Friday, December 14

Kisah Cinta seorang Teman.

Dalam tempoh aku heal ni, aku pernah tanya seorang kenalan aku. Hurm, aku gelarkan dia X la kan. Rahsia kowt. Nanti kantoi dia marah pulak.

X ni seorang kwn aku. Lelaki. Dia pernah tinggalkan awek dia sebab suka kat seorang gurl ni yang juga kawan aku dan disini aku bagi nama D.

Masa dalam kereta berdua aku pernah tanya pada X. 

"X, ko tak menyesalkan ke tinggalkan awek ko untuk D?"

X dengan cool jawab.

"Em, ntah la. Aku rasa keputusan yang aku buat ni terbaik. Aku rasa tenang sebab family aku hepi dengan D. So automatik aku pun rasa bahagia." <-- ckp.="ckp." dia="dia" div="div" kurg="kurg" lebih="lebih" mcm="mcm" ni="ni">

Ex kepada X ni agak kurang menjadi pilihan keluarga X atas sebab-sebab tertentu. Padehal X dah bercouple dengan Ex dia tu dari zaman lepas SPM. Dah hampir lima tahun diorang couple dan X dengan mudahnye tinggalkan Ex dia sebab yakin D boleh membahagiakan dia dan family X ni. 

Melalui cerita-cerita X aku memang dapat bayangkan family X syg gila kat D. Sampai desak X masuk meminang D cepat-cepat. So nampak tak, keputusan yang X ambil memang tak salah. Ex kepada X ni dulu mcm perfek lah jugak. Tapi disebabkan family, X korbankan hati dia untuk kebahagiaan yang kekal. Mcm aku, aku automatik akan bahagia jika family aku bahagia ngan pilihan aku. Itulah harapan aku. Tapi xde kaitan pun dengan keputusan yang aku buat. Hohoho.

Ade mcm-mcm lagi aku tanya X. Contohnya, "Mcm mana ko boleh gigih and yakin dengan keputusan ko ni?", "Ko bahagia tak sekarang?", "Ko tak teringatkan Ex ko tu ke?"

Semua jawapan X positif menunjukkan dia memang tak menyesal dengan keputusan yang dia buat.

Sebenarnya mula-mula aku takut jugak karma. Tahu kan? What goes around comes around. Dulu aku agk menyesal la jd perantara X dan D. Sebab aku jugak X berani tinggalkan Ex dia. Setelah aku tanya sendiri bile semua ni dah lama berlaku, aku rasa ok. Dalam kes X ni, aku rasa dia lebih mulia. Sebab dia tinggalkan Ex dia dulu adalah untuk kebahagiaan dan keselesaan keluarga dia. Dan banyak lagi yang dia pikir untuk masa depan. Tu yang dia decide keputusan yang nampak mcm bodoh pade mulanya. InsyaAllah, moga jodohnya dengan D berpanjangan. 

Lepas dengar cerita X, aku mcm, Oh my God. Aku sepatutnya lebih yakin dengan diri aku. Sedangkan X pun boleh. Aku patut lebih nekad. Ni tak. Aku selalu was-was. Aku tak yakin. Aku gagal habis dalam perang psikologi dalam pale otak aku ni. Dan sekarang aku rasa lebih yakin. Lebih nekad. Hati aku je yang kena kuat. Sentiasa yakin pada Allah. Kalau ada jodoh tak kemana. Jodoh kita telah ditentukan. Yakinlah. Tak payah nak gelabah segala bagai. Jadi aku kena hidup dengan lebih bahagia dari hari ke hari. Dan aku doakan kebahagiaan dia yang tentunya membahagiakan aku sepatutnya.

^_^

No comments :

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::