Thursday, December 13

Lagu yang tamat.

Serius. Sangat lama tak update blog. Dah taktau ape perasaannnye cmne mengupdate blog ni.
Rasa sedih tu masih ada lagi dengan pemergian ayah. Cuma sekarang aku lebih menerima kenyataan. Hidup dengan bergelar anak yatim. Ye lah, aku tau lah aku dah berumur 23 pun, tapi umur aku 35 sekalipun, aku masih berharap aku hidup dengan membahagiakan ayah aku. Sobs. Dah mula la nak bergenang air mata ni.

So perjalanan hidup aku seperti biasa. Hari-hari yang membosankan sebagai seorang penganggur terhormat. Tanam anggur? Anggur pun takmau hidup kalau aku tanam. Mudahan aku tanam benih dalam rahim nanti boleh la membesar dengan jayanya sebagai baby.

Sejak akhir-akhir ni aku mengaku kepale otak aku cam kekacauan sikit. Sikit ke? Banyak jugaklah. Eh, bukan setakat kepala yang kacau. Hati pun emotional. Datang bulan pun cam dah mereng-mereng jugak.

Setiap hari aku, ye, hampir setiap hari aku akan memikirkan adekah betul keputusan yang aku ambil ni. Melepaskan sesuatu yang bukan milik aku. Dah bukan milik aku, adekah sesuai menggunakan ayat melepaskan tu? Lebih kepada aku melepaskan beban kat hati aku ni rasanya. Perit, seksa, pedih yang aku rasa, sesungguhnya Allah je yang tau mcm mana aku tanggung semua ni dengan senyuman. Memang aku berkira-kira nak berceloteh kat blog karat ni, tapi baru hari ni ada kekuatan nak mengenang semua tu seorang diri.

Kenapa pedih perit segala bagai? Pernah tak korang sayang sesuatu barang? Tapi barang tu bukanlah milik korang. Korang just pinjam je. Tapi korang sayang sgt barang tu sebab selesa menggunakannya, dan barang tu banyak berjasa pada korang. Tapi at last suatu masa akan tiba masanya korang pulangkan barang tu kepada tuan yang asal. Sebab tuan tu lebih memerlukan barang tu. Dan tentunya dia sayangkan sesuatu yg korang pun dah rasa berharga, inikan pulak tuannya. Perasaan untuk memulangkan tu bukan mudah. Sbb barang yang korang pinjam tu limited edition, satu dalam seribu. Mana nak cari?  Dan bukan pedih mcm tu yang aku rasa sebab ianya perit lagi.

Aku tau aku takkan jumpa yang sama, tapi insyaAllah, jika Allah benarkan, Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari barang yang kita pinjam. Dan dengan rezeki yang Dia limpahkan, barang itulah milik kita. Tak perlu kita menebalkan muka meminjam lagi. Sungguh, malu kan meminjam barang orang lain untuk keselesaan diri kita sedangkan barang itu sndiri diperlukan oleh tuannya. Maka tak perlulah meminjam terlalu lama.


Setiap hari selepas solat aku tak pernah lepas berdoa. Jika benar sesuatu itu milik aku, maka dekatkanlah aku dengannya dan jika ia bukan milik aku, maka jauhkanlah aku dengannya. Dan aku berharap semoga Allah memperkenankan doa hamba-Nya ini yang sering lalai dengan duniawi. Semoga Allah temukan aku dengan seseorang yang boleh membimbing diri aku.

Aku cuba mencari kebahagiaan setiap hari dengan susah payah, memang sungguh aku berusaha. Alhamdulillah. Sejak akhir-akhir ni aku semakin tenang. Cuma kadang-kadang tak dapat nak elak. Tapi inilah ujian. Ujian hati. Dan disinilah kesabaran aku betul-betul diuji. Tapi aku kan manusia biasa. Aku masih belum berusaha bersungguh-sungguh. Dan aku ada terasa aku sedikit gagal kadang-kadang. Hurmm. Biarlah masa yang menentukan. Allah itu maha Adil.

^_^


No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa