Tuesday, January 31

^____^ Hari Pertama Februari 2012

Orang sebok cite pasal drama tyme cuti. pasal percutian dorang. pasal percintaan. pasal ape2 je la. cuti sem kan. mesti la HEAVEN..

Aku pon serOnok jugak. tapi 2,3 hari yang lepas agak susah hati bagi aku. ye lah, ayah aku masuk hOspital. sakit-sakit. mane tak risau. tapi sekarang dah much better. jauh lebih sehat.

demam sampai sebulan. tak nak pegi hospital. mane le mak aku tak bebel. ni dah x tahan baru nak pegi. sampai kena tahan kat wad. nak bernafas pun susah. makan x lalu. perut selalu sakit sebab masuk angin. kalau tekan perut ayh aku rase keras je. malam-malam tak boleh tido. siang pulak asyik tido je. selalu lemah. sOb3. sedih tgk ayh aku hari tu.

tapi lepas masuk wad ni dah ok. dah makan ubat. dah masuk oxygen. dah selera makan. boleh tido malam. =) rasa lega. aku ulang alik bawak keta manual dengan gagap-gagap tu pon xpe. aku tak kesah. tapi ayah aku bg upah. kelakar la. aku x mengharap pun nak dpt upah ke ape. tu kan keje aku jadi anak.

bile tengok ayah aku sakit ni, seronok bile tgk ayh aku nak manje2 ngan mak aku. nak makan macam-macam, nak mak aku teman lame sikit. tapi cakap nak kalis-kalis. control macho. mak aku pulak rajin je layan suami. pot pet pot pet tapi buat jugak. seronok kan kalau perkahwinan kekal sampai ke tua. dan boleh bertahan dengan rase sayang tu. ^_^

masuk ni dah 4 hari aku bangun awal, ulang alik 3,4 kali pegi hospital sehari. naseb baiklah dekat kan. kat muadzam pun x banyak kereta. sO owkeyh la tu. jadi hari ni ayah aku dah boleh keluar wad. petang ni. rase lega, seronok tgk ayh aku dah sehat. cuma lemah sikit je la. baru nak baik. haih~ sangat seronok. sebab tu hari ni rase hepi je.

sakit ayah aku ni doktor kata namenye 'cyst'. tatau la cmne eja dia. cmtu la kot. benda ni mcm buble dlm organ kita. mcm ayah aku ni kat bahagian limpa. so dats why la ayh aku selalu kembong perut, x selera makan, susah tido. sebelum ni ayah aku dah pergi pakar. doktor cek kat buah pinggang je. memang ade. tp pakar JB tu x cek kat limpa. x sangka efek sampai situ.

penyakit ni abang aku cek memang dia ade jugak. kat buah pinggang rasenye. doktor kata mnda ni boleh dari keturunan. so kemungkinan besar aku pon ade. tapi aku taknak cek. malas lah. sebab dulu doktor kate xde efek pon mnde ni. tapi ade pulak efek kat ayh aku ni. biar lah ye. nanti2 la aku cek. tunggu sampai wajib cek la baru aku pegi. ^_^

cuti sebulan ni memang tak cukup. =( rasa kejap pulak stay kat rumah. 22hb ni da start sem baru. kena berjuang ngan paper-paper lagi la nampaknye. subjek baru. FYP2. Ouh~ seksa pulak nak pikir skang. abaikan la ye. hOhOhO.


selamat bercuti semua.