Wednesday, December 25

My two besties getting married! ❤

7:15:00 PM 0 Comments
Assalammualaikum w.b.t ..

Pagi yang indah. Aku bangun dan tak boleh tido semula. Ini weird. Ape sebab tah. Maybe hormon tak stabil kot. Hahahaha. So aku pun siap dalam jam 10 dan tak pergi pon lab. Stay kat bilik dan layan Hohohorlick secawan dengan coklat Cloud9.

Hari ini bercardigen hitam, inner belang-belang from Giordano. May favorite part is new contact lense dan shoes. Contact lense buat aku konfiden. I dunno why but memang kalau aku pakai contact lense, aku lebih confiden untuk keluar. It doesnt mean that Im not wearing glasses but kalau aku pakai spec tu means contact lense dah expired atau mata dah penat or aku memang nak simple on that day, dgn erti lain, Malas.


Aku kadang kadang bosan gak jadi student. Dah la elaun aku tak masuk lagi nie. So memang kering. I pull a loan wif my mum sebab tak tahan dah pakai duit mak aku. So, once aku dh dpt elaun aku akan payback. 


Masalahnya, adoyai. Bile mau dapat elaun? Sedeyh tau. But aku tak sabar wedding Dira is tomorrow! Esok dia nikah. Weeee. Nerves kan. Nak pegang tanggungjawab baru. Selama ni bujang, tanggungjawab sebagai anak. Lepas ni dah jadi isteri, tanggungjawab kat suami & anak-anak. Berbeza kan. 

Last few days aku dapat good news from my other bestfren, Shitah. Wow. Getting married in 2 months. So sudden lah kan. Whuaaaa. Dira ngan Shitah adalah antara yang paling rapat ngan aku. Sedeyh! Dedua dah nak kawen. Me? Me? 

Aku masih single. & Available. Nak kawen pun nak. Tapi aku yakin aku mesti akan pikir sebab tu tanggungjawab besar. Ala skang ni ye la aku cakap nak kawen, tapi kalau orang lamar, lagi-lagi kalau orang tak kenal, nak lah pulak aku kan? Aku spesis leh get along ngan orang tak kenal ke? Awkward. 

Lain lah kalau yang lamar aku tu memang aku dah crush sejak azali lagi. And aku minat dalam-dalam punya. Haih. However, the main point is dua orang paling paling rapat ngan aku is getting married! Tak sabar tak sabar!

Sedih untuk diri sendiri yang masih loser. Tak ada teman hidup. But happy enough for them!


Aku, Dia & Tong Sampah - Movie Review

5:46:00 AM 0 Comments

Aku tak sure la ni movie ke drama ke ape kan. Ape-ape pun, cerita ni aku ulangtayang dah lebih dari 5x lah. Serius boleh layan. Plus, memang aku minat Beto kan. Hahaha. Dia ni cool sgt tau. Sempoi. Jujur dgn watak yang dia bawak. Jenis yang ada pendirian dan tegas. Tu yang aku gambarkan bila layan cerita yang dia berlakon.

Cerita nie bermula dengan surat cinta Sharnaz (Siti Saleha) & Amir (Beto) tertukar mase diorang terlanggar nak membuang surat mereka. Tapi Sharnaz tak jadi nak buang but Amir dah buang. Then Sharnaz tuntun surat dia pada Amir. Sayangnya Amir dah pun membuang surat tu. Maka Amir teman Sharnaz pegi memunggah tong sampah cari surat Sharnaz & sambil tu Amir pun buang surat dia yang Sharnaz dah pulangkan tu. Mereka melepak kat kedai minum-minum dah terkantoilah bahawa ex-Amir, iaitu Dayan adalah girlfren baru ex-Sharnaz. Mereka pun membuat plan untuk ber-couple bagi menjeleskan ex-ex mereka dan pelbagai agenda lain supaya menarik perhatian ex mereka. Namun, bila mereka semakin rapat, mereka makin serasi, dan mula jatuh cinta. So ending dia boleh lah layan sendiri! ^__^

Pape pon cite ni sempoi. Beto ngan Siti Saleha sesuai sangat bawak watak ni sebab Siti Saleha comel dalam cerita ni, bawak watang comel, lincah dan manja. Beto pulak jenis cool dan matang. So, sebab tu aku tak bosan layan! Enjoy watching ~

Monday, December 23

Kisah Bangang : Salah masuk kedai.

10:17:00 PM 1 Comments
Aku ade kisah bangang untuk diceritakan.

Kejadian ini berlaku di Seri Alam. Mak aku stay dalam kereta. Maka aku pun menuju ke Maxis Centre untuk membayar bill broadband. Aku dengan tahap konfiden yang tinggi masuk lah ke Centre. Then aku pelik, kenapa decoration lain ni. Makin bersih. Dulu aku datang siap ade bau colok lagi. Sekarang dah bersih. Aku pun menononglah gi ke Kaunter.

Akak Kaunter: "Adik, amik no dulu kat belakang" 

Dalam hati aku. Eh kena amik no dah skang ni? Dulu tak payah no pon. Aku pun pergi kat pintu depan. Mane mesin kuarkan no tu? Tak hado pon. Cam biol cari. Akak kaunter tu pun tunjuk-tunjuk aku tetap tak nampak. Ye lah aku bayangkan mesin nombor tu. Sekali rupanya dia susun no dalam bekas pastu amik. Hahaha. Bodos gak aku ni. Mata tak nampak.

Amik je no turn aku pn dah sampai. So aku pun bagi No IC.

Akak Kaunter: "Jumlah RM99 semua"

Aku: "Hoh? Mahalnye. Saya dah bayar dah bulan lepas". Eeee.. apesal mahal.. Maxis nak tipu aku ke? 

Akak Kaunter: "Agaknye adik pakai line kot tu yang dia jadi mahal" 

Aku: "Saya mana pakai line. Saya pakai prepaid celcom je. Tak ade pakai line pon." Peliknye. Apesal mahal. Line menda nya aku pakai tah. 

Aku: "Saya pakai pakej RM58 je ni. Kenapa bole jadi sampai RM99?"

Akak kaunter tiga-tiga org tu pon kompius.

Akak Kaunter: "Agaknya adik ade call pakai line telefon. Tu yang dia charge."

Aku: "Eh broadband ade pakai line jugak ke?" 

Akak Kaunter: "Adik nak bayar untuk ape ni?

Aku: "Nak bayar Maxis"

Tiga-tiga akak kaunter gelak. Sorang tu jawab. "Ni TmPoint adik. Maxis kat sebelah."

Oh dem muke aku terus merah rasanya.

Aku: "Oh ye ke. Alamak salah tempat. Hikhikhik" 

Nak cover malu punye pasal maka aku pun bayar je la bill Streamyx aku. Memang bill Streamyx kat rumah atas nama aku. Normal lah bill tu RM100. Padan lah. Tak pasal duit aku melayang sebab Psiko sendiri.
Padan la masa bagi no IC tu aku tengok akak kaunter tu pakai baju TM. Aku siap cakap dalam hati. Akak ni tak pakai baju maxis ke? Dpt free mase exhibition kot. Eh eh eh. Memang gile lah aku ni. Agaknye aku banyak sangat berfikir sampai tak perasan salah masuk kedai. Memalukan student je lah !!

Punye lah terbentang tulis TmPoint kat belakang akak kaunter tu cmne tah aku boleh tak perasan. Aku angau ke apelah tah. Sampai tak sedar-sedar. Decoration pon lain, kaler pun lain, penjaga kaunter sume lain, baju pekerja pun sah lain. Paling best memang segala pemplet tulsi TmPoint. Pon tak nampak bayang. Aku rasa macam dah kena jampi je lah. Kesian sangat kat diri sendiri.

The - End of Presentation. Lets Relax until Next Semester.. !

9:58:00 PM 0 Comments
PRESENTATION DAH HABIS!! 


Seksi yaw gambar ni. Sile jangan buat aksi aneh semasa menonton. 

Malangnya ini bukanlah Viva kejadah ke ape kan. Ini hanyalah presentation utk subjek Research Methodology - UEP 0100. Meh sambil jenjalan blog sambil layan lagu Senorita - Justin Timberlake. 
Eih hensem betul la Justin ni. Baru aku perasan. Padan lah dulu Britney menonggeng kan. Ke aku salah gossip. Ok abaikan saje. 

Ape yang aku nak cite ni pasal presentation dah habis. Pegh aman. Report utk KeTTHA dah siap. Report utk UHW - Sains dan Islam dah siap. Aku boleh meronggeng dah. Hahaha. Malangnye ade masalah kewangan yang melampau. Huaaa! So sad oke. 

Tadi Lecturer just comment pasal Methodology aku yang tak ada flowchart. Aku dah buat flow tapi maybe tak clear & dia tak tersusun. Then dia comment tentang objektif aku yang mcm style PSM. Tak specific. Kena bandingkan research orang lain then ade improvement pada research kita. Literature Review pun aku tak letak. Hahahaha. 

Sebenarnye aku ada semua tu. Tapi aku tak letak dalam slide sebab malas nak explain. Title projek aku lain but research yang aku tengah buat ni lain sikit. Berkait la cuma susah nak diterangkan. Weeee ~ Tak kesah la janji dah habes present. 

I dah bagi kad kawen Dira pada ex-PA kitorg, (beliau MC sampai 5th Jan), Dr Yusri. Just Untuk Miza & Che serta SV Dira & Keon akan dihantar sebentar lagi. Ptg ni balik Pasir Gudang. Esok ade kenduri doa selamat kt Kampung. ^____________^ Lega rasanya. Beban kerja dah kurang. 

Follow Me @farahinesa