Sunday, July 16

Satay Kicap Madura Kayu Ara, Damansara.

Tadi aku dan family pakcik aku serbu lah warung satay kicap ni. Kedatangan aku kali ni hampir kali yang ke-6 or ke-7 entahnya. Apa yang best satay ni besar, sedap, tak liat, pedas, eh memang sedap lah. Macam BBQ gitew. 

Cuma sebelum ni aku datang, satay dia pure kuah kicap mix dengan cili potong, bawang goreng, bawang potong. Tapi kali ni tetibe macam culture shock kejap sebab satay dia ade additional menu baru, kuah kacang sikit. Alaaa. Tapi nak buat macam mana, dah siap pun. 

Next time maybe kena requet siap-siap, satay takmo ade tambah kuah kacang. Tadi sebab taktau kan. Huhuhu. Layan je la. Celup-celup dengan kuah kicap cuci kuah kacang dia. 

Yang tak bestnya kalau ada kuah kacang ini adalah bila makan satay dia akan jadi muak sikit. Tak macam dia pure semua kicap pedas. Memang macam makan daging panggang. Fuhh. 20 cucuk pun aku habis sensorang. Serius. 

Apa yang best tadi, kitorang datang berlima. Order satay 70 cucuk. ^_^ Hahaha. 
Masa order tu, akak yang amek order tu pun macam terkejut, asyik confirmkan. "70 cucuk? tujuh? puluh?" sambil tunjuk jari nombor 7. Ye lah kak, masing-masing semua fanatik dengan satay akak kot. 

Satay kambing yang memang fevret kitorang. Ada je satay lain tapi memang selalunya order satay kambing dia je sebab memang sedap. 








Ok. Malas nak taip panjang-panjang. Sebab tengah kenyang. :P 
Chiaoo~


4 comments:

  1. Banyaknya 70.. huhu.. memang puas. habis x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aah. Licin habis tanpa ada tinggal sebatang pun. ^_^ Puas hati makan. Try lah!! wiiwiwiw ~ nyam3

      Delete
  2. mak aih, makan ke mentakedarah? haha...macam sedap je...nak try!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tolong lah try. Sedap sangat. Huhuhu ~ menjejes air liur plak bayangkan semula.

      Delete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa