Wednesday, August 24

my bOo. ^_^


sekarang, aku dah jadi burung hantu. siang tido, malam berjaga. aku berjaga pun, tah ape-ape je la yang aku buat. bOsan, bace kOmik lame, tengok mOvie kat lappy, tengOk tV sampai lebam-lebam mata aku. serius membosankan.
aku pun tak paham la kalau ade Orang yang bace belOg aku ni. untuk ape je tah la. kesian kOrang kan.

Malam tadi kucing aku, si Kristal tu kena sawan la pulak. masa aku tengah syOK-syok layan mata, tetibe dengar pintu bilik air mak aku berbunyi. tetibe ade mOod pulak nak buat hajat kecik. masa aku dalam jamban tu, mak aku ckp " ain, kristal ni kena sawan ain. "
aku pon jawab "hah!!" . lepas selesai hajat aku tu, aku pun keluar la melawat mangsa sawan tu, si Kristal. kuyup dah dia mak aku basahkan, lencun. kesian kau kan kristal. naseb baik la umur ko ni panjang.
bile dengar cerita mak aku tu kelakar la pulak. tak pasal-pasal aku dengan mak aku berborak sampai la pukul 3 pagi. mak aku semangat sangat cerita pasal masa kristal kena sawan tu. gigil-gigil kat kaki mak aku sampai ke kaki ayah aku. ayah aku pun tak brape sedar.
lepas tu boleh la pulak mak aku tertidur kat ruang tamu tu. dengan aku-aku skali. sampai la ke sahur. lepas sahur aku pun tidO la sampai ke petang. mak aku bebel-bebel pun aku dengar je tapi kenape tah la aku liat nak bangun. siap mimpi aneh-aneh. aku mimpi sembahyang jemaah kat tempat mana tah, yg anehnya, saf lelaki kat belakang saf perempuan? SubhanAllah. aku pun taktau la ape maksud dia. mungkin mainan tido je kOt. (sedapkan hati)

Lepas tu bangun tidO, terus buat kuih. Ouh, tak, aku mandi dulu, then baru buat kuih raya, Tart Gulung! nyum nyum nyum.
aku lah tukang semprit yg paling berkualiti. mak aku dah buat separuh pun masa aku tidO tu (aku memang tak boleh harap sangat, jatuh la saham aku lepas ni). sO sekejap je dah siap la.
sapu kuning telur then bakar. penat tau buat kuih. no wonder la orang jual kuih mahal-mahal. (tapi kalau tak sedap tu tak paya la nak jual mahal sangat kan)

buka ape? sambal udang tempe dengan rojak, lauk singgang. sedap sangat. apa-apa yang mak aku masak semuanya sedap. tak ade satu pun yang tak sedap. serius tau.

sO Okay. sekian. Wassalam.

jadi nak prOmot la Contest yang aku jOin ni.


sile la like beliau ye. =)






No comments :

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::