Wednesday, August 31

SPM. Memori. Cinta. Kisah aku.


Hobi aku, bukanlah mengarang cerita. bukan jugak nak jadi penglipur lara. BM pun aku dah lupa. satu patah pun tak ingat. dah lama aku tinggalkan. lama dulu. Tatabahasa pun ntah ke mana. kalau ambik SPM balik, aku jamin aku fail. serius aku dah tak ingat. Alhamdulillah sangat-sangat aku boleh dapat A1 dulu. A1? SPM?
aku tak ada niat nak kenang zaman sekolah. tapi tiba-tiba sekaligus semua memori keluar dari otak aku. kawan-kawan, belajar, cikgu, penat, memori, cinta. Urm. cinta ke? aku tak pasti kalau dulu aku pernah jatuh cinta. itu pun aku dah lupa. kalau minat seseorang. itu perkara wajib. lebih kurang kagum lah. itu kan sebagai inspirasi. korang tak ada ke? kalau cinta tu, aku pasti ade satu. yang aku tak nak ingat kalau boleh.sebab? cinta aku tak berbalas. malu kan? aku memang tak tau malu. suka memalukan diri. lagi suka cari pasal. cari masalah.
dia yang aku suka bukan orang yang layak untuk aku sukai. sebab dia yang aku suka tak patut wujud pun. tapi sekarang, kalau dikenang, dia patut wujud. kalau tak, ape aku nak cerita kat anak aku nanti? mak tak ada perasaan masa sebelum SPM dulu. tipu.
mak pernah sukakan seseorang. tapi orang tu tak suka mak pun, malah dia benci mak. sebab mak mulut celupar. suka sakitkan hati orang, cakap tak berlapik. ego. tapi dia pun ego. salah mak ke? tiba-tiba je aku berangan.nonesense.

aku dulu bising. banyak cakap. cakap tak pikir. tak play kat otak. pakai lepas je. ape yang aku pikir sume aku lepaskan. bodoh. tapi aku dapat 9A tau. 8A1 lagi. cuma aku ni bukan jenis pandai bergaul. dengan kawan-kawan perempuan boleh lah. kawan lelaki. tak semua tahan dengan aku. mungkin sikap aku yang agak anti lelaki dulu. maybe. tapi sekarang dah okay. aku dah sesuaikan diri. cuma kadang-kadang aku tak dapat control diri. aku sendiri pun tak paham diri aku. apetah lagi kalau ade orang cakap dia paham diri aku. tipu lagi.

zaman sekolah memang indah. satu-satunya saat yang boleh dikenang adalah kawan. kan? tipu kalau korang cakap cinta. bagi aku cinta tu asam garam tapi kawan tu realiti. kawan yang akan dibawak sampai ke tua. sampai kita kawin. tu paling sahih. kadang-kadang aku tak ingat kawan sekolah aku. aku lupa nama diorang. tapi tak bermakna aku lupa kenangan diorang. cuma kadang-kadang aku perlukan masa, teliti bentuk mukanya. lepas tu memori tu akan play sendiri dalam otak aku ni. serius aku tak lupa. sebab tu kan memori yang aku ada. yang berharga. yang orang lain tak kongsi dengan aku. aku sorang je yang tau. memori.

penat? ya amat. aku rasa nak pengsan setiap kali sampai kelas. baju dah cukup skema tau. pakai spek lagi. rabun. selalu study malam. rasa macam nak minum minuman penambah tenaga setiap pagi. sekolah berasrama, korang agak ade ke? dulu aku saving. penjimat tegar. sekarang? jauhnya beza ya amat.

aku malas nak sambung lagi. sebab kalau sambung, tak sempat la aku nak mandikan kucing aku. beliau dah berbau. korang pun pengsan kalau bau Cik Kristal aku tu. lagi kalau aku sambung, memori aku ni akan keep spinning, tak kan berhenti dan mungkin berhari-hari. kalau ade mood, tak salah aku sambung kan. ni belog aku. ade kau kesah?





No comments :

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::