Thursday, July 12

Mahu menjadi founder untuk produk jenama sendiri? Jom kenal dengan Saudagar Herba.


..Assalammualaikum..

Sekian lama blog ni terbengkalai dek kerana aku komited sangat bekerja. Oh my. 
Jadi sekarang aku ada satu benda menarik nak share di sini. Korang semua mesti ada keinginan untuk mencipta produk berjenama sendiri kan? Pernah tak terfikir? Selalu nampak founder-founder produk makin berjaya mencipta nama dengan produk yang dikeluarkan sendiri. Teringin tak?

Sebenarnya diorang semua bermula dari produk kecil-kecilan.

Jadi di mana nak bermula?
Macam mana orang cari kotak dan botol untuk produk semua?
Macam mana orang tentukan bahan dalam produk tu?
Nak buat bahan pakai formula apa?
Kalau dah ada idea untuk produk, mana nak cari kilang yang buat produk macam ni?
Mana nak dapatkan kelulusan KKM lagi?

Uishh. Runsing jugak la kalau nak keluarkan produk ni, banyak benda nak kena tentukan.

Benda ni memang selalu aku terfikir. Siapa lah aku ni nak keluarkan produk sendiri. Lepas malas nak fikir, aku teruskan usaha makan gaji lah. Habis cerita…

Tapi tiba-tiba aku tergerak nak buat satu research macam mana nak buat produk sendiri sampai lah aku terjumpa tentang ZyPhyto. So, selepas membuat research pasal ZyPhyto dan apa yang ditawarkan, rasa macam satu peluang yang terbentang luas. Rupanya tak susah untuk kita bermula mengeluarkan produk berjenama sendiri asalkan kita ada idea produk apa yang nak di jual dan tentunya dengan bantuan ZyPhyto, impian anda tidak akan jadi mustahil lagi.

Nah! Jadi sekarang, aku nak share info ni dan kita nak fokus pada satu pakej berpatutan yang mampu milik untuk mereka yang berminat nak mengeluarkan produk berjenama sendiri.

Dengan modal serendah RM3,000, korang boleh meletak jenama pada produk yang sedia ada! Yang paling best, barang-barang yang disediakan semua ready stock. Okaih nanti kita cerita lebih lanjut pasal pakej ni, bagaimana, di mana nak dapatkan pakej tak masuk akal ni.

Aku pilih pakej ni sebab pakej ni antara pakej yang memerlukan modal paling kecil. Banyak lagi pakej-pakej lain yang ditawarkan bergantung pada kemampuan dan keinginan individu tapi sebab pakej ni paling menarik perhatian untuk mereka yang baru nak bermula dan berjinak-jinak. Iye lah, kena lah tengok marketing dulu macam mana. Luas ke tak permintaan, ambil masa nak iklankan produk, jadi mula lah dengan kecil-kecilan dulu. 

Tapi sebelum tu, korang semua kena kenal dahulu syarikat yang mampu merealisasikan impian korang iaitu ZyPhyto Holding Sdn Bhd.                                



Dikenali sebagai King of OEM, ZyPhyto di tubuhkan oleh Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly. Setelah 10 tahun berkecimpung, mereka memiliki kilang sendiri yang menyediakan pelbagai pakej menarik untuk mereka yang berminat untuk memasarkan produk sendiri.



ZyPhyto merupakan syarikat 100% bumiputera yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan yang berdaftar. Ditubuhkan sejak tahun 2007, ZyPhyto telah berkembang dan memiliki 9 buah anak syarikat dalam pelbagai bidang. Antara anak syarikat di bawah ZyPhyto Holding Sdn Bhd ialah:


  • ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd
  • ZY Cosmetic Sdn Bhd
  • ZY Academy Sdn Bhd
  • ZY Printpack Sdn Bhd
  •  ZY Phyto East Coast Sdn Bhd
  • ZY Phyto Northern Sdn Bhd
  • ZY Herbal Science Sdn Bhd @ Saudagar Herba
  • Yayasan Qaseh ZY Phyto
  • Emily’s Cattery

Selalunya kalau ada orang share info macam ni, mesti korang ragu-ragu. Eh? Ade sijil halal ke? Lulus KKM ke? Korang semua tak perlu rasa was-was sebab ZyPhyto mempunyai akreditasi HALAL, pengiktirafan ISO, Amalan Pengilang Baik (GMP) yang dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Kat bawah ni senarai sijil-sijil ZyPhyto yang didaftarkan dan anugerah-anugerah yang diterima ZyPhyto. Bukan calang-calang syarikat tau!




Semua anak syarikat di atas memainkan peranan tersendiri tapi untuk entri kali ini, iols nak ceritakan tentang ZY Herbal Science Sdn Bhd atau dikenali sebagai Saudagar Herba.

Saudagar herba ni menjual ekstrak herba, makanan dan bahan-bahan aktif. Anak syarikat ini juga ada menyediakan servis OEM produk kesihatan dan kecantikan serendah RM3,000 yang iols ceritakan tadi dinamakan Pakej Chomey. Inilah dia yang korang perlukan. Bajet rendah tapi dah boleh keluarkan produk label sendiri. Haa.. korang nak letak muka korang kat produk tu pun boleh. Penuhkan satu botol dengan muka korang, tiada masalah. Tapi kalau orang takut nak beli, jangan pelik lah. 

Pakej Chomey ni di ilhamkan Puan Sharifah Ameelia Akma yang merupakan Pengarah Eksekutif ZY Phyto Holding Sdn Bhd sejak tahun lepas (2017). Pakej ni memang ditawarkan khusus untuk mereka yang bercita-cita nak menceburi bidang perniagaan sektor kecantikan dan kesihatan tapi mempunyai masalah-masalah yang aku cakap tadi, masalah modal, masalah pembuatan bahan dan masalah tak tahu nak mula dari mana.



Setelah dua tahun sejak dperkenalkan, memang banyak sambutan dari orang ramai yang berminat menceburkan diri dalam bidang ni. Produk yang ditawarkan melalui Pakej Chomey merupakan produk penjagaan kulit, kosmetik dan makanan yang terdiri daripada jus, serbuk dan teh uncang. Haa. Bole pilih tau nak yang macam mana.

Jadi, bahan-bahan yang disediakan ni di import dari luar negara untuk memastikan produk yang dihasilkan eksklusif, unik dan bukan senang untuk di tiru. Iye lah, nanti ada je bahan tiruan la, produk tiruan la, lagi-lagi bila perniagaan kita dah berkembang nanti. Pelanggan-pelanggan Saudagar Herba ramai yang dah berpuas hati dengan kualiti dan keberkesanan produk dan memberi feedback positif.

Jom kita tengok apa produk yang ditawarkan dalam Pakej Chomey ni.

Makanan

  • Jus
  • Powder
  • Tablet
  • Sachet


Kosmetik dan Skin Care

  • Foundation
  • Sabun muka
  • Serum Muka
  • Lipmate
  • Lain-lain

Ada banyak jenis produk-produk yang ditawarkan tapi aku bagi overview sikit la untuk nampak lebih jelas macam mana produk tu dan bahan-bahan dalam produk dan fungsi dia. Cara penggunaan pun akan diterangkan.

Contoh Produk Kosmetik dan Kecantikan 






 











Contoh Produk Kesihatan







Rasa confuse kan nak buat produk apa? 

Jangan risau, ada 33 jenis produk kosmetik yang korang boleh pilih dan 10 jenis untuk produk kesihatan. Nak keluarkan semua jenis pun boleh tapi kena tengok bajet juga lah kan. Jadi, buat keputusan dulu apa yang korang nak fokus. Aku cadangkan korang keluarkan produk yang basic dulu baru fokus untuk produk sampingan lain. 

Tapi baru-baru ni Saudagar Herba ada memperkenalkan produk baru, Beard Oil & Matte Lip Cream. Awesome!









Menarik sangat!! Nampak eksklusif kan??


ZyPhyto juga akan membantu korang untuk proses mengeluarkan produk jenama sendiri bermula dari pemilihan produk sehingga penghantaran produk kepada pelanggan. Servis yang disediakan contohnya:

  1. Servis Pembungkusan
  2. Servis Design dan Printing
  3. Servis untuk dapatkan Pengkelasan
  4. Kelas bimbingan Pemasaran
Siap membimbing cara untuk memasarkan produk lagi. Gigih dengan tak gigih je nak mula. Wow!

Sesiapa yang berminat bole hubungi Saudagar Herba @ ZyPhyto laju-laju.





Maklumat Lanjut tentang ZyPhyto


Facebook           : Saudagar Herba

Laman Web       : ZyPhyto

Email                 : info@zyphyto.com

No. Telefon        : 018-2928898/011-21208898/03-60381012

Alamat Pejabat  : No. 10A, Jalan Tiaj 2/9, Taman Industri Alam Jaya,
                            42300 Bandar Puncak Alam, Selangor. 

37 comments:

  1. Salam..
    Mmg bgus utk usahawan yg bru hndak bjinak dlm perniagaan ni kan 😊

    ReplyDelete
  2. RM3k je modal, murahlah. Produk pun semua dqh disediakan, bagus ni!

    ReplyDelete
  3. Mudah je nak hasilkan produk jenama sendiri, modal pun tak besar!

    ReplyDelete
  4. Peluang terbaik utk sesapa yg minat nak berbiz tapi modal terhad👍🏻

    ReplyDelete
  5. macam-macam produk ade kan..hah siapa dah ade modal, nak bina jenama sendiri, nak jadi bos, dah bolegh pergi sini..

    ReplyDelete
  6. Tumpang tanya,kalau product macam wax kereta tu macam mana eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sy tak pasti encik. yang tu kena cari oem dia utk bidangnya.

      Delete
  7. Berminat. Tunggu masa je Nak pi sana

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. suatu masa nanti saya nak.. in shaa Allah.. ble bantu saya pastu sy nak bantu org lain berjaya.. Aamiin

    ReplyDelete
  9. Just share info.Jika mencari kilang kosmetik area kota kinabalu, boleh ke borneo rich supplier. Lokasi di sirim telipok.

    ReplyDelete
  10. Bole sy tahu macam mana cara untuk membuat product sendiri..modal dlm brapa rm ye??

    ReplyDelete
  11. Bole contact no ni sis. 018-2928898/011-21208898/03-60381012 .. nanti mereka akan guide dan bagi overview.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Bole contact no ni sis. 018-2928898/011-21208898/03-60381012 .. nanti mereka akan guide dan bagi overview

      Delete
  13. Bagaimanakah cara untuk saya memulakan perniagaan tersebut dan bagaimanakah dgn promosi produk yg terhasil akan dikenali umum,saya amat berminat dan mencari tempat dan cara tunjuk ajar bagi memulaka sesuatu perniagaan dan produk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole contact no ni sis. 018-2928898/011-21208898/03-60381012 .. nanti mereka akan guide dan bagi overview

      Delete
  14. Nk tanya prodak kecantikan ni buatan malaysia ke koria, mcm manq kita nk bersaing dgn prodak koria yg telah bejaya dn sngat berkesan.

    ReplyDelete
  15. Mcm mana nk bersaing dgn produk koria yg trnyata berkesan n popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sy tak pasti pula. kena buat research kajian untuk menambah baik produk.

      Delete
  16. Prodak apakah yg sngat² laris dipasaran sekarang,bagaimanakah produk itu tidak laku adakah pihak tuan akn memberi bantuaan dri segi pemasaran n pngiklanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kurang pasti ni encik. encik bole contact mereka utk dapatkan maklumat lanjut.
      Bole contact no ni sis. 018-2928898/011-21208898/03-60381012 .. nanti mereka akan guide dan bagi overview

      Delete
  17. Mmg menjadi cita2 sy utk ada produk sendiri.. Insyaallah suatu Hari nanti..

    ReplyDelete
  18. Assm.sya berminat utk tahu lebih lanjut utk membuat product sendiri.bagaimana caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole contact no ni sis. 018-2928898/011-21208898/03-60381012 .. nanti mereka akan guide dan bagi overview selanjutnya.. sy hanya tolong advertise sahaja.. :)

      Delete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa