Friday, March 26

Kedai Cermin Mata Murah (Spek Murah) Sungei Wang - Eye Pro Vision semurah RM65 - Lot G111

11:05:00 PM 0 Comments

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera readers!!


Last week aku ada pergi Sungei Wang. Kadang-kadang kawan aku sebut Sungai Wang. Plan asalnya jalan-jalan dengan officemate cari lunch. Tapi, sebab asyik terbabas nak masuk Pavilion, maka terus pegi Sungei Wang aje lah. Dekat Sungei Wang ni ada banyak kedai cermin mata. Dulu aku pernah buat sekali cermin mata dekat kedai EYE PRO VISION sebab kawan-kawan recommend cakap bagus. Memang bagus, tapi kali ni aku pergi survey-survey dulu kedai-kedai yang ada. 

Tapi lepas masuk dua tiga kedai, dapat layanan macam cold je, aku pun plan terus pegi kedai cermin mata yang lama, EYE PRO VISION. Macam biasa, sampai aje depan kedai, seller dah welcome dekat pintu masuk dengan senyuman, very welcoming and friendly. Masa tu dah rasa vibes-vibes positif. Kedai pun terang, tak malap sangat nak survey-survey. Iye lah, yang masuk kedai spek mata ni biasanya yang ada masalah mata lah. Tak suka kedai mendung-mendung walaupun cantik macam hipster. Hahaha. 


Nampak je kedai ni, try masuk dulu. Memang puas hati layanan dia. 








Kedai ni serius murah. Memang budget aku kalau bab cermin mata bawah RM200 je aku boleh keluar. Power mata aku dah makin naik pulak. So, EYE PRO VISION memang pilihan yang betul. Dah lah layanan friendly. Sini memang aku suka layanan semua staff dia. Even dari dulu lagi memang staff dia punya layanan tip-top. Tanya aje apa-apa. Bagus kot owner dia train staff. Senyum je all the time sambil layan customer konflik nak pilih cermin mata yang sesuai dengan muka.


Harga cermin mata di EYE PRO VISION untuk references:

Alpha Blue 420 = RM65

Alpha Blue 420 + UV = RM125

Murah kan??


Kalau nak extra feature boleh tambah lagi, memang tambah sikit je. Masih 2x ganda murah dari kedai-kedai lain.

Rambang mata tengok cermin mata macam-macam jenis. Jadi macam agak lama jugak la pilih. Plus, aku pakai contact lense, (sebab memang tak plan nak buat cermin mata baru, tapi sebab murah kan, alang-alang tukar terus). Untuk yang pakai contact lense ni, lepas cabut contact lense, kena rehatkan mata dalam 15 minit dulu baru boleh test rabun. Dengan cara macam ni, barulah kita test mata kita accurate















Officemate aku pun pening pilih cermin mata sebab memang banyak pilihan, ada lebih 1,000 jenis. Dekat setengah jam cari yang sesuai dengan muka, tak mau tudung kembang lah, nak yang sesuai dengan warna kulit lah, staff EYE PRO VISION siap cari & keluarkan stock baru dari store cabinet untuk cari yang kena dengan muka kita. See! Memang membantu sangat. 


Kitorang pun pilih la up-to-date punye style, 'Korean Style'. Hahaha. 



Then, terus proceed test mata. Sekejap je test mata ni, nak check berapa power mata kita. 


Nanti dia akan tukar beberapa kanta untuk tengok yang mana paling jelas dengan mata kita.


Memang recommend lah, buat kerja pun laju. 


Kalau kita rasa macam tak nampak, bagitau je, nanti dia akan adjustkan semula untuk cari yang paling sesuai. Sebab cermin mata ni kita nak pakai lama, so kena buat betul-betul. 


Dah la owner kedai ni, peramah orangnya, fasih cakap Melayu. Rupanya owner kedai ni ada badminton court dekat Puchong dekat dengan Tesco Puchong. Besar pulak tu, baru tau


Untuk power lebih 400, ada additional cost sikit sebab kanta untuk power tinggi ni sepatutnya tebal, tapi dia dah tukarkan version nipis, so additional part tu lah. Tapi tak mahal pun. Masih lagi within budget, kat tempat lain for sure dah jadi RM300- RM500 kalau yang macam ni. Eh taktau lah nak cakap apa murah dia. Rasa macam nak tukar tiap-tiap bulan. Hahaha!


Kanta yang normal orang guna ni namanya Alpha Blue 420. Tengok ni, aku sempat rakam staff  EYE PRO VISION semangat bagi penerangan pasal jenis kanta. Baru lah tau apa beza cermin mata biasa dengan jenis Alpha Blue 420 ni



Nak yang ada UV protection pun ada tau. Yang boleh jadi gelap bila kena sinaran matahari pun, yess ada! Tanya je. Aku memang jenis banyak tanya, staff dia semua layan baik je.






Lepas dah siap test mata semua, kitorang pun pegi cari lunch. Dalam setengah jam lepas tu, William call bagitau cermin mata dah siap. Kitorang tak habis makan pun lagi πŸ˜‚ 


Memang pantas betul servis dekat EYE PRO VISION ni. Recommended sangat. So far, kalau nak repeat buat spek pun aku akan pegi lagi EYE PRO VISION rasanya. Malas nak cari kedai lain dah
Masa kitorang datang tu pun, ada je orang yang datang tukar spek lah, survey spek, ada yang sama-sama buat spek dengan kitorang, tapi EYE PRO VISION masih mampu memberikan layanan tip-top dan pantas. 





Lepas dah siap cermin mata, sesi try dekat muka pulak. Excited lah cerita dia buat spek baru. Sebab aku bukan jenis yang selalu tukar spek. Lepas tu kedai spek lain semua mahal, nak tunggu pegi Sungei Wang ni jauh nun kat KL, memang jarang lah cite dia aku pegi jalan-jalan KL sejak ada family ni. Zaman muda dulu boleh la kan

Sedikit tips untuk spek jenis besi macam yang aku pilih ni, spek jenis hipster ni maintenance leceh sikit, kadang skru dia susah nak ketatkan sebab minyak dari surrounding, so kena buka skru dan lap baru pasang semula, baru skru akan jadi ketat. Kalau tak pusing-pusing pun loose je. Jenis ni jugak bila tak pakai tudung, dia mudah jatuh sebab tak grip, maka, boleh la alter bahagian belakang hinge dia bengkokkan sedikit bagi grip belakang telinga supaya tak mudah jatuh masa kita tunduk. Ni tips untuk mereka yang hadapi masalah macam aku. 
























Yeay! Puas hati dengan wajah baru ni. Sesuai jugak la pakai style korea ni. Eh terperasan pulak. 😁 
Ape-ape pun, thanks to EYE PRO VISION sebab melayan karenah customer. 

Siapa yang naik LRT boleh turun kat stesen Hang Tuah , sampai stesen Hang Tuah kena tukar ke monorail dan ambik monorail ke Bukit Bintang. Sampai Bukit Bintang turun dan terus masuk ke Sungei Wang Plaza.

Korang kalau naik escalator ke Ground Floor, sampai je Ground Floor tengok kiri. Nampak lah EYE PRO VISION. Tapi aku tak sure la escalator sana ada empat, lima ke. Hahaha. Nampak macam satu je.






Alamat                : Lot G111 Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang
Waktu Operasi  : 11 pagi - 6 petang
Contact Person  : William (016-3771304)




Monday, March 1

Saya seorang engineer noob

8:00:00 PM 0 Comments

 Hi all. 


Malas nak bubuh intro panjang-panjang. So pendek cerita sekarang dah dekat 3 tahun jugak la aku bergelar engineer. Best ke jadi engineer ni? Dah kalau makcik-makcik dengar jadi engineer ni macam gah je kan? "Eh, anak ko keje ape? Engineer ke? Kaya betul" Eh eh eh eh. Maaf makcik, sebenarnya mari kita ubah persepsi masyarakat sekarang. 


Profesion engineer ini ada banyak tangga dari level kuli sampai lah ke level kelas atasan, yang macam IR semua tu lah. So yang level kuli ni starting salary dari RM1,500 dan boleh pegi ke puluh-puluh ribu. Makcik-makcik mesti selalu bayang macam drama melayu keje engineer ade rumah banglo, kereta sport sebab kerja engineer tu kan. Ade je, tapi berapa percent je lah yang mcm tu, tu pun maybe sebab bukak bisnes sendiri. Engineer cum big boss of a company. 


So kalau yang starting salary RM1,500 ni dah macam gaji food panda lagi tinggi dari dia lah kan? Begitulah kehidupan. Tapi sebenarnya ramai je graduate dia grab je peluang tu bukan sebab gaji tapi sebab niat nak timba ilmu. Cuma maybe tak lama lah kot, dah setahun chow la lompat cari better offer and salary. 


Aku sebagai level master then masuk bidang ni, tak banyak penambahan dalam gaji aku. Tapi tu lah, aku masuk bidang ni memang aku tak expect nak bawak kelayakan aku dan expect ada effect pada gaji. Lain lah kalau masuk academic line. Cuma niat nak belajar dalam industri je la. Sekali dah masuk buat projek MRT, haa tu dia pening kejap. Hahaha. So far, aku dapat boss yang baik yang tau tanggungjawab dia dan back-up anak buah. Tu penting beb. Alhamdulillah. Walaupun increment dah lama takda, tapi nak jump company dan dapat perangai boss macam hampeh, aku belum ready. Makanya, aku redha je lah di sini. 


Sebagai engineer, memang learning process tu tak berhenti. Even ko dah level senior pun belum tentu ko sangat hebat. Tak semua mampu. Experience ko pada previous projek sangat memainkan peranan penting dan depends juga ko bermula pada company yang macam mana. Kalau ko start dengan company yang tough macam consultant, then good. Sebab ko akan boleh adapt dengan company-company yang kurang tough seterusnya sebab ko dah biasa workload banyak. Zaman muda adalah sangat bagus ko nak cari pengalaman. Macam aku zaman muda aku habis banyak pada master full time which is aku rasa ada rugi masa kat situ. 


Bila dah masuk 30-an ni, badan and otak dah tak macam dulu. Lagi dah ada keluarga, komitmen akan bertambah dari segi masa. Ko nak kena bahagi masa untuk keluarga dan kerjaya. Part ni, memang aku dah akui, aku kerja sebab nak cari duit bukan sebab passion compare to zaman muda dulu. But still aku minat apa yang aku buat. Cuma ko dah ada priority lain which is your family. So, masuk bahagian engineering untuk perempuan ni ok je, untuk site tak sesuai kut sebab diorang biasa kerja malam. Aku office based, selalunya boleh balik on time tapi ada urgent case kena bawak balik keje kat umah. Depends. Setakat ni company yang aku kerja sekarang so far so good. Mengamalkan work life balance. Done bebel.  

Wednesday, January 29

Seketul Farahin menamatkan zaman bujangnya ~

12:24:00 AM 0 Comments
Assalammualaikum.

Al-kisah, dah dekat setahun rupanya tak update blog. Last masa zaman mengandung dulu.
Sekarang dah zaman menjaga baby. Hahaha. Busy sangat jaga rumah tangga sampai dah lupa nak update belog.

Kerja pun banyak, kadang rasa nak pancitkan tayar kete boss je. Nasib la boss baik bagi angpow CNY. Sekarang kerja tengah slow down, maka kita ber'huhuhu' update belog yang tidak semenggah sangat ini.

Alhamdulillah. Kehidupan aku nampaknya seperti biasa. Menjalani kehidupan sebagai rakyat marhaen yang berjuang meneruskan kehidupan setiap hari di kota metropolitan ini.

Dulu masa sekolah menengah, tak pernah aku teringin pun nak kerja dekat kawasan Selangor/KL ni. Tak suka duduk bandar! Taknak keje dekat bandar! Gitu la ayat-ayat aku dulu yang cakap mcm tak pakai otak sikit.

Sekali hamek ko! Nak duit ko bole cakap banyak ke? hahaha ~ Begitulah realiti kehidupan. Jika dah tertulis rezeki kita kat situ, siapalah kita untuk memilih lebih banyak lagi bila pilihan kita adalah terhad.

Alhamdulillah juga, aku dah berkahwin 2 tahun lepas, mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan sendiri setelah 20 tahun meroyan mencari pasangan hidup. Nampak tak baru nak update pasal dah kawen. Punya la busy life aku sampai nak cerita pasal aku dah kawen pun tak sempat.

Aku mula-mula sekali kenal suami aku ni masa aku umur 19 tahun, tahun 1 dekat UTM Skudai sekitar tahun 2009. Kenal bukan face to face ye, tapi dr laman sosial 'Tagged'. Korang yang tak pernah tau kalau nak tau, dulu adalah zaman kegemilangan Myspace, Tagged, Friendster sebelum wujudnya menatang sosial zaman sekarang yang beranak pinak ni. HAHAHA

Sumber: Google 


Aku sejenis yang akan buat semua laman sosial yang membiak pada masa itu. Memula buat friendster, kalau bole hari-hari nak bukak friendster. Al-maklum la, addicted. Then buat la Myspace, Tagged jadah tu bila ada kawan buat.

Ok, kat Tagged ni aku suka main Mafia Wars & Pets. Mafia Wars ni aku dah tak hengat jadah hayam game dia macam mana tapi aku tau dulu aku suka bukak. Ape mende je la aku main dulu. Haih, tak paham.

Ni Mafia Wars. Lupa dah main dia macam mana entah!


Lepas tu main Pets tu, dia bole beli orang, setiap profile ada harga masing-masing. Kalau kita banyak duit bole la beli orang-orang yang kita suka. Ada yang mahal ada yang murah. Ada yang buat sampai lima ploh akaun sebab nak naikkan harga profile dia. Aku layankan aje. Lagi hot gamba profile ko, lagi hot la org cuba nak membeli ko. Gitu ~

Ni antara yang kaya-kaya lah ni. Haha! 


Game Pets dekat Tagged dulu. Uish memang dulu macam takde keje main benda alah ni. 


Aku kenal suami aku ni sebab dia 'Hi' aku dulu kat Message. Ala ni mesti dia spam 'Hi' kat semua pompuan. Aku memang sejenis rajin melayan kalau banyak masa, aku akan reply semua hi tu.

Kadang annoying jugak sebab penat nak jawab soalan default macam "Nama sape? Umur berapa? Belajar lagi ke? Dah makan? Stay mana? Asal?"

Tapi suami aku ni kebetulan lah, masa kenal-kenal tu, ada lah mutual friend. Rupa-rupanya dia satu rumah dengan kawan baik aku masa sekolah SBPI dulu. Kawan baik aku tu lelaki lah kan. Jadi, aku macam ada topik la nak borak dengan dia. Zaman dulu bukan mcm zaman sekarang, internet susah dapat dulu. Online pun jarang. So, conversation memang makan tahun nak reply. πŸ˜…  Hahaha. Kalau kebetulan dua-dua tengah online, panjang la sikit berbualnya. Beliau pun selalu la beli aku kat game Pets tu sampai la dia papa kedana tak mampu nak beli aku lagi dah sebab value dah tinggi. Haha ~

Suatu masa, kitorang lost contact. Suami pun dah lupa password Tagged dia. Aku pun dah bosan bukak Tagged yang tak mendatangkan faedah tu. Kemudian peralihan monsun timur ke arah Facebook. Semua orang start bukak akaun Facebook. Aku buat jugak la akaun facebook tapi bukak nya jarang sebab dulu macam complicated Facebook ni masa mula-mula nak hadamkan style dia.

Hari berganti hari dan tahun berganti tahun. Aku semakin tua. Bila dah start umur 25 ke atas aku dah mula meroyan pasal jodoh sebab kawan-kawan semua da laris sold out tapi aku masih single mingle acah-acah menikmati zaman bujang tapi sebenarnya dah cuak tak laku-laku. Haha~ 😎

Hujung tahun 2013 aku mula sambung master kat UTM Skudai sepenuh masa. Sebab hasrat arwah ayah aku dulu nak aku sambung master. Kebetulan ade peluang, maka orang cakap grab the opportunity la kan. Then, aku mereput kat UTM Skudai tak ramai kawan, ye lah kawan-kawan semua dah kerja. Zaman Degree dengan Master memang berbeza gila. Zaman aku sambung Master, aku lebih banyak menyendiri, layan drama korea, memerap dekat hostel.

Tahun 2015, aku mula menjinakkan diri dengan 'Beetalk'. Benda alah ni kawan aku suggest la sebab aku selalu main 'Wechat' yang tah pape tu. Maklum la banyak sangat 'freetime' masa tu. Segala benda aku try. Hobi aku memang kenal-kenal orang ni. Tengok ragam orang. Tanya itu ini. Meluaskan skop kehidupan aku dari dalam dunia sendiri yang mcm tertutup tu. So, aku terjumpa la semula encik suami kat 'Beetalk'. 




Dia pun add aku dengan caption, 'Ni kawan S***** kan?'. Aku pun pelik sebab dia kenal kawan aku. Bile approve, borak-borak, 'Eh ini la mamat yang aku kenal 6 tahun lepas kat Tagged'. Kitorang pun selalu la borak menda tah ape-ape je kadang-kadang mengarut loyar buruk semua keluar.

Dari 'Beetalk' aku bagi no telefon aku, sambung dekat 'Whatsapp' sebab aku dah nak remove 'Beetalk' aku dek kerana serabut nak melayan orang-prang psiko dalam tu. Aku dulu sejenis yang susah nak ignore. Rasa macam satu KPI kalau berjaya balas semua-semua mesej tu kadang-kadang walaupun rasa annoying. Sekarang aku memang dah tak kuasa nak layan dah. Mungkin dulu banyak masa sangat kot. Haha~ πŸ˜‚

Tapi aku ingat lagi suami aku cakap masa tu, 'Dah tak main Beetalk sebab dah jumpa jodoh ke?' Lebih kurang macam tu la ayatnya. Hamboih! Hahahaha. 😜

So, kitorang pun start semula ice breaking lepas 6 tahun tak contact balik. Nak dijadikan cerita, rumah mak ayah dia pun dekat la dengan rumah mak ayah aku, tak de la dekat sangat tapi dalam sejam jugak la. Asal pun dari kampung. Lagilah pulak, ramai la mutul-mutual friend yang muncul. Kawan-kawan baik aku masa sekolah rendah kat Felda dulu ni kawan MRSM suami. Kawan-kawan aku masa aku sekolah SBPI adalah kawan suami masa dia kat universiti. Kawan-kawan aku masa kat UTM pulak jadi kawan dia masa zaman kerja dia lepas grad degree. Keciknya dunia.


Masa tahun 2015-2016, walaupun suami masa ni duduk area Gelang Patah, aku dekat UTM, kitorang tak pernah jumpa. Ada je beberapa kali beliau ajak nak belanja makan tapi aku kan jenis cuak sikit nak jumpa orang-orang yang aku kenal kat media sosial ni. Memang aku tak pernah jumpa pun. Tapi, one fine day tu, terbuka la hati aku nak pi jumpa. Itu pun lepas suami masa tu dapat offer kerja dekat KL dah, tak duduk JB lagi, lagi la takde masa nak jumpa entah bilanya. So, ambik la peluang ni nak jumpa sebelum suami berhijrah jauh. Masa ni tahun 2016 hujung tahun. Kira setahun kenal dekat alam maya, baru decide nak face to face la.

Suami pun ajak la makan dekat Ejohng Concept. Sekarang takde dah Ejohng Concept ni, da ganti kedai nama lain. Nervous baq hang toksah cakap la. Nasib la ada topik-topik pasal kerja suami yang bole jadi bahan bual. Ye la, lelaki ni payah kot nak cari topik borak. Bukan bole cerita pasal drama korea ke, baju fesyen baru ke, katak terbang ke. Diorang ni macam stone jugak la sebenarnya. Lagi lah baru mula-mula nak kenal. Lama la jugak lepak dari pukul 9 malam sampai pukul 12 malam. Entah ape je kitorang borak. 😁

Ejohng Concept tu. Dah ganti kedai lain sekarang ni. 


Kali kedua jumpa adalah sebelum encik suami bertolak ke KL, aku pulak nak viva hari tu. So, beliau datang UTM lunch sama. 😳 Memberi kata-kata semangat sekali la sebelum viva.

Ok masa graduation ni encik suami nak datang tapi aku tak bagi. Haha! Sebab kawan-kawan aku yang berjoyah tu nak datang. 


Tak lama selepas tu, beliau menyatakan hasrat nak ajak kawen. Aku lah yang masa tu macam terpinga-pinga. Macam aik, laju jugak ni. Fast track ke? Haha. Tapi masa tu aku layankan je la. Aku macam takde la cakap nak ke taknak sebab tak percaya lagi. Dia plan nak jumpa mak aku, kenal-kenal. Aku memang ada ramai je kawan lelaki, tapi kawan lelaki yang huha-huha je la. Jadi macam terkejut bila ada lelaki nak ambik aku jadi isteri, serius. Hekhekhek. Malu iteww πŸ™Š

Masa birthday aku, dia ada la suruh florist deliver sejambak bunga ros. Uish, bole tahan jugak investment beliau masa ni. Sekarang? Hahaha. Ada tu pokok daun kesum ganti bunga ros dok tanam depan rumah. πŸ˜‚πŸ˜‚

Hahaha. First time dapat bunga lelaki bagi. πŸ™ˆ


Lepas beliau dah jumpa mak aku, aku pun dah jumpa parents beliau, terus decide nak bertunang and then kawen sebab umur pun dah makin meningkat. Nak tunggu apa lagi kan.


First time jumpa parents beliau masa raya. Gigih tu suami datang rumah kutip bawak pegi rumah parentsnya, lepas tu hantar semula balik rumah. Sebab sehala je dah dekat 90km. πŸ˜‚


Aku pun macam tak percaya la jugak ada orang yang berkenan kat aku. Hahahahaha. Tapi ikut je flow masa tu. jumpa yang sekepala, sekufu, buat apa nak terus membujang kan. Ahaks!




My e-day πŸ’“ Atie make-upkan pakai Mary Kay. Best!

Lepas grad, aku pun cari kerja sebab nak kumpul duit nak kawen jugak. Lagipun dah grad takkan nak menganga macam anaconda je kan duduk rumah. Alhamdulillah rezeki aku dekat Selangor. Masa tu suami pulak keje site dekat JB walaupun main office dekat KL. Entah macam mana rezeki la jugak tiba-tiba beliau kena based dekat HQ. Kitorang kira dekat la untuk buat persiapan kawen lepas bertunang. Bertunang pun tak lama, empat lima bulan je. Tahun 2017, aku graduate Master dan bertunang. Tahun 2018, aku berjaya menamatkan zaman bujang aku!

Aku banyak kenal suami pun masa kitorang beli persiapan tunang dengan persiapan kawen. Sebelum-sebelum tu tak ada masa sangat nak jumpa. Sebab beliau kerja KL, aku pulak menganggur dekat rumah. Once aku dah dapat kerja dekat Selangor and then beliau dapat la bertukar ke KL dari JB, baru la banyak jumpa itupun masa tu dah dekat nak bertunang dah pun. πŸ˜…

Sebelum kenal suami tu, aku macam dah demotivated dah, tak kawen pun takpe aku redha je. Tak sangka jugak la di saat aku pasrah tu, Allah datangkan jodoh akhirnya. So, uolss pun jangan putus asa, terus doa je. Kita tak nampak hikmah Allah nak bagi datang bila.

Alhamdulillah sekarang dah jadi mak bapak anak sorang dan sedang berharuk pikuk menguruskan keluarga kami. Masih lagi dalam usaha memperbaiki dan mengenali hati budi masing-masing. Doakan kami sekeluarga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah dan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kami. Wiwiwiwiw ~






Monday, February 25

SPEK MURAH, KEDAI VIRAL ALPHA BLUE 420 - EYE PRO VISION (PLAZA SG. WANG)

11:05:00 PM 24 Comments

Heyyaa Gais,

Assalammualaikum untuk pembaca muslim & Salam Sejahtera untuk reader non-muslim.

Dalam entry post kali ni, iols nak share pengalaman yang will help uols a lot. I’m not sure if most of my blog reader’s wearing spectacles atau tak. Tapi sekarang memang kebanyakan orang dah pakai contact lenses kan, including me. Yup, of course pakai spec akan buat tudung/scarf jadi kembang Hahah! And that’s one of the reason aku pakai kanta lekap. Konon nak cantek lah. πŸ˜‚

Tapi! tak bermakna cermin mata tak penting untuk aku. Once sampai rumah aku akan pakai cermin mata, and sepanjang kat rumah memang tak rajin nak pakai contact lenses. Jadi cermin mata penting woo.

Last aku buat cermin mata adalah masa aku masih dekat Johor, Julai 2015. Masa tu aku student lagi sambung belajar buat Master in Engineering. Duit elaun pun tak adalah banyak. Masa tu power dah naik, memang sangat perlu untuk buat cermin mata. Lagi-lagi lah zaman belajar. Life as a student, wearing spectacles will require a good maintenance and extra money is it? So, masa tu aku buat kanta untuk Alpha Blue 420 ni serius mahal. Cermin mata aku dalam RM400+, bingkai dah harga RM100. Nak tukar kanta jadi gelap kalau kena matahari tu lagi lah mahal gila 😴 – transition lenses.

Bila aku dah kerja area Selangor, kawan-kawan aku cerita ada satu Kedai viral dekat Plaza Sg. Wang - EYE PRO VISION yang murah. Fuh terbaik! Ngam-ngam masa aku plan nak tukar cermin mata aku yang power dah bertambah ni. Bingkai pun dah terkopak, plastic bingkai dah mengelupas. Memang dah sampai masanya ~ πŸ˜‹


KEDAI MURAH, KEDAI VIRAL ALPHA BLUE 420, SUNGEI WANG PLAZA πŸ’£πŸ˜


Al-kisah aku dari Selangor ke Sungei Wang Plaza untuk membuat cermin mata baru di hari Sabtu. Sampai dalam lepas Asar, tercari-cari kedai Eye Pro Vision ni, senang je tak jauh dari elevator - Level G, kedai No. G111. Masa sampai tu, alamak! ramainya orang. Risau juga lambat siap. Masa masuk kedai tu dah rambang mata banyak pilihan. Terus ada staff Eye Pro Vision layan aku walaupun orang ramai. Aku terus cakap nak cari spek mata baru coz nak replace old one. Staff Eye Pro Vision dengan friendly nya explain jenis-jenis kanta yang ada, harga untuk setiap kanta termasuk bingkai dan beliau akan tanya budget berapa. Serious lah murah!! 😱😱 Aku boleh jimat dalam RM300 – RM500 compare dengan kedai-kedai lain yang aku pernah survey.




Last time aku buat cermin mata kedai lain Alpha Blue 420 dalam RM400, tetapi kat Eye Pro Vision ni RM125 je termasuk bingkai. Eh, dia bukan bagi bingkai biasa tau, yang high quality boleh bengkok kiri kanan depan belakang. 😏







Kalau korang nak cermin mata biasa jenis multi-coated baru RM65 termasuk bingkai. Mana nak dapat harga murah macam ni?? 😱😱😱 Aku suggest dekat mereka yang ada anak-anak jenis suka pakai cermin mata lepas tu setahun dah patah, boleh sangat beli kat sini. Dah la murah, bingkai-bingkai cermin mata yang ditawarkan tu 80% flexible, tak patah. Anak korang nak bergolek 3km sambil pakai cermin mata pun tak ada masalah rasanya.

Secara kesimpulannya, aku detail kan tawaran Eye Pro Vision yang unbeliveable ni.

Bingkai + Kanta Multi-Coated = RM65
Bingkai + Multi-Coated + Kanta Alpha Blue 420 = RM65 + RM60 = RM125
Bingkai + All Above + Transition Kanta  = RM250

Transition Lenses juga dikenali sebagai Photochromic Lenses (kanta jadi gelap bila kena sinaran UV)

Korang nak beli kena ikut budget juga. Kalau aku, actually Alpha Blue 420 tu dah sangat OK!


APA ALPHA BLUE 420 LENSES NI? πŸ‘€✌


Aku pilih cermin mata yang ada feature Alpha Blue 420 ni nak protect mata sebab aku jenis yang suka hadap phone main game, tengok laptop 8 jam sehari, main phone, main phone dan main phone whatsapp sana sini. Hahaha. πŸ‘§πŸ˜‰

Kelebihan Alpha Blue 420:

1. Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
3. 100% block sinar biru dan ultra ungu (UV420)
4. Tahan lasak & tak mudah pecah
5. Kalis air & kalis calar

Korang just tambah RM60 je untuk kanta jenis Alpha Blue 420 ni tau. Tapi mengikut kemampuan masing-masing. Eh tapi memang murah teroks! Lagipun cermin mata bukan selalu tukar macam contact lenses, RM60 tu dah tersangat murah compare tempat lain. Harga biasa dah RM250++.  I am serious.


Korang tengok video ni baru paham kelebihan kanta Alpha Blue 420. Membantu tau. πŸ‘

Aku yakin orang sekarang confirm selalu menghadap smartphone non-stop dan bekerja dengan computer. Korang perlu, perlu dan perlu cermin mata jenis Alpha Blue 420 ni untuk protect mata korang. Even kalau anak-anak tak selalu tengok laptop atau smartphone, penting untuk diorang bila berada di luar rumah yang terdedah pada sinar biru & ultra ungu (UV420) kan?


1 JAM JE DAH SIAP! 😱


Wei, aku adalah jenis orang yang cerewet dan lambat pilih. Of course aku pening nak pilih bingkai yang ade 2,000 pilihan tu. Nak yang tak kembang tudung lah, yang sesuai dengan muka, up-to-date design of course, tak nampak gemuk, perempuan memang cerewet tau. Suami aku pun pening nak layan. 

Tapi staff Eye Pro Vision sangat cool! Diorang layankan aku dan bantu aku pilih cermin mata yang sesuai dengan sabar dan friendly tau. Semua staff dia friendly termasuklah William, owner kedai. Dekat sejam aku pilih bingkai je. Semua staff dia tolong aku decide bingkai yang paling sesuai dengan aku. Hahaha. πŸ˜‚ 

Then aku test power mata dengan William. William sangat friendly, sambil test mata sambil berbual. So aku decide nak buat jenis Transition Lenses, RM250 je weih!! 😲😲 Kat luar ni entah berapa dah aku kena bayar. Sebab nak yang kanta bole jadi gelap kalau kena cahaya matahari tu. Hahaha. Dulu tak mampu sebab RM600 katanya kat kedai lain. Kat sini RM250 je, terus grab laju-laju nak beli yang paling high feature kevavom. 

Dah dapat resit, diorang cakap sejam je siap. Uikss? Pantas nya. Kedai ramai orang pun bole siap laju-laju ke? So, ok lah aku dan suami jalan-jalan, solat dulu. After 1 hour aku datang semula, eh dah siap??! Wow! Terus gelojoh try cermin mata baru. Excited. Staff Eye Pro Vision siap test kan cermin mata aku bole bertukar jadi gelap tu. Hahaha. πŸ˜‹ Layankan je pelanggan dengan mesra. Siap bagi advice penjagaan cermin mata dan ada free gift tau. Tak rugi buat cermin mata kat sini. πŸ’—


LEBIH 2,000 PILIHAN BINGKAI DESIGN TERKINI, BERKUALITI DAN TAHAN LASAK πŸ’


Ok kenapa aku cakap bingkai dia tahan lasak?

Sebab dia punye bingkai boleh bengkok 180 degree! Flexible habis. Kalau patah jugak aku tak sure la orang tu buat apa dengan cermin mata dia. Bingkai yang aku pilih ni sangat flexible. Aku nak bergolek 50 pusingan sambil pakai cermin mata pun tak rasa was-was. Even bingkai yang hold kanta tu pun flexible, susah patah. Yakin sikit cermin mata aku ni boleh tahan lama. Lagi-lagi aku bakal ada baby tak lama lagi, yang tahan lasak itu penting ye. 😍



Video ni William tunjuk cermin mata yang di jual di Eye Pro Vision semua flexible dan tahan lasak. Tengok la tu bole bengkok macam tu sekali haa 😨. Masa ni dah hampir Maghrib, cermin mata dah siap, Yeayy! πŸ™†


Design pun banyak pilihan, semua cantik-cantik dan up-to-date. Nak yang macam korea? πŸ’› Plastik? Besi? Besar? Harry Potter? Diameter kecik? Bingkai colour-colour? Cuba tengok video kat atas ni pilihan-pilihan yang ditawarkan tu. Banyak tau!

Korang jangan risau, William dan staff Eye Pro Vision confirm bole bagi pendapat yang superb dan membantu korang. Aku memang paling suka dengan layanan staff Eye Pro Vision ni lah. Dah la murah, friendly pulak tu, siap pun cepat. Rasa berbaloi beli cermin mata kat kedai yang staff friendly ni.


Nampak tak cermin mata aku bertukar gelap lepas kena sinaran UV. 
Saja nak test cermin mata baru. Hekhekhek. 😎


Ni one of Eye Pro Vision staff yang super friendly dan selalu gelak. 
Gigih layan aku pilih cermin mata. Mesra & peramah sangat. 
Tak rasa awkward nak pilih cermin mata yang sesuai. πŸ˜„


I am one of that happy customer! 😚


Tetapi, in case korang nak jenis yang berjenama dengan harga bingkai mahal sikit pun Eye Pro Vision ada tawarkan. Itupun aku tengok tak mahal sangat macam yang pernah aku survey kat kedai-kedai lain. Aku cuma nak bingkai yang sesuai dengan muka je, so yang beshe-beshe pun dah okay sangat. Hehehe. 😊


REVIEW PELANGGAN EYE PRO VISION YANG PUAS HATI DENGAN SERVIS πŸ’–




Eh! korang kena datang sendiri baru bole rasa macam mana puas hati dapat buat cermin mata murah, cepat, berkualiti dengan servis yang TIP TOP! 😱







Ramai betul orang datang kedai ni. Tapi tetap boleh siap cepat!





Boleh contact William πŸ‘¦ yang peramah tu untuk tanya apa-apa.

πŸ’¬ William - 016 3771304

πŸ’¬ Address: 

Lot G1111,
Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

πŸ’Ÿ Facebook : Eye Pro Vision

Make sure pergi KEDAI VIRAL EYE PRO VISION sebab layanan diorang terbaik. ✌πŸ‘










Sunday, December 16

Surya Chlorophyll : Atasi masalah sembelit dan kurang makan sayuran

6:56:00 AM 5 Comments

Assalammualaikum.

Hey all. Thanks for reading.

Straight to the point, entri kali ni adalah untuk aku share sesuatu yang bermanfaat untuk sesetengah orang yang sedang mencari solution untuk masalah-masalah penghadaman terutamanya.

Tapi! apa yang akan aku share ni tak limited untuk masalah ini je, sebab dia ada banyak kebaikan lain yang korang boleh manfaatkan. So punca masalah yang aku dapati ramai orang susah nak makan sayur kan? 

Macam aku, semestinya tersangatlah susah untuk makan sayur - sayuran. Kalau buah-buahan memang no problem sebab sedap. Tapi, sayur ni memang agak susah sikit. Kalau lunch dekat kedai makan tengah hari, aku akan tengok jenis sayur, sayur tu nampak menarik ke tak, sayur masak apa, dah lecur aku tak amek, yang ulam pun aku tengok jenis-jenis je, eh memang cerewet la. Aku akan makan sayur tu kalau sayur tu spesis yang aku minat aje lah.

Jangan kata aku, anak-anak sedara aku yang kecik-kecik tu lagi lah, punya liat nak makan sayuran. Kalau mak aku masak bayam, sawi, taugeh, nan hado lah diorang nak makan. Kena bebel, kena paksa baru nak makan lah. Tak sedap katanya. Nak kena ugut macam ni,

“Kalau makan sayur boleh jadi pandai, kalau tak nanti orang lain semua pandai dapat nombor 1 awak dapat nombor corot.” 

baru la diorang jamah, tu pun, cinonet aje la kan.

Pendek kata, kalau masuk isu khasiat dalam sayuran ni, agak susah untuk kita semua ambil manfaat sebabnya sayur bukan lah kegemaran kebanyakan orang. Aku sendiri pun tak faham lah kenapa.

Jadi di sini kita ada alternatif solution iaitu sejenis Klorofil.





Kebaikan Klorofil ❤


Klorofil adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi pelbagai nutrisi yang penting bagi tubuh diantaranya adalah :
  • Vitamin A,
  • Vitamin C,
  • Vitamin E,
  • Vitamin K dan
  • Beta karoten.

Untuk lebih terperinci, klorofil ni ada banyak kebaikan seperti;

  1. Menjaga kesihatan sistem pencernaan
  2. Membantu proses pembentukan sel-sel darah merah serta dapat mencegah anemia
  3. Membantu mengawall rasa lapar
  4. Dapat mengawal bau
  5. Mempercepatkan proses penyembuhan
  6. Menghilangkan racun dalam tubuh (proses detoksifikasi)
  7.  Melindungi DNA dalam tubuh
  8. Sebagai antioksidan yang kuat
  9. Membantu dalam proses terapi pada pesakit yang menghidap kanser
  10. Sangat efektif melawan albicans candida
  11. Dapat mengubati bengkak dan kemerahan pada kulit
  12. Menurunkan risiko gangguan arthritis 
  13. Mencegah insomnia
  14. Meningkatkan sistem imun tubuh
  15. Mengatur keseimbangan asam alkali dalam tubuh
  16. Menjaga kesihatan tulang dan otot
  17. Membantu proses pembekuan darah
  18. Menurunkan risiko batu karang
  19. Mencegah sinus
  20. Menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh
  21. Mencegah risiko gangguan pankreas
  22. Menjaga kesihatan gigi dan gusi (mencegah peradangan serta gusi berdarah)


Jom cuba Surya Chlorophyll!! πŸ‘€


Tetapi, dalam banyak-banyak jenis Klorofil di pasaran, aku nak suggest korang try Surya Chlorophyll. 






Sebab Surya Chlorophyll ni terjamin. Korang boleh dapatkan dari Watson tau dengan harga berpatutan. 

Korang taknak makan sayur kan? Haaa.. inilah solution yang aku bole suggest! 😏


1 cawan Surya Chlorophyll = 4.7 kg Bayam




Surya Chlorophyll telah diekstrak dari daun Mulberry yang dikenali sebagai pokok yang jauh dari serangan racun perosak. Ia juga mengandungi alkali yang semulajadi baik untuk pembersihan dalaman yang akan membantu menjadikan kulit lebih sihat, cerah dan bebas dari jerawat. Selalunya kita hanya focus penjagaan luar, jadi apa kata kita concern tentang dalaman dan cari produk semulajadi yang dipercayai untuk membantu dalaman pulak kan.

Seperti yang telah dikongsi khasiat klorofil, Surya Chlorophyll mampu membantu dalam pembersihan dalaman, mengelakkan dan mengurangkan masalah bau badan dan nafas berbau. Boleh bertindak sebagai deodorant semulajadi.  




Surya Chlorophyll bole didapati dalam dua perisa ; Lychee & Peach




Iolss beli yang Lychee!!!




Antara kebaikan-kebaikan lain yang boleh didapati melalui Surya Chlorophyll adalah;

  • Memperbaiki sistem pengahadamam dan mengawal berat badan.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • Melindungi kulit daripada pelbagai penyakit kulit.
  • Membantu melawan kanser.
  • Klorofil juga turut dikenali sebagai superfood kerana ia kaya dengan mineral dan multivitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
  • Mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi seperti membantu meneutralkan toksin dalam darah.
  • Membantu untuk system Purify 'darah' - meningkatkan hemogoblin  & sel darah merah
  • Baik untuk detox hati.
  • Membantu masalah penghadaman.










Produk Surya Chlorophyll ni HALAL ke?? 😱


Produk Surya Chlorophyll dah diperakui HALAL, malah GMP HACCP mendapat pengesahan dari BioNexus Key Message Certified dan diyakini tidak mengadungi bahan pengawet.







Cara pemakanan Surya Chlorophyll?? πŸ’¦


  1. Campurkan 25ml Surya Chlorophyll dengan 125ml air suam atau air kosong.
  2. Kacau dan minum. Nak letak ais pun boleh.
Kanak-kanak seawal 2 tahun pun dah boleh minum bancuhan klorofil.







Click Video untuk tutorial bancuh Surya Chlorophyll : Cara-cara bancuh Surya Chlorophyll





Yang TIDAK sesuai ambil klorofil?? πŸ™…



  • Wanita mengandung dan Ibu yang menyusukan tidak digalakkan mengambil produk ini kerana masih belum ada kajian yang khusus klorofil sesuai di ambil untuk individu tersebut
  • Pengambilan klorofil mungkin akan menyebabkan sesetengah orang allergic kepada matahari sebagai kesan sampingan. Jika berlaku atau berlarutan, dapatkan nasihat doktor.
  • Untuk pesakit diabetis, hati, jantung dan masalah perut yang serius, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Cara nak dapatkan Surya Chlorophyll?? πŸ™‹



πŸ’™Korang boleh beli kat Watson yang berdekatan!! Aku pun beli dekat Watson IOI Mall Puchong. Tak sampai RM50 pun.

πŸ’™Boleh jugak kalau nak beli online di website My Natural Option (www.mynaturaloption.com)

πŸ’™Tapi korang bole try tengok dekat Shopee ataupun Lazada (klik link dekat bawah ni). 


πŸ’™Shopee 

Peach ← klik
Lychee ← klik
Twinpack ← klik

πŸ’™Lazada

Peach ← klik
Lychee ← klik
Twinpack ← klik





Kena selalu update sebab selalu out of stock!





Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Surya Chlorophyll bole hubungi:


  ⓕ  Facebook : Surya Malaysia

 πŸ“Έ Instagram : Surya Malaysia









Follow Me @farahinesa