Wednesday, August 31

StilletO stOry :: 24warna _ Pelajar Sekolah Tinggi

Aku, Ain, merupakan seorang pelajar pertukaran ke Jepun. Bukan senang untuk aku berada di kedudukan ini. Dengan usaha aku cemerlang dalam subjek tambahan bahasa Jepun, aku menerima tawaran yang sekian lama aku nantikan. Kini aku bergelar seorang pelajar sekolah tinggi di Sekolah Tinggi Saijou. Seragam baru? Ya. Memang telah lama aku menginginkan untuk memakai seragam sekolah Jepun. Keluarga angkatku merupakan keluarga baru ku disini. Mereka melayan aku seperti anak sendiri. Pasangan ini dari Malaysia, telah lama berkahwin tapi tiada anak. Maka aku dilayan dengan manja dan ..mewah!

Perjalanan menaiki kapal terbang sungguh membosankan. Aku terasa loya. Seperti mahu muntah sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Kansai di wilayah Osaka. Sungguh! Orang pertama yang menarik perhatianku pada masa itu adalah pasangan Ana dan Marzuki. Mereka memang sangat menonjol dengan papan tanda tertulis namaku. Oh. Begini kah? Cara mereka mencari aku? Mungkin mereka belum mengenali diri aku. Melihat muka pun sekadar gambar di emel.

Pasangan yang bergelar jurutera dan lebih glamour jika digelar Engineer ini menjadi idola dan impianku di masa hadapan. Layak kah aku bergelar jurutera? Aku masih pelajar sekolah menengah namun itulah pilihan aku untuk kerjaya akan datang. Masih, aku minat bahagian lukisan. Itu pula hobiku di masa lapang. Lukisan? Beg ku penuh dengan 24 warna dan kertas lukisan yang putih belum berlakar. Sehelai telah pun aku bazirkan sewaktu di dalam kapal terbang, melakar pohon sakura yang bakal aku temui di Jepun.

Encik Marzuki dan Puan Ana telah mempersiapkan bilikku, pelbagai makanan yang enak disediakan. Shusi?! Memang itu yang aku tunggu-tunggu. Terbayang shusi buatan Jepun sebelum aku bertolak ke sini. Original. Tidak langsung rasanya seperti di Malaysia. Sangat berbeza dan jauh lebih sedap. Malangnya, hanya separuh yang masuk ke dalam perutku. Mabuk semasa menaiki kapal terbang masih terasa.

Dua hari lagi musim baru akan bermula, bermakna aku akan mula belajar. Suasana sekolah yang baru, bagaimana aku mempraktikan pembelajaran bahasa Jepun, semuanya akan bermula nanti. Aku akan mengenali orang-orang disini dan akan berkawan dengan mereka. Sangat mendebarkan. Jantung aku tidak berhenti dengan pelbagai perasaan dan perasaan takut menyelubungi diriku. Bagaimana jika aku tidak dapat bergaul? Bagaimana jika aku tidak faham apa yang mereka bualkan? Bagaimana jika aku dibuli? Dengan siapa harus aku berkawan? Adakah kisahku akan jadi seperti dalam komik? Kisah cinta ataupun perempuan malang? Semuanya membuatkan aku susah untuk tidur!

Keesokan harinya, Puan Ana membawa aku membeli belah di sekitar Kansai. Seragam baru, keperluan belajar, bekas makanan untuk bekal ke sekolah. Segalanya lengkap. Dia sedikit pun tidak lokek untuk mengeluarkan wang dan berbelanja ke atas aku. Aku segan. Semasa di dalam tren, aku perhatikan seorang lelaki, kacak sungguh. Rambutnya lembut, panjang tapi kemas. Mukanya hensem tapi juga comel dalam masa yang sama. Memakai pakaian kasual yang ringkas dengan jeans lusuh. Betul-betul mencuri perhatianku. Adakah dia pelajar sekolah tinggi? Tingginya tidak seperti pelajar sekolah menengah di tempatku. Lamunan aku terhenti di situ, tidak elok jika dia perasan bahawa aku merenungnya begitu lama.

Malam itu aku tidak dapat tidur, walaupun siang tadi aku telah bergembira bersama Encik Marzuki dan Puan Ana di pusat karaoke. Sepatutnya aku letih dan nyenyak di atas katil, tapi memikirkan hari pertama di Sekolah Tinggi Saijou esok adalah sesuatu yang boleh membuatkan jantung aku seolah-olah mahu runtuh ke bumi! Esok Puan Ana mengambil cuti khas bagi menghantar ku ke sekolah buat kali pertama. Baik sungguh mak cik ini.Kemudian aku akan pergi ke sekolah bersendirian. Aku tidak lena memikirkan macam-macam lagi.

Pagi itu aku bersiap lebih awal. Puan Ana menyediakan bekal berupa bentou. Risau dan berdebar sepanjang jalan. Kami menaiki tren yang sesak dan seperti sardin yang mahu meletup! Beginikah aku akan hadapi setiap hari? Perjalanan itu lebih singkat dari yang aku bayangkan. Menyusur sepanjang jalan selama 5 minit, maka tibalah aku di tempat yang akan aku tempuhi selama setahun. Maka disinilah sebuah kisah akan ku coret dan aku tidak lagi bergelar pelajar sekolah menengah tetapi pelajar sekolah tinggi!




1 comment:

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa