Saturday, January 20

5 tempat makan menarik di Putra Heights. I'm just a noobies.

Setelah sekian lama tak menulis atas sebab-sebab mood berlari-lari anak meninggalkan diri ini, blog aku kosong seperti sky juice yang di order dekat mamak Anuar Maju.

Nasib lah boss tak marah sebab blog macam sarang labah-labah dah ni. 

Sesungguhnya hari ini adalah hari yang bosan di mana aku dah layan movie hindustan ketiga untuk hari ini, Badshah. Hobi aku memang suka repeat cerita dah tengok. Yep, aku memang membosankan.

Tapi tiba-tiba aku nak tutup cerita Badshah dekat lappy & bukak lagu 'Surat Cinta untuk Starla' by Virgoun.

Maklumlah kan, insan tengah di lamun cinta memang macam ni. Ok, aku tepek link sini. Sebab aku nak korang pun feeling layan lagu weekend ni. Bhahaha ~



Rasa awkward pulak aku nak menaip blog. Nak cerita ape eh? Otak tengah kosong ni. Idea pun taknak beranak sekarang pulak. Kalau masa kerja tengah banyak dekat office, kemain mencurah idea cam air terjun dekat foodcourt Sogo tu ha. 

Kerja aku dekat tempat baru ok je. Boss baik, officemate pun semua baik belaka. Environment not bad. Sebelum aku terima offer untuk kerja dekat tempat kerja aku sekarang, aku ada dapat dua offer kerja yang lain which aku mengalami dilema untuk memilih. Sebab aku takut aku tersalah pilih. Last-last aku taram je memana dan aku pilih berdasarkan environment office sekeliling. Aku pilih yang paling tak jammed sekali iaitu Putra Heights. The other offer dekat Ampang (area TBS) dan Philleo Damansara. Semua good offer dan aku appreciate sangat, tapi aku perlu memikirkan stress aku nak hadap setiap hari, aku pilih kawasan populasi kurang padat penduduk. 

Sini, Putra Heights memang area yang best. Jalan besar, kemudahan not bad walaupun bukan bandar pesat. Bagi aku area sini sesuai lah untuk keluarga. Petang-petang ramai orang jogging, bawak anjing jalan-jalan. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku dapat menyewa bilik yang jarak 2 km dari tempat kerja, housemate pun baik-baik. So, aku tak kisah bayar sewa lebih sikit sebab aku dah jimat dekat petrol dan toll. Sebelum ni aku menumpang dekat rumah pakcik makcik aku kat Ampang, tapi ulang alik 35 km sehala buat aku berbuih jugak la. Hari-hari aku buat dosa mencarut dalam kereta. Perempuan kan emosi sikit bab driving. Kan?? 

Ye lah, aku dari Skudai, Johor pastu kena move ke Selangor area. Aku macam ada perubahan suasana takut ter'shock' plak nanti dengan area baru, tak suka kawasan jammed. Tapi, Alhamdulillah la kena belajar berdikari hahaha ! Adapt je la kan. Learn

Oleh kerana aku baru setahun jagung dekat area Putra Heights ni, jadi aku macam noobies yang baru nak berjinak dekat kawasan padat populasi. Untuk tidak membuat korang bosan dengan cencoret aku yang entah ape ape ni, aku suggest la ape yang best dekat Putra Heights ni. 

Of course la aku nak suggest tempat makan. Perut boroi harus di isi setiap hari. 

Kat kawasan Putra Heights ni tak kurang dengan cafe hipster. Tapi aku suka nak share berdasarkan pengalaman aku sendiri je. Aku kongsi review kedai makan yang aku dah pernah try je okaih!



Alamat: No. 17G, Jalan Putra Mahkota 7/6b, Putra Point Commercial Centre, 47650 Subang Jaya, Selangor

Phone: 03-5103 9250

Aku baru try sekali cafe ni. Environment dia nice, cozy, selesa. Ada provide mini surau untuk customer solat, ada telekung jugak. Last time aku datang time maghrib, so tiada masalah nak solat. 
Aku order burger homemade & partner aku order spaghetti. Nama menu-menu tu aku da macam memory loss sikit. Tapi ape yang aku nk highlight, makanan dia sedap. Aku memang ada plan nak datang lagi tapi entah bila. Padehal sejengkal je dari rumah. Aku ada snap gambar jugak tapi kemalasan platipus aku menyebabkan aku malas nak selongkar balik. Tapi kan, partner aku yang cerewet bab-bab makan tahap jula juli bintang 3 tu boleh habiskan spaghetti dia & dia cakap cafe ni sedap which is aku macam, "Wow, dia makan habis, and dia cakap sedap'. This is rare. Haha! So, uols boleh try. Selera makhluk ni lain-lain, better try sendiri lah. 


Alamat:  No. 1, Jalan Putra Permai 10/1e, Seksyen 10 Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor 

Phone: 017-346 1708

Wohooo, ini kedai feveret aku kalau nak order masakan panas. Asal balik keje je aku menyinggah sini order dinner. Kadang-kadang layan perasaan makan sensorang, tapi selalunya tapau bawak balik je. Apa yang best kat sini? Most of them aku suka. Nasi goreng seafood, nasi putih daging masak kicap, tomyam, sup daging, sup tulang, tauhu bakar, chicken chop. Semua just nice je. Portion makanan dia banyak dan sedap. Sebab tu aku prefer cafe ni. 


Alamat: No. 1, Jalan Putra Mahkota 7/6c, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor

Specialize dia adalah Mee Bandung. Nama pun Mee Bandung famous amos dari Muar kan. Asyik-asyik orang dok sebut Mee Bandung Muar bla bla bla... Yezzaa, sila lah try restoran ni. Untuk tekak aku yang tak version cerewet sangat ni, bagi aku Mee Bandung dia mencapai kata sepakat tekak dan lidah aku. Perut aku jugak bersepakat la mengatakan rasa dia sedap. Tapi dia ada serve menu-menu lain, western pun ado. Last time aku try sup dia, not bad. Menu lain belum nak try lagi. Cumanya, partner aku yang cerewet tu review nasi goreng dia memerlukan improvement. Masa tu aku makan okay je. Dia memang skema sikit pasal makanan ni. So, abaikan. 


Alamat: No. 16, Jalan Putra Mahkota 7/6a, Puchong Permata 2, 47650 Subang Jaya, Selangor

Aku baru sekali je try makan sini. Masa aku lalu-lalu dulu, aku ingat restoran ni mahal gila la, tapi bila dah try, oh not bad la. Chicken Chop yang aku makan RM14, Chicken Grill RM15. Ada menu-menu outstanding lain yang aku belum try. Hakak office aku cakap burger dia sedap, next time aku nak try lah kot. Sini provide western menu. Goreng-goreng macam tak hado pulak. Sos dia sedap. Aku recommend Chicken Grill dia. Chicken Chop yang aku try last time kurang memuaskan sikit sebab dia goreng agak hitam dan berminyak sikit. Kalau datang masa lunch hour, dapat free air teh o ais limau. :) Good offer. Environment dia pun best. Selesa dan santai. 


Alamat: Putra Heights First Floor, No 11, Giant Hypermarket Putra Heights, Persiaran Putra Perdana, 47650

Restaurant ni dalam Giant Putra Heights. Aku dah beberapa kali makan sini. Aku suka dia punya Chicken Chop, Sizzling. Kalau datang masa lunch hour dia provide free air teh o atau sirap. Harga pun not bad la. Style-style kopitiam camtu. Environment dia pun best. Santai je cuma nampak la orang lalu-lalang dalam Giant. Jangan nak expect environment senyap sunyi la, nak senyap pegi makan kat library, takkan nak halau orang datang Giant. 


Sekian aku punye suggestion yang nubis ini. Sebenarnya ade tempat makan lain lagi aku nak suggest tapi aku penat la menaip. Jari aku macam dah kremm ni. Gambar pun aku malas attach. Mohon kasi aku berehat. Nanti aku share lagi. Miahaha ~ Maafkan hamba. 

Chaloo ~








2 comments:

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa