Monday, February 19

Aku, Demam & MC.

Sesungguhnya amatlah malas untuk aku menghapdet blog yang dah bersawang. Tapi aku gigihkan juga curi waktu bekerja untuk menaip. Oleh kerana workload tengah tak banyak, mood cuti tahun baru cina masih berkumandang. Tak sabar nak tunggu next cuti. 

Ape yang nak aku kongsikan kali ni? Aku pun taktau ape je manfaat yang aku boleh share kat korang. 

Sebenarnya demam aku baru je nak baik ni. Semalam aku datang keje, aku dah macam biol-biol, kepala pening. Pastu aku decide pegi la jumpa doktor sebab konon nak MC lah kan. Rasa nak tido, badan sengal, kepala pun rasa panas je. 

So, aku memilih Klinik Bandaran Alam Megah sebagai pilihan untuk mendapatkan ubat. 
Sampai je kat sana, ade dua org lagi tengah que. Ok la tak ramai sangat. Sebab aku dah pernah pegi klinik ni, letak IC je. 

Doktor klinik ni Indian. Agak berumur. Namanya Dr Sadandan. Dari perwatakan doktor ni, sangat polite dan berpengalaman. Apa yang best, aku suke sebab klinik ni dia pakai old skool punye barang untuk check. Dia pakai termometer merkuri instead of digital termometer. Blood pressure pun dia check guna yang old skool tu, ape tah nama dia, picit2 nanti benda merah kat penyukat tu naik. Tak ada la pakai mesin pam tu. Mesin pam tu sakit gile kot dia tekan lengan aku. So, semalam suhu aku 34 darjah celcius. Dia bagi MC dan ubat-ubatan. 

Doktor ada pesan, kalau lusa tak ok lagi demam, kena check darah sebab sekarang musim demam denggi. Aku cakap, kalau ade bintik -bintik merah la kan baru denggi. Doktor kata, tak perlu bintik-bintik pun bole jadi je denggi. Aku dah macam seriau. Jangan la sakit kronik tu. 

Lepas check, aku tunggu la ubat dan MC. Kena bayar dalam RM60 je. Tak mahal pun. Ok la. Dapat ubat alahan/selsema (Antamin), Ubat demam (paracetamol), ubat batuk dengan antibiotik. 

Kesimpulannya, Klinik Bandaran ni so far so good la tempat aku nak datang kalau ada masalah kesihatan. Doktor dia memang sesuai jadi doktor, work by passion giteww. 

Aku pernah pegi beberapa klinik lain, doktor muda, lelaki. Hmmm. Tak sure la nak cakap ape, tapi memang bagi aku, tak gembira la nak datang lagi melainkan terpaksa je. 

So far aku baru try pegi Klinik Nadi Iman (Alam Megah) & Poliklinik Sentral (Putra Heights). Bole la tapi macam tak berbaloi. Mahal tapi servis tak best, ubat pun biasa je. 

Klinik Bandaran ni, dia akan tanya simptom-simptom lain kalau kita demam. Kerap kencing ke tak. See? Nampak tak berpengalaman tu. Kalau klinik lain, nan hado. Dia check-check pun ala kadar. Tak ada bagi advice sangat. Tak banyak tanya masalah lain. Kalau ada pun, dia tanya, ade masalah susah bernafas tak? Haaaa. Emmm.. bagi aku tak best.. taktau la kalau orang lain suka macam tu kan. 


Sekian, pengalaman aku yang demam setiap bulan. Aku dah macam, "ala aku demam lagi ke...". Sebab dah selalu sangat demam. Haih. Doakan la aku cepat sihat ye kawan-kawan. 



4 comments:

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa