Friday, February 22

Ayah.

4:05:00 AM 0 Comments
Aku suka macam ni. Menangis sorang2 dalam bilik. Gelap. :(

Teringat ayah. Dgr lagu My Way. Ayah. Ain rindu. Ain dah lama tak mimpi ayah. Ayah. Ayah taknak jenguk Ain ke? Ain skarang tengah cari keje. Ain dah dapat keje. Tapi belum confirm lagi. Tadi Ain bawak kereta Angah. Kereta lama ayah tu. Susah tau, tapi ok je. Hurrm. Nak pergi kubur ayah tapi xboleh pergi sorang2 nanti meratap. :(

Ayaaaaahhhh... Ain rindu ayah....

Ain menyesal dulu tak spend masa dengan ayah. Puas puas. Dulu Ain tak reti bawak kereta. Kalau tak mesti Ain dah senangkan ayah. Ain tak sempat nak belikan ayah kereta Mitshubishi mcm ayah nak tu. Kan dah janji. Ain amik kereta tu ayah yg pakai. Ain bayarkan. Nanti Ain pakai MyVi pun takpe.

Ayaaaaahhhhh......kenapa rindu sgt nie....Kalau Ain dengar lagu My Way ni mst Ain ingat ayah..sbb ayah kan suka lagu ni...Dulu Tun Mahathir bersara dia suka lagu ni..sebab tu ayah suka kan..Nape umur ayah x panjang mcm Tun.

Ayaaaaahhhh... rinduuuu... dtg la melawat Ain... Ain tak kesah... janji Ain tau tu ayah..sbb Ain syg sgt kat ayah.. Ain menyesal Ain tak pernah tunjuk dulu...Ain tak jadi anak yg baik.... Ain menyesaaaal....

Ayah.. Ain rindu sgt...

Thursday, February 21

Muka dan kawan-kawan baru. Jerawat!

12:35:00 AM 0 Comments
Ohdem. Sekarang sangat tidak mahu tayang muka dekat org.

Nak tau mcm mane horror muka aku? Org2 yg jumpa aku je akan tau betapa kesian nye dengan kulit muka aku sekarang. Dah la mengerutu. Berbiji biji. Merah2 dan mengelupas! Oh no no no. Ini lah pengalam paling besar antara aku dengan muka.

Kelmarin jumpa doktor kulit. Plus dia bagi aku ubat ubatan lah. And my face become worsssssttt! I tot ubat doct la paling bagus. See? Jgn ingat ubat2 ni bagus sgt. Tak semua membantu. Kalau tak xde lah org mati sebab ubat. So choose wisely. Haih. Mengelupas satu muka. Pedih. Now makan pun kena pantang. Eee. Tak tahan lah.

Ain kena kuat lah. Ini dugaan tak pun balasan sebab perbuatan jahat dulu. Berubah lah Ain! Kau jahat sgt agaknye. Or social sgt. Erm.. aku pun pikir begitu. So now nak kurangkan gejala sosial ni. Sederhana better. :)

Sekarang dah xde perasaan nak kawen ke ape. Kalau nak kawen pun lagi 3 4 tahun kot? After muka dah ok. Kalau lah muka dah ok, InsyaAllah. Dan hanya jika ade lah yg sudi terima kekurangan aku ni dengan muka yang tak brape lawa. Alhamdulillah sempurna sifat lagi. Dan syukur sebab masih sihat.

Cakap pasal kesihatan. Aku ada saka. Astagfirullah. Aku sendiri tak sangka. Nanti aku cerita kat entri lain ye. But now tgh kusut dengan muka yg.. Ouh... stresss.. Bukan aku je rasenye yg pernah rase mcm ni. Maka boleh heppi2 lagi.

U know what, di saat ke-down-an aku mcm ni. Siapa ada dgn aku? Mak aku. Family aku. So bagi aku sangat lah bodoh kalau aku suatu hari nanti melupakan jasa mak aku. Mak aku tak putus2 syor kan aku guna ni. Guna tu. Apa2 je yg boleh ubat. Dia cerita kat kwn2 and sedara sambil tanya ada ubat tak utk muka mcm ni. Aku terharu sgt2 dgn usaha mak aku. Ape2 yg aku try mak aku keluarkan duit. Bukan murah2. Tak berkira sgt dah. Betul dia risaukan aku dan xnk tgk aku sedih.

Ada ke kwn atau lelaki yg sanggup buat sampai mcm ni? Mungkin ada tp kdg2 diorg pun stress dan lama2 tak tahan kot.

And yes. I trust nobody selain family.

Dan aku sesungguhnya saat ini sgt bersyukur. Di saat ujian mcm ni jadi kat aku. Aku ada family dan beberapa kwn yg caring kat aku. Thankz sebab concern korang. :) Ini buat aku rase hepi je. Down pun sekejap je. Kebanyakan masa aku senyum. Layan anak2 sedara aku.

Hahaha. Alhamdulillah. :)


Wednesday, February 20

Wednesday, February 13

Muncul semula!

10:31:00 PM 0 Comments
Yes. Sudah sekian lama tak update.
Menyendiri ke? Menyendiri lah sangat bile beberapa hari lepas huhahuha dgn kwn2, gelak cam tak betul dgn abg2 aku.

Saje malas nak menaip panjang2. Walhal ni lah tempat paling mahsyuk untuk menggondam ayat.
Hidup aku ceria seperti biasa. Rasa kosong sebab masih rindu arwah ayah. Rasa loser sebab masih tak ada kerja. Rasa bahagia sebab masih ada kawan2 dan family yang menghargai saya.

Kdg-kdg serius, ada kwn tak semestinya hidup korang akan happi. Pernah kan kawan2 abaikan korang? Ye pernah. Tapi family jarang abaikan korang. Boyfriend dan awek? Pernah ke syg korang mcm mana family korg syg korg? Jawapan ada kat diri masing2 lah. Aku paling tak boleh blah bile ada boyfren yg suka kongkong aku, sbb dia belum layak. Kalau dah akad nikah, ye aku akan patuh semua perintah suami. But bukan boyfren. Tak mau lah jd lembu dicucuk hidung. Dan ni lah jugak punca aku taknak couple. Supaya tak ada ikatan sehingga ikatan suami isteri je yg aku mahu.

Nampak mcm aku kuno2 siket. Nampak mcm aku berlagak bajet alim. Bukan. Aku anggap ni semacam prinsip aku lah. Kalau prinsip korg wajib taat dgn boyfie/awek, terpulang. Aku tak ada nak mengutuk ke apa. Sbb aku sendiri tak boleh jamin tak kan jd mcm tu. Tp ni cara hidup aku. Maybe sebab environment aku kot? Dan pengalaman org2 sekeliling. Tak mustahil je suatu hari nanti aku boleh jd macam tu. Cuma kalau boleh tak mau lah kan.

Ok lah malas nak ckp2 lagi. :P


Follow Me @farahinesa