Wednesday, January 1

Melaka. A wedding with Love. Majlis nikah Story.

Assalammualaikum. 
Jawab. Jawab. Jawab kuat sikit jgn jawab dalam hati je. 

      Tak ade la menda menarik sangat nak share. Tapi menarik lah untuk aku..! Wedding bestfren aku kowt. Yang pertama berkahwin dalam geng kitorg. Haruslah Excited overdose tahap mokhsha.

      Dira name diberi. Bestfren aku nie. Dari Tahun 1 amek Electrical Engineering (Power) kat UTM, beliau merupakan roomate aku. Orientasi pun sesame. Dulu aku takleh masuk sgt ngan minah ni. Dia macam pelik sikit la. Hahaha. Suara nyaring sangat. Kalau gelak macam nak bergegar bumi ni. Rase macam satu Malaysia tengah pandang aku. Tapi tu yg buat dia unik. Dua tahun kitorang jadi roomate. Dan tahun seterusnye masih kukuh menjadi bestfren. Tahun 3 electrical student, kitorang semua pakat dok bilik single. Walaupun blok aku ngan Dira jauh, tapi kitorang still hangout sama. Dira banyak tolong aku, dia jenis tak berkira. Dulu aku jenis yang agak kedekut lah, tak suka share pape ni. Suke moody. Suke take serius kalau ada masalah. 

      Sejak aku kenal Dira, banyak benda aku belajar. Yang mana positif aku amik. Maybe Dira tak rase pape. Tapi aku dapat rasa perubahan diri aku disebabkan dia. Tak sangka Dira antara yang paling awal kahwin. Memang rezeki orang kita tak nampak. Masa depan tak boleh predict. Dulu geng kitorang semua risau, macam mana Dira nak kawen, perangai tak matang. Tapi, semua tu kita tak boleh cakap. Manusia berubah, keadaan berubah.

      27 Disember 2013. Tarikh ni tarikh pernikahan Dira dan Keon. Alhamdulillah. Dah selamat menjadi suami isteri mereka ni. Rase nak lempang orang sebab heppi sangat. Hahaha. 


      Comel je diorang tau. Diorang start bercinta mase final year undergrad. Keon ni genius. Serius punya. Kalau nak exam, tetibe Keon nak buat kelas tambahan, memang berduyun orang join sebab dia bagi penerangan yang lebih baik dari seorang lecturer. Aku rasa Keon ni one day memang kena jadi lecturer. Kalau tak IPTA memang akan kekurangan seorang tenaga pengajar yang berkaliber. Dia akan explain sampai kitorang paham and dia bukan menghafal, dia memahami konsep Engineering tu macam mana. 

      Korang pernah layan 3 Idiot lakonan Amir Khan? Keon tu yang pegang watak Rancho @ Phunshuk Wangdu dalam cerita tu. Hahaha. Jauh beza dengan Dira. Spesis aku, spesis geng kitorang. Pemalas tahap karma kalau bab study. Yang kitorang tahu, enjoy. Outing, shopping, lepak, bla..bla..bla.. Hidup kitorang kat UTM bukan nak belajar, tapi nak lepak ngan kwn-kwn je.

      Munculnye Keon dalam hidup Dira ni, buat Dira byk berubah. Aku pun terasa tempias dia. Aku antara manusia yang mengikuti rentetan percintaan diorang nie berputik, dari kawan jadi cinta. Angau macam nak gila tu semua, aku berada di situ waktu tu. Alhamdulillah, ada pun jodoh diorang nie. Tapi serius kelakar bila ingat balik. Tak boleh lah aku nak cerita kan, hal orang lain. Hahaha. 



Inilah teman-teman baik. Hanis yang stay bandar Melaka sanggup datang malam nikah tu. Taknak ketinggalan punya pasal. Camwhore masa tunggu pengantin bersolek. 


Aktiviti rutin wanita saat henpon dah naik jem sebab bergambar. 


Hotel Sri Impian Jasin, notbad lah. Dengan harga RM90 satu malam. Selesa. Tinggal lah kami berempat, warga-warga gosip. 

       Muka Keon nerves sangat masa majlis nikah tu. Serius punya nampak tegang. Siape tak nerves tak mase nikah. Hihihi. Lepas majlis nikah tu pon Keon macam kekok lagi. Kitorang bahan pun, dia buat muka blur. Macam muka redha je. Tragedy sangat. 


Alolo, manje gitu. Hahaha. Redha je kena bahan lepas tu.

      Lepas majlis nikah (rumah Dira), kitorang pun makan-makan. Sedap. Lauk kampung, nangka masak lemak, ikan masin & plus-plus. Sesi photografi, boleh pulak Dira punya rantai aksesori tu tersangkut. Maka suami yang macho datang menyelamat. Eh, memang sah la jadi bahan kitorang. Bising tak ingat dunia bila kitorang bergambar. Dah habis majlis baru rasa malu sebab kepochi kat rumah orang. Aish. Bila la nak berubah geng-geng nie.



Us. With Bride & Groom. Malam nikah. 

      Dah selepas berjoyah macam hape je tu, kitorang pun balik la ke tempat asal. Azfar & Mamanya stay satu hotel dgn kitorang. Hanis pulang ke Bandar Melaka coz family dia datang vacation and stay kat hotel area bandar. Banyak peristiwa berlaku malam tu, what a night. Aku pulak harus get ready untuk menjadi pengapit keesokan harinya. Aku nerves? Takde feeling. Aku nerves sebab risau baju pengapit tak muat memandangkan aku makin bambam. Daa ~

No comments :

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::