Friday, September 23

Hinakah jadi CLEANER??!!

7:51:00 PM 3 Comments
"hinakah jadi CLEANER!!!!
pagi ni hatiku begitu sebak melihat dua orang wanita yang bergelar ibu yg bekerja sebagai cleaner bertungkus lumus membersihkan tangga hostel asramaku..
memang la orang cakap "alaaaaaaaaaa,tangga je pon,biar la da keje diorang cmtu" tp cuba anda bayangkan wanita yang dlam usia akhir 50an melakukan kerja sebegitu yg perlu menyental lantai tangga itu dengan segala kudrat yang ad..banyak mane sangat la tenaga yg diorang ad????
dan tanpa menghiraukan perasaan malu mereka melakukan kerja sebegitu mereka trus menyental lantai tangga itu dengan bersungguh-sunggguh tanpa rase segan silu dan malu walaupun pelajar2 lain lalu lalang di situ kerana bgi mereka jika nk fikir kan malu kebulurlah nanti..
tp apa yg bermain di fikiran yg membuatkan hati ini sebak ialah bila mengenangkan jika IBU kita yg berada d tempat mereka..betapa besar nya pengorbanan mereka dalam hidup kita dri kita kecik lagi shingga kita berjaya..
walaupun kalau nk dihitungkan gaji yg diperolehi dengan kudrat kerja yg dikerah tidak seberapa tapi sanggupakah kita melihat seorang ibu yg usianye lewat 50an bekerja berat sebegitu walaupon jika dihitugkan pada mase sekarang mungkin patot bermain dengan cucu2 mereka sambil bergelak ketawa..
terdetik di benak fikiranku mengapakah mereka nk sangat keje cmtu??perlu ke keje??x kan xda ank2 nk bgi duit???
ak pnah tanye slah sorg dri mereka"kenapa mak cik keje jdi cleaner ea??anak mak cik x bgi duit ke??"lalu mak cik tu pun jwab"nk buat mcm mane nak,ni je keje yang mak cik mampu buat demi mndaptkan wang untuk menyara hidup..anak2???diorang sibuk keje kt tmpat masing2..balik pon jarang2 sekali,call pon bila prlu je"...ak terfikir dan terus berfikir adakah kita nanti bila dah dwasa dan bekerjaya akan buat mcm tu kat parenz kita???walau pape pon yg berlaku hargai lah parenz kita sementara mereka masih hidup...x kesah la ko kaya bagai nak rak sekalipon tp ko kna ingat mostly people in diz world lahir ikut rahim ibu!!!so,x yah la nk berlagak tahap gaban!!!hormat la mereka walaupon mereka tu kerja sbgai CLEANER....
betapa besarnya pengorbanan mereka walaupon mereka hanya bekerja sebagai CLEANER..ak doakan mak cik2 tu dipanjangkan umo dan dimurahkan rzki dan selalau mndapat rahmat serta rahim-Nya..amin....I LOVE MY UMI ABAH!!!"

this post aku ambik dekat mukabuku tadi. touching. aku mintak-mintak la aku takkan lupakan parents aku kalau berjaya nanti. manusia boleh berubah kan. aku takut kalau aku dari golongan yang sedar diri kalau dah berjaya. tak lupa keluarga dan sedara mara.

credit to Fahmi Hussain.

Monday, September 19

Jamuan Raya UTM Skudai. Mewah?

10:28:00 PM 0 Comments
Mengkal. korang pernah dengar? perkataan ni ditujukan buat perut aku. maka ayat dia "perut aku mengkal dah". maksud mengkal ni adelah meregang. boncet. cam nak pecah. aku rasa la. perkataan ni aku dapat dari mak aku. mane tah dia amek. ade je perkataan pelik-pelik yang aku dengar dari mak. hihihi. kadang-kadang aku pun tak paham tapi bila sesuaikan dengan ayat, jadi macam "Ooo.. paham-paham."

tadi aku pergi makan-makan kat padang kawad UTM. u know. ade jamuan raya for student. alahai. kompem la aku pegi. makan free. ko tau duit dalam dompet aku ni la ade sekian.sekian. sekian. memang tak cukup la kan nak hidup. abg JPA tamo bagi duit lagi, maka merengkek la saya. (Padehal masa masuk U ari tu da dapat rm300). lichiiinnn duet aku nyah!!
nafsu macam anak orang kaya. puiihh. tah bila aku nak berubah. tapi bila dah tak ada duit macam ni baru kau sedar la kan. hihihi. puasa lagi bagus. jimat sikit, ambik sunat, boleh puasa ganti sekali. alasan baguss....

maka tadi aku da kawan-kawan telah menonggeng-nonggeng berebut makanan macam orang utan lapar tak cukup zat. kebulur? memang! hahaha. ada lemang, nasi himpit, nasi beriyani, sup dan roti, air limau, laksa penang. semua sedap-sedap. separuh nyawa aku pertaruhkan untuk dapatkan makanan. padehal memang hobi aku berebut-rebut ni. macam sumo dah masa nak serang makanan dengan baju kurung gini. hari ni je la aku pakai baju kurung, kau ingat aku suka nak pakai selalu. saje berlakon sempena hari raya ni. ade kau kesah?

Tajuddin Ninggal pun ade tadi. beliau memang sporting. masa makan dia jenjalan melawat student. tapi bile dah nak balik baru dia lalu port aku. =.=" tak sempat nak bermesraan. port kitorang dengan 10 orang budak kelas aku memang tak hengat orang lain. bising kemain. makanan melimpah ruah. ambik tamak nak mampos. tapi ape kes la, boleh tapau kan. makan malam pulak. hohoho. serius kalau orang cakap kami tahun 4 final year student tak ada sape caye. tak boleh nak banggekan la. maaf la ye Fakulti Elektrik. malang jugak kau dapat student final year macam kami.

lepas kelas tadi aku cari lecturer/supervisor untuk PSM aku. ye, itulah namanya Prof Madya Dr Nik Rumzi. nebeesshh. sedang tanye abang lab, maka Prof pun kebetulan lalu depan kitorang. bertuahnya tak payah susah-susah cari beliau. sporting je. nampak macam baik. tapi dengar kata beliau hebat gila. ala-ala taiko machine la kan, drivers, motors ni suma. alemak hai. kompem dia expect tinggi kan. gerun jugak aku. kitorang akan jumpa jumaat petang ni, beliau agak bz dengan kelas. khamis kitorang pulak pack dengan jadual. harap-harap beliau sporting, memahami dan akan banyak membantu la. aku cuak nak buat PSM sebab dengar suma orang kata pecah kepala. uii. ngeri. kalau boleh nak la enjoy-enjoy dan paham betul-betul kan doa banyak-banyak.

petang ni free. tapi khamis pack. paling aku tak nak hari khamis. aduaaaii. mengantok pulak hujan-hujan gini. bertuah aku pegi jamuan raya masa belum hujan. Alhamdulillah. [aku siap tapau 3,4 lauk balik bilik. makan malam. pedulik ape aku.] dia sediakan makanan untuk 7000 orang tau tak! rugi la korang tak makan. banyak jugak lebih-lebihan tadi. buat kat tapak konvo je. esok dah start pesta konvo tau. datang la ye!

maka petang ni patutnye kena print nota tapi, macam malas pulak lah. tido je la ok. =)


Sunday, September 18

Dem...Dem...Dem...mane entry aku!!!

10:11:00 PM 0 Comments
Kau tulis entry panjang-panjang, lepas nak publish post tetibe...



menatang ni pun keluar. maksudnye??
maksudnye entry aku hilang la!!!! Doll...dol..dol...

tensi aku. panjang tau aku tulis. da la nak gi kelas ni. bikin emO je la. aku dah banyak kali sabar je dengan wifi ni. sabar tau. tau!

da la..nak sembahyang cari ketenangan.
chaihhtt wifi!


Sunday, September 11

UTM.... Oh UTM...

7:06:00 PM 2 Comments
balik kampung...Ooowwwoooooo...owwwoooo..... aku bukan nak balik kampung pun la. aku balik UTM yang tercinta. UTM mana? UTM Skudai la. yang kat Johor tu tau tak.
Bosan? bukan takat bosan dah ni, aku tensen, bosan, sakit jiwa, teknana mental, murung, memberontak. sebab? makanan kat U tak sedap, kena bayar, kena basuh kain yang berbayar, kena belajar, busy, bangun awal, tak ada internet. sadis! aku tensen!
bile nak cuti next sem lagi? aduhai. aku rasa tertekan. seronok la jumpa kawan-kawan, tapi lagi seronok kalau dapat stay kat rumah je. mOod memang belum ada nak belajar. aku tak ada kesedaran lagi.

Doakan perjalanan aku dan family ke JB selamat. tengah hari ni ada open house pulak! makan lagi. aih~ sedap-sedap. =)

Jatuh semasa Wedding?

7:17:00 AM 0 Comments
Baru-baru ni aku ada pergi kenduri kahwin saudara aku kat KL. sO, Jumaat tengah hari kitorang bertolak. aku yang baru balik dari kedai RM2 ni terkocoh-kocoh kemas barang. memang fast track la. sampai kat KL, ade jugak la menempuh jammed kat beberapa tempat. sebab tu ayah bising kitorang kena gerak awal untuk elak jammed.
Kristal macam biasa la, jaga rumah. kesian Kristal kena tinggal. kitorang letak banyak makanan kat dalam pinggan Kristal takut dia lapar sebab kitorang akan bermalam kat Kajang satu malam je la.
sampai di Kl dalam jam 5 petang, dekat flat Sri Sarawak rasanya tempat pakcik aku tu. dekat sangat dengan LRT Hang Tuah. Hang Tuah ke Hang Jebat? aku dah tak ingat. lama dah tak naik LRT. boleh jakun semule kalau naik lepas ni. ini rumah sewa beliau je. rumah beliau yang betul di Kajang. malam tu kitorang akan tido kat Kajang.
kitorang gerak pergi PJ lepas maghrib, ini kenduri anak kepada datuk saudara aku. aku panggil dia Tok Ucu. dia buat jamuan malam untuk perkahwinan anak perempuan dia. yang ni khas untuk keluarga sahaja. nanti dia kana buat wedding untuk kawan-kawan dia pulak. ye la, saudara ni jauh-jauh. suka lepak-lepak lepas makan, bagus dia buat macam tu. dia pun dah pangkat Dato'. kalau ade kawan-kawan dia nanti kami sedara mara ni tak selesa nak bising-bising. Oh, cendol malam tu sangat sedap. 3 mangkuk aku tibai.
sampai rumah pakcik aku di Kajang jam 11 lebih. penat sangat. aku sempat mandi, then terus tertido. serius penat. esoknya perjalanan ke Shah Alam pulak. Dewan Guthrie. Perkahwinan anak kepada sepupu ayah aku. meriah walaupun perkahwinan anak lelaki. superb. ye la. maklum Dato' juga.
makanan macam-macam. lemang, nasi, kambing, kuih-muih. macam-macam lah. sampai pening aku nak makan.
Oh. aku teringat tentang peristiwa tu dimana seorang awek hot memang tip top jatuh tersembam ke lantai. agak memalukan tapi aku lebih kepada kesian dengan beliau. sebab aku pun pernah alami benda macam tu jugak. memang malu la. beliau sangat cantik, pakai baju putih lace. masa aku kitai bunga dalam pasu untuk meja makan tu, aku ade ushar dia datang dari luar dewan dengan seorang lelaki berbaju biru. dalam hati aku memang berbisik, cun awek ni, cantik kasut dia.
sekali masa kusyuk design bunga, aku dengar bunyi benda jatuh kat belakang aku. rupa-rupanya awek tu da tersembam ke lantai, blackberry dia jatuh bersepai kat kaki aku tapi x rosak la kot. aku pun tolong la kutip. benda pertama yang terdetik, aku risau muke dia luka, tercalar ke, sebab dia cantik, lagipun kat wedding kan. dia bangun dengan susah payah, aku nak tolong dia bangun tapi takut macam tak sesuai, aku rasa biarlah lelaki yang jalan dengan dia yang angkat dia, mungkin suami dia ke tu. aku bagi blackberry dia yang jatuh tu. muka dia macam nak menangis time tu, mungkin dia malu agaknya, tapi tak ada sesiapa yang gelakkan dia, semua kesian sebab risau dia sakit kat mana-mana. kemungkinan kami ialah dia tersadung kat tile yang tak rata. aku tengok baju beliau kotor dah kena lantai yang basah dan licin tu. maklum la, baru lepas hujan, bumbung luar dewan tu pun ada yang bocor pulak. setelah berborak tentang kes itu semasa dirumah, mak cik aku cakap, lelaki yang bersama perempuan tu adelah adik pengantin lelaki. mungkin dia jemput awek dia datang kot.
aish. kesian betul. teringat time aku jatuh kat dewan makan masa sekolah dulu. malu habis. semua orang tengok lepas tu buat bodo. ade sorang akak ni tolong aku.
on da way balik tu, sempat kami menyinggah ke rumah Mak Cik Izza dan Pak Cik Zul. dekat-dekat situ jugak. besar rumah dia. 6 bilik, 6 bilik air. ada kolam ikan. dia buat open house. saudara mara aku ni dok la menangkap ikan talapia yang Cik Izza bela nk buat lauk kat rumah. aish. tak sampai hati aku. mak aku tak nak ambil pun. dia pun kesian. haram je.
malam tu kami kemas-kemas barang dan balik la ke Pahang. aish. penat gila lah. aku ngantok sangat. tapi tak sampai hati nak tido sebab kesian kat ayah aku drive sorang-sorang. nanti dia ngantok pulak. mak aku dah tido dah la. so aku borak-borak la ngan ayah aku nak hilangkan penat dia. bertolak dari Kajang jam 9.30, sampai Muadzam jam 12.10. uiks. laju ayah aku bawak. memang la, habis semua dia potong. bawak tak kurang dari 100km/hours. masa kat kuala pilah je bawak slow sebab follow belakang kereta JPJ. hahahaha. balik tu pun ayah aku bukan tido, dia layan bola pulak. aih. =.="


Wednesday, September 7

Kalau korang betul-betul manusia, korang mesti lakukan ini.

10:23:00 PM 0 Comments
Go to this link. Letak Nama dan IC. submit. tak susah kan menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab. jangan sampai haiwan2 ni memberontak pada manusia nanti.

Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition:



Animal abuse is increasingly rampant in Malaysia, with senseless abuses and killings by local councils and cold-blooded people. We must act NOW, and act FAST.

Let's play a role in stopping animal abuse and cruelty! We aim to collect 50,000 signatures ASAP and present it to our Prime Minister.

Please sign the joint online petition by leading Malaysian animal welfare NGOs, and show how much you care about the animals. Spread the word to your friends too.

Together, we can make a difference.

Sign Petition Now:
http://StopAnimalAbuse.PetFinder.my/

=.=" SHR for...

8:06:00 AM 4 Comments
SeLaMaT Hari RaYa!!!!!!




Raya sebulan kan? sO belum lambat lagi nak ucap SELAMAT HARI RAYA!!!

aku tak banyak gambar raya. tak rajen ambil gambar. hahaha. muka tak market sangat. =P

Selamat Hari Raya ye. Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang telah rasa kecil hati, dan saya buat dosa dengan kamu semua. 0-0 tau!!

Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition

5:32:00 AM 2 Comments
Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition:



Animal abuse is increasingly rampant in Malaysia, with senseless abuses and killings by local councils and cold-blooded people. We must act NOW, and act FAST.

Let's play a role in stopping animal abuse and cruelty! We aim to collect 50,000 signatures ASAP and present it to our Prime Minister.

Please sign the joint online petition by leading Malaysian animal welfare NGOs, and show how much you care about the animals. Spread the word to your friends too.

Together, we can make a difference.

Sign Petition Now:
http://StopAnimalAbuse.PetFinder.my/

Dance Lovers.. ^_^ [Begging]

5:04:00 AM 2 Comments


Aku terlalu gemok untuk menari. tapi aku minat menari. tengok orang menari pun aku boleh terpukau, tercengang, ternganga. kalau ada orang yang nak ajar aku menari free. infOrm la ye! aku teringin sangat. hihihi. tapi kena terima la kegemOkan aku ni. enjOy this dance. bagi aku, tarian, lagu semua dalam this song semua kena. saannteekkk bangett!!

Tuesday, September 6

PETKNODE is UNFORGIVEN!

11:55:00 AM 0 Comments

Kalau aku ada kekayaan sekarang, aku tak fikir panjang. 20% aku akan bantu haiwan-haiwan terbiar. aku akan bagi diorang makanan. bagi diorang keselesaan. kalau boleh aku nak kuceng-kuceng lain rase keselesaan yang kuceng aku rasa.

mesti korang pertikaikan, baik bagi anak-anak yatim?

ye memang betul aku takkan lupa untuk diOrang cuma aku lebih tekankan pade haiwan terbiar kenapa? sebab tak banyak yang membantu mereka. kadang-kadang mereka ni suka cakap je tapi buatnya tak ada pun. sekadar nak tunjuk concern. aku tak menuding pada sesiapa cuma yang rasa diri begitu, jangan la hipOkrit sangat.

mesti korang ade dengar pasal PETKNODE yang **** tu kan? serius aku tersentap bile tau. mulanya aku ingat ni berita yang biasa-biasa. tapi ni melibatkan 300 ekor kuceng. korang bayangkan. 300!! 16 MATI!! bOleh pikir tak. yang sekOr mati kene bunuh dengan manusia binatang ni pun aku dah sentap, inikan pulak yang sampai 16 ~ 20 ekor ni.

aku dapat berita masih ade yang belum dijumpai. kalau kOrang tak prihatin pasal benda-benda macam ni, memang! sebab kOrang belum kena.

PETKNODE ni dibayar. Okay let say dengan harga yang murah. tapi kOrang dibayar kan? apabila kOrang dibayar, korang mengambil tanggungjawab tu, untuk menjaga kuceng-kuceng owner ni dengan harapan kuceng tu masih hidup selepas balik raya! bOdOh!

aku tekankan pada kuceng yang dah meninggal dunia tu. sebab tu aku begitu marah.

kOrang nak back up PETKNODE?? silakan la. kOrang bagi hujah 1001 macam pun bagi aku PETKNODE tetap berada di pihak yang salah dan layak dikenakan hukuman bukan takat denda RM200 yang celah gigi diOrang tu je lepas dah sapu beribu duit-duit owner kuceng ni. pembunuh!

bergenang air mata aku ni tengok ibu kuceng dan anak kuceng mati sama-sama dengan mata terbukak. boleh tak korang bayangkan kalau manusia yang mati camtu? tak payah cakap la tak same. beza nya haiwan dengan binatang tapi kuceng ade perasaan jugak.

tergamak ek diOrang tengok je binatang ni mati. susah sangat ke kalau nak bagi makanan, aku ngaku, susah nak cuci taik diOrang sume, tapi nak tabur makanan, tuang air. lepas owner dah suap korang dengan duit. korang buat ape dengan duit tu? beli baju raya? enjoy? dengan duit haram gitu. aku doakan Tuhan tunjukkan la jalan yang benar kat korang.

semoga sampai korang dapat rasa ape yang owner-owner kucing ni rasa dan kuceng tu sendiri rasa, mungkin masa tu baru aku boleh maafkan korang.

ade kisah makcik aku ceritakan, seorang perempuan cina di depan rumahnya yang sangat kejam tu, tau ape dibuatnya?
siram air panas pada seekor kucing yang sarat bunting, tunggu hari nak beranak sampai kucing tu menggelupur sehingga mati! Cela*a tau tak?
tapi ini perempuan kafir. dosa dia Tuhan dah sediakan balasan. yang Islam, Melayu ni, memalukan . sangat-sangat memalukan.

kuceng ni dah dianggap macam family tau tak. korang yang tak bela kucing tak kan faham. tak pernah faham. jadi jangan berbunyi macam korang faham. sedangkan Nabi sendiri sayangkan kucing haiwan kesayangan Nabi.

renungkanlah kisah- kisah ini :

Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak perkembangan islam.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam cerita lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeOw ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggalkan oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Menurut hadist Imam Bukhari bersabda Rasulullah yang artinya: "ada seekor anjing yang berputar-putar di sekeliling sebuah sumur yang hampir mati karena kehausan, tiba-tiba seorang wanita tuna susila dari Bani Israel melihatnya, lalu ia melepaskan sepatunya untuk mengambil air yang kemudian diminumkannya kepada anjing tersebut. Kerana amalannya itulah kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala berkenan mengampuninya”.

Ketika memasuki Kota Makkah setelah menaklukkan tentara Quraisy, salah satu perintah Rasul adalah tidak membunuh satu apa pun yang ada di kota suci itu.

Sebuah hadits nabi yang diriwayatkan Muslim ibn al-Hajjaj al-Naysaburi, shahih Muslim, yang ertinya; “Ketika kamu melakukan perjalanan melalui sebuah daerah yang subur, maka perlambatlah agar unta-untamu sempat makan rumput. Dan jika kamu melewati sebuah wilayah yang tandus dan kering, percepatlah langkahmu untuk menyedikitkan rasa lapar yang menimpa binatang-binatang itu.”

Rasulullah pun pernah bersabda yang artinya; “Tuhan yang Maha Penyayang memberikan kasih sayang-Nya kepada orang-orang yang penyayang. Jika kamu menunjukan kasih sayangmu pada mereka yang ada dimuka bumi, maka di surga, Dia akan menunjukan kasih sayang-Nya padamu.” (Abu Isa Muhammad ibn Sawrah al Tirmidzi).


sedar tak kesalahan korang yang menyiksa kucing ni? renungkanlah.


Monday, September 5

Renungkanlah....kisah seOrang anak..

12:35:00 PM 1 Comments

Kisah Pemuda Alim Yang Menderita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari Ibunya

Di zaman Rasullullah s.a.w. ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Satu hari tiba-tiba ia jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasullullah dan mengatakan suaminya sakit kuat, dan dalam nazak sakaratul maut. Apabila berita ini sampai pada Rasullullah, maka Rasullullah menyuruh BiIal.r.a., AIi.r.a, Salama.r.a. dan Ammar.r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah, dan apabila mereka sampai di rumah Alqomah, sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-haiIIaIIah, tetapi Iidah alqomah tidak dapat menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh BiIaI.r.a supaya memberitahu Rasullullah tentang Alqomah. Apabila Bilal sampai di rumah Rasullullah, maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah Alqomah.

LaIu Rasullullah bertanya kepada Bilal;

"Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab BiIaI.r.a.; "Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".

Kemudian Rasullullah s.a.w berkata kepada Bilal;

"Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan ke rumahnya".

Maka apabila Bilal sampai di rumah Ibu Alqomah, IaIu ia berkata seperti yang Rasullullah kata kepadanya, maka berkata Ibu Alqomah; "Aku Iebih patut berjumpa Rasullullah".

LaIu ibu Alqomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasullullah, sampal di rumah Rasullullah laIu Ia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan Rasullullah.

Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah;"Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku".

Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Alqomah sangat rajin beribadat, sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya".



Bertanya Rasullullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya, "aku murka kepadanya", IaIu Rasullullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia Iebih mengutamakan isterinya dari aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

Maka berkata Rasullullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci Iidahnya dari mengucap La ilaha iIIalIah", kemudian Nabi s.a.w. menyuruh Bilal mencari kayu api utuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasullullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasullullah kamu hendak membakar putraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya".

Kemudian berkata Rasullullah s.a.w.; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah ampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya, demi Allah yang jiwaku di tangannya, tidak akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".

Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasullullah, aku persaksikan kepada Allah di langit dan kau ya Rasullullah dan mereka-mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasullullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap La ilaha illallah atau tidak". Berkata Rasullullah lagi kepada Bilal; "Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La ilaha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada di sini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dan dapat mengucapkan kalimah La ilaha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik sahaja dia mengucap.

Maka Rasullullah s.a.w. pun sampal di rumah Alqomah sambil berkata;"Segeralah mandi dan kafankan lalu disembahyangka oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh Allah s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.

I'm bLuE........

12:24:00 PM 0 Comments
pernah dengar lagu ni? best kan? kalau aku dengar lagu ni, tau tak ape yang keluar dalam bayangan aku. zaman sekolah. tak tau kenapa.
kOrang pernah tak kalau dengar lagu-lagu lama, lepas tu ade kenangan yang tetibe je kOrang teringat. aku macam tu la. lepas tu hati tu rasa macam nak runtuh je. sebab rasa macam kembali kat zaman silam kejap. jasad tu macam dah tak pijak kat bumi. sampai macam tu sekali tau.serius.

enjOy this sOng =)



Follow Me @farahinesa