Wednesday, July 5

Restoran Bistro Seafood, Segamat. Berbaloi weh!!

Pada Rabu yang lepas, aku dan mak melawat saudara meninggal dunia di Felda Pemanis 2. Alang-alang Felda Pemanis 2 tak jauh dari Segamat, beberapa kilometer je, singgah la Segamat dulu sebelum balik Muadzam Shah. Singgah Pet Shop beli Royal Canin donut feveret Kitel. Beli ubat kurap untuk baby meow, pendatang baru yang baru bertamadun dekat rumah aku. 

Sebab dah Maghrib, perut pun lapar. Cuba la memikirkan tempat makan menarik dekat area Segamat. Mula-mula decide nak makan dekat Stesen KeretaApi Segamat. Zaman aku Tadika dulu, area situ super popular dengan Nasi Lemak dan Sotong Sambal. Tapi, bila lalu, tutup pulak. Then, usyar kedai bujang sebelah Masjid Jamek Segamat, pun tutup. Aik.. semua orang tak habis beraya lagi ke nie. 

Aku dengan mak pun gamble je cari mana-mana kedai makan. Terperasan pulak sebelum sampai ke traffic light Taman Yayasan, memang ada bangunan baru yang ada kedai makan. Terus emergency corner masuk area situ. First time try makan dekat sini. Baru perasan nama kedai ni Restoran Bistro Seafood.



View dalam kedai ni cantik.


Environment selesa.

Design dalaman kedai ni unik.

Ada macam gerai dalam restoran.

Tempat duduk yang disediakan memang banyak.

Haaa sampai ke luar tempat duduk dia sediakan.

Dekat je dengan pencawang besar tu.

So, aku nak cerita apa yang menarik dekat restoran ni. It is their set yang bagi aku, memang berbaloi!
Mula-mula macam saspen jugak la. Tak pernah try makan sini. Tapi, pelayan tu offer satu set yang menarik perhatian. 

Set ni berharga RM38

Apa yang ada dalam set ni????

  1. Ikan siakap (boleh pilih nak masak apa)
  2. Telur Dadar
  3. Tomyam Campur (boleh tukar dengan sup)
  4. Kailan Ikan Masin
  5. Sambal Belacan
  6. Air buah-buahan (untuk dua orang)


Aku order Air Mangga. Mak aku order Air Epal zero Gula.


Haaa. Ini semua yang include dalam set RM38 tu.


Tomyam putih dia sedap. Mak aku hirup berselera wei. 
Mak aku cakap tomyam thailand selalu letak susu cair kasi sedap.
Isi dalam tomyam ni tak kedekut. Good~


Telur dadar.

Kailan Ikan Masin


Paling win. Siakap Tiga Rasa! Sedap. Besar pulak tu ikan dia. 
Puas makan berdua je.


Haha mak dah muka lapar. ^_^ 


Tidak ketinggalan is Sambal Belachan!



Untuk mereka yang teringin nak ke Restoran Bistro Seafood Segamat lepas ni, boleh la usyar-usyar menu mereka dulu. Selamat menjamah selera!~ Harga dia memang berpatutan untuk kos hidup masa kini.






Air buah RM2.50 is murah okey!

Restoran ni boleh jadi port baru nak makan malam lepas nie. :)

Spread Love!~


1 comment:

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa