Sunday, December 16

Surya Chlorophyll : Atasi masalah sembelit dan kurang makan sayuran

6:56:00 AM 4 Comments

Assalammualaikum.

Hey all. Thanks for reading.

Straight to the point, entri kali ni adalah untuk aku share sesuatu yang bermanfaat untuk sesetengah orang yang sedang mencari solution untuk masalah-masalah penghadaman terutamanya.

Tapi! apa yang akan aku share ni tak limited untuk masalah ini je, sebab dia ada banyak kebaikan lain yang korang boleh manfaatkan. So punca masalah yang aku dapati ramai orang susah nak makan sayur kan? 

Macam aku, semestinya tersangatlah susah untuk makan sayur - sayuran. Kalau buah-buahan memang no problem sebab sedap. Tapi, sayur ni memang agak susah sikit. Kalau lunch dekat kedai makan tengah hari, aku akan tengok jenis sayur, sayur tu nampak menarik ke tak, sayur masak apa, dah lecur aku tak amek, yang ulam pun aku tengok jenis-jenis je, eh memang cerewet la. Aku akan makan sayur tu kalau sayur tu spesis yang aku minat aje lah.

Jangan kata aku, anak-anak sedara aku yang kecik-kecik tu lagi lah, punya liat nak makan sayuran. Kalau mak aku masak bayam, sawi, taugeh, nan hado lah diorang nak makan. Kena bebel, kena paksa baru nak makan lah. Tak sedap katanya. Nak kena ugut macam ni,

“Kalau makan sayur boleh jadi pandai, kalau tak nanti orang lain semua pandai dapat nombor 1 awak dapat nombor corot.” 

baru la diorang jamah, tu pun, cinonet aje la kan.

Pendek kata, kalau masuk isu khasiat dalam sayuran ni, agak susah untuk kita semua ambil manfaat sebabnya sayur bukan lah kegemaran kebanyakan orang. Aku sendiri pun tak faham lah kenapa.

Jadi di sini kita ada alternatif solution iaitu sejenis Klorofil.





Kebaikan Klorofil ❤


Klorofil adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi pelbagai nutrisi yang penting bagi tubuh diantaranya adalah :
  • Vitamin A,
  • Vitamin C,
  • Vitamin E,
  • Vitamin K dan
  • Beta karoten.

Untuk lebih terperinci, klorofil ni ada banyak kebaikan seperti;

  1. Menjaga kesihatan sistem pencernaan
  2. Membantu proses pembentukan sel-sel darah merah serta dapat mencegah anemia
  3. Membantu mengawall rasa lapar
  4. Dapat mengawal bau
  5. Mempercepatkan proses penyembuhan
  6. Menghilangkan racun dalam tubuh (proses detoksifikasi)
  7.  Melindungi DNA dalam tubuh
  8. Sebagai antioksidan yang kuat
  9. Membantu dalam proses terapi pada pesakit yang menghidap kanser
  10. Sangat efektif melawan albicans candida
  11. Dapat mengubati bengkak dan kemerahan pada kulit
  12. Menurunkan risiko gangguan arthritis 
  13. Mencegah insomnia
  14. Meningkatkan sistem imun tubuh
  15. Mengatur keseimbangan asam alkali dalam tubuh
  16. Menjaga kesihatan tulang dan otot
  17. Membantu proses pembekuan darah
  18. Menurunkan risiko batu karang
  19. Mencegah sinus
  20. Menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh
  21. Mencegah risiko gangguan pankreas
  22. Menjaga kesihatan gigi dan gusi (mencegah peradangan serta gusi berdarah)


Jom cuba Surya Chlorophyll!! 👀


Tetapi, dalam banyak-banyak jenis Klorofil di pasaran, aku nak suggest korang try Surya Chlorophyll. 






Sebab Surya Chlorophyll ni terjamin. Korang boleh dapatkan dari Watson tau dengan harga berpatutan. 

Korang taknak makan sayur kan? Haaa.. inilah solution yang aku bole suggest! 😏


1 cawan Surya Chlorophyll = 4.7 kg Bayam




Surya Chlorophyll telah diekstrak dari daun Mulberry yang dikenali sebagai pokok yang jauh dari serangan racun perosak. Ia juga mengandungi alkali yang semulajadi baik untuk pembersihan dalaman yang akan membantu menjadikan kulit lebih sihat, cerah dan bebas dari jerawat. Selalunya kita hanya focus penjagaan luar, jadi apa kata kita concern tentang dalaman dan cari produk semulajadi yang dipercayai untuk membantu dalaman pulak kan.

Seperti yang telah dikongsi khasiat klorofil, Surya Chlorophyll mampu membantu dalam pembersihan dalaman, mengelakkan dan mengurangkan masalah bau badan dan nafas berbau. Boleh bertindak sebagai deodorant semulajadi.  




Surya Chlorophyll bole didapati dalam dua perisa ; Lychee & Peach




Iolss beli yang Lychee!!!




Antara kebaikan-kebaikan lain yang boleh didapati melalui Surya Chlorophyll adalah;

  • Memperbaiki sistem pengahadamam dan mengawal berat badan.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • Melindungi kulit daripada pelbagai penyakit kulit.
  • Membantu melawan kanser.
  • Klorofil juga turut dikenali sebagai superfood kerana ia kaya dengan mineral dan multivitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
  • Mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi seperti membantu meneutralkan toksin dalam darah.
  • Membantu untuk system Purify 'darah' - meningkatkan hemogoblin  & sel darah merah
  • Baik untuk detox hati.
  • Membantu masalah penghadaman.










Produk Surya Chlorophyll ni HALAL ke?? 😱


Produk Surya Chlorophyll dah diperakui HALAL, malah GMP HACCP mendapat pengesahan dari BioNexus Key Message Certified dan diyakini tidak mengadungi bahan pengawet.







Cara pemakanan Surya Chlorophyll?? 💦


  1. Campurkan 25ml Surya Chlorophyll dengan 125ml air suam atau air kosong.
  2. Kacau dan minum. Nak letak ais pun boleh.
Kanak-kanak seawal 2 tahun pun dah boleh minum bancuhan klorofil.







Click Video untuk tutorial bancuh Surya Chlorophyll : Cara-cara bancuh Surya Chlorophyll





Yang TIDAK sesuai ambil klorofil?? 🙅



  • Wanita mengandung dan Ibu yang menyusukan tidak digalakkan mengambil produk ini kerana masih belum ada kajian yang khusus klorofil sesuai di ambil untuk individu tersebut
  • Pengambilan klorofil mungkin akan menyebabkan sesetengah orang allergic kepada matahari sebagai kesan sampingan. Jika berlaku atau berlarutan, dapatkan nasihat doktor.
  • Untuk pesakit diabetis, hati, jantung dan masalah perut yang serius, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Cara nak dapatkan Surya Chlorophyll?? 🙋



💙Korang boleh beli kat Watson yang berdekatan!! Aku pun beli dekat Watson IOI Mall Puchong. Tak sampai RM50 pun.

💙Boleh jugak kalau nak beli online di website My Natural Option (www.mynaturaloption.com)

💙Tapi korang bole try tengok dekat Shopee ataupun Lazada (klik link dekat bawah ni). 


💙Shopee 

Peach ← klik
Lychee ← klik
Twinpack ← klik

💙Lazada

Peach ← klik
Lychee ← klik
Twinpack ← klik





Kena selalu update sebab selalu out of stock!





Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Surya Chlorophyll bole hubungi:


  ⓕ  Facebook : Surya Malaysia

 📸 Instagram : Surya Malaysia









Tuesday, December 4

Kedai Phone area Putra Heights at Giant Putra Heights.

12:01:00 AM 0 Comments
#andanaktukartemperedglass?



Ada sikit perkongsian bermanfaat untuk mereka yang stay area Putra Heights. So, baru-baru ni aku ada usyar tempat tukar tempered glass phone. Phone aku sekarang ni dah 4 tahun aku pakai. Banyak jasa. Jadi konon aku nak la jaga sebab tempered glass aku tu dah retak jatuh hari tu. 

Aku ada plan nak pegi kedai Ustaz dekat PKNS atau Uptown Damansara. Tapi ko pikir lah kan, aku kalau pegi sana semata nak tukar tempered glass, korang rasa berbaloi ke? Melainkan aku ada 3,4 phone nak tukar dengan agenda lain ke yang nak dibuat. Tapi kalau semata untuk tempered glass je, aku pun fikir baik aku cari area sini je. 

Aku survey la kat Giant, Putra Heights. Aku tukar tempered glass dekat 1st Floor Giant, satu kedai phone baru bukak jugak near to the main entrance. Harga RM20 selepas dapat tawar, harga asal RM25. So, ok la deal. Aku pun tukar. Tak sampai sebulan, tempered glass tu rosak. Peghh! Bukan sebab jatuh tapi sebab aku letak dalam bag, dia berlaga dengan kunci-kunci, retak teruk wei. Takde gamba pulak nak tunjuk. So, burnt RM20 aku. Sobs! 😥

Next month nya, aku tak berpuas hati, aku melabur lagi. Sebab retak teruk! kuku aku bergesel dengan retak tu, tak selesa. Pada 23/11/2018, aku pegi lagi Giant Putra Heights tapi kedai level 2. Aku cari tempered glass yang diamond. Ada satu kedai yang menarik perhatian tu jual RM35 seketul. Aku macam apekah mahal sangat? 

Aku cakap husband aku pun macam plan nak tukar tempered glass dia yang retak. 

So, deal dia macam ni. Aku promote nanti kat husband aku tukar tempered glass kat kedai dia. Then dia bagi harga murah. Jadi, dia offer RM23 untuk tempered glass diamond seketul. Aku memang gedik sikit suka pakai bling-bling ni. Sebab first and second tempered glass aku pakai diamond. third tu yang dah retak tu lah. Ni yang ke-empat. Dulu aku boleh dapat tempered glass ni RM20 per pair je sebenarnya tapi tak kuasa aku nak jalan jauh survey lagi. Kena ada modal jugak kan. Kalau kebetulan lain la. Aku pun dah kurang merayap sekarang. 

Makanya, aku bersetuju dengan perjanjian tersebut. Tapi!

Malang aku masih berlanjutan. Dia pasang tempered glass aku ada bubble plak! Dua line bubble panjang yang agak menganggu mata aku la. 😭

Whuaa.. aku macam dah tak gembira masa tu.. aku pun cakap.. 

"Ala ni ada bubble ni" 

Dia cakap, 

"Takpe, nanti lama-lama dia hilang. Kalau tak hilang u datang semula kedai I tukar, simpan resit je"

Aku pun menunggu sehingga beberapa hari, nampaknya bubble tu masih di situ. Agak kecewa. 😑

Aku still simpan resit nya. 😶

Jadi selepas beberapa minggu, hari ini, 4/12/2018, aku kembali ke kedai tersebut. Person in charge yang buatkan tempered glass aku last time tak ada pulak. Aku pun explain dan tunjukkan resit in case dia bole ganti. Alhamdulillah, amoi chinese tu ganti tempered glass aku dengan yang baru and sejenis diamond gak. So aku memula tak letak harapan tinggi. Ye lah, kedai kan sekarang pandai pusing-pusing, tak nak responsible nanti rugi la diorang. Tapi nope, kedai ni dia ganti tempered glass yang baru then amoi ni terus pasangkan tempered glass baru. 😚😊

Dan tempered glass baru untuk handphone di buat dengan kemas sekali untuk kali kedua. Well, I am one of that happy customer sebab jumpa kedai yang bertanggungjawab macam ni. So aku decide untuk promote kedai ni dalam blog aku. Hahaha!


Tadaaaa!!! Dah ganti yang baru. Cantik dan Kemas! 💋


Aku rasa kedai ni ada buat servis repair phone jugak. Ada jual macam-macam jenis phone. Ada iphone secondhand jugak. Kedai dia besar dan ceria. 

Lokasi: Betul-betul bertentangan dengan Pejabat Pos Cawangan Giant Putra Heights Level 2. 🙋


So, ini resit yang aku masih simpan. Atas tu ada nama dan alamat kedai untuk references.

Tak silap kawan aku kata kedai ni kedai baru. Well, keep it up a good service. Jadi customer macam aku ni rasa tak serik nak datang servis kat kedai ni next time. At least dia provide a good servis and quality items. So, kedai-kedai macam ni lah yang kita cari. 👍


Kepentingan Resit. 


Penting tau simpan resit. Last month aku ada beli satu contact lenses colour jenama Blincon (for 3 months) dekat IOI Mall Puchong, kedai cermin mata berdekatan Dubuyo. Kebetulan ada promosi, dua pair lenses RM80. So, aku pun ambik la 2 pair. Kire per pair RM40 lah. Normal price kan RM50 per pair. Aku pun pulang. Sebab clear lenses aku baru je pakai, aku tak ada la immediately terus pakai yang baru. Baru-baru ni aku bukak nak pakai la pegi kenduri kawen. Guess What! Ada seketul tu dia melekat then bila aku gosok dengan solution, dia terkoyak. Ini adalah salah satu benda malang yang berlaku ke atas diri aku. Hahaha. Redho. Ok, takpe. Aku ada second pair. And I was, burnt la RM40. 

Oh, rupanya panas tidak sampai ke petang. Pair yang kedua tiada masalah. Tapi masalah muncul bila aku dah pakai kat mata. Seketul tu tak selesa. Bila aku kelip mata dia akan rasa macam ada sesuatu but aku masih meneruskan pakai smpai petang. Tapi 4 jam macam tu je aku tahan, aku decide nak bukak. Lately, aku try pakai lagi and benda yang sama berlaku. Aku pun decide, I will burnt 💣💣 my second RM40. Which is aku dah kerugian RM80. 😭😭😭😭

Mungkin orang cakap, pegi la tukar dekat kedai yang aku beli. Wei! Resit tu aku dah humban mane entah! Kalau ada resit ko hengat aku nak diam-diam je ke. Aku rela pegi tukar. Malangnya aku tau aku tak ada bukti kukuh. 💩💩

Jadi hari ni aku decide beli contact lenses dekat Focus Point Giant Putra Heights sebab selama ni aku beli kat situ memang tiada masalah. Aku rela bayar lebih asalkan tak rugi teruk. And this time aku tak beli dah Blincon punye contact lenses. Sobss. Aku try brand Italy - Macttalic. 😙

Itu je aku nak mengadu. Alang-alang kan. So... penting nya anda simpan resit tu ye... 💁💁

Monday, December 3

12 Tempat Menarik di Kelantan. Trip to Kelantan with Friends!

1:20:00 AM 26 Comments

 #smalllittlethingsaboutkelantan

Heeyyy uolss.... Pernah pegi kelantan? Haa… kalo tak pernah kat sini ade beberapa tempat makan dan shopping yang menarik untuk korang consider kalau bercuti kat Kelantan. Jom start dengan ketibaan kami kat Terminal Bas Tesco, Kota Bharu, Kelantan. 

Untuk sesiapa yang tak pernah datang ke Kelantan, kat kota bharu memang ade 2 terminal (Tesco & Terminal Bas Kota Bharu). Selalunya memang diorang akan drop kat terminal bas TESCO.

Dan anda jangan pelik kalo kat terminal tu hanya nampk AEON KB dan bukan TESCO. Ini kerana, semasa pembinaan terminal tersebut, hanya TESCO yang berleluasa di kawasan itu sebelum wujudnye AEON KB. Gteww… TESCO terletak di bahagian depan (selang beberapa blok bangunan) dari terminal tersebut. Gambar terminal bas TESCO KB boleh google yee.. tak sempat nak snap sebab hujan.. hoho!



1st day 💟


Sampai je KB weolss pegi breakfast kat KOPITIAM KITA. Sedap boh roti titab diorang kat sini. Kaya diorang memang lain dari tempat lain dan roti diorang lembut. Kopi panas diorang kat sini sedap sangat. Untuk penggemar kopi boleh cuba ye..Kat sini ade jugak breakfast-breakfast berat ala kelantan, macam nasi kerabu, nasi khomok, nasi berlauk, nasi dagang dan ade jugak kuih muih Kelantan. Untuk kuih muih Kelantan, harga kat sini agak mahal. Weolss tak beli sangat kuih2 kat sini, mkn roti dengan nasi je.. Kuih muih Kelantan weolss beli kat pasar siti khadijah. Plan asal nk g pasar jelawat (terletak di bachok), tapi tak sempat sebab kekangan masa, so belasah je la kat pasar siti khadijah.


Kopitiam Kita 👀

·         LOKASI:
KOPITIAM KITA (boleh waze ‘kopitiam kita’)
Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Roti Titab special


Antara makanan kat KOPITIAM KITA  
(Photo from: Trip Advisor)



Pengkalan Kubur 👀

2.      LOKASI: Pengkalan kubur (boleh waze: ‘Pengkalan kubur duty free’)

Next, weolss pegi ke pengkalan kubur (duty free). Kat sini boleh beli coklat-coklat murah yg ade tu lagi murah dari LANGKAWI dan lagi murah dari Coklat Murah JB. Semua jenis coklat ade dan murah.. saya repeat.. memang murah. Rase nk borong sume jenis coklat tapi apekan daye… wallet tak mengizinkan..

Nampak tak..Ritter Sport tu, kalau kat AEON berbelas hinggit harganya. Kat sini.. RM5.90 je.. Nangis terok tengok harga.. coklat-coklat lain pun sama murahnya



Pastu, weolss makan Ais Skrim BABA dan Steamboat. Ais Skrim diorang YA Ampun.. lembut yang amat dan macam-macam ade dalam tu. Sedap! Pastu sos steamboat diorang pun sedap. Memang susah nak cari kat tempat lain. Seperti yang kita sedia maklum, kesedapan steamboat tu terletak pada sosnye.. dan steamboat ni memang sedap..


Ais Skrim BABA
Steamboat




Haa.. kat pengkalan kubur ni ada segala macam periuk belanga, pinggan mangkuk, toto, bag, kaftan, anak2 patung, cadar dan sebagainya. Tapi tempat ni kecik sikit berbanding Duty Free Rantau Panjang dan tak banyak pilihan. Kat sini, boleh la beli coklat dan makan-makan jugak. Nak shopping yang tahap rambang mata boleh sambung kat Rantau Panjang. Esoknye weolss pegi Rantau Panjang.

 

Acu Tera Pantai Sabak 👀

3.      LOKASI: ACU TERA PANTAI SABAK (Boleh waze: ‘acu tera pantai sabak’)
Alamat: Jln Pantai Sabak, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Kat sini ade udang celup tepung (RM10/set), sotong celup tepung (RM10/set), ikan celup tepung, keropok, pulut manga (not really recommended sebab santan diorang MANIS dan CAIR.. zzzz…) dan lain-lain. Celup tepung diorang padu beb!! Diorang punye crust tu halus dan crunchy! Kunyah berape kali pun still bunyi kriuk2 tu.. haaa.. Boleh bayang tak… hahaha..! Ni antara kedai celop tepung paling ikhlas kat Kelantan. Mohon cuba!


Udang dan Sotong celop tepung- RM10/plate



kita payung close-up version sikit


Kedai ni kat tepi Pantai Sabak. So, lepas makan tu boleh la pegi panjat batu-batu yang kat tepi tu nak tengok pantai, nyanyi la lagu ikan kaloi ke, tapi pantai ni tak boleh main air tau.


View Pantai Sabak. Angin dan bau air laut diorang perghhh..! Syahdu sangat





Pasar Malam Taman Bendahara. 👀

LOKASI: Berhadapan pantai timur pengkalan chepa. (Boleh waze: pantai timur pengkalan cheap)
Operating hours: Sabtu SAHAJA (7pm-10pm)


Pasar malam ni bukan calang-calang pasar malam, menurut kawan saya (kelantannese yang bwk weolss jalan2), pasar malam ni paling best sebab semua barang-barang macam tudung bawal (semua jenis design), makanan-makanan street food Kelantan semua ade. Kain untuk tudung bawal tu high quality, banyak pilihan dan RM10/piece (ade batu/ kosong sume RM10). Dan of course lah, kalo ambil banyak macam 7 helai ke, pandai-pandai la mintak kurang. Diorang boleh bagi smpai RM9. Kena pandai tawar. Pasar malam ni macam small scale pasar Wakaf CHE YEH. Gamba google je ada sebab tak sempat nak snap. Tengah esaited maklum lah. Hahaha!


credit photo to Foursquare

Roti Tempayan 3 Abdul 👀

5.      LOKASI: Roti Tempayan 3 Abdul (Boleh waze: roti tempayan 3 abdul)

Roti tempayan atau lebih dikenali dengan roti nan. Kat Kelantan panggil roti tempayan. Roti tempayaj cheese  (RM5/sebijik) diorang sedap, lembut dan tak kedekut cheese. Dan yang penting Kari ayam (RM3) diorang sedap!!! Kombinasi diorang perfect! Jarang nak jumpe kedai yang jual roti nan yang kuah dan roti nye same padu. Tapi kat kedai ni dua-dua padu, sedap dan menyengat.


Roti Tempayan Cheese Tiga Abdul



 2nd Day 💟

 

Nasi Kerabu Panji 👀

 LOKASI: Nasi Kerabu Panji (Boleh waze: ‘nasi kerabu panji’)

Alamat: Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Kat sini ade 2 jenis nasi kerabu. Nasi Kerabu Tumis (nasi diorang nasi putih biasa tapi sedap diorang memang luar biasa) dan lagi satu Nasi Kerabu Biru Biase. Sebagai seorang yang non-kelantan, ni nasi kerabu paling sedap pernah saya makan. Saya ambik nasi kerabu kambing + solok lada (RM10). Kombinasi ramuan untuk nasi kerabu tu perfect! Sedap sangat dan yang penting kambing diorang tak berbau kambing sis. Sedap yang amat. Rasa macam rempah satay pun ade. Rasa nak salam cium tangan je tokey diorang sebelum balik, takot teringat-ingat. Memang sedap dan highly recommended. Kat sini ada lauk-lauk lain jugak macam ayam, ikan, paru, nasi dagang pun adoo. Amount diorang size untuk breakfast. Untuk yang tak biasa makan berat-berat untuk breakfast, jangan risau, nasi diorang tak banyak.. just nice untuk size sarapan pagi.


Nasi kerabu PANJI. Total ni RM26.20

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang 👀

2.      LOKASI: Zon Bebas Cukai Rantau Panjang (Boleh waze: ‘Zon Bebas Cukai Rantau Panjang’)
Alamat: Jalan Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200, Rantau Panjang, Kelantan


Kat sini… sume benda ada. Kaftan (RM100/3helai), Kaftan berbatu (RM50 sehelai), Jeans Levis 501 (RM35/sehelai lelaki straight cut), jogger pants (RM28 sehelai/ dewasa), Tali pinggang, beras-beras thailand, street food Thailand (somtam, kerabu maggi), buah-buahan, mee celop, batik baju kurung (design kat sini tak banyak sangat). Kat sini kena pandai tawar menawar. Peniaga kat sini baik-baik dan tak kedekut untuk bagi kurang especially untuk yang beli banyak-banyaj. So, kalo pegi by group, bagusnya decide dulu nak beli kat kedai mana, kemudian mintak kurang sehabis boleh. Kalau diorang macam tak nak bagi, buat-buat nak chow. Then Insya Allah diorang akan panggil balik dan bagi harga yang korang mintak. Kalau berpatutan laa. Konsep diorang same je rasanye kalau shopping kat tempat-tempat lain kan.. hahaha! Saya tak smpat nak snap gamba sebab hujan dan amaze dengan kawasan rantau panjang tu. Besar sangat tempat shopping diorang. Berlorong-lorong dan selang satu lorong tu ada sediakan surau.

p/s: Kalau korang nk shopping batik-batik cantik dan harga mampu milik, boleh carik kat Pasar Siti Khadijah

Haaa… kat rantau ni pernah viral dengan kuih ‘kuba guling’ masa ramadhan 2018 hari tu. Jadi, weolss pun decide untuk beli 1 (RM5/ 6 pieces), sebab nak rasa. Rasa diorang sedap macam kasui, dan diorang tak semanis kuih-kuih kelantan yang lain. Sebenarnya, kuih ni misteri sikit sebab dibuat dari ekstrak air tempurung yg dah di bakar (untuk dapatkn kaler hitam tu). Mohon google dlu ingredients diorang sebelum beli.. HoHoHo!

Kuba Guling

Bihun celop kat Rantau Panjang



By-T Laksam 👀

LOKASI: By-T Laksam (Boleh google  By-T Laksam)


Alamat: Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Bagi saya, laksam kat tempat ni antara yang paling sedap kat kelantan. Kuah diorang pekat dan tak lokek ikan. Padu sis!  Laksam kat sini ada yang special dan biasa. Yang special, ada telor puuyuh dan dihidang bersama serunding daging, RM5/plate. Biasa RM4/plate.

 
By-T Laksam

Wakaf CHE YEH 👀

4.      LOKASI: Wakaf CHE YEH (Boleh waze: ‘wakaf che yeh’)
Operating hours: 7pm-2am

Barang-barang kat sini lebih kurang rantau panjang dan pengkalan kubur.


Photo credit to www.maisinggah.com


3rd day 💟


Sebabkan harini hari last weolss, gamba pun macam nak taknak ambik sebab tengah fikir macam mane nak bawak balik barang. Hahaha! Tu la sakan sangat shoppingnye!

Kedai Makan Kak Nah 👀

LOKASI: Kedai Makan Kak Nah (Boleh waze: kedai makan kak Nah)

Alamat: 134, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Kat sini ade nasi campur, nasi dagang dan kuih muih Kelantan. Masakan diorang sedap sekata.



Pasar Siti Khadijah 👀


2.      LOKASI: Pasar Siti Khadijah

Pasar ni ade 3 tingkat;

Tingkat 1: ada barang-barang dapur basah, dan kuih muih Kelantan macam jala mas, buah tanjung, taik itik, akok, ketupat palas, tapai ubi, kuih che mek, buah-buahan.

Tingkat 2: ada jual makanan-makanan kelantan yang boleh dibuat sebagai cenderahati untuk opismate/labmate/housemate. Contoh: serunding (daging, ayam dan ikan), dodol, keropok keping, kerepek, ikan bilis sira dan kuih muih yang saya sendiri tak tahu nama diorang tapi yang pasti… manis.

Tingkat 3: ada kain-kain batik yang design diorang memang cantic-cantik dan lembut sangat. Ade yang dah siap jahit. Batik berbatu baju kurung yang dah siap jahit boleh dapat dengan harga RM130 sepasang kat KEDAI NO 240. Kain pasang (batik berbatu) yang tak jahit lagi boleh dpat RM55/sepasang. Beli banyak, harga boleh runding. Haaa,, gteww.. . Pekerja diorang memang mesra pengguna. Ni ade kad kedai tu dan contoh batik yg dah siap jahit. Sebabkan beli dua so dapat la harga RM125 sepasang.

 
Kad kedai jual kain batik

Baju Kurung batik yg dah siap jahit RM125



The Bold Lab 👀


LOKASI: The Bold Lab (waze: The Bold Lab)

Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Ni antara kedai-kedai hipster yang ada kat Kelantan. Yang lain boleh google ye. Hehe.. weolss sempat pegi yang ni je. Tapi memang tak mengecewakan sebab menu-menu kopi-kopi kat kedai ni memang sedap dan ada yang cakap rasa diorang boleh cecah standard Starbuck. Orang la yang cakap kan. Bagi saya sedap laaa.. memang kaw habis!! Haaa… dan yang paling win, kat kedai hipster ni ade menu yang paling rare kat Kelantan…

BURGER ULAM KELATE!!! Siap ade BUDU hokay dalam burger diorang. Tapi malangnya weolss tak sempat rasa hari tu. Kat sini saya sertakan sebahagian menu diorang dan menu-menu yang weolss order hari tu.



Senarai Coffee kat The Bold Lab

Antara menu kat The Bold Lab

Hazelnut Latte (RM11) + Burnt Cheesecake (RM13) + Berries Trifles (RM12)

Ice Coffee Cubes (antara coffee yang famous kat sini) (RM13)

Salmon Steak (RM30)

Shibuya Honey Toast (RM18) - 💢💢 Warning!: Benda alah ni manis sangat-sangat

Kat bawah ni saya ringkaskan antara barang-barang yang weolss shopping dan tempat-tempat yang berkaitan. Ni antara barang-barang yang weolss ingat laa.. Yang lain-lain banyak lagi. Tapi macam banyak sangat pulak kalo nak list down semua.  Haha!



Coklat murah
Peralatan dapur
TOTO+ cadar+bantal
Thai street food
Jeans
Kaftan
Batik
Duty Free Pengkalan Kubor
ü  
ü       
ü     


ü     

Duty Free Rantau Panjang

ü     
ü     
ü     
ü     
ü     

Pasar CT khadijah

ü     
ü     



ü     
Wakaf Che Yeh

ü     
ü     

ü     
ü     
ü     



Selamat bercuti di Kelantan!!

Follow Me @farahinesa