Thursday, June 1

Ragam manusia dan kehidupan.





Tindak balas setiap manusia terhadap satu-satu situasi kadang-kadang berbeza. 

Contohnya: Apabila kita sedang drive, ternampak ada seekor babi hutan yang mati tepi jalan. 

Sesetengah orang akan bertindak neutral. 

"Uihh besarnya babi hutan tu"

Ada orang akan bercakap atau terlintas di hati, 

"Padan muka, mati kau. Selalu sondol kebun orang je"

Dan ada yang akan terdetik di hati, 

"Kesiannya kena langgar, mesti anak-anak & family babi ni tunggu kat dalam hutan, dia tak balik-balik dah"


Kita tak boleh expect semua orang mempunyai hati dan pemikiran yang sama. 

Sama juga. Bila kita buat something, kita selalu expect kita akan mendapat feedback seperti yang sekian..sekian..sekian.., macam yang kita ramal. Tapi dunia ni tak berputar seperti yang kita jangka. Semua benda tak jadi mengikut arahan dan keinginan kita. Tak semua yang kita harap akan jadi macam kita nak, tapi kalau dah rezeki, ya in sha Allah, akan datang lah pada kita. 



Contoh lain: Ada jualan murah yang berlangsung contohnya event seperti mood republik, jualan penghabisan gudang.


Ada orang akan pandang sebelah mata.

"Eh malas la. Tak nak la bersesak-sesak. Beli je kat butik masa tak ada sale, selesa sikit"

Tapi kita tak tau ada orang yang tak tido malam fikir pasal event ni, nak save duit, tapi tak dapat datang.

"Nak pegi esok tapi ada keje, tak boleh cuti, tak ada masa, balik keje nak kena masak"

Belum kita kira orang-orang yang tak menang tangan menjayakan event ni, sampai tak cukup tidur sebab nak cari rezeki.

Hakikatnya, kita selalu tafsir sesuatu situasi tu dari point of view kita sahaja.


Ada orang lain yang berusaha untuk something yang kita tak perlu nak susah payah pun. Itulah nama rezeki manusia lain-lain. Allah dah aturkan, berbeza tapi cukup semuanya. 


Orang yang susah, selalu kesempitan duit, tapi keluarga mereka bahagia. 
Orang yang berduit, semua cukup dan serba lengkap, tapi hidup dalam keluarga yang porak peranda. Ada yang dah kahwin awal, bahagia suami isteri, lengkap makan dan pakai, tapi masih belum dikurniakan zuriat. 
Si bujang yang belum bertemu jodoh, tapi bahagia dengan kehidupan bujang, melancong dengan bebas, puas meluangkan masa dengan untuk ibu bapa. 
Tak kurang juga mereka yang kaya raya, tapi kurang masa untuk anak-anak dan isteri. 
Yang bekerja gaji cukup makan untuk sara keluarga, tapi masa yang diluangkan untuk anak dan isteri cukup membuatkan keluarga mereka bahagia. 

Rezeki ini susah ditafsir. Kita tak tahu bila masa Allah akan kurniakan rezeki pada kita walaupun dah berbuih berdoa dan berusaha. Mungkin bukan sekarang, setahun, dua tahun, atau 7 tahun lagi, kita tak tau macam mana rezeki kita, itu pun in sha Allah kalau panjang umur. Even umur yang Allah bagi pun sudah dikira rezeki. Sihat tubuh badan juga merupakan rezeki. Banyak benda yang boleh buat kita bersyukur. 

Hati manusia pun lain-lain. Ada orang yang tak pernah di beri nikmat untuk merasa bersyukur. Ada orang yang selalu lupa untuk bersyukur walaupun dia sedar. Ada orang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki tak kira sikit atau banyak. 

Selagi kita diberi umur, kita sebenarnya diberi peluang untuk berubah menjadi lebih baik dari yang semalam. Kalau kita bandingkan diri kita sekarang dengan yang 5 atau 10 tahun lepas, mungkin dah banyak yang kita capai, atau attitude kita yang dah berubah menjadi lebih baik, tak kurang juga yang makin worst? 

Apa yang aku tulis ni berdasarkan pemerhatian aku pada diri sendiri dan sekeliling. Bila aku nampak sesuatu situasi tak kira positif atau negatif, aku selalu berfikir, macam mana kalau aku kat dalam situasi tersebut. Apa respon aku?

Contohnya apabila aku nampak ada orang kena maki, tak pun kena tampar di khalayak ramai, kalau aku jadi orang yang kena tampar tu? Nak balas balik ke? Nak sabar ke? Atau nak chow dari situ? Respon setiap orang lain-lain. 

****************************************************************

Contoh situasi paling common. Kau ada boyfriend. Kau dapat tau boyfriend kau curang dengan perempuan lain di sertai dengan bukti-bukti kukuh. How will you react to this?

A. Serang kekasih gelap boyfriend.
B. Face to face dengan boyfriend. Make things clear.
C. Tinggalkan je. Cari lain. Tak payah banyak soal.
D. Nangis macam perempuan gila. Meroyan 24/7.
E. Buat status dalam media sosial. Cerita dari A to Z. 
F. Mengadu dekat BFF. Mintak advice dari orang lain.
G. Rileks & buat bodo. Perati je perangai boyfriend yang fake. I'm watching you.
H. Combination dari pilihan-pilihan di atas dan yang sewaktu dengannya. 


****************************************************************



Kesimpulannya, ada berapa juta penduduk bumi ni, ada macam-macam ragam manusia dengan macam-macam minded. Tak boleh nak puaskan hati semua orang dan tak boleh expect orang tu jadi dan fikir macam kita. Sekian. 


*Ada satu tahap aku dah tak kisah orang pikir ape pasal aku, ape nak jadi, jadi lah.*
2018




7 comments:

  1. Miera punya style, kalau bf cmtu, i'm watching u.. lps kantoi depan2 baru terus tinggal. takde masa nak mengamuk la hai.. lantak la. belum laki lagi. haha.
    pastu kalau kes nampak binatang kena langgar mesti akan rasa kesian dgn anak bini dia yang tunggu kepulangan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same la... da kawen nanti baru lain cite dia kan...
      Yee.... kalau nampak binatang kne langgar, pikir family dia tu kadang2.. tp kalau biawak dah biasa sgt..sedeyhhh

      Delete
  2. Kalau me... Before break up cari lain dulu... Then dah dpt lebih baik dr dia terus putus.. You xrasa frustrated sgt... Sebab you dah ada cinta hati yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wohooo.... idea yang menarik... tapi kdg2 ade jenis yang bercinta cm separuh mati... spesis susah move on and susah nk cri pengganti.. yg tu kesian...

      Delete
  3. Replies
    1. Kan... bertabah lah menghadap ragam yang tak sekufu.. :P

      Delete
  4. blah je..nangis jgk sbb geram kn,,tp cr lain lh..nk wt laki xle ter,malaun laki gtu

    ReplyDelete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa