Aku baru je terjebak dengan drama ni beberapa hari yang lepas. Hohoi ~ Bole tahan best dia. Sekarang aku baru menonton sampai episode 4.
Cerita nie tentang zaman Dinasti Joseon Korea yang dah berkurun dulu. Princess kerajaan tu jenis suka sneak-out dari istana dan bukan jenis yang sopan santun sangat. So, Princess Hye Myung ni heroin dia lah. Hero dia pulak mamat terpelajar, Gyun Woo, spesis stone-heart yang baru balik dari Dinasti Qing China, dia belajar dan berkhidmat dekat China selama 3 tahun. Entah macam mana Gyun Woo ni boleh pulak terjebak dengan Princess Hye Myung masa Princess nie berlegar-legar dekat luar istana sambil mabuk-mabuk dan weng-weng. Masa Princess nie kecik dulu, dia ada sejarah di mana Queen, ibu kandung Princess tu di fitnah dan di usir istana masa mengandungkan adik lelaki dia. Raja sendiri speecless dan tak dapat selamatkan wife dia sebab itu macam konspirasi dari pegawai istana. Raja pun macam taktau nak percaya siapa. Tapi, Queen sempat melahirkan seorang putera semasa dalam perjalanan di usir dari kota dan pegawai istana dah plan nak bunuh Queen masa dah keluar dari kota. Tapi, pakcik kepada Raja semat selamatkan baby dan serahkan baby tu pada Raja. Queen yang baru ni pulak la jadi ibu kepada putera raja tu dan tak pregnant sebab raja asyik mengelak dari Queen. So, putera raja tu ingat Queen yang sekarang tu ibu kandung dia. Tapi Princess Hye Myung tau situasi sebenar sebab dia ada masa ibu dia diusir dari istana. Eh malas lah aku nak cerita panjang-panjang. Korang kena tengok sendiri. Banyak jugak la funny scene sebab Princess Hye Myung asyik buat hal dan Gyun Woo asyik terkena dan terjebak dalam hal-hal Princess ni. ^_^
Link nak download: Download SINI
Nak tengok online : Tonton SINI