Saturday, August 27

new. nO mOney. Oh.

Semalam. mesti la cerita aku pasal hari semalam. kalau hari ni, mesti la aku taktau ape kisah hidup aku. (kalau tau kurang siuman le maknanye, mungkin jumpa ............). *ayat bOsan ni.
sO, semalam, aku tak tido seharian, lebih dari 24 jam. lepas sahur, terus cabut langsir-langsir untuk dibasuh. dengan berhempas pulas aku memanjat grill rumah, berpaut untuk cabut langsir, panjat tangga. memang.....penat~ aku cuci sliding dOor tu sampai berkilat, dah jadi macam cleaner upahan pun ade, macam seorang cleaner yang kais pagi makan malam tatkala panas terik. Ouh, aku memang poyO, jangan kOrang mengumpat belakang aku.
selesai je kerja-kerja tu semua, aku semprit kuih dahlia pulak sampai 6,7 lOyang, nak patah pinggang aku, tapi biarlah aku yang buat dari mak aku yang buat, mak dah tua, mesti pinggang mak lagi sakit nanti. biar la pinggang aku yang sakit sebab aku darah muda. aku nampak tilam depan tv, memanggil-manggil nama aku. bukak tv prima, "Pendekar Bujang Lapok". cerita tu dah dekat beratus kali aku tengOk, aku siap hafal dialOg-dialOg tu semua, fanatik habis, agak pOyO. namun, even beratus kali aku tengOk, tak pernah aku jemu, malah tengOk dan tengOk lagi. walaupun aku dah tau dialOg tu semua, dah hafal, still lagi aku gelak dengan ayah aku.
ntah aku tak sedar bila aku dah pun masuk ke alam mimpi. mimpi aku sekejap, nama pun aku tidO 3 jam depan tv, aku dengar suara mak aku membebel-bebel cam nak pecah gegendang telinga, ayat yang aku dengar last sebelum aku bangun "aku letak jugak cungkil kat mate ko biar tercegang, susah sangat nak bangun" klakar la. lepas tu aku pun bangun.
teros pegi bilik air, mandi, keluar. mak aku nak tukar bekas kuih yang beli kat "One Stop" sebab dah retak penutupnya before guna. bagus jugak kedai ni, ada jaminan 30 hari. sampai kat kedai tu, bukan mak aku tukar penutup, dengan balang-balang kuih 2 bijik tu dia tukar, siap tambah lagi 3 bijik dapat free 1.. sO dah tak macam 6 balang kuih mak aku beli. just tambah rm15. *sebiji balang rm4.50,beli 5 free 1* serOnOk kan. balang tu cantik jugak. sempat pulak mak aku beli bunga sale, sejambak rm1 **less dari harga asal rm10.wow!
pergi pulak kedai perabOt. memang mak aku dah plan lepas berbuka semalamnya. (mak aku ushar kabinet dapur dah dekat seminggu, mimpi-mimpi). memang ni idea aku. sebab? aku pun nak cari kabinet fail untuk bilik aku. dah ushar yang 12 lubang. harga? harga kabinet mak aku tentulah rm400+, perabot idaman aku baru rm100+. yang 8 lubang harga rm110 aku dapat kat kedai cina befOre ni. yg 12 lubang aku boleh dapat rm150 kat kedai yang aku ngan mak aku pegi ni. tapi sayang pulak, sebab kabinet idaman mak aku tu, ade orang dah tempah, dah habis bayar pun. tinggal nak shipping.
menuju la pulak kami ke pasar, lepas mak dah berbOrak dekat setengah jam dengan orang kedai tu *mak aku memang peramah. macam-macam aku rase nak beli. nafsu semua tu, nafsu je tu.tahan.tahan.sebab aku dah pikir nak beli perabOt. d*dengan duit aku yang seciput cukup-cukup je tu.
last-last, mak aku pegi perabOt cina pulak. sempat pulak dia beli ikan kat sebelah kedai cina tu. baik punya ushar, rObOk aku still dapat harga rm150 untuk 12 lubang, mak aku beli kabinet tu dengan harga rm380. *ouh, cina tu jiran dekat desa aku. memang mak aku tawar habis lah.
sO, hari ni, perabOt kami akan sampai! tak sabar. tau tak. nerves. nerves nak keluarkan duit pun ade jugak. maka lepas ni, duit aku tinggal rm10 secara rasminya dengan kesemua bank 0!
mak aku pulak, dapat harga murah, tak pikir panjang, terus sambar. terkejut aku. =.="
pagi tadi abg aku dan familinye sampai dalam area 2 pagi mungkin. aku pun masa tu kat mimpi zOn mana tah. yang penting, setiap setengah jam aku terjaga dengar diOrang berborak sampai satu umah bOle dengar.sampai la ke sahur. dah tak tido pulak diOrang ni. baby Hana yang omel pun tak tidO.hihihi~. sampai la ke sahur. dah lepas sahur, selepas sujud pada Allah yang satu menunaikan solat Subuh, maka di sini lah aku. depan lappy. bOsan kan kisah hidup aku? semOga ade insan yang boleh berkOngsi kisah hidup aku yang sebegini bOsan suatu hari nanti, yang menerima kehidupan aku seadanya. =)



ni la baby Hannah. comel kan. tapi ni gambar masa kecik. skarang dah besar. lagi comel. mata bulat. kalau ade gambar baru nanti aku update. geram! comel. peramah orangnye. =)

No comments :

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::