Saturday, August 24

Long Time No see Pals! :)

Hye.. Assalammualaikum..!

Lama gila aku tak update ya? Dah macam kena hantar kat Afrika pulak tak ada sebarang connection. Padahal hidup sihat walafiat online facebook. Al-Kisah malas nak berceloteh mengenang nasib diri lagi. Anggap je la sepanjang aku tak update aku sangat bahagia sampai tak ade masa nak update blog. Hampeh ini perempuan. BIla tak bahagia la baru aku cari blog? Hahaha. Nope. Aku tak bersalah okey.

Mari aku cerita.
SEPANJANG aku tak update dulu, aku telah mendapat tawaran bekerja di sebuah company dot dot dot di Johor. Kehidupan aku okay. Much better. Aku dah kurang meroyan. Aku menjadi seorang pekerja yang berjaya. Nak dikatakan Engineer tu macam segan sebab tau diri tak layak. Tapi itu lah position aku.

Aku deal dengan pelbagai orang. Chinese, Indian, Mat Saleh, Singaporian dan pelbagai bangsa mcm Sarawakian, Bangladesh, Myanmar, Indonesian, Vietnam. Tak mampu nak recall semula. Tapi memang mcm-mcm jenis org lah. Seriusly, dalam tempoh singkat aku rasa banyak sangat belajar. Aku terpaksa belajar sendiri. Aku terpaksa ambil hati Technician aku utk dapatkan ilmu. Aku bekerja di sebuah syarikat manufacturing dengan kata lain sebuah kilang. What a damn hell aku rasa. Seksa ya amat. Aku tak disuap mcm selalu. Aku kena belajar sendiri. Aku rasa beban kerja banyak. Aku kena buat keputusan hampir setiap hari. Kerja aku pernah dikatakan sampah. Aku kena back-up org bawah. Tapi tersepit dengan arahan org atas. Hahahaha. mcm-mcm lagi lah.

Tapi lepas empat bulan aku dah boleh adapt suasana tu. Selalu org bergaduh kat 'line'. Chinese Melayu tak kira dah. Dalam email pun boleh nampak org perang. Jenis yang talam dua muka. Ada yang tikam belakang tapi depan-depan tak nampak. Owho. Banyak jenis manusia taw.

Ada yang nampak macam pandai tapi sebenarnye ehem ehem. Ada yang berlagak bila dah jadi org atasan. Hahaha. Semua tu begitu jelas setelah anda bekerja dengan mereka. Tapi Alhamdulillah, sepanjang aku kerja, team aku okey, org atasan tak pernah marah aku tapi pernah kena push, org bawahan aku pon okey. Semua semakin okey selepas aku dah kerja lebih 3 bulan. Tapi aku decide utk sambung belajar.

Sebab apa?
Sebab aku memikirkan masa depan. Yes, korang boleh cakap aku boleh sambung master sambil bekerja. But please, aku tau jenis aku mcm mana. Aku bukan rajin. Aku balik kerja pun dah penat gila, nak apply kerja lain pun dah malas, tak larat nak pikirkan hal macam tu, tau nak hiburan je hilangkan tekanan. So how do i expect setiap kali balik kerja aku akan belek assigment? Mcm mana sabtu ahad yang utk aku release stress aku nak kena pergi kelas dan push otak aku benda-benda yang aku dah lupa? So aku tau kemampuan aku, aku dah nilai baik-baik dan aku decide utk sambung full-time.

Well, kenapa nak sambung?
Sebab aku tau kerja Engineer penat. Aku perempuan. One day aku nak kahwin, nak ada anak, melayan suami dan keluarga. Aku tak tau sampai bila nak kerja yang stress dan fix hour. So aku sangat berharap aku ada harapan utk jadi lecturer suatu hari nanti. Tenaga pengajar kan banyak manfaat dari segi dunia akhirat. :)
Waktu bekerja pun flexible. Tapi lepas master aku ada niat nak bekerja semula. Nak cari pengalaman sikit. Nak merasa semula kesakitan kerja. Hahaha. So Alhamdulillah, setakat ni, kat sinilah rezeki aku. Aku happy dan bahagia sehingga kini.

Ni serba sedikit lah tentang life aku. Tak mau lah tulis panjang-panjang. Hahaha. Banyak dah lupa. ChiaOo!







No comments :

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::