Friday, September 3

.Sebuah Noktah. [Cerpen BodO] _**

.Sebuah Noktah.

Dulu mase mule2 kenal, saya selesa kawan dengan awk, awk baik, caring, pandai ambil hati saya.Tak sangka kejap je kita pun jatuh cinta.Masa mula2 kenal tu, saya tak pernah tefikir saya akan sukakan awk. Tak sangka, sayang saya pada awk makin lama makin bertambah.
Masa tu saya takde siapa2, jadi sebab tu saya terima awk.

Tiba2 ada seseorang yg cuba kenal dgn saya. Dia nak berkawan. dia nampak ikhlas. Saya selesa kawan dengan dia. Tapi awk cemburu. Jd saya lepaskan dia. Saya x layan dia. Dia pun giv up. Walaupun saya rasa sedih jugak, tapi sebab awk, saya x kesah pun. Yg penting kita bahagia.

Kebahagiaan tu memang indah. Tapi betul kata org, benda tu takkan bertahan lama pun. Ade seseorang yg mendekati awk. Dia nak berkawan. Saya relakan. Padahal saya cemburu. Cuma saya buat2 tak kesah. Sebab awk nampak gembira berkawan dengan dia. Tapi awak tak pernah faham. Makin lama awk makin rapat dengan dia. Awak pernah abaikan saya untuk dia. Memang awak dah tak sama macam dulu. Awak dah berubah. Saya bersabar je.

Akhirnya awak terima dia dan awak dah pun abaikan saya. Saya relakan dan doakan awak bahagia. Walaupun awak tak tahu saya kecewa dan jiwa saya parah masa tu. Saya cuba senyum walaupun ianya palsu. Mungkin sebab dia ada segalanya yg saya takde. Dia lebih baik, lebih layak untuk awak. Takpe. Saya pasrah. Saya lepaskan awak sebab saya tak sanggup tengok awk dan dia bahagia depan saya. Macam satu lakonan drama untuk sakitkan hati saya. Awak kata saya tak faham awak. Awak kata saya tak sporting. Tapi saya hanya cakap yg baik2 untuk awak dan dia. Sebab saya tau awak gembira bile bersama dia. Tapi kita masih berkawan. Walaupun hati saya sakit. Tapi cukuplah melihat awak gembira, saya rasa itu yg paling penting.

Mula2 benda tu jadi luka je dalam hati saye, lama2 makin teruk berdarah setiap kali tengok awak bahagia dan tak pernah ambil tau apa yg saya rasa. Awak dah tak peduli lagi pasal saya apabila saya dalam kesusahan dan perlukan awak sebagai teman. Saya menangis tapi awak tak nampak, saya terluka tapi awk tak pernah tau, saya tertekan setiap kali awak asyik cerita pasal dia tapi saya layankan je awak. Sekarang semuanya hanya pasal awak dan dia. Saya pegang janji yg kita masih kawan. Mungkin awak ingat yg saya ni baik kerana ambil berat pasal awak. Tapi masa tu sebenarnya saya sayangkan awak dan nak awak gembira sebab saya rasa saya tak mampu bagi awak semua tu.

Lama2 luka yg berdarah dah pun jadi kudis dalam hati saya. Sayang saya pada awak makin berkurang. Hakisan yg awak sendiri lakukan. Dan lama2 saya sendiri tak kesah jika awak peduli lagi pasal saya. Biarlah awak bahagia dan sekarang saya sudah tiada perasaan cemburu melihat kebahagiaan awak malah saya boleh berkongsi cerita dengan awak seperti biasa. Memang, memori kita memang susah untuk di padam. Tapi bagi saya sudah cukup la saya kenal awak melalui memori2 tu je. Awak yg saya kenal sekarang takkan sama macam memori saya dulu.

Malangnye awak ada masalah dengan dia lepas tu. Awak cari saya. Awak tagih cinta saya semula. Sebab dia tak menepati jangkaan awak. Tapi saya sendiri x pasti jika cinta saya pada awak masih ada. Benda yg telah berlaku takkan sama seperti ianya belum berlaku. Saya layankan je awak. Awak bagi harapan pada saya untuk jatuh cinta semula dengan awak. Malangnye cinta saya takkan sama untuk kali kedua. Saya sudah tidak boleh menerima awak sepertimana saya terima awak dulu.
Akhirnya awak pasrah dan kembali pada dia yang awak sanjung, yang awak korbankan perasaan saya demi dia, yang awak bandingkan dulu, dan saya yg pernah awak lukai tanpa awak fahami perasaan saya padahal awak juga pernah merasainya.

Dan sekarang saya merasai kebahagiaan yang x pernah saya rasai apabila bersama awak dulu.

Akhirnya noktah cinta kita berakhir disini. Sebuah noktah dimana cinta itu pernah ada dan kini telah tiada.



3 comments :

  1. cite ni dah banyak jadi kat org2 bercinte...so..aku olah menjadi cerite..walopon x best..tp lbh kurg cmni la mesej dia...

    ReplyDelete
  2. bile ak bce cter cerpen ko nie kn..ak teringt 1 lgu nie..cube try dngr>> yovie nuno - dia milikku << lgu indon..

    ReplyDelete
  3. ooo?? lagu indon? ade cm cite aku ke?? huhuhu..nt aku donlod..nk dengarlah..hehe..tenkiu.. =P

    ReplyDelete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::