Monday, June 5

Air-cond Myvi manual (2006) rosak dan tidak sejuk. Gas habis? - L&L Accessories and Air-Conditoning

Siapa pakai kereta Myvi? Penduduk Malaysia memang suka pakai Myvi dan Saga. Ini antara kereta favourite dekat malaysia. Pendek cerita, aku pakai Myvi kepunyaan arwah ayah aku. Myvi manual tahun 2006 sampai lah sekarang. Jadi, umur kereta aku dah dekat 11 tahun lah kan? Alhamdulillah tak banyak sangat masalah kronik tapi maintenance dia, Masha Allah.


 My Precious yang dah berumur.


Baru-baru nie, abang aku sponsored family bercuti kat Lexis Hibiscus, Port Dickson. Masa tu pulak memang musim panas ya amat. Tengah tunggu abang aku punye kereta isi minyak kat luar Petronas Muadzam Shah ni, macam tak rasa pulak air-cond kereta aku. Aku pun kuatkan la kipas to level 3, suhu lebih dari separuh putaran. Dalam 20 minit tunggu, tiba-tiba aku bau hangit. Aku perasan enjin kereta aku macam ada keluar asap. Mak aku tak nampak katanya. Along aku yang naik sekali kereta aku pun cakap takde. Tapi aku yakin sebab aku nampak, kereta sendiri mesti ade sense kan. Haha. Dan lepas tu pun tiba-tiba air-cond kereta aku kong. Tak sejuk langsung! Setakat kipas je laju. Sah!

Aku tak puas hati, aku keluar kereta bukak bonet enjin. Abang-abang aku pun tolong check. Achik aku pun cakap, "aah bau hangit". Nasib baik tak jauh lagi. So, kitorang pun pegi bengkel kereta tak jauh dari situ. Orang bengkel cakap, compressor dah jahanam. Peghhh. Aku dah agak. This is damn. kitorang nak drive pegi Port Dickson ni woi. Jauh baq hang. Paling kurang pun kena repair dua hari. Aih.

Maka kitorang pun meneruskan perjalanan ke Port Dickson tanpa air-cond kereta aku. Memanjang bukak tingkap je la. Ya Allah Ya Rabbi panas dia, meleleh peluh celah ketiak. Ketibas sepanjang masa. Ketibas tu shortform untuk ketiak basah. Kadang-kadang rasa stress sebab nak kena jalan dengan kereta panas. Masa ni lah mengajar aku erti bersyukur saat ade air-cond. Masa tu jugak la nak memahami keadaan orang-orang yang pakai kereta lama, tak ade air-cond dan diorang memang terpaksa bukak tingkap. Ada kereta yang boleh bergerak pun dah bersyukur. Haih. Memang insaf kejap. Kalau tak aku tak pernah concern atau cuba faham pun orang-orang yang kurang bernasib baik dari aku.

Balik dari bercuti, aku ada interview kat Cyberjaya. Satu bengkel, L&L Accessories & Air-Cond, yang repair air-cond kereta ni cakap, dia boleh siapkan satu hari je, tapi kena hantar pagi la, petang dekat maghrib sikit baru boleh ambil kereta. Tapi masa aku datang tu dah lewat and aku nak kena drive pegi KL hari tu jugak, so aku postpone.

Sebelum ni aku pernah datang bengkel tu repair motor kipas dalam enjin kereta aku yang kejap hidup kejap mati. Kes air-cond rosak ni dah jadi dulu. Tapi masa tu aku dekat Kluang melawat kematian sedara. Air-cond tak rasa, aku ingat gas bocor ke ape. Aku stop bengkel repair air-cond kereta dekat Kluang, dia cakap compressor rosak. Dahla tak ada bajet, dekat Kluang pulak. Memang aku tak repair lah. Sampai Muadzam Shah, aku check dekat bengkel ni, dia cakap compressor okey je. Motor kipas yang rosak. Terbang lah RM220 masa tu, tapi okey la dari compressor yang kena tukar sah-sah RM1000++.

So balik dari KL, aku terus hantar kereta kat bengkel tu. Kowtim-kowtim harga, apa yang kena tukar. Then, aku survey jugak beberapa bengkel lain. Tapi ternyata bengkel ni paling murah, L&L Accessories & Air-Cond ni. Ada bengkel tu nak RM2000+ untuk benda yang sama, dengan tambahan dua hari lagi baru kereta boleh siap. So, harus lah aku amek yang murah. Benda sama je. 




Yang signboard kuning tu L&L Accessories and Air-Cond



Dia cakap, dia tukar compressor (Recon) pakai jenama daihatsu. Aku tanya, ok ke recon set? Nanti pakai-pakai tak lama rosak semula pulak. Kalau new set? Dia kata kalau new set pun, dia akan order yang China punya. Original mahal sangat. Jadi dia sendiri pun tak berani jamin Chine punya barang tu ok ke tak. Harga pun lagi mahal dari recon set. Nanti sama je. So aku pun setuju lah pakai recon je, sebab dia cakap ada customer dia orang sini pakai recon set dah 3-4 tahun, ok je tak ada masalah. Datang situ pun tak ada complain rosak semula ke ape. So, aku yakin sikit.

Jadi, dia cakap total RM1450. Apa yang include dalam RM1450? Dia akan tukar compressor (recon), piping, cooling coil, filter, tangki air-cond. Semua bahagian air-cond tu lah kecuali yang pipe steel tu je. Aku tak ingat dah ape dia citer mase tu tapi macam ade 5 benda. Aku ade mintak dia check kan tangki air aku yang selalu kering, dulu aku ade refer kat CS Tyre Segamat dia cakap maybe tangki bocor, bajet dlm RM450. Aku memang x buat la sbb takde bajet mase tu. 

Esoknya, aku call, dia cakap, kedai sebelah tolong check, memang tangki bocor lah punca air selalu kering. Bayang la aku tiap minggu kena refill air. Dulu sebulan sekali aku check pun air ade lagi. Pastu aku tanya bajet, dia cakap dlm 350, aku ON je. So takleh la amek kete hari tu. Esoknya lagi aku amek sebab dah pukul 6 petang baru aku sebok nak tanya.

Masa amek kereta, dia tunjuk barang-barang yang dia dah tukar. Tangki air-cond aku dah berkarat. Tangki air pun sama banyak bocor dan berkarat. Compressor yang jahanam tu kecik je tapi mahal gilo apehal entah. Dia siap install span lagi sebab taknak tangki air-cond cepat panas kena enjin. Dia cakap, lepas ni kalau repair mana-mana, suruh orang tu pasang semula span.


 Ape entah dia buat. Perati je la.

Air-cond kereta myvi edition lama memang tangki kecik compare dengan kereta proton. Even Myvi baru pun tangki dia dah besarkan sikit. Means, dia dah upgrade la lepas detect kelemahan myvi lama. So, Myvi lama ni memang x boleh buat apa selain jaga air-cond dia elok-elok melalui pencegahan supaya tak jahanam. Dia tanya, " U selalu duduk dalam kereta bukak air-cond kereta tak jalan, selalu ke?". Aku iyekan je la hahaha. Betul lah tu. 

So dia advice, fan utk air-cond tu bukak maximum level 2 sahaja kalau kereta tak jalan. Kalau kereta tengah gerak, baru boleh bukak 3 atau 4, sebab enjin panas and tangki air-cond kecik bla.. bla..bla... Untuk level gas air-cond tu jangan bukak lebih dari pukul 11 punye level. Lagi-lagi jalan jauh. Not good. Dia suruh aku tinted kereta, kereta hitam memang panas, air-cond tak rasa. Kalau park dekat panas, bukak pintu, tingkap kereta dulu kasi kereta sejuk, baru bukak air-cond. 

Tu dia resit repair. Aku tak pasti harga tempat lain macam mana.
Sebab aku pun taknak bermodal hantar jauh kalau servis kat sini dah okey.



Tangki yang aku dok sebut tu Radiator namanya.
Ada bengkel kereta lain cakap, Radiator Myvi (tangki) memang selalu bocor.


Hari tu memang punca rosak aku syak sebab kereta statik, aku taram kipas tu level 3, air-cond half level. Dia stress agaknye pastu terbakor. Haih. Lepas-lepas tu aku takut nak bukak air-cond kuat-kuat. Kang melayang RM1450 lagi. Sekali dengan repair tangki RM350. So total aku bayar RM1800. Wheeww. Menangis keluar duit simpanan. Sekian. Taknak cakap pasal duit terbang lagi. 


Love, HoHo!


11 comments:

  1. panjang ceritanya tapi banyak info boleh dapat. Perempuan jarang nak ambik kesah pasal kereta kan? IQ pun sama, main tukar je kalau nak tukar. Lepas tu, duduk hujung bilik kira saki baki duit yang tinggal. hihi..

    tips penjagaan aircond tu boleh guna untuk semua kereta kan? ok. boleh praktis lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah. Tapi mcm specific utk Myvi edition lama jugak la. sebab yang kereta lain dan myvi baru tangki air-cond dah besar.:)

      Delete
  2. Akk pakai myvi jg... manual 2009... tp mslh aircond selalu berpeluh..hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade jugak tanya owner tu dlu, kenapa air-cond makin tak kuat. Dia cakap, maybe sebab tak servis, cuci luar dan dalam. Dia ada suggest tukar tangki air-cond untuk kasi sejuk sikit. Last-last compressor rosak terus ganti semua. T_T Dia cakap myvi lama memag macam tu, tak bole buat apa.

      Delete
  3. argghh sedihnya keluar duit..sabar jela..huhu

    ReplyDelete
  4. Huhuhuh aah Allah je tau kesedihan hati ini tapi muke redha je.. takleh wat ape..sobsss

    ReplyDelete
  5. mak aihh harga dia memang boleh baut menangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah nasib maintenance kereta yang dah berumur... hohoho

      Delete
  6. masalah acond myvi lama ni mmg parah..tapi nk jual syg sbb selesa towndrive.

    ReplyDelete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa