Antara gambar latest. (2017)
Masa umur 17 tahun. (2007)
18-19 tahun. Memang tak ada masalah kulit muka. (2009)
Tahun 2 di universiti. (2010)
Tahun 3 di universiti. (2011)
Final year di IPTA. (2011-2012)
So, aku keluar just pakai bedak talkum ataupun compact powder. Tepek-tepek cikit, jalan. Masalah aku bermula sejak aku mula berjinak dengan mencuba facial. Sebelum facial tu sendiri sebenarnya, muka aku dah ada unsur-unsur jerawat tapi memang tak banyak. Seketul, dua ketul dalam masa sebulan. Lebih kurang macam tu lah.
Sesiapa yang pernah duduk universiti, mesti selalu lepak dengan kawan-kawan. Sometime, ada promoter datang promote produk. Dulu aku pandang enteng je sebab aku tak banyak masalah muka, duit pun tak banyak nak hantar dekat butik kecantikan. Hahaha. Tapi ada sekali tu, aku try dengan kawan aku. Dia pun tak ada masalah kulit. Tapi kitorang saja nak try sebab MURAH. Dia buat diskaun, so sekali facial dalam RM30. Ok what. Sebab aku pun nak try je. Membazir. Teringin nak orang usap-usap muka.
Aku perasan lepas facial tu la muka aku membuat perubahan. Jerawat start berjinak dekat muka secara berkala. Mula-mula bahagian dahi, lepas tu bahagian pipi. Start aku masuk Tahun 4 dekat universiti, muka aku dah mula tumbuh jerawat-jerawat. Ada yang kecik, ada yang besar. Macam-macam saiz. Kadang-kadang diorang buat perkhemahan unit beruniform dekat atas muka aku. Sekelompok dekat dahi (aku namakan dia tunas puteri), segerombolan jerawat dekat pipi (ini mesti pengakap sebab ramai). Haisshh. Aku dah try macam-macam masa tu tapi budget limited sebab student. Tak mampu lah nak try produk harga beratus. Then, aku try pakai "Nivea for Men". Bole tahan, menjadi jugak la. Masa tu aku macam ada konfius dengan identiti diri sekejap. Hahah!
Selepas graduate. (2012)
Jerawat dah tutup dengan compact powder pun nampak lagi.
Perkhemahan jerawat yang makin giat. (2012-2013)
Muka dah start tak flawless. (2012-2013)
Tapi lama kelamaan, tak lut dah. Aku ada try produk-produk yang mak aku suggest tapi still tak ada effect. Lepas graduate degree, muka aku sama je. Jerawat tetap membiak secara berkelompok. Aku jadi stress. But then, ada sedara aku datang promote produk amway. So, aku amik vitamin C dan guna produk kecantikan muka such as pencuci muka, scrub, krim tu semua. Dalam sebulan lepas tu, memang ada perubahan positif pada muka, sebab produk ni menggunakan bahan natural jadi dia ambil masa nak nampak perubahan. So, aku pun teruskan.
Breakouts start masa aku interview untuk position engineer dekat Johor. Aku menumpang rumah kawan aku tapi lupa bawak pencuci muka. Aku pun nampak sabun badan jenis cecair Dettol. Haha! Guess what. Aku dengan selamber nya guna untuk cuci muka. Sebab muka berkilat berminyak dan tak selesa. Punya la confident, sebab apa, aku fikir masa kecik-kecik dulu pakai sabun badan dekat muka okey je. Miahahaha~ But please never be a stupid mangkuk like me. Ini lah permulaan kepada kegagalan muka aku.
Lepas tindakan bangang menggunakan Dettol dekat muka.
Jerawat berpusu-pusu mencari ruang kosong nak tumbuh.
Muka masa baru-baru nak breakouts. Eh. Perempuan ni boleh senyum lagi tu. Berani betul.
Esoknya lepas guna sabun tu, aku macam, eh, eh muka aku macam menggerutu. Kenapa eh? 'Kau boleh tanya lagi kenapa kan'. So, aku pun terfikir, sebab sabun Dettol tu ke? Oh dem. Aku dah mula cuak, risau semua. Aku balik rumah lepas habis interview, gerutu-gerutu tu dah muka bertukar jadi jerawat. "Aku dah agak!' Memang petanda tak baik dari awal. Eh kau gila, kau pakai sabun Dettol kat muka, kau expect apa? Kalau orang cakap aku bangang pun aku memang mengaku je sebab aku ade sifat-sifat tu, kadang-kadang je lah. Heehee.
Horror sangat muka aku masa tu, aku serius bertambah stress. Daripada nak okey jadi makin teruk. Aku pakai produk-produk amway tapi nampaknya tak jalan jugak. Aku tak menangis tapi aku stress. Aku dah muka fikir yang tak akan ada lelaki nak terima aku dengan muka aku macam tu. Aku taknak keluar rumah, tak nak jumpa kawan-kawan. Ada sekali tu aku bawak mak aku pergi KL sebab ade wedding invitation dari sedara-mara. Dengan muka yang menggerutu tu, aku follow jugak. Then, ada seorang makcik, dia salah seorang sedara aku tapi aku tak berapa kenal. Dia puji aku cantik, muka macam mix arab katanya. Aku senyum dengar makcik tu cakap tapi dalam hati aku macam nak meraung! Tapi dari muka makcik tu, aku nampak dia puji ikhlas bukan sebab perli. Makcik, makcik tak tengok lagi muka saya sebelum semua ini terjadi makcik. Dulu, muka saya tak macam ni. Tapi pepatah dulu-dulu orag tak pakai dah. Orang akan judge current state kita.
Masa dekat KL, aku try satu klinik pakar kulit dekat Jalan TAR atas suggestion kawan aku. Aku try pegi Klinik Sachdev. Masa tu aku datang awal, jadi tak ramai sangat orang. Aku dah prepare duit cash dalam lebih kurang RM300 in case mahal sangat. Doktor tengok muka aku, dia rileks je, maybe sebab dia dah biasa tengok Yang tak rileks nye adalah aku. Aku tanya, muka aku boleh baik tak? Dia pun bagi kata-kata yang mampu menenangkan aku. Dia prescribe ubat untuk aku.
Masa dekat kaunter, total bayaran dalam RM160 macam tu. Dia bagi aku pil makan dua jenis untuk anti-biotics, cecair pink yang function macam bedak sejuk, pencuci muka acne-aid (jenama Stiefel), Clindamycin (untuk sapu pada bahagian jerawat). Then, aku pun guna kesempatan tu jalan-jalan dekat area Jalan TAR tengok-tengok baju. Masa balik, muka aku pedih. Maybe sebab faktor aku jalan-jalan dekat tempat yang berhabuk dan tak bersih. Aku pakai ubat yang doktor bagi, serius pedih gila. Macam nak menangis. Muka aku bengkak, rasa acam kebas sekejap. Aku cakap aku taknak pakai lagi la yang doktor bagi tu, sebab makin sakit. Sekali makcik aku call tanya update, aku pun cerita bla..bla..bla.. Dia marah. Dia suruh aku pakai je ubat doktor bagi. Sakit dan pedih tu sebab dia nak membunuh kuman. Bebelan dia tu masuk dalam kepala aku, aku pun teruskan pakaimasa dah balik ke rumah.
Seminggu selepas try ubat doktor bagi. (2013)
Lepas beberapa hari, aku perasan tak ada jerawat tumbuh lagi dekat muka. Just tinggal parut-parut jerawat yang nak kering. Aku happy gila masa tu. Sebab aku takut jerawat tu takkan berhenti membuat kemunculan sampai lah aku tua. Tapi nampaknya askar-askar dia mula berundur. Aku keep on pakai ubat-ubat doktor.
Then, aku dapat kerja dekat tempat yang aku interview sebelum ni, Johor. Masa aku masuk, confident level aku low gila. Sebab muka aku. Aku tak yakin. Parut jerawat banyak lagi. Aku rasa aku tak cantik. Orang mesti taknak kawan dengan aku sangat. Tapi nasib baik masa aku masuk tu, sememangnya aku dah ada kawan yang bekerja dekat situ. Jadi, aku tak ada masalah dalam bersosial masa mula-mula masuk kerja.
Makin ok lepas rajin guna ubat doktor.
Selepas beberapa bulan.
Tinggal parut-parut.
Aku teruskan ubat doktor selama beberapa bulan. Ubat makan aku dah habiskan (hanya untuk dua minggu). Aku pakai pencuci muka dan gel jerawat. Bila habis, aku cari dekat farmasi ubat yang sama. Aku terus pakai produk tu dalam setahun lebih. Tapi tiba-tiba sepupu aku cakap pencuci muka yang aku pakai tu tak halal. Ah sudah. Bila aku check, terbukti. Hampeh. Jenuh aku cari produk lain yang sesuai. Nasib baik aku try produk yang similar dengan pencuci muka Stiefel tu dekat farmasi tak ada masalah. Aku cari yang spesis-spesis acne-aid jugak lah.
Bila kondisi dah much better. (2013)
Masih akan ada jerawat-jerawat yang tumbuh (2014)
Lepas-lepas tu aku ada try sabun hijau 'Marine Essence' dan muka aku compatible dengan produk Hai-O tu. Aku pakai beberapa bulan jugak, tapi muka aku akan jadi kering sikit. Ada seorang kawan aku ni muka dia agak bermasalah dengan jerawat. Lepas beberapa bulan aku tengok dia, muka dia dah bersih. Dia cakap pakai Cetaphil (untuk oily skin). Sebab dia pakai yang Cetaphil biasa tapi tak effective. Jadi, aku pun gedik jugak nak try, ternyata berkesan! Jerawat cepat kering dan kulit muka tak kering sangat compare dengan sabun Marine Essence. Jadi aku pun bertukar produk. Sampai sekarang aku still pakai Cetaphil untuk oily skin. Mahal woo. Nanges*
Masih ada kawasan-kawasan yang membiak jerawat tapi masih terkawal.
Sebotol, normal harga RM60 boleh dapat dekat Watson, Guardian, farmasi. Tapi aku akan beli time offer. Baru-baru ni aku beli dua botol dekat watson dengan harga RM70+ buat stock.
Lepas guna produk-produk ni, aku tak katakan yang muka aku flawless tapi lebih baik dari sebelum ini. Jerawat tetap muncul terutama bahagian dagu. Aku tak faham kenapa suka muncul dekat situ. Pencuci muka Cetaphil dan Clindamycin mampu mengecutkan jerawat je. Kadang-kadang dia membuat kemunculan dekat hidung dan pipi sikit-sikit. Aku masih lagi mencari solution untuk dapatkan kulit yang lebih baik. Sebab, jerawat-jerawat ni menyebabkan aku tak selesa nak pakai make-up, foundation, compact powder.
Maka, melihatkan muka kakak ipar aku yang semakin flawless berbanding dulu, aku try apa yang dia makan. Produk Forever Living. Oleh kerana budget aku limited, aku consume yang penting sahaja. Jadi, aku ambil Pomesteen & Absorbent-C. Lepas aku makan lebih kurang 3 minggu, aku dapat rasakan perubahan. Jerawat dah berhenti muncul. Kulit aku makin kurang berminyak. Kadang-kadang aku usap kulit muka aku, rasa makin licin. Hahaha. Happy sangat. Kawan-kawan dan sedara-mara pun perasan perubahan muka aku. Kalau tak, muka aku maintain je ade jerawat walaupun seketul dua.
Masani muka okey sekejap. Sebab rajin minum air lemon detox kot?
Dan masa ni rajin jogging. (2016)
So, sekarang ni aku just pakai pencuci muka Cetaphil (Oily skin), makan Pomesteen & Absorbent-C (Forever Living). Aku tak ada pakai apa-apa yang lain lagi. Ini pun dah cukup. Alhamdulillah, compare dengan muka aku yang dulu, aku bersyukur aku jumpa produk yang sesuai dengan kulit muka dan membantu muka aku lebih flawless. Semoga usaha ini berkekalan. Betul lah, nak jadi cantik memang kena ada usaha dan modal.
2017. Bahagian dagu yang ada kes pertumbuhan jerawat tinggal parut.
Dulu aku tak rasa benda-benda ni semua, aku tak perlu fikir nak pakai produk apa, susah payah cari produk. Lepas Allah dah datangkan ujian dekat aku, baru aku faham perasaannya orang-orang yang berusaha untuk kulit muka mereka sebab aku dah pernah merasa berada dekat tempat mereka. ^_^ I feel u.
Haa sama laa kita muka breakouts (T,T) Eyqa baru je lagi start guna cetaphil.
ReplyDeleteHuhuhu. keep on pakai. kalau takde jerawat baru tumbuh tu means da okai lah. scar memang makan masa nak hilang asalkan dah jumpa produk yang okei. ^_^
DeleteWaahhh..tahniah sebab dapat balik kulit yang flawless. Migha pun ada masalah muka berjerawat tak tau dh nak pakai produk apa yg elok sebab mak kata maybe kesan dari resdung sebab tu muka tak licin.
ReplyDeleteHahaha sekarang tetap tak sama macam dulu tapi Alhamdulillah sangat. Tak sanggup nak hadapi muka breakouts tu. Haah kite pun ade resdung memang kadang-kadang ade je jerawat, tp sejak makan pomesteen tu baru dah tak tumbuh sgt.
Deletenakxdpt mana.kalau dpt wasup la kite 0127045212
DeleteSy beli stock dari kakak ipar. X jadi ahli pun. huhuhu. biasa order je dgn kakak tu. Ni no kakak ipar tu kalau nak contact. (Mersing) 013-7561363 - Su. Kadang2 dekat kedai jamu pun ada jual.
Deletemakin cantik dahhh hihihi
ReplyDeleteHehehe. Alhamdulillah. Better sangat dah dari masa kena breakouts. :)
Deleteakk dulu masa masuk universiti teruk muka, sebab kawan suggest guna itu ini la..hahaa..nah amik kau..sekarang alhamdulillah, akk guna deeja cosmetic..elok dekat muka
ReplyDeleteWaahh... kaan..memang amik masa nak cari identiti produk ape yg sesuai dengan muka kita. Once dah menjadi tu, memang sush sangat nak tukar pakai yg lain. Fobia..
DeleteMesti Farahin stress giler dr muka okay tetiba jadi gitu huhuhu..masa muka flawless ada sebutir dua jerawat pon boleh stress kan.
ReplyDeleteHaah iye kak. Sekali dah kena banyak-banyak macam tu, sampai susah tido sebab fikir muka tu, masa depan, macam-macam lah fikir. Rasa macam dapat balasan. Memang insaf kejap masa tu.
Deletecantik ain ni..
ReplyDeleteHahaha. Jangan la cakap cmtu nanti I jadi tak sedar diri... ^_^
DeleteAda kes yg sama...kawan sis juga lepas buat facial habis muka naik jerawat jadi keradangan sangat...doktor pakar suggest guna cetaphil...and slowly muka dia bertambah elok ...menariknya pomesteen & Absorbent-C forever living mcm nak try cari lah. Suka baca entry ni sbb ia jujur dari pengalaman
ReplyDeleteHaah ramai org yg pakai cetaphil nie ok. Lagipun sabun dia tak berbuih. Sesetengah org tak suka sbb xpuas pakai katanya. Hehe. Bole try pomesteen tu, memang best. ^_^ thank you singgah.
Deleteassalam... awk...sy pn pernah rasa apa yang awak rasa... last sy pakai MARYKAY.. sekali beli tahan lebih dari 6 bulan..memang jimat dan berkesan..muka pun da payah sangat nk tumbuh jerawat.. tak perlu mekap tebal..kalau awk nk tanya berkenaan MAryKay boleh lah contact sy 0129856424. thank you. :)
ReplyDeleteNanti kalau tetibe sy terbuka nak tukar produk marykay sy roger ye. Thanks.
DeletePakai cetaphil ni normal ke kalau keluar jerawat kecil2 tu? Sya pakai gentle punya.. Sya baru pakai 2 hari
ReplyDeleteSepatutnya takde effect macam tu. Tapi tak pasti la mungkin tindakbalas org lain2. Sy pakai yg Oily punye. Ade terfikir jugak nak try yang gentle.
Deletesy punya muka pun naik jerawat halus dan gatal . kenapa ye ? sy pakai gentle punya
DeleteTu la, same lah dgn sy. Naik jerawat kecik2. Kenapa eak?
DeleteBiasa mcm tu bole jd sebab x sesuai. tapi x pasti jugak. takut tindak balas normal utk proses baikpulih ke. huhuhu.
DeleteFor sure bukan setakat kulit makin cntik tp your look pun nampak lagi cantik. Even no make up.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Hopefully maintain lah. Muka breakout dulu bole buat rasa depress sgt.
DeleteDalam masa baru² pakai cetaphil tu , still naik biji² tu normal ke or tak sesuai ngn kulit eh ? Or lambat kesan nye ? Hahaha komfius tapi confident je pakai 😅
ReplyDeleteMasa saya pakai tak ada kesan mcm tu. Dan kawan-kawan sy yang pakai pun tak ada pulak cakap if ada bintik-bintik yang naik lepas pakai. Kalau makin lama pakai makin worst, memang better dapatkan nasihat doktor kot. Ataupun myb muka baru nak adapt dengan benda baru.
DeleteSaya pernah pakai cetapil gentle tu pun kluar jerawat kecik2 sebelum ni, skrg pakai cetapil yg oily skin elok pula alhamdulilah. Lagipun muka i mmg oily skin. Beli yg gentel tu sebab na jimat skit.. oily skit harga mahal sgt .
Deletesaya ada tompok hitam dekat leher mana yang saya kena pakai gentle atau ioly ye?? plese
ReplyDeletetompok hitam dekat leher tu tak pasti pulak ade kaitan dengan oily atau gentle encik. kena mintak advice phramacist kot. sorry tak dapat membantu. ;)
Deletesaya pun baru jumpa doktor minggu lepas.Dah tersalah pakai foundation muka naik jerawat pasir..bila basuh muka kasar je...doktor just bagi sabun dgn dalacin T .Pakai 2 ni je dulu..Next week jumpa balik nak tgk macam mana progress..bila muka kena macam ni asyik stress je..kejap2 nengok cermin belek muka..bila la nak ploles balik macam dolu2 isk3.. :-(
ReplyDeletehuhuhu i paham sangat perasaan tu. dulu pun saya selalu rasa loser pastu teringat masa zaman mula ploles. bertabahlah. amik masa jugak nak back to normal. kne konsisten dan elak kan produk2 yg trigger jerawat. sy pun lepas kena tu mmg x pakai make up lama except eyeliner.
Deletesalam ana..ole bgi cth pic absorbent c tu n pomesteen tu x?
ReplyDeletebole google pomesteen forever living dan absorbent forever living untuk view contoh2 produk ni. :) sy tak bole attach gamba dekat komen.
DeleteKalau kulit kering boleh ke pakai cetaphil tu ek.
ReplyDeleteRasanya takde masalah. Tapi tak pasti pulak. Bole google untuk lebih lanjut. Saya teruk dengan masalah muka berminyak.
DeleteMoisturiser dgn compact powder pun awk langsung tak pakai ke?
ReplyDeleteYup. Sampai sekarang saya memang elakkan pakai produk yang baru. Sebab dah serik. Ada jugak try try tapi tak serasi. Pencuci muka je yang membantu.
DeleteWahh untung la sis kulit cntik blik.sy pakai cetaphil gentle jerawat still naik n yg nanah pom ad.tp lmbt kecuk.klu pakai yg oil tu ok ke sis?🙆
ReplyDeleteSaya tak pernah pakai yang biasa. Sebab mula-mula memang kawan suggest pakai yg oil terus. Sebab kondisi muka dia sama dgn saya. Tapi kawan saya cakap memang dia pakai yang biasa tu tak serasi. Bila cuba yang oil ni baru terus bg kesan positif.
DeleteKisah perjalanan pengakap dan kelab oersatuan di muka tu lbh kurang jer dgn saya..hihihi.
ReplyDeleteSy pon mengakhiri kisah tu dgn produk F.Living.. mmg terbaik sgt.. sy still skng pakai produk ni untuk dalaman dn luaran.. mmg sdkit lambat..tapi fl ni memang memulihkan dr dlm dan dia menyihatkan kulit kita last sekali bebas dr Mr J... sy pakai aloe vera gelly + propolis + cuci muka avocado fl+vit C +minum aloe vera gel+pelembab bibir n scrub smya dr FL... nak harga murah skit cr kt shopee😉
Betul. Saya sejak mengandung je dah stop kejap makan FL ni. Sebab saya memang sensitif sikit dgn produk masa pregnant. Tapi in sha Allah nanti nak sambung semula. Kulit dah makin kusam sekarang tapi bertahan je lah.
Deletetahniah awk kulit muka awk dh kmbli kebntuk asal...sy sy slip pakai product kulit truk sngt sngt hitam brjrwat..nk jmp orng pun mlu,hari tgk fb blog ape yg bleh meraawat kulit sy.
ReplyDeleteSy suggest awk cuba produk yang dijual di drug store macam watson and guardian. Elakkan produk tempatan. Macam dulu saya ada cuba sebamed juga. Dia membantu tapi sy rasa cetaphill lebih selesa dengan kulit sy.
DeleteTq for sharing...very good info
ReplyDeleteThanks for reading as well.
DeleteAssalamualaikum , saya nak tanya , boleh ke tukar tukar gel jerawat ?
ReplyDeleteSaya pun ada cuba beberapa jenis gel jerawat tapi make sure bahan dalam gel tu sama lah. Kalau jenis ingredient lain takut tak serasi tiba-tiba.
DeleteAssalamualaikum akak,,, muka sy skrg ni breakout sbb gune tati skincare ,, tp skrg jerawat kurg naik cume banyak sgt parut n sy pakai mnyak kelapa dara.dn pencuci muka aiken.. Akk rse sy patut pakai apa utk hilangkan parut mrj .😭😭😭 kene kutuk dgn kawan xleh tahan dhhh
ReplyDeleteWasalam. Emm. Kawan akak dulu ada masalah yang sama disebabkan produk yang sama. Tapi kawan akak sekarang dah ok. Akak suggest cuba pakai bio oil tapi memang lambat sikit untuk hilangkan scar. Nk hilang parut memang ambil masa lama lebih dari 6 bulan dan hingga setahun. Kalau nak cepat takut bahaya untuk kulit. Jerawat akak cepat hilang sebab pakai Cetaphil & minum Pomesteen tu. Dia bantu sel kulit luar dan dalam. Tapi tak pasti kalau muka adik akan serasi ke x. Aiken tu bagus jugak tapi ambil masa macam cetaphil ni.
DeleteAkak muka sy breakout,sbb pakai tatiskincare, dn skrg sy cuba mnyak klpa dara n pencuci muka aiken , parut di muka bnyk sgt, akak rse sy patut buat ap? Kwn2 sy sllu tgur muka sy terok 😒😒😭😭
ReplyDeleteKena test produk yg sesuai dgn kulit muka. Biasanya sebamed, cetaphil, qv, aiken semua sepatutnye takde masalah. Tapi ade certain orang sesuai dgn qv tapi tak ok dgn cetaphil. kena try n error. once da jumpe yg serasi baru concern pasal parut. parut mmg amik masa nak hilang. sbb tu kena banyak makan buah2. akak amik aloe vera pomesteen utk dalaman.
DeleteKa jerawatnya sembuh pakai produk apa?
ReplyDeletePencuci muka Cetaphil dari Watson dan Pomesteen dari Forever Living
DeleteMakan serentak ke vit ni sis?
DeleteMakn serentak ke sis
DeleteMkn serentak ke?
Deletesy dah 5 tahun berusaha untum hilangkan parut di muka ni 😭😭 sy dah guna pencuci muka cetaphil, cetaphil membantu untuk kecutkan jerawat tp parut2 di muka masih belum hilang. 😭😭 sy tk tahan jd bahan ejekkan.. ,😭😭dah lama sngat.. produk kecantikan pn sy tak berani pakai,takut nt lg teruk
ReplyDeleteNak hilangkan parut memang susah. Saya punya pun makan masa. Tapi sy perasan saya punya parut cepat hilang lepas ambil Pomesteen Forever Living. Sy bukan dealer produk Forever Living ni tapi sebagai pengguna sebab kakak ipar yang jual. Alhamdulillah serasi dan membantu untuk kulit. Minum sebotol dalam sebulan memang nampak kesan. Mungkin sis boleh cuba.
DeleteHi,, pomesteen & absorbent-c Forever Living tu buleh dapat ke kat guardian/watson ea?
ReplyDeleteTakde sis. kena cari dealer. Tapi kadang-kadang kedai jamu kat mall mungkin ada jual.
DeleteHi,, pomesteen & absorbent-c Forever Living tu buleh dapat ke kat guardian/watson ea?
ReplyDeleteRasanya tak ada jual di drug store. Tapi maybe bole check dekat kedai-kedai jamu macam booth-booth di mall mungkin ada.
DeleteBestnya sis kulit dah flawless balik 😍😍 sy on the way nak flawless jugak hehe. Sekarang setia dgn suplemen dan skincare Shaklee, tapi kesan kena sabar sikitlah sebab ia natural kan..
ReplyDeleteYa betul. Kalau dah jumpa produk yang sesuai tu memang kena sabar sikit. Lagi ambil masa lama jugak untuk tindak balas. Semoga kulit sis cantik dan glowing lepas ni.
DeleteSis nak tanya , saya pakai produk aiken yang facial cleanser tu dengan moisturiser je , and lately ni saya nak try pakai toner dan acne oil control yang botol kecik tu . Then , bila saya pakai yang acne oil control yang botol kecik tu kat jerawat saya , dia rasa pedih , normal ke idok ? Umur saya baru 18 dan kulit still tak licin ��
ReplyDeleteada org hormon mmg keluar awal. mcm akak lambat sikit. mmg kalau mana2 jerawat tengah naik dan berair normal akan pedih kalau kena sabun organik ke tak organik. mcm akak dlu muke break out mmg sakit gila masa cuci muka pakai sabun doktor bagi. tp lepas tu dia keringkan semua jerawat. kena tahan je la. tapi let say kalau jerawat makin membiak tempat lain, maknanya tak sesuai la tu
Deletesaya pun guna cetaphil oily skin jugak...then bila pki foundaton or compact powder..muka cepat tumbuh jerawat..supplement x mkn ape2 pun...bole suggest x supplement ape ok.
ReplyDeleteSaya pki cetaphil oily skin jugak..tp ade tumbuh jerawat sikit2 bile pki foundation or compact powder.then kat bahagian dagu x licin sgt..mcm ade ketulan lelemak yang x bole hilang..bile picit x kuar ape2..x consume supplement pun..bole suggest supplement ape yang bagus
ReplyDeleteamik supplement yg based buah2an macam pomesteen keluaran forever living, royal v bonda rozita.
Deletewow...memang betul-betul gigih kan nak menjaganya..sampai dah flawless..cantik sangat sekarang :-)
ReplyDeletesy takdelah gigih jugak. kadang mood redha dah hahaha. tapi Alhamdulillah terjumpe produk yg serasi lepas cuba macam2. kadang2 ada lagi jugak masalah kulit kering.
DeleteKecantikan asli ...wajah Melayu tulen ...tahniah dik
ReplyDeleteAlhamdulillah. setiap wanita pn wantik je, cuma ada masa dgn tak ada masa nak menjaganya huhu. thanks kak.
DeleteKalau makan vitamin nutrilite dari produk amway tu boleh ke??
ReplyDeleteBoleh je. kena try n error kalau serasi dgn produk2 tu. kalau nampaknye kena tukar yg lain. sy pn x berani nak cakap ok atau x sbb badan manusia tindak balas nya tak sama.
DeleteAlhamdulillah, nampak jelas perubahan😍. Saya nak tnya, mcm mana nak hilangkan bekas jerawat ya? Guna produk apa tu?
ReplyDeletebekas jerawat mmg ambil masa. macam sy dulu tak guna apa2 krim pun. just pakai pencuci muka je. sy ada pakai sabun garam buluh dan cetaphil je. kemudian ada ambil supplement pomesteen dan vit absorbent c produk forever living utk bg lg licin muka. cuma kalau dah berhenti consume mmg muka akan kusam semula la tp so far parut dh takde.
Delete