejabat Kolej 9, UTM untuk bayar denda sambil mintak pengurangan. Sekali kira-kira aku kena bayar RM115! Oh de he**. Mahal gila. Rupanya aku kena daftar barangan tu, RM15 untuk charger dan iron, RM100 untuk rice cooker! Mahal gila. Aku tanya lah kenapa mahal pulak. Sebab dia kata kalau tak aku harus bayar RM115 + RM75 (denda). Tak macam RM190 total. Aku tatau la apa cita kalau orang yang bawak peti ais, tempat memasak segala bagai tu. Sebab masa aku spotcheck tu, pintu aku ade kunci engsel. Kalau lambat bukak dia akan bukak terus pakai kunci pendua yang pejabat kolej pegang. Wuuu. Scary seyh kolej ni.

Dulu aku duduk Kolej Datin Seri Endon rileks je. Kediaman bersih, bilik air bersih, tak ramai orang, kawasan lapang, parking senang, suasana pun bersih, pejabat kolej pun best. Sekarang ni dengan aras aku yang kucing suka berak kat koridor, tak bersih, tandas pun tak bersih, air hujan asyik bocor sana sini, sinki pun pernah bocor lepas dua minggu baru ok. Cuma kemudahan nak makan, print dan dekat dengan highway, gym, stadium & Tmana U je la kelebihan dia. Dari segi kebersihan dan parking memang failed. Washing machine pun tak banyak. Kat KDSE setiap aras ade washing machine. Kemudahan tak payah nak angkut dari tingkat 4 ke ground floor untuk basuh baju. Ampaian pun kat ground floor je ada, tak berbumbung. Nak sidai kat aras ni memang bukan ampaian tinggi la. Mcm potensi untuk kena kencing dengan kucing tu tinggi la. KDSE kurang dia hanya jauh dari fakulti dan Taman U, dan masalah dia adelah monyet masuk bilik. Aku dari start masuk memang dah rasa tak selesa sangat dengan kolej baru ni, tapi bersabar lagi. Sekali dah kena saman ni mula la rasa banyak tak best dia. Sebelum ni masih dalam mempositifkan diri lah dan bertahan. Rasa memang macam nak mintak tukar balik ke bilik lama kolej lama dulu. Tapi tak larat nak ulang alik angkut barang kan.

Lepas pagi tadi pukul 11 pergi pejabat kolej nak bayar denda, aku tak bawak cash pulak. Dia cakap kalau debit dalam akaun akan kena bayar full. RM190! Oh no. Aku cakap nak pegi cucuk duit. Pukul 2.30 petang aku pegi pejabat, dia suruh datang pukul 3. Zzzzz. Bukan selalu pejabat bukak pukul 2 ke. Tak paham aku. Dulu masa KDSE aku rasa aku pegi pejabat dia pukul 2 lbh ok je. So aku pegi fakulti dan 3.30 datang balik. Masa nak bayar tu aku tanya la kalau aku boleh bawak rice cooker tu balik rumah, tak mau guna dah, boleh tak nak bayar separuh je untuk sem ni. Dia kata kalau mcm tu aku kena bayar penuh la. Zzzzzz. Baguih punya perli. Padehal rice cooker tu aku guna 2 kali je. Orang lain yang tak daftar tu guna tiap-tiap hari. Kira mcm aku bayarkan untuk diorang ke? Sabarlah Farahin. Mungkin dia assume yang bawak rice cooker ni kaya sebab tu dia paw lebih-lebih. Kenapa la tak kena kan RM50. Kalau RM50 tu bagi aku sesuai la. Ni RM100, aku dapat beli sebijik lagi rice cooker besar berjenama tau tak!

So aku bayar je lah RM115. Malas nak banyak bunyi. Aku siap daftarkan lagi hair dryer in case kalau dia spotcheck lagi. Tapi dia tak bagi dokumen sah pun untuk membuktikan aku dah daftar barangan tu. (Nampak sangat takde nak spotcheck lagi dah lepas ni). Ape lah ke malang hidup aku. Tapi syukur jugaklah. Aku kena selalu Positif!

Aku tanya la kalau kena buat sticker kolej. Haissh. Rupanya kolej ni takde sticker kolej. Selamat duit aku. Dia pakai sticker UTM je. Kalau tak kena la keluar duit lagi. Takut jugak kalau kereta aku pulak kena saman ke lepas ni. Mau ngamuk geguling aku. Masa macam ini lah aku kena ajar diri erti sabar. Huahuahua.

So aku dah daftar rice cooker aku untuk satu sem! Aku akan gunakan semaksimumnya rice cooker aku tu. Masak segala makanan! Yess! Azam yang tinggi. Sem depan tak boleh bawak dah katanyakan. Hohoho. Sem ni akan kuguna sebaiknya! Rase mcm kena saman trafik pulak harga dia. Tapi saman trafik memang RM150 lah kan.

Spesis kawan-kawan anda.

Ada situasi dimana anda ada seorang kawan. Kemudian anda dan kawan-kawan anda semua berkawan baik. Maka, anda memang dah kenal lah perangai kawan-kawan anda yang kenal dari zaman tuk kaduk lagi. Mahir sangat dah susur belok perangai ragam diorang ni. Dalam berkawan memang sah lah semua tak perfect. Memang perlukan tolak ansur jugak macam orang dah kahwin. Sebab tu perkahwinan dari persahabatan pun cool je. Banyak persamaan jugak.




Jadi bila anda kemudian berborak ramai-ramai lepak-lepak minum atau santai sama-sama, kawan anda seorang ni mengeluarkan pesen annoying dia yang dari azali tu. Anda dan kawan-kawan pun yang memang dah kenal perangai yg melekat pada dia semua akan ignore dan dah lali dengan spesis dia tu semua pakat buat dunno je. Tapi rilek je dan masih berkawan lagi. Hahahahaha. Aku rasa aku ada buat kat orang dan kawan-kawan aku pun ada buat kat aku. Sebab tu kadang-kadang ignore dengan benda-benda remeh gini akan membuat persahabatan long lasting.

So, kawan yang ada peel-peel diorang sendiri ni memang sah la tak semua kita suka. Contoh lah, contoh je ok:

1. suka tidur bukak lampu
2. bukak kipas sampai level 5 sejuk nak mampos
3. suka nyanyi masa study memekak je
4. mandi dalam shower sampai sejam, orang lain nak pegi kelas la oi
5. makan berbunyi
6. suka berborak sambil tepuk tampar kaki kita macam makcik-makcik
7. suka amik makanan orang lain tanpa kebenaran
8. suka kentut merata-rata
9. suka paksa-paksa
10. suka ikut cakap dia je cakap orang lain taknak dengar pun
11. asal cakap je semua nak menang tak boleh nak kalah
12. suka memerintah
13. kedekut, kalau lima sen pun berkira nak baki
14. kalau dia cakap orang boleh tapi kalau orang cakap dia, dia mengamuk
15. dekat kita dia mengata orang, rupanya kat orang pun dia mengata kita

dan banyak la spesis-spesis lain. Jujurnya ada spesis-spesis yang aku boleh tahan dan buat ignore je. Masih cool berkawan dengan diorang. Tapi ade sesetengah spesis yg aku tak boleh belah. Untuk yang spesis aku tak boleh belah ni lah lebih baik kita jangan rapat sangat kalau dah tahu kita memang tak boleh go on nak kawan dengan dia lagi. Kalau lepak je kita sakit hati. Sabar lah bebanyak. So lebih baik elakkan lepak bersama sebelum sakit hati kita meletup cam bom atom.

Ade orang tak kesah kawan dia makan berbunyi. bagi dia benda tu bukan big deal. Tapi memang tak tipu, ada certain orang dia paling anti orang makan berbunyi ni. Aku pun jenis makan berbunyi jugak la. Tatau la skarang masih lagi ke tak. Ade skali tu kawan aku sound aku makan berbunyi. Dia suruh aku try makan senyap-senyap. Tapi kejap je la, lepas tu makan berbunyi balik. Krup krap krup krap. Tapi lepas tu dia dah paham pesen aku memang tak boleh nak ubah. Susah. Tapi dia takde pun lah kutuk aku ke (tatau lah kat belakang) atau pun marah aku ke. Dia ignore je. Makanya kami masih berkawan walaupun aku tau dia terseksa bila makan dengan aku.

Mungkin lah ini salah satu faktor. Ini berdasarkan penelitian aku je. Sabar dalam persahabatan pun penting. Dari sikap tak sabar tu jugak la akan buat gaduh sebenarnya,. Trust me. I have experience on this matter. Puih.

Apa terjadi bila purse aku hilang?

Assalammualaikum... 



Selamat malam. 

Dalam hidup ni, mcm-mcm terjadi kat diri kita. Ada kes curang, kematian, accident, malapetaka dan sebagainya. Begitulah hidup aku. Bervariasi. 

Sob sob sob... Tapi aku anggap ni ujian.. Sebab aku pun dah lama lagha dengan segala dunia bagai ni. Tau nak enjoy je hari-hari. Belajar malas!! Puih!

Hari ahad hari tu, aku ponteng lab [ dah seminggu jugak aku tak datang lab, harap SV tak cari aku ]. Aku pun pegi Jusco Tebrau City menemani kawan aku yang kempunan nak cadar patchwork. Aku pun nak jenjalan kot2 kalau berkenan satu cadar nak angkut lah jugak. Makanya hari itu aku drive. Agak jem lah nak ke Jusco sebab hujan. Nak cari parking punya lah payah. Dekat setengah jam pusing-pusing. Gagal memanjang. Takde luck. So decide utk parking tak berbumbung je. 

Juco Tebrau ada buat booth banyak type kat kawasan lapang tengah-tengah Jusco. Yang selalu kosong je tu sepanjang susur dari southern ke centre and ke north. Yang kat centre tu sah-sah la ade event duk jual sportrim bagai. So kitorang jalan-jalan cuci mata dulu. 

Aku pun singgah la Poh Kong nak usyar emas. Sekali kawan aku racun-racun, eh, terbeli pulak. Beli yang murah je la. Sebab dah terbekenan. Mase ni mane lah nak tau kejadian malang bakal berlaku. Muke banyak happy keluar dari Poh Kong dengan emas baru di tangan. Aku bayar pun pakai debit card. Tawar cm saiko kat manager Poh Kong tu sbb nak beli Paris. So harus la gembira bila dapat murah. 

Then tiba masanya nak ushar cadar patchwork. Kawan aku nak cucuk duit. Emm. Aku pun nak check baki lah. Bape sen je la tinggal duit aku kat bank. Aku tak jadi keluarkan duit sebab aku rasa cash dlm purse aku ade lagi RM100 lbh. Aku pulak tak bercadang nak beli cadar tu sbb baru je lepas mencanai duit kat Poh Kong. Semasa menuju ke booth cadar tu, kitorang singgah lah kedai Cotton On usyar barang. Tengok-tengok dalam 2 minit lepas tu chow. Booth cadar tu selang satu or dua kedai je dari Cotton On. 

Sesampainya di booth tu, kami ni dengan rakusnya mengirai cadar-cadar dengan jakun. Semua corak cantik-cantik. Hoi perempuan memang tak tahan tengok menda-menda gini. Rambang mata siot. Aku pulak lah racun kawan aku suruh amek yang patchwork mahal tu. [Tadi ko racun aku suruh beli emas kan]. Tapi cadar tu serius lawa. Mahal sebab dia betul-betul patchwork yang kain-kain perca sambung-sambung pastu jahit. Kain pun lembut sikit. Dah kena RM245 satu set king. Uissh. Then kawan aku bajet nak cadar biasa tu so dia tak cucuk duit extra. Dia pun nak pinjam duit aku dulu. Aku pun memula dah rambang mata macam gila-gila nak beli tak bleh tahan dah. Tapi pikir-pikir nanti lah next month. Sabar lah bebanyak Farahin oi. Mase nak bagi kawan aku pinjam, aku check purse aku dah lesap. Oh mai. Oh mai oh mai oh mai...!!!!! Mane purse aku? Mane? Aku kirai-kirai barang-barang dlm bag aku yang berlambak barang mekap charger segala semua ada. Serius takde! Takkan lah? Takkan jatuh? Takkan tertinggal kat ATM? 

Aku pun cakap kat kawan aku, "Purse aku dah xde!". Suasana sah-sah gamat kejap. Aku dah sikit lagi nak pitam. Berpinar jap mata. Tak pernah lagi aku hilang purse dalam hidup. Oh mai. Ya Allah rosai bukan main. Aku pun kirai cadar-cadar kat booth tu. Cari kat celah-celah bungkusan cadar. Segala ceruk cari dah. Aku harap dia jatuh masa aku fanatik sangat kirai lipat kirai lipat cadar tu semua. Sah takde. Aku pun menyusur kat jalan yang aku lalu sepanjang ATM ground floor ke booth tu. Tak jauh pun. Kawan aku cucuk duit sbb nak beli cadar tu. Aku pun masuk dalam kedai Cotton On kot-kot ada terjatuh ke. Dah puas cari. Memang takde. Pegi kat ATM tu pun tengok-tengok situ kalau ade. Pun tak ade. Wuuuu. Nak nanges rase hati. Dah la purse tu baru pakai dua bulan.

Dalam tu ade RM111 [ aku ingat sebab aku baru lepas pegi ATM and check cash yg aku ade ]. Voucher Jusco RM30 [ Baru lepas redeem kad Jusco bulan sudah tapi tak guna lagi ]. Ade voucher shushi king RM20. Segala kad ATM, IC, lesen memandu. Yang paling sedih dalam tu ada gambar arwah ayah aku & mak aku. Ada tiket bas SP Bumi yang aku simpan mase hari arwah ayah aku meninggal dari Terengganu ke Kuantan. Tiket tu la bukti aku dpt berita ayah dah takde masa dalam bas tu. Yang lain-lain aku tak peduli la. Tak berapa penting. Sedeeyh gila. Rase loser sangat masa tu. Down. Tak pernah purse aku hilang. Tak logik jatuh sebab beg aku jenis kain kanvas lembut & besar. Purse aku pun gemok & berat. Takkan lah takde bunyi kalau jatuh. Takkan lah purse beso gedabak tu aku tak sedar kalau jatuh. Kena mandrem ke ape. Lepas kawan aku dah beli cadar tu, kitorang pun dah cari-cari lagi. Give up. Sah dah hilang. 

Aku and kawan aku pun cari port nak lepak. Call segala bank utk block ATM card. Walaupun duit dalam tu taklah riban-riban, tapi tu lah duit yang aku ada nak teruskan sisa hidup. Lepas dah block semua kad, kitorang pegi kaunter jusco utk buat report kehilangan. Dia suggest aku pegi Balai Polis buat report. Kalau nak tengok CCTV pun kena ada report polis and ada polis escort utk tengok CCTV. Sebelum tu aku ada jumpa guard jusco berbangsa bangla utk mengadu. Tapi dia suggest aku pegi report kat main kaunter lah kan. Masalah bahasa jugak lah dengan beliau. Dah lah tengah sedih. Wuuuu ~

Report Polis

Dah takde mood maka kitorang pun chow. Sambil bebel-bebel ngan kawan aku. Syak segala orang yang ade sekeliling aku. Memang ada la kitorang syak beberapa org yg mencurigakan tapi biarlah antara kitorang je. Cari lah balai polis berhampiran. Call main police station sebab nak tanya balai polis yang paling dekat dengan jusco tebrau kat mana. Dia bagitau kat Taman Setia Indah. Guna lah waze kawan aku cari balai polis. Sesat-sesat bagai dekat bape kali dok tawaf taman tu. 

Eh. Siap jumpa kedai kereta lagi singgah nak tanya pasal wiper aku. Tak padan dengan takde IC kalau kena tangkap mmg jadi PATI dah ni. Bole plak yakin singgah kedai. Duit dah la zero. Sebabnya wiper aku yang macam cipan tu baru-baru ni aku perasan dia tak wipe habis cermin aku. Something wrong. Kat side aku tu ade portion dia tak wipe and aku susah nak nampak jalan kat bahagian area kanan. Abang chinese tu dah nak tutup kedai. Tapi berusaha nak bukak wiper aku namun gagal sebab ketat. Dia suggest pegi kedai kawan dia yg badan besar dekat area Maslee utk setel kes tu. Kitorang pun pegi sane pulak. Dia cakap wiper aku terbalik. Tapi lepas dah berjaya switch pun ghupenye same jugak. Cuma better sikit lah kan. Dia pun pelik. Dia cakap wiper aku memang jenis pendek. Ade jenis panjang. Errrm. Aku pun pelik. Tapi dia tak suggest tukar sbb wiper aku baru lagi. Memang lah!!! Aku baru tukar berapa bulan lepas. Tak kering lagi tahap ikan masin wiper tu. Cuma dulu takde la jadi kes mcm ni. Maka abaikan kisah wiper aku. Tetibe emo teringat wiper aku tu. Stresss. 

Then kitorang pun tawaf lagi ikut waze tu. Ade ke dia bawak kitorang masuk ceruk perumahan last-last batang tiang balai polis tak nampak pun. Puih. Menipu punye mende alah waze. Last-last aku decide berhenti kat petronas. Tak tahan aku ngan kawan aku dedua nak kencing. Sambil tu tanya jalan. Dan-dan je aku parking, ade satu kereta polis park sebelah aku. Eh eh eh. Kebetulannya. Saye nak cari tempat keje encik-encik sebenarnya. Malangnya aku takut nak tanya dia. Aku tanya kaunter Petronas je. Bhahahahaha. [ Aku takde kes jenayah pun ok ]. Tapi tatau kenapa takut tengok inspektor polis. Fobia dari zaman kecik kot org asek dimomokkan dengn polis. Hehehe. So kitorang cari dan cari akhirnya berjumpa. 

Lepas tu aku pun buat lah report kat cik polis berbangsa india yang sopan. Suka lah layanan polis kat situ. Nice je. Logo mesra cepat betul tu i loike! I is setuju. Then dah pot pet pot pet cerita segala. Dia pun dah taip report. Yang akak kat sebelah aku pun duk buat report dia kena tipu dengan penjual online yang juga memeras ugut dia pade masa yang sama utk bank in duit. Dan menipu pulak harga barang kena bayar lebih lagi. So lepas tu  tetiba aku kena bercakap dengan Sarjan Imran dari Balai Polis City Centre. Apekehal? Dia jumpe purse aku ke? Kepala aku duk pikir purse je time tu. Dia tanya aku dah makan ke belum. Aik? Aku cakap belum. Dia tanya aku naik teksi ke kereta. Dengan siapa. Rupanya dia suruh aku datang Balai Polis Centre dekat area City Square area Bazar Karat utk sahkan report tu. Aigooo. Jauhnya. Aku pun tanya la akak polis tu kenapa kena pegi sana. Supaya aku dapat elakkan kena buat pembayaran mase buat IC kat JPN and lesen memandu nanti. Aku pun baru tau. Sebenarnya, kalau buat report polis, kes hilang atas sebab kecuaian, tetap kena bayar kat JPN and JPJ mase buat kad baru. Tapi kes seluk saku ini dikecualikan. Hoi kalau tak terbang lah RM110 and Rm20 nak buat menda alah tu. Aku baru tau kes mcm ni. 

Pengesahan Report Polis (Kali ke-2)

So kena la pergi balai polis centre. Dah la park kat tempat illegal. So kawan aku stay dlm kereta utk mengelakkan 'surat chenta' dari pakcik polis. Aku pun menapak la ke balai polis. Menunggu Sarjan Imran dari mana tah tangkap penjenayah yang baru lepas bunuh orang katanya. Beliau pun borak-borak dengan aku, amek keterangan aku semula and tambah soalan-soalan lain. Sambil tu tanya pasal IPTA aku. Amek course ape. Kolej mana. Hahaha. Nice. Sporting jugak beliau. Aku dalam hati risau kawan aku tepi jalan tu ok ke tak. Kereta aku ok ke tak. Dah la kereta aku manual Kalau ade polis suruh alihkan mcm mana. Tau ke kawan aku bawak manual. Risau. Risau. 

Lepas je siap keterangan tu, aku pun lelaju balik ke kereta. Kawan aku dengan tenangnya online. Dedua dah kebulur. Cari port makan. Kawan aku cakap dia belanja. Terharu sob sob. Dalam keadaan aku tak berduit. Tak de IC, kad atm semua, inilah kawan yang aku harapkan. Aku bersyukur dapat kawan-kawan yang baik semuanya. Alhamdulillah. Dah la tekak teringin nak makan sup hujan-hujan gitu. Kawan aku layankan aje. Makan lah kat Bistro yang baru bukak area Taman Muafakat dekat-dekat dengan Kapten Steamboat. Dah kunyah-kunyah, aku decide tido umah kawan aku supaya esoknya boleh bangun awal utk pegi JPN and setelkan semua. 

Buat IC baru di JPN

Hari isnin pagi itu, aku balik ke kolej and siap-siap nak pegi JPN. Sampai JPN dalam pukul 9 gitu. Ade dalam 55 giliran lagi sebelum sampai giliran aku. Aku pun guna la semula purse lama aku jenama Teddy Tales yang aku simpan. Purse tu walaupun dah pakai dekat tiga tahun, aku simpan lagi. Dalam purse ade RM45 hengget. Pinjam duit kawan aku RM50 hengget semalamnya untuk meneruskan hidup tanpa kad atm dan cash. Ini je lah yang aku ada. Masa pergi kaunter amek nombor tu, aku tanya la kena bayar ke kalau kes seluk saku. Dia pun baca report polis aku. Dia cakap yang kes mcm ni, macam kena bayar je. Aku tanya berapa. Dia cakap kalau kali pertama RM100 lbh. Kalau kali kedua RM200. Oh mai. Nak pitam lagi. Semalam encik dan cik polis cakap tak payah bayar elak cukai. Sampai aku kena buat report polis dua kali. Mahal gila kad pengenalan. Brape gram emas dalam chip tu dia letak lah. Dia suruh isi borang je dulu and tgk macam mana kaunter decide. Dalam pukul 10 lbh sampai la giliran aku. Lepas serah semua dokumen, aku kena jumpa officer dia untuk pengesahan sama ada dapat pengecualian bayaran atau tak. Dengan senangnya officer tu cop and semua setel. Tak yah bayar yeaaaay!! Dah siap-siap pakai tudung hitam kan sebab nak amek gambar baru. Bajet cun lah. So esoknya datang semua untuk amek kad pengenalan. Sementara tu pakai la kad pengenalan sementara yang beso gedabak tu. 

Buat lesen baru kat JPJ

Then aku pegi JPJ pulak buat Lesen. Uissh. Kalau boleh nak setel semua hari tu jugak. Tak mo lah jadi pelarian ke hulur kehilir bawak police report je. Abang JPJ tgk pon menyampah nanti. Ramai bukan main JPJ dekat Taman Dahlia tu. Meriah sangat. Lepas cerita masalah aku kat kaunter pertanyaan, encik tu bagi aku borang L1 dan suruh aku prepare siap-siap salinan report polis, salinan kad pengenalan sementara dan sekeping gambar pasport. Alamak, gambar pasport takde. Pegi la buat kat kedai yang ade kat dalam JPJ tu. Pak cik kaunter tu baik je siap tanya lagi mcm mana hilang purse aku. Mesra gitu. Lepas isi borang L1, pegi la amek gambar. Dah la gambar tak lawa, Bayar lah RM15 utk 4 keping gambar. Potostat kad pengenalan sementara sekali Rm1. Kemudian gi semula kaunter and amek giliran. Tak lama pun tunggu. Cm biasa kena jumpa officer jugak utk sahkan. Dengan mudahnya permohonan aku dicop. Tak sampai setengah jam, lesen baru aku siap. Yeaaay! Tapi gambar tak lawa. Hissh. Menci ngat. Selamat RM20 aku sebab dpt pengecualian pembayaran utk kes mcm ni.

Kad ATM replacement

Pastu aku pun nak pegi buat kad atm kat Maybank. Alhamdulillah sepanjang hari tu aku tak ade masalah parking. Syukur sangat rezeki betul, ade je parking kosong untuk aku. Dah sampai Maybank tetibe akak kaunter pertanyaan cakap selagi tak dapat IC original tak boleh buat kad ATM. Ottoke!? Aku takde duit! Baki tinggal bape sen je ni. Wuuu ~ Semua bank pun mcm tu rupanya. Last-last dah penat aku balik. Nak tido. Penat sangat. Runsing. Sedih. Makin kusut. Semalamnya masa purse aku hilang kawan aku siap cakap aku mcm tenang je purse hilang. Oh. Aku memang mcm ni. Mase kejadian aku bukan tenang tapi lebih kepada blur dan sedih dlm hati sampai takde perasaan. Kemudian semakin lama akan semakin meroyan bila bayangkan masalah-masalah yang bakal menyusul. Haahahaa. 

Reunion bersama Purse yang Hilang & Pembatalan Report

Sampai kat bilik terus nak membuta selama sejam. Begitulah niatnya. Petang konon nak pegi lab. Dalam 1.30 petang mase tengah lelap-lelap kancil, Jusco Tebrau call bagitau purse aku dah jumpa! Yeah! Found it! Yuuuhuuuu! Happy.. happy.. happy.. Tak boleh tahan terus siap-siap solat semua then pegi jusco nak kutip harta. Lepas dah amik dan tanya itu ini, encik polis bantuan dalam jusco tu suggest aku pegi batalkan report. Walaupun duit cash aku RM111, voucher jusco rm30 dan voucher shushi king rm20 dah hilang, aku masih bersyukur. Gambar dengan tiket tu ade. :). Yeaay. Alhamdulillah. Aku pun semangat google balai polis berhampiran nak batalkan report. Lepas tanya orang and mintak direction, semangatnya pegi Balai Polis Johor Jaya. Kalau aku tau balai polis ni lagi dekat, tak adelah aku ke Setia Indah semalamnya. Tapi nak ke balai polis yang dekat sejengkal dan amatlah senang directionnya pun aku sesat 4,5 kali. Tak sah kalau aku tak sesat. Turun kereta 3 kali tanya orang. Balai polis nye dah nampak, nak masuk punya lah susah cari jalan masuk tak jumpa-jumpa. Mse batalkan report tu pon pakcik polis tu tanya kenapa tak batalkan kat Skudai je. Eemm. Nak je aku cakap, sebab saye semangat dan saye memang sengal pakcik. Aku ade sikit menyesal tak batalkan report kat balai polis skudai sebab tak teringat yang balai polis skudai punya lah terpampang besar tepi highway. Tetap nak sesat pegi Johor Jaya punya. Isshk. Sengal. 

Yeaaay. Lepas dah batalkan report rasa lega tenang semua. Utk meraikan kebahagiaan ini, pegi beli burger kat bawah kolej yang baru bukak hari pertamanya hari tu. Terus order burger daging special. Happy kononnye kan. Semangat report kat mak purse dah jumpa. Rupanya mak aku pun selalu doakan aku jumpa purse tu semua tiap kali lepas solat. Alhamdulillah. Terima kasih mak. Sayang mak sangat-sangat. 

Buat Kad ATM baru dan Kutip IC baru

Hari ini pon ponteng lab lagi sebab bangun lambat. Al maklum kepenatan semalam. Petangnya pegi Maybank and CIMB utk buat kad baru. Sebabnya dah dapat Kad pengenalan original kan. Kalau tak merana lah aku takde cash. Turn kat Maybank punya lah lambat akak tu dah pesan siap-siap mau kena tunggu sejam lebih sebab ramai org que. Yeezaaa. Sementara tu aku menapak ke CIMB yg sejengkal buat kad atm baru. Syukur takde org. Tak sampai setengah jam kad CIMB siap. Patah balik ke Maybank ade lagi dua je giliran aku. Semua berjalan lancar hari ni. ^_^. 

Sebelum tu aku pegi JPN dlu kutip IC baru. Tak sampai 15 minit pun prosesnye dan aku pulangkan kad pengenalan lama sebab purse aku dah jumpa bersama kad-kad dalam tu. Dia pun gunting kad pengenalan lama aku dan bagi kad baru. 

Dan aku gembira walaupun berlaku kerugian dan kemalangan. Tapi aku anggap ini ujian Allah bagi sebab Allah rindu dekat aku. Dan aku masih bersyukur dengan ujian ini. Kena selalu positif dan Im back to be a happy girl again! Syukur Alhamdulillah. :)


(sekadar gambar hiasan)

Pelajar dirotan hingga berbirat kerana tidak Solat Subuh.

Assalammualaikum. 

Selamat petang. 
Tetiba terasa tertarik menarik pula nak komen pasal isu ni. Takde lah nak kondem memana pihak pun. Cuma saja nak share pendapat. Kalau ada yang salah dipersilakan dan tidak perlu membuat permohonan untuk menegur. Kita share secara baik. 

Secara jujurnya, kalau dulu-dulu, abang-abang aku yang lahir zaman 70-an, diorang kena sebat macam ni tak ada masalah pun. Asalkan dirotan sebab membuat salah. Jangan sebab takde salah, tau-tau anak korang balik lebam-lebam. Tu kes buli namanya dan perlulah kes-kes macam tu kita ambil tindakan. 

Cuma kalau dah tau itu melanggar peraturan, maka tindakan bijak adelah jangan buat. Dulu-dulu cikgu memang akan rotan ke, atau cubit, atau pukul pakai pembaris sbg satu proses didikan. Kanak-kanak ni biasanya belajar dari kesilapan. Bila kita dah tau sesuatu tu silap, haruslah kita ajar, dan kalau tak nak dengar maka haruslah kita rotan sampai dia ada rasa keinginan untuk tidak buat lagi. Jarang lah kan berlaku kalau zaman universiti untuk bakal-bakal pemegang ijazah dirotan sebab-sebab macam ni. Sebab apa? Sebab semua dah ade otak yang besar duduk dalam kepala tu untuk berfikir. Allah dah bagi akal, takde keje lah pensyarah sekalian nak rotan-rotan bagai ni. Masa kecik lah kita kena didik. 

Aku ni sebenarnya cakap je pandai. Ye jugak. Sebab aku tak ada anak lagi. Tapi pada saat ini, aku yang belum lagi mengalami situasi mempunyai anak yang dirotan sehingga berbirat sebab tak solat Subuh ini berharap, agar apabila aku ada anak suatu hari nanti, aku membenarkan cikgu merotan anak aku jika dia membuat kesalahan. Tak kisah lah kesalah yang melanggar undang-undang agama atau undang-undang sekolah. Cuma biarlah bersesuaian. Takdelah aku benarkan cikgu bogelkan dia di depan khalayak ramai ke kan utk hukuman. Tapi rotan tu adelah hukuman sesuai la. Selagi tak kronik. Jangan sampai anak aku patah riuk atau koma je. Setakat lebam ni sapu ubat nanti lelama dia baik la. Ala macam tak biasa jatuh lebam-lebam. Ini untuk tujuan pengajaran dan didikan demi masa depan kot. Aku dulu masa zaman sekolah selalu je kena rotan. Aku perempuan kot. Xde pun aku balik mengadu kat mak ayah aku. Sebab aku tau kalau aku mengadu, mesti mak atau ayah tanya, "kenapa cikgu rotan?". Aku yg tak biasa menipu ni akan jawab lah sebabnya, maka selalunya dorg balas "padan muka, lain kali kalau buat lagi kena lagi" See.

Pelik dengan zaman sekarang ni kalau anak kena rotan sikit je pun mak ayah melenting bagai nak rak. Siap nak naik mahkamah lagi. Ye sejujurnya semua orang sayang anak. Bagai menatang minyak yang penuh. Tapi kalau tengok cerita "Anakku Sazali" belajar tak pengajaran dari situ? 

Ade jugak sesetangah parents ni tak suka orang lain tegur kesalahan anak dia atau meletakkan hukuman pada anak dia. Ye lah. Sebab nanti akan dilabel "tak pandai didik anak". Bila budak-budak buat salah, kita akan cakap, "anak sape lah ni, mak ayah dia tak ajar ke... bla..bla..bla..". 
Kita manusia yang tak perfect dari semua segi. Mungkin nanti ada kekurangan kita dalam mendidik anak, maka harapannya dapatlah bersikap terbuka kalau orang cuba mendidik anak kita jika cara mereka betul. 

Hukuman tidak solat Subuh ni dalam agama Islam: 

Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun "

Apalah nak dibandingkan kena rotan. Aku dulu xpernah lah kena rotan sampai macam ni sebab tak solat subuh, kena rotan pun sebab-sebab lain. Tapi secara serius memang bila dirotan aku takut nak buat kesalahan tu lagi lepas tu. Memang berhasil lah. 

Aku pernah dulu pegi mengaji, murid mengaji ramai sangat. Sebelum ustaz sampai, budak-budak lelaki bising bukan main berborak pasal apa tah. Sekali ustaz dah habis solat je, keluar bawak rotan, terus sebat belakang 4,5 orang budak tu. Aku yang tengok pun ketakutan. Sampai ke sudah kalau time mengaji aku tak bercakap borak-borak kosong. Takut kena rotan kot. Itu adalah didikan yang bagus untuk mereka yang kena rotan ataupun yang melihat. 



Kita orang dewasa sendiri pun tak ada lah perfect solat sempurna. Aku mengaku aku bukanlah manusia yang sempurna dalam bab agama. Ade juga terlajak. Banyak perlu diperbaiki. Tapi untuk anak-anak aku, aku harap mereka boleh jadi lebih baik dari aku. Apa salahnya. Dan ibu bapa sah-sah la kena jadi contoh yang baik untuk anak. Kalau dia tengok mak ayah selalu skip solat Subuh, tak mustahil dia rasa tak solat Subuh pun tak apelah. Mak ayah aku selalu je tak sembahyang Subuh. Benda-benda ni memainkan peranan dalam psikologi sebenarnya. 

Suma untuk kes ni, selalu cikgu rotan jarang terjadi lah sampai berbirat, Ini tak taulah dia pakai rotan apa dan berapa pulak tenaga dia guna angkat rotan tu. Tinggi mana dia sebat pun taktau lah. Selaku ibu bapa zaman moden yang penuh dengan teknologi canggih dan laman sosial ini, selalunya memang mendatangkan kerisauan dan jalan mudah adalah share dilaman sosial lah jawabnya. Sebab untuk zaman sekarang kalau kes lebam ni dah dikategorikan sebagai kes serius. Zaman-zaman 80-an, 90-an dulu kes biasa je ni. Xde laman sosial nak share.

Sekian. 
Ulasan saya yang masih kurang ilmu. 

Kereta Myvi 2006 (Manual) - Clutch berbunyi & masalah lain.

Assalammualaikum.

Petang yang indah sebab asyik hujan kat JB. Rasa malas semakin awesome. Tapi perasaan aku bukanlah tajuk utama berita hari ini. 

Berita melaporkan sejak akhir-akhir ini aku selalu dengar bunyi-bunyi aneh dari kereta pusaka aku tu. 

Pertama, bila aku dah drive dalam setengah jam gitu, akan ada bunyi pelik dari arah belah kanan kereta aku. Bunyi dia macam "syiling tengah berpusing dalam tin kosong". Serius pelik. Tatau nak explain bunyi ape. Tapi kadang-kadang je dia berbunyi lepas tu senyap semula. Nanti dalam 15 minit kemudian muncul balik bunyi tu. Eh, pelik la, tatau nak cakap cmne bunyi dia. 

Pernah tanye kedai, dia cakap masalah kompressor. Dah tu aku kena tukar seluruh kompressor ke cmne? Tak mcm mahal plak kan? Aku syak bearing dia je masalah lepas gugel2 kt intenet. Lepas tu aku bercadang nak bawak abang aku pegi check nanti. Kot2 kalau spray WD40 terus ok ke kn pasni. Harapannye begitulah. Tatau bila nak pegi check. Taktau jugak benda alah ni serius ke tak.





Keduanya, bunyi lain plak. Bila pepagi nak pegi breakfast ke atau saat pertama aku start enjin dlm hari tu, aku tekan je clutch dia akan bunyi "keceerrrkeceerrkecerr" tapi slow je bunyi dia. Setelah try beberapa hari membuat eksperimen betul ke clucth tu punye angkara, memang sah! clutch aku lah yg bunyi tu. Aku tanya kedai kereta, dia cakap clutch nye cable. Kalau nak tukar sekali upah pasang RM100. Murah ke? Tapi aku tak pasang-pasang lagi. Bahaye ke eh kalau lambat tukar? Ni pun nak konon-konon tanye abang aku nanti lah kan. 

Lepas tu aku ade niat nak tinted head lamp aku sebab dah macam nak pergi ke kaler kuning gaya lampu tu kan. Biasa lah kereta dah umur 6 tahun lebih. Ade kedai tu bagi RM100 sekali polish, sekali tinted spotlight. Adekah ianya berbaloi? Bahaye tak tinted ni? Colour ape sesuai? 


____________________________________________________________________________


Aku sebenarnye dah serik sebab dulu pernah la sekali tu aku nak balik ke Pahang dari JB, kereta aku boleh pulak tersadai mase tunggu traffic light. Nak masuk gear tak boleh kot!! Mau tak menggelabah lampu dah hijau aku nak masuk gear tak boleh. Dah habis tekan clutch dah. Berita baiknye mase tu ade kawan aku nak balik ke Kulai konvoi sekali kononnye, dia la tolong tolak kereta masuk balai polis. Kalau tak maunye tahan muke kena hon memanjang. Tapi hoi aku bukak lampu hazard la. Kereta aku rosak bukan sesaje aku nak duduk tengah jalan. Dah la depan balai polis. Last-last abang aku dua orang dari Pasir Gudang jadi hero datang selamatkan. Masa tu aku baru pakai kereta dalam 2, 3 bulan. Lepas godek-godek, kereta tu boleh jalan tapi slow. Hantar je kat kedai berdekatan abang aku yang drive. Jeng jeng jeng. Terbang melayang lah RM700+ tukar mende alah tu. Tunggu 3 hari baru siap. Wuuuu. Wuuuuuu ~ Nanges. Tu duit mak aku yang keluar. Bukan duit aku. Kalau duit aku? Ye... sebenarnye aku xde duit tp pakai kereta.. selalu buat loan dengan mak je. Al-maklum lah student IPTA lagi. 

Sejak dari itu, aku selalu berazam untuk maintenance kan kereta aku sebelum kerosakan kronik muncul. Tapi biasalah, orang perempuan mane lah terer. Aku selalu tanya-tanya kedai pasal spare part kereta ni. Lepas tu abang aku lah consultant yg berjaya bab-bab kenderaan. 

Baru-baru ni aku tukar absorber depan sepasang RM360 sekali upah. Murah jugak lah. Tu aku tukar kat Segamat. Aku tanya kat kedai area JB ni rata-rata RM400+. Mahai betul mende alah tu kan. Aku tengok mende tu macam tempat tekan kuih semperit je rupanya. Haih lah. Ape boleh buat. Pandai pakai kereta kenalah pandai jaga. Lagi-lagi aku ni suka ulang-alik JB-Pahang tiap bulan. Memang kena selalu check lah kan. 

Sekian nukilan aku dari perempuan yg noob pasal kereta.