Thursday, January 2

Melaka. Moment with Love & Friends: Wedding reception. ❤

Assalammualaikum.
Tak jawab dosa. Sile jawab dengan jelas dan nyata. 

Last time aku share pasal majlis nikah. Disebabkan rasa tidak mahu letak post yang panjang berjeler & membuatkan aku semakin merapu-rapu dalam satu post, aku separate kan post-post ini. Namun masih lagi majlis yang sama. Bukanlah mereka kawen dua tiga kali ke ape oke. 

28 Disember 2013. Majlis sanding. Majlis di sebelah family Dira nie, ada dua perantin. Dira & pasangan. Kakak Dira, Ain & pasangan. 


Pasangan mempelai. Majlis potong kek! Nyum nyum sangat. Anyonyo. 


Dan aku sebagai pengapit. 

Krik. Krik. 



      Tapi rasa happy sebab pengapit lelaki nye Anep. So, tak lah rase kekok ke bosan ke ape ke kan. Baju pengapit disponsor oleh pasangan perantin. Aku dah makin mengembang. Setiap malam berdoa aku muat baju Dira tu. Alhamdulillah. Siap longgar lagi. Macam nak kena fitting pulak. Tapi harus lah tak peduli sebab bukan aku perantin yang orang nak tgk pon. 

      Bersanding jam 12.30. Mestilah ade plus-plus sikit. Punctual bukan lah mudah dalam majlis kawen kan. Ingat askar ke nak kena kawad, datang on-time. Rilek-rilek sudah. Memula agak kepochi la mase nak berarak tu. Itu perkara normal. Masalah-masalah kecik yang berjaya diselesaikan buat majlis tu nampak meriah & jadi kenangan. Terbayang pulak masa berarak tu. Hahaha. Lucu habis. Takyah la cite lelebih. 


Kelas gitu masa sanding, menjeling bagai. Photographer: Mohd Amirul Hisham

      Nampak tak aku kat tepi perantin tu. Dok mengipas tak sudah. Yang aku nye berjejes peluh tak hengat. Tapi dok kipas perantin laju-laju. Kesian sebenanye jadi pengapit ni. Tapi demi bestfren, aku rela. Muahaha..! Siot je.


U see. Pengapit hilang arah ini. Tah ape je aku buat. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham



Kipas-susah-mati perantin. Le Pengapit. Baju sepasang sgt yaw. Makan beradab.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


     Masa sanding nie, sorang demi sorang geng-geng Electrical student (SEE-2) datang. Geng dari section SEE-1 ngan geng kelas lain pun ramai datang. 


Noni. Master sifu nie. Photographer: Mohd Amirul Hisham


Nadia & Salma. Salma datang tau. Bawak kawan katanya. Mati-mati ingat bawak boifren. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Pengapit lelaki. Anep & Kecek. Hensem siot. Gile kentang.
 Photographer: Mohd Amirul Hisham


Yana &a Husband, Pojie. Perantin baru jugak ni. Seminggu sebelum majlis. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Dal. Datang dari JB oke. With her ehem.ehem. Foto tidak boleh didedahkan. Haha.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Migi & Umi. Perantin lama. Tahniah.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Yob. Coming soon. Tunang belum habis belajar katanya. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Iqbal & Ecah. Perantin lama. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Gegadis Electrical. Engineer sekalian. Kaki kepochi.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


With Bride-To-Be. Aenna. Bakal Perantin berseri sangat. 


Kemeriahan kami. ex-SEE student. Runtuh juge lah pelamin tu.


Sekitar Sanding moment. control habis gile. tahan napas tau.


      Amirul dah semakin pro berbanding noob zaman study dulu. Gambar sekarang lagi berkualiti lah. Sharp dan percik baq hang. 

      Selesai sanding tepung tawar bagai, tibalah majlis makan damai @ makan beradab. Nasi ayam dan lauk-lauk perantin lah. Makan dengan family Keon. Kekok gak. Seb bek la ade Anep. Kalau tak risau je nak makan. Aku kalau ikot nak makan kat meja tetamu je. Lagi sempoi takyah nak control bagai. Tapi family Keon peramah je. Seronok dengar diorang cakap Kedah pekat macam Keon. Suka. Masa makan damai, atuk Dira sempat datang meninjau, siap gegosipkan aku ngan Anep lagi. Atuk ngan Nenek Dira memang peramah. Aku kenal sebab selalu tumpang rumah diorang kat Bandar Tun Razak, Cheras. 

     Habis majlis makan beradab, pengapit pon lesaplah. Memang sanding je la aku rasa function aku. Lepas tu dok berjoyah ngan geng lain. Eh mase ni la aku nak jumpe kawan-kawan. Hahaha. Nak gegosip baru. Jumpa Aina, dapat surat saman (kad kawen). Majlis bulan 2. Wow. Next havoc wedding. Aenna hot punya majlis haruslah datang. Keadaan mase ni pengapit semua dah kelaut dengan rakan-rakan. Perantin bizi layan tetamu yg nak balik.

      Selesai majlis sanding, adalah majlis potong kek. Kek Secret Recipe baq hang. Xde pulak gambar kek nye. Dengan sekelip mata, kek Secret Recipe pon habis lah. Maklum lah kek feymes. Dua biji kek tak sampai 15 minit. Dah ngap-ngap sambil berjoyah dengan geng-geng SEE-1, geng-geng kelas aku ni pun nak balik. Lama bebenor dah menebeng kat majlis orang. 

      Aku, sebagai pengapit import yang menaiki bas ke Melaka tanpa kenderaan rasmi, terkontang kanting. Kalau drive kete sensorang mahal seyh. Plus, kereta aku pun problem sikit. Malas nak susahkan JJP. Perantin nie dia tak kasi aku balik. Sadis. Dengan pujukan Keon, Anep pon stay menjadi driver aku. Sebab kitorang ada next event kat Bandar Melaka lepas tu. Rombongan SEE-2 to Melaka. Muchachacha.

      Aku juga bertanggungjawab menunggu Hanis dan Vijaya (Viji) yang kelambatan sementara perantin tukar outfit. Dalam tempoh menunggu tu, kemain lah bosan. Anep mendapat arahan untuk memeotong sebiji lagi kek Secret Recipe (kek harijadi Keon from wifey) dari Keon. Aku dah dlm hati,"Yes..yess!". Memule was-was nak potong. Lepas tu terus laku mcm pisang goreng panas time hujan. 


Person in charge. Anep. Was-was tu nak potong. Kek orang lah katekan.

      Siap ada kotak-kotak Secret Recipe lagi. Memang kitorang anyam kotak la. Semua yang request dapat pakej ngan kotak. Eh, semestinye ada la mereka yang tapau bawak balik. Kononnya aku ngan Anep tapau gak sekotak, ntah kemana la kek kitorang kena kebas ke tertinggal ke, tak peduli dah. 



Inilah perantin punye outfit untuk Outdoor Photoshoot. 


Golongan datang lambat terlepas tiket konsert. 

      Menunggu kedatangan makcik-makcik ni menyebabkan aku dan Anep hampir-hampir nak chow. Sabor aje la. Sebab kitorang dengan melekitnye pakai baju tu. Berlengas, panas. Haha. Rasa nak balik hotel mandi sesangat. Takut jugak kena tinggal ngan geng-geng nie yang dah nak memulakan rombongan.

      Dan kemudian mereka pon beransur pulang dangan family masing-masing. Masa salam family Dira mintak diri nak balik tu, eh atuk Dira sempat kenenkan aku ngan pengapit lelaki. Kelakar pulak atuk2 bergosip. Perantin pon outdoor photoshoot dengan cameraman mereka. Aku ngan Anep yang dah macam pengantin lari dari majlis, sesat memanjang cari hotel bebudak nie. Sampai kat hotel, brader kaunter siap tanye, "Baru kawen ke nie?". Dia tanye nak satu bilik ke tak. Aku ade rasa cam nak menipu je, nak cakap kawen lari. Tapi ke'rush'ingan membuat aku tak ade mood nak bergurau. Senyum je la cakap "Kitorang pengapit je bang." Mmg dah agak dah, sebab masa kitorang jalan otw ke hotel tu pun orang memandang je. Mau taknye, baju aku pakai boleh tahan meriah cam nak kawen, Anep pulak dengan baju melayunye. Nasib baik samping dah pulangkan. Kalau tak macam tragedi perantin kawen lari cari hotel murah. 

Berakhirlah Wedding Reception Dira & Keon ~ 
Dan bermulalah penjelajahan geng kelas aku ke Bandar Melaka. 
Kitorang ada tourist guide tau. Noni. ^_^

To Be Continue........



No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa