Thursday, May 25

Beauty and The Beast (2017) (Watch Online Bluray 720p)

Hey all.


Baru lepas layan movie "Beauty and The Beast" kat Pencuri Movie. Sedih pulak masa dah nak ending tu. Bagi aku movie nie so much better lah dari "Cinderella" yang agak tipikal. Taktau lah disebabkan faktor-faktor Emma memang cun dan aku sangat adore dia. Tapi story line dia tak lah bosan. Baju pun cantik, grafik cun, feeling lah aku layan sambil makan nasi. 




~ Sinopsis Beauty and The Beast ~



"Di sebuah kota Perancis, wujud seorang putera raja yang kacak dan tampan yang sangat sukakan benda-benda yang cantik. Dalam sebuah majlis tari menari, muncul sorang ahli sihir yang menyamar sebagai pengemis dan beliau tiba di ruang istana meminta belas untuk menghangatkan diri dari kesejukan musim sejuk. Beliau menawarkan bunga mawar sebagai pertukaran untuk memanaskan badan dan ingin tumpang berteduh kepada putera raja, tapi putera raja menolak kerana pengemis tersebut miskin dan berwajah hodoh. Kerana kesombongan putera raja, ahli sihir tersebut menyumpah putera raja menjadi Beast dan para pekerja di istana menjadi perabot yang hidup. Ahli sihir juga memadam kenangan tentang istana tersebut dari penduduk sekitarnya. Dia memberi Beast cermin ajaib yang membenarkan Beast untuk melihat peristiwa dan orang yang jauh, bersama dengan sekuntum mawar. Untuk memecahkan sumpahan, putera raja harus belajar untuk mencintai orang lain dan mendapatkan balasan cintanya sebelum kelopak mawar terakhir jatuh. Jika dia gagal, dia akan kekal menjadi Beast selamanya.

Beberapa tahun kemudian, di desa Villeneuve, tinggal seorang gadis muda bernama Belle dan merupakan ulat buku kerana hobinya yang suka membaca. Belle tinggal bersama ayahnya Maurice, seorang pencipta dan pelukis. Gaston, seorang pemburu dan bekas tentera yang sering berusaha merayu Belle untuk memperisterkannya, tetapi sering di tolak. Ketika Maurice dalam perjalanan pulang dari pasar, dia dan kudanya Philippe tersesat di hutan dan diserang oleh serigala, lalu mereka melarikan diri ke istana Beast. Phillipe meninggalkan Maurice ketika Beast terlihat Maurice mengambil mawar dari taman istana dan mengurung Maurice. Ketika Phillipe membawa Belle ke istana, Belle membuat helah untuk menggantikan tempat ayahnya yang dikurung di istana selama-lamanya sebagai denda kerana mencuri sekuntum mawar. Beast kemudian melepaskan ayahnya. Belle yang dikurung dilepaskan oleh butler istana, Lumiere, yang berubah menjadi lilin akibat disumpah oleh ahli sihir. Belle juga bertemu pekerja istana lain yang turut disumpah: majordomo istana, Cogsworth, jam antik; Mrs Potts, Teko; anaknya Chip, cawan teh; piano, Maestro Cadenza, harpsichord; isteri Maestro Cadenza dan penyanyi opera, Madame de Garderobe, adalah sebuah almari; yang terakhir adalah pembantu dan kekasih Lumiere iaitu Plumette, merupakan bulu ayam.

Selepas para pekerja istana menawarkan Belle makan malam, dia memasuki tempat terlarang di istana, West Wing. Secara tidak sengaja, Beast ternampak Belle dan memarahi Belle. Belle terkejut lalu dia melarikan diri ke dalam hutan, dan kemudiannya bertemu dengan serigala-serigala yang cuba menyerangnya. Beast muncul menyelamatkan Belle tetapi dia luka teruk dan sangat lemah. Belle awalnya berniat meninggalkan Beast tetapi akhirnya Belle membawa Beast ke istana dan merawat luka-luka pada badan Beast kerana cuba menyelamatkan Belle dari serangan serigala. Para pekerja istana memberitahu Beast bahawa mereka percaya Belle mungkin menjadi orang yang boleh mencintai Beast dan memecahkan sumpahan tersebut. Setelah Beast sembuh, Beast telah menunjukkan Belle perpustakaan di istananya yang dipernuhi buku-buku. Belle sangat teruja dan mulai rapat apabila sering membincangkan tentang buku-buku tersebut dengan Beast. Sementara Beast telah jatuh cinta dengan Belle, Belle masih belum pasti akan perasaannya kerana masih terkurung dan tidak bebas kerana mengikut perjanjian mereka.

Sementara itu, Maurice kembali ke Villeneuve tetapi tidak dapat meyakinkan orang-orang untuk menyelamatkan Belle. Gaston akhirnya setuju membantu Maurice untuk mengambil hati Maurice agar dapat berkahwin dengan Belle, tapi ketika Maurice menolak permintaan Gaston semasa mencari Belle, Gaston meninggalkan dia di hutan agar dia mati. Maurice diselamatkan oleh seorang pengemis dari desa nya bernama Agathe. Maurice kembali ke desa dan menuduh Gaston cuba untuk membunuhnya. Gaston meyakinkan penduduk desa untuk menghantar Maurice ke rumah sakit jiwa di kota. Menggunakan cermin ajaib yang diberikan oleh Beast, Belle melihat Maurice ditangkap dan Beast membenarkan Belle untuk meninggalkan istananya bagi menyelamatkan Maurice atas dasar cinta. Beast membiarkan Belle membawa cermin agar Belle boleh melihat Beast pada bila-bila masa. Di Villeneuve, Belle menyelamatkan Maurice dan membuktikan penduduk kampung dengan menunjukkan Beast melalui cermin ajaib. Menyedari bahawa Belle mencintai Beast, Gaston meyakinkan penduduk desa bahawa Beast adalah raksasa berbahaya dan membawa mereka ke istana untuk membunuhnya. Maurice dan Belle dikurung oleh penduduk desa. Semasa dalam kurungan, Belle menjelaskan perasaannya terhadap Beast kepada ayahnya dan dia juga telah mengetahui mengapa ayahnya meninggalkan ibunya sewaktu dia masih kecil di Paris. Belle memahami situasi ayahnya pada masa itu kerana ibunya di jangkiti wabak dan ibunya meminta ayahnya membawa Belle jauh dari situ kerana tidak mahu dijangkiti. Beast telah menggunakan magic yang ditinggalkan ahli sihir melalui buku-buku di perpustakaan istana untuk membawa Belle kemana saja yang dihajati dan di situ Belle telah mengimbau kisah silam. Akhirnya, Maurice berjaya membuka kunci menggunakan kepakarannya dan Belle menuju ke istana untuk menyelamatkan Beast.

Sementara penduduk desa ditangkis oleh para pekerja istana yang terdiri dari pelbagai jenis perabot, Gaston menyerang Beast. Beast awalnya terlalu tertekan untuk melawan, tetapi dia menyerang Gaston setelah melihat Belle kembali ke istana. Dia nyaris membunuh Gaston tetapi melepaskannya lalu dia kembali ke Belle. Namun Gaston yang tidak berpuas hati telah menembak Beast berkali-kali sebelum jambatan tempat dia berdiri runtuh. Gaston akhirnya jatuh ke dalam gaung dan mati. Sebelum Beast menghembuskan nafas terakhir, dia sempat memberikan kata-kata terkahir kepada Belle dan gembira kerana Belle pulang ke istana untuknya. Akhirnya kelopak mawar terakhir jatuh dan Belle membuat pengakuan cinta kepada Beast setelah Beast sudah tidak bernyawa. Agathe (si pengemis) yang merupakan ahli sihir bertanggungjawab telah menamatkan sumpahan Beast apabila melihat moment yang menyedihkan itu, lalu Beast telah hidup semula dan bertukar kembali menjadi seorang putera raja yang kacak. Para pelayan istana juga telah kembali bertukar menjadi manusia. Penduduk desa kembali ke istana dengan memori dan kenangan mereka dipulihkan. Manakala putera raja dan Belle mengadakan majlis tari-menari dihadiri oleh penduduk kerajaan dan semua hidup dalam gembira. (kecuali Gaston yang jahat!)"

*credit synopsis to Wikipedia with major edit. 

Untuk menonton Beauty and The Beast secara online melalui link Pencuri Movie. 

 *credit to Pencuri Movie. Thanks!

Download english subtitle here : BaTB English SUB

*Spread Love Not Hate*

2 comments:

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa