Sunday, June 11

Sambal Belimbing Hitam Pahang by Fauziana Zone Enterprise (FZE)

Hey guys. Orang melayu kita memang selalunya makan kena ada sambal. Tak kira lah makan menu apa, kalau pedas sikit adalah kategori harus. Contohnya macam makan roti canai, ada secolet sambal tumis dalam kuah dal, makan mee goreng pun letak sambal sikit. Even kalau makan soto, tak sah kalau tak letak sambal kicap. Orang Johor pun makan pisang goreng cicah sambal kicap. See? Betapa berpengaruhnya sambal dalam kehidupan seharian orang-orang kita. 

Today, aku nak review satu sambal belimbing hitam pahang keluaran Fauziana Zone Enterprise (FZE) yang di edarkan oleh Kak Sue. Memandangkan aku dah pun lama duduk di Pahang, tak bermakna aku pro bab-bab sambal hitam ni. Sebab aku sendiri pun banyak ikut selera Johor. Tapi, aku makan sambal hitam kadang-kadang untuk menambah selera kalau tiba-tiba selera swing. 

Apa yang menariknya pasal sambal ni masa mula-mula aku terima parcel adalah jenis dan strukturnya. Kebiasaannya, aku makan sambal hitam jenis yang kering. Tapi sambal belimbing hitam keluaran FZE ni lebih basah berbanding sambal-sambal hitam pahang yang aku pernah makan. Menarik sebab sesetengah orang suka yang version basah.

*Aku jenis yang suka makan nasi lembik. Bila gaul sambal hitam yang jenis basah dengan nasi lembik yang panas, rasa dia.. perghh.. boleh bayang tak? Tak payah bayang kalau korang tak suka nasi lembik. 😎😎


Bungkusan yang simple dan mesra pengguna. Senang nak eksport pakai poslaju.




Sambal Belimbing Hitam Pahang






Rasa
  • Rasanya memang unik, masam-masam sikit dan ada rasa ikan bilis yang original
  • Masa tengah makan tu, memang terasa belimbingnya, cuma bagi aku kalau pedas sikit lagi, memang lagi 'ummmppphhh' makan dengan nasi. 😍😍😍 
  • Aku pernah try sambal belimbing yang lebih masam, tapi yang sambal ni just nice rasa belimbing dia. Rasa masam dia tak over sangat.


Tahap kepedasan
  • Untuk jenis manusia yang makan nasi berulamkan cili api macam aku ni, Sambal Belimbing Hitam Pahang ini agak kurang pedas bagi aku. 
  • Namun ini menjadikan ia sesuai untuk peminat sambal yang suka pedas tapi tidak keterlaluan. Jadi, kalau orang yang suka makan pedas level aku, bole tambah sendiri cili api dengan sambal ni untuk menjadikan dia extra pedas ye. 


Struktur dan jenis
  • Struktur sambal yang dikisar elok dan jenisnya yang basah menjadikannya sesuai di makan dengan nasi atau roti. Tak pasti lah kalau ada orang yang makan dengan biskut, tapi aku tak buat lah macam tu.
  • Bagi aku, jika sambal ini dikurangkan sikit minyaknya, mungkin akan menjadikan sambal ini tip-top dengan rasa dia yang dah sememangnya sedap. 


Rating: 3.8/5


Eh, secara keseluruhannya, memang sedap lah. Sambal ini mampu membuka selera sesiapa yang ada masalah menu, "nak makan apa eh hari ni?". Menu ini sesuai dijadikan salah satu menu sahur. 

Sesiapa yang berminat nak order sambal keluaran Fauziana Zone Enterprise ni boleh la menghubungi pengedar melalui talian berikut: Sue Izza 017-9397536

Untuk pembelian boleh di pos ke seluruh Malaysia. Jangan risau. Sambal-sambal keluaran FZE ni boleh disimpan di dalam peti ais dan tahan sehingga dua bulan. Boleh la cuba beli dan simpan buat spare. Tapi, kalau tak simpan dalam peti ais, boleh tahan seminggu selepas bungkusan di buka

Harga yang ditawarkan adalah murah dan berpatutan. Boleh PM Sue Izza untuk maklumat lanjut.




Selain itu, FZE juga mengeluarkan produk makanan yang lain seperti berikut:
  • S.HITAM BIASA 
  • S.HITAM EXRA HOT 
  • S.IKAN MASIN  CILI API 
  • S.TUMIS TEMPOYAK 
  • S.LODEK TEMPOYAK PETAI
  • 4 JENIS SERUNDING (ikan/ayam/daging import/tempatan)
  • REMPAH IKAN BAKAR
  • PES GULAI TEMPOYAK PAHANG
  • RENCAH NASI GORENG BILIS MERAH (cili kering)
  • RENCAH NASI GORENG BILIS CILIAPI 
  • RENCAH NASI GORENG IKAN MASIN CILIAPI
  • PEKASAM IKAN LAMPAM BERAS
  • PEKASAM DAGING BERAS 
  • PEKASAM DAGING SALAI PAHANG 
  • PEKASAM IKAN PATIN/TALAPIA PAHANG 
  • SAMBAL DAGING PEKASAM SALAI 
  • SAMBAL HITAM PETAI EXTRA HOT 
Pembelian produk lain juga bole ditempah melalui pengedar sah seperti yang tertulis di atas.

14 comments:

  1. Replies
    1. Kan... rasa dia just nice je.. cukup.. tapi ain suke pedas... setakat ni makan sambal hitam susah jumpa yang pedas..banyak masam je.. hoho

      Delete
  2. farahin..kite lame mengidam sambal hitam belimbing..mahal x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tak pasti lah. Kena PM Kak Sue. Normal harga sambal hitam dalam rate RM10+- rasanya tak termasuk pos.

      Delete
  3. Teringin juga nk rasa yg fze nie..sedap x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak. Nanti boleh la try order. Rasa dia just nice je. :)

      Delete
  4. Akak dah makan, memang sedap, nak pulak makan dengan nasi panas pasti bertambah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Makan dengan nasi panas. Nyumm nyum..sedap ^_^

      Delete
  5. sedapnya nampak kat pinggan tu.. miera dah la suka mknn pedas..nak kena rasa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah. kan. makan time berbuka tadi. hehehe. Selamat mencuba.. ^_^

      Delete
  6. Nampak sedap jee sambal tue. Meleleh air liur Migha

    ReplyDelete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa