Wednesday, November 7

Account Google kena Hacked, Blog kena Removed!

6:38:00 AM 0 Comments
Assalammualaikum. 

Ya Allah. 

Aku baru je mengharungi hari yang pedih dan penat untuk recover Gmail aku yang telah di hacked!

Gmail bukan lah account dominan yang aku guna untuk urusan email. Untuk email aku prefer Yahoo. Contohnya macam Youtube dan Blog aku akan guna account Gmail. Aku jugak bukan lah sejenis yang selalu log in Gmail dan Blog sebab selalunya dah autosave password. Menjadikan aku kurang alert bila aku telah di hacked. 

Menggigil bila aku cari Blog aku tak jumpa. Dia siap tulis ;

Blog has been removed

Sorry, the blog at disismybelog.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.

Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the web, where is it?

Wei. Nanges! 

Aku try sign in kat Blogger, aku nampak email aku dah jadi nama orang lain! OMG! OMG!

Apekah??

Nama owner dia bukan lagi Farahin Esa. Tapi, Suzanne J. Givens. Wei??! Sape perempuan ni? T_T  Menyirap je aku kan.



Aku bukak Youtube, pun dah tukar nama perempuan aneh tu. Aku macam dah pelik. Aku masukkan password, Google cakap 'wrong password' lah pulak. 

Aku macam, 'Eh? Bile aku tukar password la weih!'

Bila dah salah masukkan password, Google ade letak note, aku dah tukar password aku 2 months ago. Heh? Aku da memang yakin account google aku di hacked. 



Huuu. 

Aku cuba recovery account google aku. So, dia akan hantar verification code la untuk buktikan tu account aku kan. 

Malangnya! Recovery email aku sepatutnya Yahoo email pun telah di tukar jadi sejenis account pelik. 


Korang bayang la. Jenis email ape yang pakai example@yo*****.com

Kalau Yahoo sah-sah la dia spesis example@ya***.com kan

Eh tapi bukan. Ini entah celah mane la email dia pakai. Menyirap sangat. Down pun ye. 

Aku pun dah separuh give up tapi masih cari solution. Kawan-kawan blogger ramai yang bagi support dan cuba bagi idea untuk aku recover email aku. 

Bila aku jumpa benda ni, aku macam, 'Hurmm. macam mana pun, aku kena recover Google Account aku dulu, baru bole dapatkan blog aku semula'

Aku masih berusaha sepanjang petang. Nasib lah tengah kurang workload kerja. Boleh lah aku berusaha dengan Google Account yang di hacked. Sepanjang hari wei aku cari soultion!

Lepas aku dah tengok Recovery Email aku pun dah kena tukar dengan hackers tu, aku guna 'Try Another Way'. 


So, Google akan suruh kita masukkan last password yang kita ingat sebelum password kita dah di tukar, atau mungkin password-password yang kita pernah guna sebelum ni. Aku pun cuba. 


Dia suruh masukkan email lain. Nanti diorang check dan dia akan contact kita thru account email yang kita bagi. Lepas dah masukkan, Google cakap macam ni pulak. Dia tak bole verify account yang di hacked tu kita punya. Aku ada kena masukkan Month dan Year kita Create Account Google tu. Sah-sah la aku tak ingat aku Create bila!

Aku dah try masukkan no telefon jugak. Malangnya, telefon yang aku masukkan mampu linked kan aku ke account Gmail aku yang lain je. Tak tau lah kenapa jadi tak ada kaitan dengan Google Account ni. Password yang aku guna sebelum ni pun tak cukup strong. 

Aku dah mati akal. 


So, solution terakhir aku. Aku bukak semua account Yahoo aku yang pernah wujud di muka bumi ini. 

Aku search kat setiap Yahoo Mail aku, aku masukkan nama account Gmail aku tu, 'nur*******@gmail.com' search kewujudan nama Gmail aku dalam seluruh pelusuk Yahoo Account aku. Dengan harapan aku ada hint. 

Yess. Rupanya salah satu Yahoo Account aku pernah jadi recovery untuk Gmail aku ni. Dah agak. 
Aku tekan link yang nak verify. Berhasil!

Sebab Yahoo Account aku ni pernah ada sejarah dengan Gmail aku. 

Aku masukkan semua detail yang dia mintak. Sebab dia dah tak sekat-sekat dan tanya soalan yang aku tak bole jawab lagi time ni. Akhirnya Google percaya aku pemilik Google Account yang asal. 

Akhirnya. 

Aku terus tukar password yang pelik dan susah. Update no telefon. Buat 2-step verification. 

Eh. Serik wei. 

Alhamdulillah. Aku pun berjaya recover Blog aku jugak once aku dah dapat Google Account & Gmail aku tu. 


So, sekian lah perkongsian yang tak seberapa ni. Serius aku serik. 

Bila aku check, hackers ni tukar recovery email aku jadi nama recovery email yang tak pernah wujud. Memang takkan aku dapat la verification code tu sampai bila-bila. 

Ko hase?!!

Eeeiiii. 

Geram sesangat. 

Ok. Bye. 



Yuhuuu… Jom fly dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan harga paling murah!

5:50:00 AM 0 Comments

Holla. Assalammualaikum. Dah lama tak berjumpa, rindu rasa hati. Sorry la dah lama tak update belogs ni, sarang labah-labah pun makin membiak nampaknya.
Sekarang musim cuti kan? Fuhh. Confirm ramai yang dok ushar last minit nak bercuti and mungkin ada yang dah book tiket bercuti pun. Harga tiket sah-sah la mencanak naik musim orang holiday ni kan. Aku dan husband adalah sejenis yang suka travel last minit tu lah. Hahaha ~
Tapi takpe, untuk yang tengah survey harga tiket murah, aku nak share satu tempat yang korang boleh cari dan book tiket murah. Tak payah dok pening-pening. Confirm banyak syarikat penerbangan dalam Malaysia yang tengah buat promotion. Leceh jugak nak bukak satu-satu website, pastu compare manual pulak. Make sure korang jangan silap pilih apps nak confirm booking nanti. Cari lah yang trusted! Duit nak keluar bukan lima nam hengget kak oi.
Hari ni aku share kat mane apps yang korang boleh book yang sangat dan amat memudahkan. Plus, boleh dapat harga tiket paling jimat dengan perbandingan banyak harga dari macam-macam syarikat penerbangan. Takde lah berpinar mata nak cari nanti.
Kalau contohnya korang nak fly cheap dari Kuala Lumpur to Kota Kinabalu kan, ada satu apps ni aku recommend sesangat. Pernah dengar tak Traveloka ? Korang boleh book je tiket online dari website Traveloka or apps Traveloka. Book je then terus bayar, easy measy kan ? Tak payah lah korang susah-susah nak pergi kaunter book tiket flight, pegi cari manual ke ape ke. Sekarang semua di hujung jari gittuhhh!
Cara-cara nak booking tiket ni senang jer, korang search jer flights from Kuala Lumpur to Kota Kinabalu di website ataupun di apps Traveloka, after that akan ada paparan dekat screen untuk carian tiket ke Kota Kinabalu. Aku advise lah better korang buat booking awal and kalau dah search and then dapat harga terendah time tu, takpayah la nak tunggu lagi terus je book. Bukan ape, harga tiket flight ni kekadang berubah dari masa ke semasa. Kang dok postpone nak pikir nak bincang bagai, takut esok dah naik harga pulak. Melalak la pulak nanti kalau terlepas cheap flight. Nan hado la nak undur masa. Bayor le korang yang mahal tuh.
So, untuk book tiket tu korang boleh booking sehala ataupun dua hala.
1.       First, pilih month and date and click je kat date tu.
2.       Then boleh pilih seat jugak depends on keselesaan
3.       Then click kat ‘search’ and akan keluar page yang memaparkan flight list and waktu penerbangan.
Korang boleh semak dengan detail ye waktu penerbangan sebab diorang fly different waktu. Depends jugak la nanti korang nak pilih flight either Mas, AirAsia, Malindo atau flight yang lain ke, eh suke hati korang lah. Masing-masing syarikat penerbangan ada specialty sendiri just kita je kene bijak memilih.
Kalau korang tetiba nak tukar carian, nak cari yang lain pulak dah, bolehlah click button sebelah kanan page untuk ‘Back to Home’ untuk korang ubah destinasi, tarikh atau any details yang lain. Flexible je tau guna Traveloka ni. Kalau tetibe je korang nak tukar date bagi pencarian tiket flight yang lagi murah, korang boleh click dekat buttonchange date’ sebelah bawah kanan page, then akan terus terpapar dates calendar and korang terus je click kat mane date yang korang nak tukar tu.
Senang je kan? Jimat masa pun ye, tak payah nak pergi ke main page bagai. After that, bile korang dah confirm date, time, flight and details yang lain, bolehlah korang proceed dengan booking, make sure semua info yang korang isi tu tepat, betul dan sahih ye sebab untuk simpanan rekod penerbangan tu jugak. Kalau ade salah nanti takut ade sebarang masalah yang muncul time korang nak fly nanti.
Ok next step pulak untuk pembayaran. Boleh lah pilih either nak bayar guna
1.       Online Banking or
2.       Credit Card
Nak lebih senang korang boleh guna online banking and tak perlu berhutang. Kalau tetibe rasa nak guna kad kredit, tiada masalah. Jangan tak bayor je la kad kredit tu.  Ada certain orang akan guna kad kredit then bayar ansur-ansur kan. Macam aku, sejenis yang suka save sesiap nak holiday, so akan pakai duit simpanan. Tak kisah la guna method ape, janji.. bayor! Haha!
Selain itu, korang boleh survey harga hotel kat Kota Kinabalu if korang tak sure nak stay kat mana guna Traveloka ni jugak. Biasa la kan kita suka nak survey-survey guna seluruh pelusuk sumber yang ada asalkan dapat murah, jimat, nak promotion segala. Kalau nak hotel nak siap free breakfast, ikot budget. Eh semua yang terbaik. So, boleh guna apps Traveloka ni je je wei.

Tutorial untuk booking dengan Traveloka. 


Meh aku bagi contoh camne korang nak guna mula-mula.

Ni contoh kalau korang nak book sehala la.  


Ni kalau nak book sekali return, dia akan suruh pilih ‘Departure Flight’ punya date dan ‘Return Flight’ punya date.


Let say, aku plan nak pegi Kota Kinabalu pada 7 December 2018, Jumaat dari KL and plan nak balik KL on 10 December 2018, Isnin.
Paling murah tiket flight 7 December tu RM194, return on 10 December pun RM194. Dah siap pilih tarikh tu, tengok lah flight mana yang RM194 tu kan.


Haaa.. Amek la pukul 7.15 pagi nak gerak dari KLIA guna syarikat penerbangan Air Asia. Ni kalau pikir nak jimat lah nokk. Nak naik yang mahal pun bole. Korang punya budget lah kan.



Balik pun plan la nak balik Isnin, pukul 6.50 petang. Haa. Choose la waktu korang nak tu.


Tu dia, keluar camtu dah. Book la ape lagi kalau korang rase dah murah habis dah kan.


Dah book nanti keluar camni lah. Pastu tetibe korang nak ushar hotel plak kan. Bahagian bawah ada item ‘Add Hotel’ tu, boleh click situ.


Boleh la korang masukkan 'Destination' and details yang diperlukan macam gambar atas ni. 


Nanti keluar la list camni. Nak cari yang paling murah dia boleh suggest, click ‘Lowest Price’ kat Sort Result bahagian header kiri tu.
Kalau agak-agak tak jadi, ‘eh cam mahal je, nak pakai khemah je lah park tepi pam minyak’, tekan la ‘back’ kat browser korang.
Pastu ‘continue to booking’. Sila la provide details korang dan terus ke pembayaran. Tu aku syak korang dah biasa buat kan. Ala, ni semua korang yang kaki travel. Mesti power bab-bab ni. Aku tunjuk surface je la senang korang nak tengok betapa mudahnya pakai Traveloka ni nak cari flight & hotel.
So, ape lagi?? .. jom book tiket flight and hotel kat Traveloka. Korang jangan risau, semua tempahan yang korang buat guna apps ni semuanya terjamin dan secured sebab korang dilindungi dengan teknologi RapidSSL yang sah dan diorang akan email terus tiket or any hotel booking direct ke email korang. 
Lastly, korang boleh la survey Traveloka punya apps ni sendiri yang memudahkan korang buat perbandingan.




Follow Me @farahinesa