Wednesday, August 31

StilletO stOry :: 24warna _ Pelajar Sekolah Tinggi_2

Dalam bahasa Jepun : “Okey semua, ini pelajar baru. Nama dia Ain”. Aku menuju ke tempat duduk yang kosong dan paling hujung di bahagian belakang. Disebelahku seorang pelajar laki yang sikit pun tidak memandang ke arahku. Dia tidak suka aku kah? Mungkin kehadiranku mengganggu. Matanya hanya tertumpu ke papan tulis. Mungkin pelajar cemerlang, bisik hatiku. Pelajar-pelajr lain ada yang memandang ke arahku. Mungkin mereka tertanya-tanya, dengan muka ku yang sangat kemelayuan. ah, biarlah. Nanti aku akan memperkenalkan diriku kepada mereka. Perkara utama yang aku perlukan ialah mencari kawan perempuan. Aku tidak mahu menghabiskan sekolah tinggiku tanpa seorang kawan disini.



Loceng waktu rehat telah berbunyi. 5,6 orang pelajar perempuan terus meluru ke mejaku. Kecoh juga mereka ni. Macam-macam yang mereka tanyakan. Tentulah dalam bahasa jepun. Aku menjawab sambil tersenyum sedaya mampu. Walaupun bahasa jepun ku kurang fasih nampaknya mereka faham dan cuba berbual denganku.

Ivi-chan, seorang gadis Jepun berambut pendek. Skirt yang dipakainya juga pendek. Nampak seperti gaya perempuan yang pandai berfesyen dari personaliti dan pakaian sekolahnya. Tapi dia sangat baik dan banyak mengajar, bercerita perihal sekolah padaku.

Shinkoo-chan, juga gadis sekelas. Dia berambut hitam panjang dan lebat yang dibiarkan mengurai. Dia seperti pendiam dan kurang bercakap tidak seperti Ivi yang agak bising dan suaranya lantang. Mukanya juga menggambarkan pelbagai maksud yang sukar ditafsir.

Iverie-chan, sangat comel. Rambutnya panjang berwarna keperangan dan lebih suka diikat. Dia seorang yang peramah dan kelakar. Kawan-kawannya selalu menggelarkan dia seorang yang cuai dan harus dibantu. Dia suka membuat aksi-aksi lucu yang sangat comel. Iverie agak popular dikalangan pelajar lelaki kelas lain kerana mukanya yang comel dan cantik.

Haruhi-chan seorang gadis sekolah tinggi yang agak kasar sedikit bebanding yang lain. Mukanya bujur, badannya tinggi lampai dan mempunyai susuk tubuh ..gagah! rambutnya didandan kemas dan berwarna coklat asli. Haruhi juga peramah seperti Ivi.

Dan mulai hari itu, aku telah menjadi salah seorang ahli kumpulan mereka. Secara rasminya aku telah mempunyai kawan baru dan aku hanya mampu tersenyum sepanjang kelas. Masalah yang aku risaukan sepanjang minggu itu nampaknya telah selesai. Malam ini tentu aku boleh tidur dengan lena. Tetapi, masih ada sesuatu. Pelajar di sebelahku. Mungkinkah?

No comments :

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::