Friday, March 26

Kedai Cermin Mata Murah (Spek Murah) Sungei Wang - Eye Pro Vision semurah RM65 - Lot G111

11:05:00 PM 0 Comments

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera readers!!


Last week aku ada pergi Sungei Wang. Kadang-kadang kawan aku sebut Sungai Wang. Plan asalnya jalan-jalan dengan officemate cari lunch. Tapi, sebab asyik terbabas nak masuk Pavilion, maka terus pegi Sungei Wang aje lah. Dekat Sungei Wang ni ada banyak kedai cermin mata. Dulu aku pernah buat sekali cermin mata dekat kedai EYE PRO VISION sebab kawan-kawan recommend cakap bagus. Memang bagus, tapi kali ni aku pergi survey-survey dulu kedai-kedai yang ada. 

Tapi lepas masuk dua tiga kedai, dapat layanan macam cold je, aku pun plan terus pegi kedai cermin mata yang lama, EYE PRO VISION. Macam biasa, sampai aje depan kedai, seller dah welcome dekat pintu masuk dengan senyuman, very welcoming and friendly. Masa tu dah rasa vibes-vibes positif. Kedai pun terang, tak malap sangat nak survey-survey. Iye lah, yang masuk kedai spek mata ni biasanya yang ada masalah mata lah. Tak suka kedai mendung-mendung walaupun cantik macam hipster. Hahaha. 


Nampak je kedai ni, try masuk dulu. Memang puas hati layanan dia. 








Kedai ni serius murah. Memang budget aku kalau bab cermin mata bawah RM200 je aku boleh keluar. Power mata aku dah makin naik pulak. So, EYE PRO VISION memang pilihan yang betul. Dah lah layanan friendly. Sini memang aku suka layanan semua staff dia. Even dari dulu lagi memang staff dia punya layanan tip-top. Tanya aje apa-apa. Bagus kot owner dia train staff. Senyum je all the time sambil layan customer konflik nak pilih cermin mata yang sesuai dengan muka.


Harga cermin mata di EYE PRO VISION untuk references:

Alpha Blue 420 = RM65

Alpha Blue 420 + UV = RM125

Murah kan??


Kalau nak extra feature boleh tambah lagi, memang tambah sikit je. Masih 2x ganda murah dari kedai-kedai lain.

Rambang mata tengok cermin mata macam-macam jenis. Jadi macam agak lama jugak la pilih. Plus, aku pakai contact lense, (sebab memang tak plan nak buat cermin mata baru, tapi sebab murah kan, alang-alang tukar terus). Untuk yang pakai contact lense ni, lepas cabut contact lense, kena rehatkan mata dalam 15 minit dulu baru boleh test rabun. Dengan cara macam ni, barulah kita test mata kita accurate















Officemate aku pun pening pilih cermin mata sebab memang banyak pilihan, ada lebih 1,000 jenis. Dekat setengah jam cari yang sesuai dengan muka, tak mau tudung kembang lah, nak yang sesuai dengan warna kulit lah, staff EYE PRO VISION siap cari & keluarkan stock baru dari store cabinet untuk cari yang kena dengan muka kita. See! Memang membantu sangat. 


Kitorang pun pilih la up-to-date punye style, 'Korean Style'. Hahaha. 



Then, terus proceed test mata. Sekejap je test mata ni, nak check berapa power mata kita. 


Nanti dia akan tukar beberapa kanta untuk tengok yang mana paling jelas dengan mata kita.


Memang recommend lah, buat kerja pun laju. 


Kalau kita rasa macam tak nampak, bagitau je, nanti dia akan adjustkan semula untuk cari yang paling sesuai. Sebab cermin mata ni kita nak pakai lama, so kena buat betul-betul. 


Dah la owner kedai ni, peramah orangnya, fasih cakap Melayu. Rupanya owner kedai ni ada badminton court dekat Puchong dekat dengan Tesco Puchong. Besar pulak tu, baru tau


Untuk power lebih 400, ada additional cost sikit sebab kanta untuk power tinggi ni sepatutnya tebal, tapi dia dah tukarkan version nipis, so additional part tu lah. Tapi tak mahal pun. Masih lagi within budget, kat tempat lain for sure dah jadi RM300- RM500 kalau yang macam ni. Eh taktau lah nak cakap apa murah dia. Rasa macam nak tukar tiap-tiap bulan. Hahaha!


Kanta yang normal orang guna ni namanya Alpha Blue 420. Tengok ni, aku sempat rakam staff  EYE PRO VISION semangat bagi penerangan pasal jenis kanta. Baru lah tau apa beza cermin mata biasa dengan jenis Alpha Blue 420 ni



Nak yang ada UV protection pun ada tau. Yang boleh jadi gelap bila kena sinaran matahari pun, yess ada! Tanya je. Aku memang jenis banyak tanya, staff dia semua layan baik je.






Lepas dah siap test mata semua, kitorang pun pegi cari lunch. Dalam setengah jam lepas tu, William call bagitau cermin mata dah siap. Kitorang tak habis makan pun lagi 😂 


Memang pantas betul servis dekat EYE PRO VISION ni. Recommended sangat. So far, kalau nak repeat buat spek pun aku akan pegi lagi EYE PRO VISION rasanya. Malas nak cari kedai lain dah
Masa kitorang datang tu pun, ada je orang yang datang tukar spek lah, survey spek, ada yang sama-sama buat spek dengan kitorang, tapi EYE PRO VISION masih mampu memberikan layanan tip-top dan pantas. 





Lepas dah siap cermin mata, sesi try dekat muka pulak. Excited lah cerita dia buat spek baru. Sebab aku bukan jenis yang selalu tukar spek. Lepas tu kedai spek lain semua mahal, nak tunggu pegi Sungei Wang ni jauh nun kat KL, memang jarang lah cite dia aku pegi jalan-jalan KL sejak ada family ni. Zaman muda dulu boleh la kan

Sedikit tips untuk spek jenis besi macam yang aku pilih ni, spek jenis hipster ni maintenance leceh sikit, kadang skru dia susah nak ketatkan sebab minyak dari surrounding, so kena buka skru dan lap baru pasang semula, baru skru akan jadi ketat. Kalau tak pusing-pusing pun loose je. Jenis ni jugak bila tak pakai tudung, dia mudah jatuh sebab tak grip, maka, boleh la alter bahagian belakang hinge dia bengkokkan sedikit bagi grip belakang telinga supaya tak mudah jatuh masa kita tunduk. Ni tips untuk mereka yang hadapi masalah macam aku. 
























Yeay! Puas hati dengan wajah baru ni. Sesuai jugak la pakai style korea ni. Eh terperasan pulak. 😁 
Ape-ape pun, thanks to EYE PRO VISION sebab melayan karenah customer. 

Siapa yang naik LRT boleh turun kat stesen Hang Tuah , sampai stesen Hang Tuah kena tukar ke monorail dan ambik monorail ke Bukit Bintang. Sampai Bukit Bintang turun dan terus masuk ke Sungei Wang Plaza.

Korang kalau naik escalator ke Ground Floor, sampai je Ground Floor tengok kiri. Nampak lah EYE PRO VISION. Tapi aku tak sure la escalator sana ada empat, lima ke. Hahaha. Nampak macam satu je.






Alamat                : Lot G111 Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang
Waktu Operasi  : 11 pagi - 6 petang
Contact Person  : William (016-3771304)




Monday, March 1

Saya seorang engineer noob

8:00:00 PM 0 Comments

 Hi all. 


Malas nak bubuh intro panjang-panjang. So pendek cerita sekarang dah dekat 3 tahun jugak la aku bergelar engineer. Best ke jadi engineer ni? Dah kalau makcik-makcik dengar jadi engineer ni macam gah je kan? "Eh, anak ko keje ape? Engineer ke? Kaya betul" Eh eh eh eh. Maaf makcik, sebenarnya mari kita ubah persepsi masyarakat sekarang. 


Profesion engineer ini ada banyak tangga dari level kuli sampai lah ke level kelas atasan, yang macam IR semua tu lah. So yang level kuli ni starting salary dari RM1,500 dan boleh pegi ke puluh-puluh ribu. Makcik-makcik mesti selalu bayang macam drama melayu keje engineer ade rumah banglo, kereta sport sebab kerja engineer tu kan. Ade je, tapi berapa percent je lah yang mcm tu, tu pun maybe sebab bukak bisnes sendiri. Engineer cum big boss of a company. 


So kalau yang starting salary RM1,500 ni dah macam gaji food panda lagi tinggi dari dia lah kan? Begitulah kehidupan. Tapi sebenarnya ramai je graduate dia grab je peluang tu bukan sebab gaji tapi sebab niat nak timba ilmu. Cuma maybe tak lama lah kot, dah setahun chow la lompat cari better offer and salary. 


Aku sebagai level master then masuk bidang ni, tak banyak penambahan dalam gaji aku. Tapi tu lah, aku masuk bidang ni memang aku tak expect nak bawak kelayakan aku dan expect ada effect pada gaji. Lain lah kalau masuk academic line. Cuma niat nak belajar dalam industri je la. Sekali dah masuk buat projek MRT, haa tu dia pening kejap. Hahaha. So far, aku dapat boss yang baik yang tau tanggungjawab dia dan back-up anak buah. Tu penting beb. Alhamdulillah. Walaupun increment dah lama takda, tapi nak jump company dan dapat perangai boss macam hampeh, aku belum ready. Makanya, aku redha je lah di sini. 


Sebagai engineer, memang learning process tu tak berhenti. Even ko dah level senior pun belum tentu ko sangat hebat. Tak semua mampu. Experience ko pada previous projek sangat memainkan peranan penting dan depends juga ko bermula pada company yang macam mana. Kalau ko start dengan company yang tough macam consultant, then good. Sebab ko akan boleh adapt dengan company-company yang kurang tough seterusnya sebab ko dah biasa workload banyak. Zaman muda adalah sangat bagus ko nak cari pengalaman. Macam aku zaman muda aku habis banyak pada master full time which is aku rasa ada rugi masa kat situ. 


Bila dah masuk 30-an ni, badan and otak dah tak macam dulu. Lagi dah ada keluarga, komitmen akan bertambah dari segi masa. Ko nak kena bahagi masa untuk keluarga dan kerjaya. Part ni, memang aku dah akui, aku kerja sebab nak cari duit bukan sebab passion compare to zaman muda dulu. But still aku minat apa yang aku buat. Cuma ko dah ada priority lain which is your family. So, masuk bahagian engineering untuk perempuan ni ok je, untuk site tak sesuai kut sebab diorang biasa kerja malam. Aku office based, selalunya boleh balik on time tapi ada urgent case kena bawak balik keje kat umah. Depends. Setakat ni company yang aku kerja sekarang so far so good. Mengamalkan work life balance. Done bebel.  

Follow Me @farahinesa