Wednesday, November 26

Denda Barangan Elektrik Kolej 9. Terbang RM115 aku. Sob sob sobs.



Al-Kisah...
Aku masih belum dapat menerima hakikat duit aku telah pun terbang melayang sebanyak RM115 akibat membayar denda barangan elektrik.

Minggu lepas, pagi jam 10 pagi bilik aku diketuk dengan halaju tinggi dan bunyi yang bertenaga. Rupa-rupanya makcik pejabat kolej yang datang nak check barangan elektrik. Aku yang baru bangun tidur sebab aku baru je dapat lelap subuh tu dek kerana insomnia aku bermasalah ni, rasa stress dan gelabah apabila dia nak check barangan elektrik. Sebab aku tak daftar lagi la citer dia!

Kemudian, lepas dia check bilik depan dia nak check bilik aku. Aku tak sempat nak sorokkan periuk elektrik aku a.k.a rice cooker so aku biarkan je atas locker. Sob sob sob.
Bila dia tanya ade barang apa, aku cakap la heater, iron. Lepas tu aku dengan bangangnya mengaku bawak rice cooker. Yezza. Tapi masa tu aku tatau lagi consequence dia. So dia tulis dalam kertas denda, RM25x3. So aku assume aku kena bayar RM75 lah kan nanti. Mahalnya. Sedeyh.

Pagi tadi aku ushar la pejabat Kolej 9, UTM untuk bayar denda sambil mintak pengurangan. Sekali kira-kira aku kena bayar RM115! Oh de he**. Mahal gila. Rupanya aku kena daftar barangan tu, RM15 untuk charger dan iron, RM100 untuk rice cooker! Mahal gila. Aku tanya lah kenapa mahal pulak. Sebab dia kata kalau tak aku harus bayar RM115 + RM75 (denda). Tak macam RM190 total. Aku tatau la apa cita kalau orang yang bawak peti ais, tempat memasak segala bagai tu. Sebab masa aku spotcheck tu, pintu aku ade kunci engsel. Kalau lambat bukak dia akan bukak terus pakai kunci pendua yang pejabat kolej pegang. Wuuu. Scary seyh kolej ni.

Dulu aku duduk Kolej Datin Seri Endon rileks je. Kediaman bersih, bilik air bersih, tak ramai orang, kawasan lapang, parking senang, suasana pun bersih, pejabat kolej pun best. Sekarang ni dengan aras aku yang kucing suka berak kat koridor, tak bersih, tandas pun tak bersih, air hujan asyik bocor sana sini, sinki pun pernah bocor lepas dua minggu baru ok. Cuma kemudahan nak makan, print dan dekat dengan highway, gym, stadium & Tmana U je la kelebihan dia. Dari segi kebersihan dan parking memang failed. Washing machine pun tak banyak. Kat KDSE setiap aras ade washing machine. Kemudahan tak payah nak angkut dari tingkat 4 ke ground floor untuk basuh baju. Ampaian pun kat ground floor je ada, tak berbumbung. Nak sidai kat aras ni memang bukan ampaian tinggi la. Mcm potensi untuk kena kencing dengan kucing tu tinggi la. KDSE kurang dia hanya jauh dari fakulti dan Taman U, dan masalah dia adelah monyet masuk bilik. Aku dari start masuk memang dah rasa tak selesa sangat dengan kolej baru ni, tapi bersabar lagi. Sekali dah kena saman ni mula la rasa banyak tak best dia. Sebelum ni masih dalam mempositifkan diri lah dan bertahan. Rasa memang macam nak mintak tukar balik ke bilik lama kolej lama dulu. Tapi tak larat nak ulang alik angkut barang kan.

Lepas pagi tadi pukul 11 pergi pejabat kolej nak bayar denda, aku tak bawak cash pulak. Dia cakap kalau debit dalam akaun akan kena bayar full. RM190! Oh no. Aku cakap nak pegi cucuk duit. Pukul 2.30 petang aku pegi pejabat, dia suruh datang pukul 3. Zzzzz. Bukan selalu pejabat bukak pukul 2 ke. Tak paham aku. Dulu masa KDSE aku rasa aku pegi pejabat dia pukul 2 lbh ok je. So aku pegi fakulti dan 3.30 datang balik. Masa nak bayar tu aku tanya la kalau aku boleh bawak rice cooker tu balik rumah, tak mau guna dah, boleh tak nak bayar separuh je untuk sem ni. Dia kata kalau mcm tu aku kena bayar penuh la. Zzzzzz. Baguih punya perli. Padehal rice cooker tu aku guna 2 kali je. Orang lain yang tak daftar tu guna tiap-tiap hari. Kira mcm aku bayarkan untuk diorang ke? Sabarlah Farahin. Mungkin dia assume yang bawak rice cooker ni kaya sebab tu dia paw lebih-lebih. Kenapa la tak kena kan RM50. Kalau RM50 tu bagi aku sesuai la. Ni RM100, aku dapat beli sebijik lagi rice cooker besar berjenama tau tak!

So aku bayar je lah RM115. Malas nak banyak bunyi. Aku siap daftarkan lagi hair dryer in case kalau dia spotcheck lagi. Tapi dia tak bagi dokumen sah pun untuk membuktikan aku dah daftar barangan tu. (Nampak sangat takde nak spotcheck lagi dah lepas ni). Ape lah ke malang hidup aku. Tapi syukur jugaklah. Aku kena selalu Positif!

Aku tanya la kalau kena buat sticker kolej. Haissh. Rupanya kolej ni takde sticker kolej. Selamat duit aku. Dia pakai sticker UTM je. Kalau tak kena la keluar duit lagi. Takut jugak kalau kereta aku pulak kena saman ke lepas ni. Mau ngamuk geguling aku. Masa macam ini lah aku kena ajar diri erti sabar. Huahuahua.

So aku dah daftar rice cooker aku untuk satu sem! Aku akan gunakan semaksimumnya rice cooker aku tu. Masak segala makanan! Yess! Azam yang tinggi. Sem depan tak boleh bawak dah katanyakan. Hohoho. Sem ni akan kuguna sebaiknya! Rase mcm kena saman trafik pulak harga dia. Tapi saman trafik memang RM150 lah kan.

8 comments:

  1. hye sis. saya baru sabung master kt utm, fakulti pengurusan. tp skg stay kat kdse. skg tgh confuse, samada nak pindah k9 atau pun x. wlaupun kdse jauh ngan fakulti and susah nak cari tempat makan, tapi bilik selesa. mnta advise sikit. tenkiu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah baru perasan komen ni. huhu maaflah lambat reply nya. sblm ni sy duduk kdse dan pindah k9. bagi saya dua2 ok je. cuma kdse agak seram sikit sebab jauh dr penduduk padat. ada binatang2 kambing, monyet yg merakus. tp kdg2 selesa duduk kdse dr k9. k9 ni kemudahan senang. kalau ada transport dan stay kdse xde masalah. tp duduk kdse buat rasa mls nk makan sbb jauh.

      Delete
  2. Uish lama bebenor dah post ni. Skrg sis still stay KDSE ke? Yess! memang bilik KDSE lagi selesa. tapi lepas sis dah stay k9 selama 2 tahun, now rasa k9 comes with a few advantages yg superb. Makan senang, fakulti dekat, highway dekat. Even menyewa time viva hari tu pun mmg gile2 mintak bilik kosong dekat penyelia k9. tp sbb kawan2 ramai kt k9. ^_^ Kalau sis punye pendapat, k9 lebih memudahkan dalam banyak benda la instead of KDSE. Cuma kalau rajin masak, better dok KDSE. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. sangat tepat. hehehe. sy stay kdse dan pindah k9. nk balik kampung, nk mkn, nk drive thru mcd, jogging, mudah sikit kt k9.

      Delete
  3. Wohh exactly what I was searching for, appreciate it
    for posting.

    ReplyDelete
  4. Pejabat k9 k10 tu staff dia mmg kureng banyak. Kalau dpt layanan mesra as in senyuman, greet semua tu mmg 1 dalam 1000 tahun. Selalunye dia treat student mcm banduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bertabahlah. memang kena pandai amik hati. ada certain2 student dia akan layan baik. pilih bulu jugak la.

      Delete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa