Monday, December 3

12 Tempat Menarik di Kelantan. Trip to Kelantan with Friends!


 #smalllittlethingsaboutkelantan

Heeyyy uolss.... Pernah pegi kelantan? Haa… kalo tak pernah kat sini ade beberapa tempat makan dan shopping yang menarik untuk korang consider kalau bercuti kat Kelantan. Jom start dengan ketibaan kami kat Terminal Bas Tesco, Kota Bharu, Kelantan. 

Untuk sesiapa yang tak pernah datang ke Kelantan, kat kota bharu memang ade 2 terminal (Tesco & Terminal Bas Kota Bharu). Selalunya memang diorang akan drop kat terminal bas TESCO.

Dan anda jangan pelik kalo kat terminal tu hanya nampk AEON KB dan bukan TESCO. Ini kerana, semasa pembinaan terminal tersebut, hanya TESCO yang berleluasa di kawasan itu sebelum wujudnye AEON KB. Gteww… TESCO terletak di bahagian depan (selang beberapa blok bangunan) dari terminal tersebut. Gambar terminal bas TESCO KB boleh google yee.. tak sempat nak snap sebab hujan.. hoho!



1st day 💟


Sampai je KB weolss pegi breakfast kat KOPITIAM KITA. Sedap boh roti titab diorang kat sini. Kaya diorang memang lain dari tempat lain dan roti diorang lembut. Kopi panas diorang kat sini sedap sangat. Untuk penggemar kopi boleh cuba ye..Kat sini ade jugak breakfast-breakfast berat ala kelantan, macam nasi kerabu, nasi khomok, nasi berlauk, nasi dagang dan ade jugak kuih muih Kelantan. Untuk kuih muih Kelantan, harga kat sini agak mahal. Weolss tak beli sangat kuih2 kat sini, mkn roti dengan nasi je.. Kuih muih Kelantan weolss beli kat pasar siti khadijah. Plan asal nk g pasar jelawat (terletak di bachok), tapi tak sempat sebab kekangan masa, so belasah je la kat pasar siti khadijah.


Kopitiam Kita 👀

·         LOKASI:
KOPITIAM KITA (boleh waze ‘kopitiam kita’)
Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Roti Titab special


Antara makanan kat KOPITIAM KITA  
(Photo from: Trip Advisor)



Pengkalan Kubur 👀

2.      LOKASI: Pengkalan kubur (boleh waze: ‘Pengkalan kubur duty free’)

Next, weolss pegi ke pengkalan kubur (duty free). Kat sini boleh beli coklat-coklat murah yg ade tu lagi murah dari LANGKAWI dan lagi murah dari Coklat Murah JB. Semua jenis coklat ade dan murah.. saya repeat.. memang murah. Rase nk borong sume jenis coklat tapi apekan daye… wallet tak mengizinkan..

Nampak tak..Ritter Sport tu, kalau kat AEON berbelas hinggit harganya. Kat sini.. RM5.90 je.. Nangis terok tengok harga.. coklat-coklat lain pun sama murahnya



Pastu, weolss makan Ais Skrim BABA dan Steamboat. Ais Skrim diorang YA Ampun.. lembut yang amat dan macam-macam ade dalam tu. Sedap! Pastu sos steamboat diorang pun sedap. Memang susah nak cari kat tempat lain. Seperti yang kita sedia maklum, kesedapan steamboat tu terletak pada sosnye.. dan steamboat ni memang sedap..


Ais Skrim BABA
Steamboat




Haa.. kat pengkalan kubur ni ada segala macam periuk belanga, pinggan mangkuk, toto, bag, kaftan, anak2 patung, cadar dan sebagainya. Tapi tempat ni kecik sikit berbanding Duty Free Rantau Panjang dan tak banyak pilihan. Kat sini, boleh la beli coklat dan makan-makan jugak. Nak shopping yang tahap rambang mata boleh sambung kat Rantau Panjang. Esoknye weolss pegi Rantau Panjang.

 

Acu Tera Pantai Sabak 👀

3.      LOKASI: ACU TERA PANTAI SABAK (Boleh waze: ‘acu tera pantai sabak’)
Alamat: Jln Pantai Sabak, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Kat sini ade udang celup tepung (RM10/set), sotong celup tepung (RM10/set), ikan celup tepung, keropok, pulut manga (not really recommended sebab santan diorang MANIS dan CAIR.. zzzz…) dan lain-lain. Celup tepung diorang padu beb!! Diorang punye crust tu halus dan crunchy! Kunyah berape kali pun still bunyi kriuk2 tu.. haaa.. Boleh bayang tak… hahaha..! Ni antara kedai celop tepung paling ikhlas kat Kelantan. Mohon cuba!


Udang dan Sotong celop tepung- RM10/plate



kita payung close-up version sikit


Kedai ni kat tepi Pantai Sabak. So, lepas makan tu boleh la pegi panjat batu-batu yang kat tepi tu nak tengok pantai, nyanyi la lagu ikan kaloi ke, tapi pantai ni tak boleh main air tau.


View Pantai Sabak. Angin dan bau air laut diorang perghhh..! Syahdu sangat





Pasar Malam Taman Bendahara. 👀

LOKASI: Berhadapan pantai timur pengkalan chepa. (Boleh waze: pantai timur pengkalan cheap)
Operating hours: Sabtu SAHAJA (7pm-10pm)


Pasar malam ni bukan calang-calang pasar malam, menurut kawan saya (kelantannese yang bwk weolss jalan2), pasar malam ni paling best sebab semua barang-barang macam tudung bawal (semua jenis design), makanan-makanan street food Kelantan semua ade. Kain untuk tudung bawal tu high quality, banyak pilihan dan RM10/piece (ade batu/ kosong sume RM10). Dan of course lah, kalo ambil banyak macam 7 helai ke, pandai-pandai la mintak kurang. Diorang boleh bagi smpai RM9. Kena pandai tawar. Pasar malam ni macam small scale pasar Wakaf CHE YEH. Gamba google je ada sebab tak sempat nak snap. Tengah esaited maklum lah. Hahaha!


credit photo to Foursquare

Roti Tempayan 3 Abdul 👀

5.      LOKASI: Roti Tempayan 3 Abdul (Boleh waze: roti tempayan 3 abdul)

Roti tempayan atau lebih dikenali dengan roti nan. Kat Kelantan panggil roti tempayan. Roti tempayaj cheese  (RM5/sebijik) diorang sedap, lembut dan tak kedekut cheese. Dan yang penting Kari ayam (RM3) diorang sedap!!! Kombinasi diorang perfect! Jarang nak jumpe kedai yang jual roti nan yang kuah dan roti nye same padu. Tapi kat kedai ni dua-dua padu, sedap dan menyengat.


Roti Tempayan Cheese Tiga Abdul



 2nd Day 💟

 

Nasi Kerabu Panji 👀

 LOKASI: Nasi Kerabu Panji (Boleh waze: ‘nasi kerabu panji’)

Alamat: Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Kat sini ade 2 jenis nasi kerabu. Nasi Kerabu Tumis (nasi diorang nasi putih biasa tapi sedap diorang memang luar biasa) dan lagi satu Nasi Kerabu Biru Biase. Sebagai seorang yang non-kelantan, ni nasi kerabu paling sedap pernah saya makan. Saya ambik nasi kerabu kambing + solok lada (RM10). Kombinasi ramuan untuk nasi kerabu tu perfect! Sedap sangat dan yang penting kambing diorang tak berbau kambing sis. Sedap yang amat. Rasa macam rempah satay pun ade. Rasa nak salam cium tangan je tokey diorang sebelum balik, takot teringat-ingat. Memang sedap dan highly recommended. Kat sini ada lauk-lauk lain jugak macam ayam, ikan, paru, nasi dagang pun adoo. Amount diorang size untuk breakfast. Untuk yang tak biasa makan berat-berat untuk breakfast, jangan risau, nasi diorang tak banyak.. just nice untuk size sarapan pagi.


Nasi kerabu PANJI. Total ni RM26.20

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang 👀

2.      LOKASI: Zon Bebas Cukai Rantau Panjang (Boleh waze: ‘Zon Bebas Cukai Rantau Panjang’)
Alamat: Jalan Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200, Rantau Panjang, Kelantan


Kat sini… sume benda ada. Kaftan (RM100/3helai), Kaftan berbatu (RM50 sehelai), Jeans Levis 501 (RM35/sehelai lelaki straight cut), jogger pants (RM28 sehelai/ dewasa), Tali pinggang, beras-beras thailand, street food Thailand (somtam, kerabu maggi), buah-buahan, mee celop, batik baju kurung (design kat sini tak banyak sangat). Kat sini kena pandai tawar menawar. Peniaga kat sini baik-baik dan tak kedekut untuk bagi kurang especially untuk yang beli banyak-banyaj. So, kalo pegi by group, bagusnya decide dulu nak beli kat kedai mana, kemudian mintak kurang sehabis boleh. Kalau diorang macam tak nak bagi, buat-buat nak chow. Then Insya Allah diorang akan panggil balik dan bagi harga yang korang mintak. Kalau berpatutan laa. Konsep diorang same je rasanye kalau shopping kat tempat-tempat lain kan.. hahaha! Saya tak smpat nak snap gamba sebab hujan dan amaze dengan kawasan rantau panjang tu. Besar sangat tempat shopping diorang. Berlorong-lorong dan selang satu lorong tu ada sediakan surau.

p/s: Kalau korang nk shopping batik-batik cantik dan harga mampu milik, boleh carik kat Pasar Siti Khadijah

Haaa… kat rantau ni pernah viral dengan kuih ‘kuba guling’ masa ramadhan 2018 hari tu. Jadi, weolss pun decide untuk beli 1 (RM5/ 6 pieces), sebab nak rasa. Rasa diorang sedap macam kasui, dan diorang tak semanis kuih-kuih kelantan yang lain. Sebenarnya, kuih ni misteri sikit sebab dibuat dari ekstrak air tempurung yg dah di bakar (untuk dapatkn kaler hitam tu). Mohon google dlu ingredients diorang sebelum beli.. HoHoHo!

Kuba Guling

Bihun celop kat Rantau Panjang



By-T Laksam 👀

LOKASI: By-T Laksam (Boleh google  By-T Laksam)


Alamat: Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Bagi saya, laksam kat tempat ni antara yang paling sedap kat kelantan. Kuah diorang pekat dan tak lokek ikan. Padu sis!  Laksam kat sini ada yang special dan biasa. Yang special, ada telor puuyuh dan dihidang bersama serunding daging, RM5/plate. Biasa RM4/plate.

 
By-T Laksam

Wakaf CHE YEH 👀

4.      LOKASI: Wakaf CHE YEH (Boleh waze: ‘wakaf che yeh’)
Operating hours: 7pm-2am

Barang-barang kat sini lebih kurang rantau panjang dan pengkalan kubur.


Photo credit to www.maisinggah.com


3rd day 💟


Sebabkan harini hari last weolss, gamba pun macam nak taknak ambik sebab tengah fikir macam mane nak bawak balik barang. Hahaha! Tu la sakan sangat shoppingnye!

Kedai Makan Kak Nah 👀

LOKASI: Kedai Makan Kak Nah (Boleh waze: kedai makan kak Nah)

Alamat: 134, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Kat sini ade nasi campur, nasi dagang dan kuih muih Kelantan. Masakan diorang sedap sekata.



Pasar Siti Khadijah 👀


2.      LOKASI: Pasar Siti Khadijah

Pasar ni ade 3 tingkat;

Tingkat 1: ada barang-barang dapur basah, dan kuih muih Kelantan macam jala mas, buah tanjung, taik itik, akok, ketupat palas, tapai ubi, kuih che mek, buah-buahan.

Tingkat 2: ada jual makanan-makanan kelantan yang boleh dibuat sebagai cenderahati untuk opismate/labmate/housemate. Contoh: serunding (daging, ayam dan ikan), dodol, keropok keping, kerepek, ikan bilis sira dan kuih muih yang saya sendiri tak tahu nama diorang tapi yang pasti… manis.

Tingkat 3: ada kain-kain batik yang design diorang memang cantic-cantik dan lembut sangat. Ade yang dah siap jahit. Batik berbatu baju kurung yang dah siap jahit boleh dapat dengan harga RM130 sepasang kat KEDAI NO 240. Kain pasang (batik berbatu) yang tak jahit lagi boleh dpat RM55/sepasang. Beli banyak, harga boleh runding. Haaa,, gteww.. . Pekerja diorang memang mesra pengguna. Ni ade kad kedai tu dan contoh batik yg dah siap jahit. Sebabkan beli dua so dapat la harga RM125 sepasang.

 
Kad kedai jual kain batik

Baju Kurung batik yg dah siap jahit RM125



The Bold Lab 👀


LOKASI: The Bold Lab (waze: The Bold Lab)

Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Ni antara kedai-kedai hipster yang ada kat Kelantan. Yang lain boleh google ye. Hehe.. weolss sempat pegi yang ni je. Tapi memang tak mengecewakan sebab menu-menu kopi-kopi kat kedai ni memang sedap dan ada yang cakap rasa diorang boleh cecah standard Starbuck. Orang la yang cakap kan. Bagi saya sedap laaa.. memang kaw habis!! Haaa… dan yang paling win, kat kedai hipster ni ade menu yang paling rare kat Kelantan…

BURGER ULAM KELATE!!! Siap ade BUDU hokay dalam burger diorang. Tapi malangnya weolss tak sempat rasa hari tu. Kat sini saya sertakan sebahagian menu diorang dan menu-menu yang weolss order hari tu.



Senarai Coffee kat The Bold Lab

Antara menu kat The Bold Lab

Hazelnut Latte (RM11) + Burnt Cheesecake (RM13) + Berries Trifles (RM12)

Ice Coffee Cubes (antara coffee yang famous kat sini) (RM13)

Salmon Steak (RM30)

Shibuya Honey Toast (RM18) - 💢💢 Warning!: Benda alah ni manis sangat-sangat

Kat bawah ni saya ringkaskan antara barang-barang yang weolss shopping dan tempat-tempat yang berkaitan. Ni antara barang-barang yang weolss ingat laa.. Yang lain-lain banyak lagi. Tapi macam banyak sangat pulak kalo nak list down semua.  Haha!



Coklat murah
Peralatan dapur
TOTO+ cadar+bantal
Thai street food
Jeans
Kaftan
Batik
Duty Free Pengkalan Kubor
ü  
ü       
ü     


ü     

Duty Free Rantau Panjang

ü     
ü     
ü     
ü     
ü     

Pasar CT khadijah

ü     
ü     



ü     
Wakaf Che Yeh

ü     
ü     

ü     
ü     
ü     



Selamat bercuti di Kelantan!!

21 comments:

  1. x pnh sampai klate lg. nak try la sekali nt..

    ReplyDelete
  2. Oyeaahhh.... bawak rombongan bas sekali kak..

    ReplyDelete
  3. Dah lama teringin nak pergi Kelantan..

    ReplyDelete
  4. Wah, bagus ni buat rujukan. Cam best jer borong coklat, murah giler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanges tgk coklat murah. Rase nk buat stok setahun.

      Delete
  5. tempat menarik semua best2 untuk #jalanjalancarimakan di kelantan hehe

    ReplyDelete
  6. Menarik ni nnt pi Kelantan blh masuk iti. Hehe

    ReplyDelete
  7. Kelantan memang best.. Especially part makan-makan n shopping..Bila lama sikit tak Kelantan mesti rindu.. Mujur anak2 belajar kat sana.. Jadi kerap jugaklah ke sana.. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan....tapi kadang-kadang org yang tak pernah pegi tatau nak tuju arah mana ..

      Delete
  8. banyak jugak tempat menarik kat Kelantan .. lama dah tak ke jalan sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe lepas ni bole pegi lagi.. biasa org pegi kalau ade wedding la kot...atau meeting keje..

      Delete
  9. semoga saya ada rezeki jalan2 kat sini satu hari nanti amiin. hihi

    ReplyDelete
  10. Kelantan adalah syurga makan. Murah yamat. Berbaloi sedap pula tu.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah sampai Kelantan. Bila nak sampai ntah.

    ReplyDelete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa