Monday, December 23

Kisah Bangang : Salah masuk kedai.

Aku ade kisah bangang untuk diceritakan.

Kejadian ini berlaku di Seri Alam. Mak aku stay dalam kereta. Maka aku pun menuju ke Maxis Centre untuk membayar bill broadband. Aku dengan tahap konfiden yang tinggi masuk lah ke Centre. Then aku pelik, kenapa decoration lain ni. Makin bersih. Dulu aku datang siap ade bau colok lagi. Sekarang dah bersih. Aku pun menononglah gi ke Kaunter.

Akak Kaunter: "Adik, amik no dulu kat belakang" 

Dalam hati aku. Eh kena amik no dah skang ni? Dulu tak payah no pon. Aku pun pergi kat pintu depan. Mane mesin kuarkan no tu? Tak hado pon. Cam biol cari. Akak kaunter tu pun tunjuk-tunjuk aku tetap tak nampak. Ye lah aku bayangkan mesin nombor tu. Sekali rupanya dia susun no dalam bekas pastu amik. Hahaha. Bodos gak aku ni. Mata tak nampak.

Amik je no turn aku pn dah sampai. So aku pun bagi No IC.

Akak Kaunter: "Jumlah RM99 semua"

Aku: "Hoh? Mahalnye. Saya dah bayar dah bulan lepas". Eeee.. apesal mahal.. Maxis nak tipu aku ke? 

Akak Kaunter: "Agaknye adik pakai line kot tu yang dia jadi mahal" 

Aku: "Saya mana pakai line. Saya pakai prepaid celcom je. Tak ade pakai line pon." Peliknye. Apesal mahal. Line menda nya aku pakai tah. 

Aku: "Saya pakai pakej RM58 je ni. Kenapa bole jadi sampai RM99?"

Akak kaunter tiga-tiga org tu pon kompius.

Akak Kaunter: "Agaknya adik ade call pakai line telefon. Tu yang dia charge."

Aku: "Eh broadband ade pakai line jugak ke?" 

Akak Kaunter: "Adik nak bayar untuk ape ni?

Aku: "Nak bayar Maxis"

Tiga-tiga akak kaunter gelak. Sorang tu jawab. "Ni TmPoint adik. Maxis kat sebelah."

Oh dem muke aku terus merah rasanya.

Aku: "Oh ye ke. Alamak salah tempat. Hikhikhik" 

Nak cover malu punye pasal maka aku pun bayar je la bill Streamyx aku. Memang bill Streamyx kat rumah atas nama aku. Normal lah bill tu RM100. Padan lah. Tak pasal duit aku melayang sebab Psiko sendiri.
Padan la masa bagi no IC tu aku tengok akak kaunter tu pakai baju TM. Aku siap cakap dalam hati. Akak ni tak pakai baju maxis ke? Dpt free mase exhibition kot. Eh eh eh. Memang gile lah aku ni. Agaknye aku banyak sangat berfikir sampai tak perasan salah masuk kedai. Memalukan student je lah !!

Punye lah terbentang tulis TmPoint kat belakang akak kaunter tu cmne tah aku boleh tak perasan. Aku angau ke apelah tah. Sampai tak sedar-sedar. Decoration pon lain, kaler pun lain, penjaga kaunter sume lain, baju pekerja pun sah lain. Paling best memang segala pemplet tulsi TmPoint. Pon tak nampak bayang. Aku rasa macam dah kena jampi je lah. Kesian sangat kat diri sendiri.

1 comment :

  1. Hhahhahahah sorry. Saya gelak guling2 baca entry Awk yg ni. Will comment on your other entry. Gigih ni.

    ReplyDelete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::