Monday, May 9

Part 2 : cerpen gila aku

malam tu kitorang naik kereta kawan aku ni pegi library. study kat bilik memang susah nak masuk otak.sbb tu slalunye kitorang berkampung kat library tu. lagipun kat bilik banyak anasir jahat. cam biasa, Mr perfect aku tu pun ade sekali. plan ni aku buat senyap2. aku sorang je yg tau.

masa tengah study. giliran aku pulak yg pegi beli makanan, pegi tandas. aku takkan bagi can lagi dah kawan aku tu tinggalkan kitorg berdua. lepas tu aku pun buat2 ade discussion dengan kawan lelaki lain. sebenarnye aku dah plan pun. aku mintak sorang ex-schoolmate aku dulu pura2 jadi bf aku. bukan official bf la tapi macam ada affair. aku tau aku xkan boleh slow talk ngan kawan aku yg keras kepala tu. dia takkan terima lelaki tu selagi aku ade. tapi takkan la aku nak pegi bunuh diri pulak kan.

seperti plan yg telah dirancang, aku suruh schoolmate aku tu datang jumpe kitorang dan ajk aku study kat tempat lain.memang sengaja aku buat kat depan kwn baik aku tu. mujur la kawan baik aku x pernah jumpe schoolmate aku yg ni. mata kawan aku tu bulat gila. dia pelik sangat lelaki mana la yg ajk aku study ni. dia pun x bole ckp ape sebab aku terus blah dengan power.

masa balik tu kitorang jumpe. balik sama2. seperti biasa, aku dah agak dia mesti tanya sape laki tu. sume tu aku dah pikir da. persediaan rapi. aku pun kelentong la aku kenal dia dalam facebook. dah lame chatting same, pastu plan nak study same sebab kitong ade satu subjek yg sama and laki tu pulak pandai. laki tu baik, cool, abes sume aku kelentong. muka kwn baik aku memang nampak x puas hati, sbb aku x pernah cite kat dia slame ni. aih, aku buat sume ni untuk kau. kau yg degil sbb jage sangat hati aku sampai aku rasa bersalah.

plan aku ni berterusan, selama 2 bulan. susah nak cakap. aku lama makin suka kat schoolmate aku. dia memang baik. satu ciri2 yg dia xde cuma dia ni x sporty. dia hensem la jugak. tinggi. dan yg paling best, schoolmate aku ni xde awek lagi. sbb tu aku bole mintak tolong dia. kawan baik aku tu pulak, tetap x terima Mr Perfect tu. aku memang x bole pakse, dah banyak kali aku cakap yg lelaki tu suka kat dia, terima je. still, kepala batu dia xnak jugak. dia kata dia ni x sesuai ngan lelaki tu, lain la aku, lagi sesuai ngan lelaki perfect camtu. kwn baik aku ni sikit punya lawa, xtau ape yg x cukup lagi, baik pulak, pandai pun ye. aku siap dah tipu dia aku dah kapel ngan schoolmate aku pun dia tak paham2. tapi aku tau lelaki tu xkan putus asa, sebab aku nampak sangat laki tu memang betul2 suka kwn aku ni.

satu hari tu, aku mengantuk sangat. kepala aku x bole berfikir. dah macam nak jammed, pening gila. hari tu pulak la ade exam. memang malang. konon study sampai lewat malam, stay up, banyak chapter yg x cover, poyo sangat, ni la padah study last minit. kitorang jalan kaki pegi exam sebab dekat sangat ngan kolej. cam biasa aku jalan kaki berdua ngan kawan baik aku. aku banyak termenung teringat formula2 yg berlambak tu. kwn aku ni jenis genius, senang ingat. dia bukan jenis gelabah macam aku kalau bab2 study ni. masa kitorang melintas jalan, aku x perasan pun ade kereta turun bukit, aku pun menonong je melintas, memang nampak macam kes nak bunuh diri. kwn baik aku pun sempat tolak aku dan dia selamatkan aku. even kereta tu x laju, tapi kawan aku tergolek jugak ke jalan. aku pun tergolek sebab kena tolak ngan dia. tapi aku tak kena langgar, dia yg kena langgar. aku blank. tergamam. aku pergi kat kawan baik aku. dia pengsan, ade darah mengalir kat kepala dia. kepala dia terhantuk kat jalan.

kereta yg langgar dia tolong bawak kitorang pegi hospital. takut cedera kat bahagian kepala teruk. lepas doktor periksa, nampaknya dia x apa2. aku bersyukur sangat, nasib baik kereta tu x laju dan sempat brek. dan yg paling aku tak boleh terima, kenapa dia susah2 selamatkan aku, biar je la aku kena langgar. aku yg rasa bersalah. kwn baik aku selalu buat aku rasa bersalah sebab dia baik sangat. dia layan aku mcm aku ni kembar dia. aku teman dia kat wad, dia belum sedar lagi. tangan dia yg putih tu ade kesan luka sebab bergesel dengan jalan tar. sambil2 baring kat tepi dia, air mata aku asyik keluar je. aku terharu sangat2. tak tau nak cakap macam mana lagi. aku rasa, dia ni memang kawan paling baik kat dunia ni. setiap kali benda malang jadi dalam hidup aku, dia mesti ade, dia jadi penenang, dia jugak la jadi penyelamat aku. dia ni malaikat ke?

Mr Perfect pun datang melawat dia lepas aku bgtau. aku memang patut mintak maap kat dia sbb dah susahkan perempuan idaman dia sampai jadi mcm tu. lelaki tu kata dia x rasa marah pun. kalau dia ade dengan aku masa tu, dia mungkin akan buat yg sama. ah, memang x boleh terima, diorang sesuai sangat jadi pasangan sebab dua2 sama gila. baik sangat dengan orang lain.ape spesis malaikat ke ntahnye.
esoknya kawan aku sedar. doktor kata lepas 2 hari dia boleh balik sebab x cedera teruk cuma luka kat kepala dan tangan. aku lega sangat. x pasal2 sebab kecuaian aku, kitorang semua kena ulang exam.

tiba2, sebelum bawak kawan aku tu balik, doktor mintak jumpa dengan kitorng, memandangkan kwn baik aku tu anak tunggal, mak ayah pulak kat oversea, mak cik nya tak dapat datang melawat sebab jauh kat utara. lagi pulak aku dah bgtau pada makcik kwn baik aku tu yg dia ok dan aku akn jaga dia. jadi kami je yg ada untuk berbincang.

dunia aku rasa gelap kejap. doktor kata kwn baik aku tu ade penyakit tumor otak. ini betul2 kebetulan dan macam dalam cerita dongeng. masa scan kepala kwn aku tu untuk cek darah beku, doktor kata dia jumpe satu tumor kat otak kwn aku ni. dah makin besar. dah tahap ke-3. doktor kata dia ade masa setahun lebih je kalau bertahan dengan tumor tu. kalau nak buat operation memang besar sangat risiko sebab benda tu dah besar dan dekat dengan saraf otak.
masa tu aku rasa nak tampar2 doktor tu sebab bg aku berita paling buruk.tapi doktor tu x bersalah. aku rasa x mampu nak berjalan pun, lagi x mampu nak menghadap muka kwn aku tu. dia dah tahu ke??






6 comments :

  1. ain..cepat sabung part 3~besssst..wuwuwuwu..nak nges bace... =D

    ReplyDelete
  2. weyh.....aku bace smule cerpen aku ni xde feeling pun..hahaha...apesal ko bole semangat plak...aku taip ngan xde perasaan...adeh la...

    ReplyDelete
  3. ain,ni cerite betol ke rekaan je?aku ngah tadah air mate ni..

    ReplyDelete
  4. errrk..ni kan fantasi aku je...
    aku teringin nak best frien mcm ni..
    mampu mimpi je..hehehe
    rekaan je la.....sedeyh ke weyh? sal aku x rase cm sedeyh pon?? aneh la...

    ReplyDelete
  5. cehh..igtkn betol2..sbb aku tak jumpe part 1..haha..intenet down..so aku asume ko nye ni cite btol..cehh..tak jadi tadah air mate.

    ReplyDelete
  6. miahahahaa..x paya pon..aku pon bace xde feeling...
    wakakaka...ilek3....
    ko sal intenet down..bukan pakai streamyx ke?

    ReplyDelete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::