Wednesday, May 24

UTM - Master of Engineering (Electrical), Konvokesyen UTM ke-58 and ME

Hello all .. 



Okaih kali nie nak buat entri panjang sikit. Memandangkan ada banyak masa terluang. 
Oleh itu, biarlah aku declare disini bahawasanya aku telah pun tamat belajar dalam bidang Master of Engineering (Electrical) tapi masih status menganggur dengan hebatnya. Cabaran betul graduate pada zaman inflasi ni, susah gila nak dapat kerja. Masa ni mula la terbayang job-job offer yg pernah aku reject dulu. Menyesal!







Secara keseluruhannya, aku dah berjaya habiskan study aku yang drag sampai tiga tahun. Iye lah. buat Master by Research memang masalah. Tahun pertama aku goyang kaki. Tahun kedua aku goyang kaki. Tahun ketiga marathon macam lipas cacat tak cukup kaki, peghhhh. Tak sangka berjaya jugak berkat dorongan supervisor yang disayangi, Dr Md Pauzi Abdullah.


So ini lah beliau, Dr Pauzi yg super sporting, baik, caring, concern pada student and sangat supportive.

When I said yang beliau seorang yang supportive, I really mean it. Memang la masa mula-mula nampak rilek je, sebab beliau memang busy. As a student, aku sepatutnya kena usaha kumpulkan data, try mana-mana method yang sesuai untuk kajian. End up, aku yang blurr ini tidak menyumbang apa-apa hasil selain lemak di badan sendiri. Akhirnye, beliau dan aku bertungkus lumus cari method yang sesuai untuk dapatkan hasil yang di kehendaki oleh objektif research yang di proposed bile saat dah genting. Tahun ketiga merupakan tahun yang busy, aku cuba jaya mana-mana method mengikut advice Dr. dan refer semula pada Dr. then revise lagi berulang kali, improve method beberapa kali. Berjaya! Heh. Berbuih sebab berusaha dalam tekanan tinggi. Fyi, untuk master by research kena habiskan course dalam masa tiga tahun, if not akan dikira gagal jika tiada sebab munasabah. Untuk PhD bole sampai 5 tahun maksimum. But now dah ada rules baru, Master by Research maximum bole extend sampai 4 tahun, untuk PhD boleh sehingga 9 tahun. Perghh! Lama gila. Bila nak grad, anak dah jejak 7 kot nye.


Then, cabaran menyiapkan thesis pada semester terakhir. Oh my, thesis adelah satu step yang lagi susah dari siapkan research. Kajian yang kita dah buat kena di explain dalam bentuk ayat supaya orang yang membacanya boleh faham dengan mudah. Sebenarnya aku ada terfikir nak buat guide untuk tulis thesis yang di share oleh SV aku. Tapi in sha Allah kalau ada masa nanti boleh lah tulis entri baru untuk Guide Tulis Thesis. 



SV aku revise thesis chapter by chapter and dia complain macam-macam. Lebih 10 kali rasanya jumpa SV untuk improve thesis nie. Seriusly not easy, lagi pulak my SV seorang yang cerewet. Tapi bagus, sebab beliau tak nak student dia susah masa Viva nanti. Dr Pauzi akan pastikan yang paper publish by student cukup strong supaya panel tak akan banyak soal, boleh lulus dengan senang. Berkat usaha last minit, kesabaran dan kesungguhan SV, juga doa dari orang sekeliling dan paling penting usaha dari diri sendiri yang tak putus asa, aku berjaya Viva dengan gred B1 (minor correction). Makanya, tempoh correction untuk B1 yang diperuntukkan adalah 1 bulan dan di semak oleh supervisor sendiri sebelum thesis di approve oleh fakulti untuk dijilidkan. Beruntung sangat correction tak banyak, just correction untuk format je. Itupun boleh siap dalam masa beberapa hari. Tak ada masalah analisis, data atau method. Thats why we need a good supervisor and our effort is also very important!

Alhamdulillah, setakat ni aku dah ada 3 paper yang dah publish. 

1. Nur Farahin Esa, Md Pauzi Abdullah, Mohammad Yusri Hassan, A review disaggregation method in Non-Intrusive Appliance Load Monitoring, Renewable and Sustainable Energy Reviews, Volume 66, December 2016, Pages 163-173, ISSN 1364-0321, http://dx.doi.org/10.1016/j.rser.2016.07.009. [ISI, 2015 Impact mpact mpact Factor actor actor: 6.798 ]

2. Nur Farahin Asa @ Esa, Md Pauzi Abdullah, Mohammad Yusri Hassan, Faridah Hussin, “Electricity Consumption Pattern Disaggregation Using Non-Intrusive Appliance Load Monitoring Method”, Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), Vol. 78, No. 5-7, 2016, pp. 29-35, doi: 10.11113/ jt.v78.8692. [Scopus]

3. Nur Farahin Asa @ Esa, Md Pauzi Abdullah, Mohammad Yusri Hassan, Faridah Hussin, “Disaggregated Electricity Bill Base on Occupant Utilization Factor and Time-of-use (ToU) Tariff”, presented in International Conference on Electrical, Electronic, Communication and Control Engineering 2016 (ICEECC 2016)


Tadaaaaa..!

Sesiapa yang ada niat untuk sambung master by research, prepare la secara mental dan fizikal. Ohoo, kalau PhD serius lagi tough. Tengah berfikir-fikir lagi nak sambung belajar ke tak ni. Nak ke taknak? 
Kalau ada sesiapa yang nak sambung kat Fakulti Kejuruteraan Elektrikal, UTM dalam bidang Power, I seriously suggest u all choose Dr Pauzi as your supervisor. Even kawan-kawan aku pun jealous aku dapat SV yang best. Aku dah beberapa kali nak give up, tapi SV aku bagi moral support. Beliau seorang yang friendly jugak. Selalu berborak off-topic tentang isu semasa, kawan aku nak beli kereta pun mintak advice beliau and macam-macam lagi yang beliau layankan je karenah student-student ni. Tapi paling best beliau share pasal zaman-zaman beliau study dulu. Memang sangat motivate. Beliau pun ada tolong-tolong student yang bukan under beliau jugak kalau ada masa. So, contact lah beliau okay kalau ada niat nak sambung PhD or Master by Research kat FKE UTM Skudai. I really do suggest him!


Berbalik kepada ceritera aku datang konvokesyen UTM ke-58 untuk berkonvo, maklumlah mendapat undangan kan. Aku dapat sesi pagi, sesi pertama. So, ambil scroll dengan Tuanku Permaisuri Zarith Sofiah. Pendaftaran bermula 6.45 - 7.15 pagi. Aku stay kolej kawan aku, senang sikit nak gerak. Tak ada siapa masuk dalam dewan masa aku konvo, sorang-sorang je lah. Tapi aku tak sedih sangat pun. Sebab malas nak susahkan mak aku kena bangun pagi and menapak jauh-jauh duduk dalam dewan tak boleh keluar. Cuma masa keluar dewan tu sedih sikit lah sebab tak ada siapa sambut aku. Hahah! Lepas keluar dewan, duduk lepak tepi minum air tin, after 15 minit mak dan makcik aku pun sampai. Yeay!

My Precious Mother!

My Busu (Auntie)

Gambar tak payah edit lah sebab sekarang kan semua orang nak natural. So, kita biar dia original. Tak lama selepas itu, kawan kesayangan, Dayangku Asmanisa pun muncul. 


Me with Dayang. Thanks dik! :P



Mak dan makcik aku yang membuat kemunculan dalam setengah jam itu pulanglah. Sebab kepenatan kan. Maklumlah orang berumur, tak selesa berpanas bermeriah ramai-ramai. Dayang teman aku smpai lah gerombolan bestfriend aku dari KL tiba. Perghh. Kawan-kawan aku dari KL, dua mommy dan dua gadis bujang sanggup drive dari KL ke JB untuk meraikan konvo kawan dia sorang ni. Gila tak terharu. Nanges tepi longkang kot. 

(Azfar, Syaza, Me, Dira & Shakira)







Azfar with Luth, Dira with Adam & Syaza with Ammara. Love.


Tak boleh move on dari UTM ni, oh my oh my oh my!




Oh, yang gambar last si jejaka pegang bunga itu sangat gigih untuk jadi tetamu konvokesyen kawan beliau. Kesian katanya, parents kawan beliau jauh tak dapat datang. Masih single, PM jika ingin berkenalan. Bunga DIY okaih. Alang-alang terserempak, berjoyah bergosip sekali depan Dewan Sultan Iskandar (DSI). Maaflah, kawan-kawan I memang berjoyah since zaman degree lagi. Kalau bercakap masing-masing semua nak loudpeker taknak kalah. Dulu selalu kena tegur kat kedai makan sebab volume tak boleh control. Cuma sejak dah ada suami dan anak ni, slow down sikit, sikit lah, tak banyak. 

Kawan-kawan I sekelian yang bermalam di hotel dan ada yang stay rumah mertua sangat gigih juga nak buat photoshoot untuk aku. Sob sob sobss.. terharu lagi.. Aku dah kepenatan dari pukul 6 pagi berusaha sampai tengah hari dah lemau sangat, mereka dengan baby and anak-anak apelah lagi. Then, diorang teman aku pergi photoshoot kat studio area Sri Putri. Aku memang suggest kedai gambar nie, Kedai Gambar Fali. Sebabnya, first, tak ramai orang pada hari konvo. Tak berebut nak studio photoshoot. Second, servis dia terbaik. Dia bagi masa nak make-up dulu dan layanan dia pun superb. Third, aku lupa bawak scroll dan dia ade back-up scroll walaupun design lama, taram aje lah. Janji UTM punya. Tak banyak beza pun. Lastly, pakej yang dia tawarkan murah dan berpatutan. Aku ambil pakej 3 pose (1-11R, 2-8R) include laminate dan poslaju ke rumah dengan harga RM115 without frame. Aku dah usyar area Taman Universiti dan sini ternyata lah paling murah.  Oleh kerana mak aku dah pesan, "Kau pegi photoshoot studio sebelum pulangkan jubah, mak takayah bergambar lah" Amboi mak mentang-mentang lah aku dah dua kali konvo, malas dan nak masuk. Makanya, aku guna satu pose tu untuk kawan-kawan aku nie. Sebaagai tanda kenangan mereka berpenat meraikan konvo aku. Petang itu, kawak-kawan aku pun gerak balik ke KL since esoknya masing-masing dah ada program lain. Dan aku masih terus berjimba di UTM dengan kawan-kawan lab aku. 

Sebelum pulangkan jubah, kawan-kawan aku menawarkan pakej photoshoot sekitar UTM. Perghh mana kau nak dapat kawan bersusah payah begini. Berpanas dan berhujan untuk photoshoot perempuan grad ini. 






























Yang gambar last memang gamba feveret aku sebab nak capture tu berapa puluh kali cubaan entah lah taktau. Finally, jadi jugak. Lega mak nak oii. Tak sedap nak kena susahkan orang nak shoot banyak kali. 

Dan special thanks to my friends yang dua hari melayan aku shoot sana sini. Choreographer yang tak bertauliah tapi hasil-hasil dia tip-top weh. 

(Shahida, Me, Dayang & Syaza)


Main Phothographer & Choregrapher

Selfie is a must.



Apabila berakhirnya percutian aku di UTM, aku kembali ke dunia realiti sebagai seorang penganggur tidak bertauliah. Sedih, memang sangat sedih nak tinggalkan UTM yang tempat aku bertamadun almost 7 tahun lebih. Dengarnya Paradigm Mall Skudai dah nak beroperasi tahun nie. IKEA Tebrau pun coming soon. Oh my, aku kena bersungguh spam kerja area Johor, tak boleh move on lagi. 

Please doakan kejayaan perempuan ini untuk dapat kerja yang halal dan sekufu. From a humble me. 

Spread Love not Hate. ^_^



6 comments:

  1. wahhh, grad master utm. alumni utm jugak la ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yehhh... together-gether alumni..kalau sambung lagi, dia jadi student smule.. haha

      Delete
  2. Tahniah dah konvo! . Semoga Allah SWT berikan rezeki yang berlipat kali ganda nanti . InsyaAllah :)

    Salam kenal dr www.fizazainy.com (KBBA9)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankss!! :) Amin... semoga begitu hendaknya... salam kenal blogger kbba9..

      Delete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa