Sunday, August 25

Break, Putus, Kecewa, Dump - Sign of New Love.

8:24:00 AM 0 Comments
Pernah kecewa?
Pernah ditinggalkan?
Pernah break?

Hahahaha. Kalau pernah itu normal. Kalau tak pernah pun tak runsing nak fikir.
Motif aku keluarkan tajuk ni sebabnya aku sendiri pernah alami putus cinta. Dengan siapa? Biarlah aku je yang tahu. Perit? Memang seksa lah dalam hati ni. Tapi mungkin orang nampak aku macam tak ada perasaan. Stone cold. Tak ada cinta pun. Tapi tak. Sebenarnya aku yang jenis mcm ni lah paling susah nak menangis dan luahkan kesedihan bila sedih. Aku lagi suka menangis sensorang tapi aku tetap akan luahkan kesedihan aku ni pada someone. Cuma kdg-kdg muka aku taklah nampak sedih sampai berair mata mengenang gitu. Aku susah nak nanges depan orang even depan mak aku. Tapi Ya Allah keseksaan dalam hati tu buat aku rasa nak meraung kat tepi gaung.

Tapi tu masa memula lah kan. Lelama macam jadi tak ada perasaan. Menyampah pun ada. Maybe aku buat wall besar mcm benteng lah mempertahankan diri dari terus suka beliau kan. Aku fikirkan segala keburukan dia, aku fikirkan perit yang aku rasa saat dia tengah bergembira dengan keluarga, kawan-kawan dan kekasih dia. Sedangkan aku nak duduk meratap mcm orang gila. Haa. So not good. Maka sejak sekian lama, aku mula menyayangi diri sendiri dari mengorbankan hati aku untuk org lain.

Tapi aku tak tipu, sometime aku ada perasaan sedih menyelubungi tu pada satu-satu masa. Masa tu segala memori datang sekaligus. Apa yang aku tengok semua mengingatkan aku. Tapi tentulah, lepas aku luahkan pada seseorang yang memahami dan setia mendengar, aku lega dan everything back to normal and live like the most happiest girl in this world.

Buat apa nak sedih, sedangkan beliau begitu gembira. Kadang-kadang aku rasa Ya Allah menyesalnya mengenali seseorang ini. Kalau lah aku boleh undurkan masa, aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari dia sejak awal lagi supaya aku tak kecewa sebegini. But.. the right thing is, aku sangat bersyukur bertemu dia sebab aku belajar erti kekecewaan, aku belajar mengeali hati orang lain dan lelaki, aku menambah bilangan kawan, aku belajar untuk kurang berharap pada apa-apa pun selepas ini, aku belajar erti sabar, aku belajar erti pengorbanan dan paling penting dia pernah membuatkan aku bahagia walaupun sekejap dan dia mengajar aku bagaimana perasaan jatuh cinta.

Jadi, tak semestinya aku jatuh cinta sekali. Aku pasti akan jatuh cinta lagi dan tentunya bukan dengan org yang sama.

"You never fall in love the same way twice"


Apa perlu ragu? Ini semua kuasa Allah. Jodoh di tangan Allah. Jodoh kita ialah takdir kita yang telah ditetapkan sejak kita di luh mahfuz lagi. Stop worrying. Live this life. Yakinlah dengan ketentuan Allah kerana itu buat aku tenang. Alhamdulillah. Aku bahagia bila melihat dia bahagia. Cemburu itu ada, cuma dengan cara yang betul. Aku gigih untuk mencari kebahagiaan aku sendiri dan ya, aku rasa hampir bertemu. Cukuplah rezeki yang aku miliki sekarang. Semuanya sudah membuatkan aku gembira setiap hari.

Aku dah tak ada keinginan untuk mengetahui berita tentang dia lagi. Kalau dulu saat aku belum heal, aku stalk dan aku tau setiap perkembangan dia. Sekarang? Aku tak ada masa untuk jenguk profile beliau pun. Doa aku dah termakbul barangkali. Alhamdulillah dan syukur. Allah ketemukan aku dengan insan lain.




Farah Wahida sudah jadi seorang isteri! Farah & Farid Wedding.

12:28:00 AM 0 Comments
Last Saturday,
I went to KL from JB just to see one friend of mine getting married!! Ohoooo!
Sangat owesome!

From JB, I take a bus and met Azfar Amira on Friday night. Well, credit to someone yang berhempas-pulas nak berjumpa aku dan tolong hantar aku ke Shah Alam. Hahaha. Thanks Bro. Well, dari Shah Alam, me, azfar and her mother drive to Puncak Alam. Waaaa. Sangat kedalaman aku menuju ke sana. Jauh jugak lah. Tapi sepanjang jalan non-stop talking. Gila. Kalau dah lama tak jumpa memanglah begitu.

Ramai sangat datang rumah Azfar. Saudara mara yang aku tak pernah kenal semua dah berkenalan ngan aku si kawan Azfar yang dah macam anak baru keluarga Encik Muzaffar. Hahahaha. So from Puncak Alam gerak ke Bukit Damansara dah pun jam dua. Jumpa Shakira dan Dijah in half-way to the wedding. Naik satu kereta dan meragam cari dewan wedding using Navigation. Hoh! Lawak bila sesat kat kawasan perumahan orang kaya mana tah. Finally sampai.

Here are the feeling of joy!!


This pic credit to Azfar.

                                     
Pasangan mempelai yang dah bercinta dari zaman universiti. 


Our team yang bising kepochi dan huha tak hingat dunia. Miss a person here - Syaza not in the loop. 


Ahli kereta Azfar. KOnvoi lah sangat!


The gorgeous perantin ~ sangat cun dan hot. 



Muka Farid. Oh No.  Nasib baik suami kawan aku. 


One day beautiful princess, forever princess to Farid. 


Ini adalah adaptasi dipercayai kerja si suami. 


Picture after Nikah. U look so gorgeous Farah! 
Well even not in ur wedding, i think u are hot stuff all this time. 

I heard they go to Bali for honeymoon. Hahaha. Nice. Then Farah will back to Penang and Farid go back JB to go on with their carriers. Haih. Cinta jarak jauh. Harap mereka bahagia! Happy for both of them. Coz aku melihat rentetan percintaan diorang dari zaman belajar. Mula-mula rasa macam, errr, but then aku tengok Farah happy so there is no way im not happy for her. 

The next day, Shakira open house! Hahaha. Went to Bandar Country Home at Rawang. Dunno how it spelled. But sebelum tu dah melantak dekat open house atuk sedara Azfar belah ayahnya and cannot recall which area. Aku tau makan dan makan. Memang ramai lah jugak saudara Azfar yang aku jumpa. Memang tak kenal nama pun. Then baru proceed ke Rawang dengan berbekalkan Navigation. Meet Kecek, Amirul with Siti(I guess his girlfriend), Anip Arun yg kacak, Keon dan Dira. Before balik still caught up with Alia and her little brother. Hahaha. What a long journey. 

Balik JB aku bertemu lah dengan Ayien. Balik drive kereta Ayien coz her spec patah and rabun silau. Dan aku adalah driver yang berjaya. Harap Ayien tak kena saman malam tu. Salah aku jugak sebab lambat tak pasal-pasal balik malam and Ayien kerja esoknye. Sorry Ayien and thanks a lot! Sempat jugak jumpa Nina and hantar Nina ke LRT Serdang sebelum bergerak balik JB. Semoga doa Nina tu termakbul. :)
What a happy story I have now. Right?

Waiting for next week another friends drama story ~
ChiaoO



Saturday, August 24

Long Time No see Pals! :)

11:58:00 PM 0 Comments
Hye.. Assalammualaikum..!

Lama gila aku tak update ya? Dah macam kena hantar kat Afrika pulak tak ada sebarang connection. Padahal hidup sihat walafiat online facebook. Al-Kisah malas nak berceloteh mengenang nasib diri lagi. Anggap je la sepanjang aku tak update aku sangat bahagia sampai tak ade masa nak update blog. Hampeh ini perempuan. BIla tak bahagia la baru aku cari blog? Hahaha. Nope. Aku tak bersalah okey.

Mari aku cerita.
SEPANJANG aku tak update dulu, aku telah mendapat tawaran bekerja di sebuah company dot dot dot di Johor. Kehidupan aku okay. Much better. Aku dah kurang meroyan. Aku menjadi seorang pekerja yang berjaya. Nak dikatakan Engineer tu macam segan sebab tau diri tak layak. Tapi itu lah position aku.

Aku deal dengan pelbagai orang. Chinese, Indian, Mat Saleh, Singaporian dan pelbagai bangsa mcm Sarawakian, Bangladesh, Myanmar, Indonesian, Vietnam. Tak mampu nak recall semula. Tapi memang mcm-mcm jenis org lah. Seriusly, dalam tempoh singkat aku rasa banyak sangat belajar. Aku terpaksa belajar sendiri. Aku terpaksa ambil hati Technician aku utk dapatkan ilmu. Aku bekerja di sebuah syarikat manufacturing dengan kata lain sebuah kilang. What a damn hell aku rasa. Seksa ya amat. Aku tak disuap mcm selalu. Aku kena belajar sendiri. Aku rasa beban kerja banyak. Aku kena buat keputusan hampir setiap hari. Kerja aku pernah dikatakan sampah. Aku kena back-up org bawah. Tapi tersepit dengan arahan org atas. Hahahaha. mcm-mcm lagi lah.

Tapi lepas empat bulan aku dah boleh adapt suasana tu. Selalu org bergaduh kat 'line'. Chinese Melayu tak kira dah. Dalam email pun boleh nampak org perang. Jenis yang talam dua muka. Ada yang tikam belakang tapi depan-depan tak nampak. Owho. Banyak jenis manusia taw.

Ada yang nampak macam pandai tapi sebenarnye ehem ehem. Ada yang berlagak bila dah jadi org atasan. Hahaha. Semua tu begitu jelas setelah anda bekerja dengan mereka. Tapi Alhamdulillah, sepanjang aku kerja, team aku okey, org atasan tak pernah marah aku tapi pernah kena push, org bawahan aku pon okey. Semua semakin okey selepas aku dah kerja lebih 3 bulan. Tapi aku decide utk sambung belajar.

Sebab apa?
Sebab aku memikirkan masa depan. Yes, korang boleh cakap aku boleh sambung master sambil bekerja. But please, aku tau jenis aku mcm mana. Aku bukan rajin. Aku balik kerja pun dah penat gila, nak apply kerja lain pun dah malas, tak larat nak pikirkan hal macam tu, tau nak hiburan je hilangkan tekanan. So how do i expect setiap kali balik kerja aku akan belek assigment? Mcm mana sabtu ahad yang utk aku release stress aku nak kena pergi kelas dan push otak aku benda-benda yang aku dah lupa? So aku tau kemampuan aku, aku dah nilai baik-baik dan aku decide utk sambung full-time.

Well, kenapa nak sambung?
Sebab aku tau kerja Engineer penat. Aku perempuan. One day aku nak kahwin, nak ada anak, melayan suami dan keluarga. Aku tak tau sampai bila nak kerja yang stress dan fix hour. So aku sangat berharap aku ada harapan utk jadi lecturer suatu hari nanti. Tenaga pengajar kan banyak manfaat dari segi dunia akhirat. :)
Waktu bekerja pun flexible. Tapi lepas master aku ada niat nak bekerja semula. Nak cari pengalaman sikit. Nak merasa semula kesakitan kerja. Hahaha. So Alhamdulillah, setakat ni, kat sinilah rezeki aku. Aku happy dan bahagia sehingga kini.

Ni serba sedikit lah tentang life aku. Tak mau lah tulis panjang-panjang. Hahaha. Banyak dah lupa. ChiaOo!







Follow Me @farahinesa