Monday, March 1

Saya seorang engineer noob

 Hi all. 


Malas nak bubuh intro panjang-panjang. So pendek cerita sekarang dah dekat 3 tahun jugak la aku bergelar engineer. Best ke jadi engineer ni? Dah kalau makcik-makcik dengar jadi engineer ni macam gah je kan? "Eh, anak ko keje ape? Engineer ke? Kaya betul" Eh eh eh eh. Maaf makcik, sebenarnya mari kita ubah persepsi masyarakat sekarang. 


Profesion engineer ini ada banyak tangga dari level kuli sampai lah ke level kelas atasan, yang macam IR semua tu lah. So yang level kuli ni starting salary dari RM1,500 dan boleh pegi ke puluh-puluh ribu. Makcik-makcik mesti selalu bayang macam drama melayu keje engineer ade rumah banglo, kereta sport sebab kerja engineer tu kan. Ade je, tapi berapa percent je lah yang mcm tu, tu pun maybe sebab bukak bisnes sendiri. Engineer cum big boss of a company. 


So kalau yang starting salary RM1,500 ni dah macam gaji food panda lagi tinggi dari dia lah kan? Begitulah kehidupan. Tapi sebenarnya ramai je graduate dia grab je peluang tu bukan sebab gaji tapi sebab niat nak timba ilmu. Cuma maybe tak lama lah kot, dah setahun chow la lompat cari better offer and salary. 


Aku sebagai level master then masuk bidang ni, tak banyak penambahan dalam gaji aku. Tapi tu lah, aku masuk bidang ni memang aku tak expect nak bawak kelayakan aku dan expect ada effect pada gaji. Lain lah kalau masuk academic line. Cuma niat nak belajar dalam industri je la. Sekali dah masuk buat projek MRT, haa tu dia pening kejap. Hahaha. So far, aku dapat boss yang baik yang tau tanggungjawab dia dan back-up anak buah. Tu penting beb. Alhamdulillah. Walaupun increment dah lama takda, tapi nak jump company dan dapat perangai boss macam hampeh, aku belum ready. Makanya, aku redha je lah di sini. 


Sebagai engineer, memang learning process tu tak berhenti. Even ko dah level senior pun belum tentu ko sangat hebat. Tak semua mampu. Experience ko pada previous projek sangat memainkan peranan penting dan depends juga ko bermula pada company yang macam mana. Kalau ko start dengan company yang tough macam consultant, then good. Sebab ko akan boleh adapt dengan company-company yang kurang tough seterusnya sebab ko dah biasa workload banyak. Zaman muda adalah sangat bagus ko nak cari pengalaman. Macam aku zaman muda aku habis banyak pada master full time which is aku rasa ada rugi masa kat situ. 


Bila dah masuk 30-an ni, badan and otak dah tak macam dulu. Lagi dah ada keluarga, komitmen akan bertambah dari segi masa. Ko nak kena bahagi masa untuk keluarga dan kerjaya. Part ni, memang aku dah akui, aku kerja sebab nak cari duit bukan sebab passion compare to zaman muda dulu. But still aku minat apa yang aku buat. Cuma ko dah ada priority lain which is your family. So, masuk bahagian engineering untuk perempuan ni ok je, untuk site tak sesuai kut sebab diorang biasa kerja malam. Aku office based, selalunya boleh balik on time tapi ada urgent case kena bawak balik keje kat umah. Depends. Setakat ni company yang aku kerja sekarang so far so good. Mengamalkan work life balance. Done bebel.  

No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa