Saturday, June 3

"Limfoma Hodgkin" akhirnya membawa arwah kakak ipar pergi meninggalkan tiga orang anaknya.

Sejujurnya aku bukan lah jenis ade sifat-sifat keibuan yang penyayang. Ada orang yang suka peluk budak-budak, penuh kasih sayang, penyabar macam Kak Idah, kakak ipar aku. Tapi aku bukan jenis macam tu. Aku suka budak-budak, tapi bukan jenis penyabar gila. Selalunya aku rajin melayan diorang main, berbual tapi dalam masa yang sama aku sakat jugak sampai menangis. Hehehe. Tapi lepas tu pujuk semula.

Aku ada 3 orang abang, 2 kakak ipar dan 7 orang anak sedara. Salah seorang kakak ipar aku dah meninggal dunia disebabkan kanser. Jadi, mak aku ajak abang aku yang kehilangan isteri ni duduk kat kampung, mak aku boleh tolong tengokkan sekali. Arwah meninggalkan tiga orang anak, dua perempuan dan yang bongsu lelaki.




Gambar kenangan terakhir dengan arwah sebelum arwah sakit.




 Abang aku (Along) with anak sulung, Hurin.




Kejadian ni jadi 4 tahun lepas, tahun 2013, baru setahun selepas arwah ayah pergi meninggalkan kami. Arwah sebelum ni bekerja kat commopoint JB. Selepas bersalin anak ke-3, arwah perasan ada bisul kecil kat bahagian bawah ketiak berdekatan dada tapi masa tu dia ingat ketulan susu je. Selepas baby dah berumur 4 bulan, baru arwah rasa makin pelik dengan bisul tu, then check dekat klinik. Tapi klinik marah, suruh refer doktor hospital cepat sebab dah teruk. Jadi, abang aku and arwah pun pegi hospital, doktor cakap kena operate.

Lepas dah operate bisul tu, sample di hantar ke makmal area Singapura kalau tak salah untuk maklumat lebih lanjut sebab doktor suspect something. Arwah kakak ipar memang sorang yang gigih bekerja. Masa tengah sakit tu, arwah tengah sambung Master dekat UTM sem pertama. Kehidupan berjalan seperti biasa tapi pergerakan agak limited pada lengan kiri. Doktor nasihat dia kena rehat tapi, eh degil jugak tetap pegi kerja. Ye lah, pendapatan abang aku bukan lah tetap dan banyak sangat. Jadi arwah rase penting dia bekerja untuk support family.


Aku ingat lagi, masa raya beberapa tahun lepas, abang aku and family beraya kat Kajang. Diorang on the way ke Muadzam Shah dalam raya pertama atau kedua tak salah. Mak aku masak sup tulang dengan nasi himpit masa tu. Arwah tak sabar sangat nak balik sebab memang arwah suka masakan mak aku. Tapi masa kat Senawang, bekas luka operation tu pecah semula. Darah meleleh sampai ke seat kereta. Masa tu arwah taknak stop kat mana-mana atau pegi hospital sebab dia risau nanti anak-anak takde siapa nak tengok kalau berhenti kat hospital terdekat. Jadi, diorang teruskan perjalanan ke Muadzam Shah dan arwah tahan bekas luka tu dengan tangan tak kasi darah melimpah banyak sangat. Bayang lah dari Senawang nak ke Muadzam bukan beberapa minit. Makan dua jam jugak paling cepat.

Bila dah sampai kat rumah mak, dia nak keluar jugak masuk dalam rumah sebab nak makan sup tulang. Masa aku nak tolong, arwah dah tak larat nak bangun. Dia hampir nak pitam. Aku nampak, belakang baju arwah penuh dengan darah dari pinggang sampai ke bawah kain. Baju raya kuning dah bertukar warna. Tu belum nampak kat seat kereta sebab tengah malam. Bayang lah darah meleleh non-stop dua jam. Mak aku dah bising suruh pegi hospital dulu. Tak boleh biar. Aku pun teman abang aku and arwah ke hospital Muadzam Shah. Anak-anak tinggal kat rumah.

Sampai kat hospital, ada kerusi roda yang sambut kakak ipar aku. Masuk emergency. Nurse yang bantu pun terkejut tengok keadaan kakak ipar aku. Doktor check tekanan darah masa tu dah 30! Doktor cakap arwah memang degil, boleh tahan lagi tak refer hospital. Kalau lambat, dah lama jadi arwah sebab pendarahan. Sebab stok darah kat hospital sini tak cukup, diorang kena hantar arwah ke hospital kuantan, Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA). Jadi raya masa tu, kakak ipar aku tak sempat la berjalan sangat sebab admit hospital beberapa hari kat Kuantan. Sedih jugak dia sebab tak dapat makan sup tulang mak masak.

Tak lama lepas tu, bekas operation tu pecah lagi. Arwah kena admit kat Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor. Aku pun melawat sebab masa tu aku baru sambung master by research kat UTM Skudai. Jadi ada masa lapang. Sample dari makmal tu dah bagi jawapan yang kakak ipar disahkan menghidap "Hodgkin Lymphoma". Tak ingat tahap berapa masa tu tapi belum kronik lagi. Doktor cakap ada harapan nak sembuh, ramai yang survive. Dengar penjelasan kakak ipar masa tu, rasa lega, tak ade lah risau sangat. Lepas dah discharge tu, dalam pada sakit-sakit, kakak ipar still lagi keluar masuk kerja. 

Beberapa hari sebelum Hari Raya Haji, arwah call mak, tanya if mak nak teman dia raya kat Pasir Gudang tak. Masa ni abang aku dan family menyewa kat Kota Masai, Pasir Gudang. Arwah cakap mak dia tak dapat datang beraya dengan dia. So, mak aku kesian tengok kakak ipar aku sakit dan tak dapat balik raya mana-mana, then aku pun balik la ke Muadzam untuk amik mak aku then hantar ke rumah kakak ipar. Masa Hari Raya Haji, mak aku pun masakkan la sup tulang yang arwah tak dapat makan masa Hari Raya Puasa dulu tu. Masa tu dua kali arwah tambah. Aku pulak, dari UTM ulang alik ke Kota Masai sebab mak aku ada sana kan. Kadang-kadang tido rumah abang aku. Kerja masa tu pun tak banyak, rileks je. Pastu dapat makan mak masak. Hahaha. 

Masa tu tak terlintas langsung yang itu adalah hari-hari terakhir arwah. Dia sempat bergurau tanya bila aku nak kawen. Dah ada boyfriend ke. Nanti tunggu la dia baik dulu, boleh la dia sponsor-sponsor masa majlis kawen aku. Dia ada cerita pasal office, pasal kawan-kawan yang sakit kanser jugak, terangkan pasal limfoma ni kat aku. Masa tu kaki arwah bengkak sangat. Bila tekan bengkak tu, tenggelam je and tenggelam tu lambat sangat timbul semula. Macam bengkak dengan air. Selama beberapa bulan tu arwah akan bawak satu botol ni ke hulu ke hilir. Sebab botol ni menyalurkan air yang keluar dari bekas operation di bahagian bawah ketiak tu. Masa tu pergerakan arwah terbatas. Harith, anak bongsu arwah yang berumur 1 tahun 4 bulan masa tu pun tak dapat susu ibu since dari lepas operation. Arwah pun tak dapat nak beri perhatian pada Harith sebab sakit dan susah nak bergerak. Memang abang aku yang uruskan rumah masa tu, urus anak-anak, uruskan isteri yang sakit. Arwah kena selalu dressing untuk cuci bahagian operation. Tu pun abang aku buat sambil kena pegi kerja jugak. 

Sepanjang seminggu mak aku stay dekat rumah abang aku, mak aku jaga arwah. Aku ada la tolong sikit-sikit kalau aku ada kat sana. Then, satu hari ni, arwah lemah sangat. Dah tak larat nak jalan. Aku dan mak aku tolong papah arwah nak naik ke bilik kat tingkat dua. Dari satu tapak, ke satu tapak arwah nak naik tangga tu, tarik nafas dan rehat kejap, aku dah rasa pelik. Kenapa tiba-tiba ni, sebelum ni arwah nampak tak ada masalah nak berjalan. Maybe penat kot. 

Sepatutnya petang tu aku balik ke UTM sebab ade kerja nak siapkan. Tapi mak aku asyik pancing je dengan makanan-makanan yang dia plan nak masak. Aku pun cancel la nak balik petang tu. Bila dah malam, aku cancel lagi, sebab dah malam. Mak aku pulak siap cakap nak buat jemput-jemput ikan bilik esok paginya. Baik balik esok paginya je. Menggugat betul mak aku pancing dengan makanan. 

Esok pagi, tengah aku bergolek-golek tengok siaran Astro, mak aku cakap dia denga something dari tingkat atas. Aku yang jenis pekak sikit ni memang tak alert. Aku dengan mak naik ke bilik arwah. Rupanya arwah tengah sesak nafas. Mak aku dah risau, ajak pegi hospital. Masa tu arwah boleh cakap, "Tak ada pape lah mak, kejap lagi ok la ni." 
Mak tanya, "Awak pernah jadi macam ni ke sebelum ni?". Arwah geleng. 

Ini kes berat dah ni dalam hati aku. So, aku ngan mak cari no telefon Hospital Regency, Pasir Gudang yang memang tempat arwah dapat kan rawatan untuk kansernya. Tapi, handphone arwah ade pattern security lock. Aku mintak arwah unlock, tapi dia asyik salah tekan. Aku blurr. Nasib baik otak aku berfungsi masa tu nak cari no telefon hospital dekat plastik ubat-ubat arwah. Aku call minta ambulan datang. Agak lama menunggu sebab aku sempat mandi kambing dulu, tak lama lepas tu baru ambulans sampai. Masa ambulans sampai, arwah dah separuh sedar. Sebab ada driver ambulans and seorang nurse je, proses bawa turun arwah dari tingkat dua ke ambulans perlukan bantuan aku dan mak aku. 

Masa on the way memindahkan arwah ke ambulans, aku perasan ada sisa buangan dari arwah. Serius aku dah sangat tak sedap hati. Tapi aku cuba positif dan ignore semua anggapan buruk dalam kepala. Mak pun ikut naik ambulans ke hospital, aku lock rumah abang aku dan terus drive ke hospital. Sampai kat hospital, mak dah runsing, tak dapat call abang aku katanya. Tapi, nak dijadikan cerita, boleh pulak mak aku ada no telefon kawan abang aku yang satu tempat kerja. Memang tak pernah mak aku nak simpan no kawan anak-anak ni. Abang aku siap nak balik rumah kemas baju, tapi mak aku cakap, "tak payah, straight pegi hospital je, isteri ko dah teruk ni."

Doktor yang take over case arwah kat emergency masa ni doktor chinese yang tak fasih bahasa melayu, mungkin dari Singapore, aku tak pasti. So, aku yang berhubung setiap dengan doktor tu sebab dia akan update dengan keluarga patient yang tunggu di ruang menunggu emergency tu selang 5 minit tentang kondisi patient. 

Masa first dia explain, dia mention yang heartbeat dah stop. Dia akan buat something dan cuba masukkan satu ubat untuk push heartbeat. Tak lama lepas tu dia update yang ada heartbeat tapi terlalu lemah, itu pun dari effect ubat yang dia dah induced. Aku tak faham sangat term yang dia gunakan masa tu. Aku angguk-angguk je sambil dalam hati, mana abang aku ni. Masa dalam tempoh menunggu tu, aku pergi toilet tapi mak aku call tak berhenti masa aku dalam jamban. Aku nampak mak and abang aku tengah communicate dengan doktor. Aku pegi kat doktor, doktor cakap heartbeat dah tak ada. Masa tu aku blurr sangat. Aku macam speechless. Lepas heartbeat stop, maksudnya? Aku pun pandang muka doktor dengan tanda soal sambil aku geleng kepala solah-olah bertanya dan minta kepastian. Dia pun pandang aku direct dan geleng. Aku dah faham maksud dia. Kakak ipar aku dah meninggal dunia. Ya Allah. Kakak ipar aku masih muda lagi untuk pergi seawal ini. Usia arwah masa tu baru 37 tahun.

Otak aku kosong. Aku tak jangka benda ni akan jadi. Aku ingat kakak ipar aku akan admit hospital macam biasa, lepas ni balik rumah, esok datang melawat. Nanti arwah nak ade sesi kimoterapi pulak. Semua plan tu hangus lepas doktor tu declare macam tu, dia bagi ahli keluarga masuk untuk tengok arwah. Aku masuk tengok arwah buat kali terakhir. Abang  aku tahan menangis. Mak dah teresak-esak. Aku tengah tahan lagi. Leps aku keluar dai bilik emergency, baru aku menangis puas-puas. Aku call abang-abang aku yang lain untuk inform berita ni. Aku cari no phone tempat arwah bekerja thru google untuk inform kawan-kawan arwah since aku tak dapat unlock phone arwah. 

Mak kandung kakak ipar aku request nak kebumikan arwah kat kampung dia di Kelompang, Perak. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan arwah dan sedara-mara yang datang masa mandikan jenazah dekat Masjid Pasir Gudang. Abang-abang aku pun sampai ke JB malam tu. Van jenazah dah bergerak bawak jenazah ke Perak lepas Isyak. Abang aku dengan anak-anak bergerak sebuah kereta, aku dan mak aku sebuah kereta bergerak ke Perak jam 10 malam tu. Makcik aku yang kesian tengok anak-anak sedara aku, setuju teman bebudak tu, naik kereta abang aku. 

Masa dekat highway, kakak Idah call tanya ada kat mana. Kebetulan kitorang plan nak stop dekat RnR Machap. Sampai kat RnR Machap, aku nampak Angah dan Kak Idah kat situ. Asalnya diorang nak balik ke Muadzam Shah semula tapi sebab fikirkan keadaan kitorang, diorang setuju nak teman sampai ke Perak. Makanya kitorang konvoi ke Perak dengan 3 buah kereta tengah malam tu. Sepanjang perjalanan tu mak tak berhenti menangis sebab mengenangkan anak-anak arwah dan tak sangka dengan pemergian kakak ipar. Sampai ke kampung arwah jam 4 pagi dan teruskan dengan pengebumian. Memang ramai orang-orang kampung situ yang banyak membantu menguruskan jenazah waktu-waktu tengah pagi. Kagum. Proses pengebumian semua berjalan lancar tanpa masalah.

Aku sempat tido 2-3 jam je selepas pengebumian tu. Petang tu, kitorang plan nak balik ke JB semula untuk uruskan apa-apa yang patut dan kemas rumah yang terbiar masa kelam-kabut. Kitorang bermalam kat Ampang, KL which is rumah pakcik aku dan berehat satu malam sebelum sambung balik JB memandangkan aku dah pening tak cukup tido. Pagi esoknya, sebelum nak bergerak ke JB, makcik aku dapat panggilan dan kitorang dikejutkan dengan berita yang mak kepada makcik aku baru je meninggal dunia. Allah. Terlalu banyak berita yang mengejutkan masa tu. Tak terkata apa dah. 

Sampai kat JB, aku banyak tolong abang aku uruskan semua dokumen untuk declare kematian arwah. Abang aku bukan jenis yang efisyen dengan mesin elektronik dan bab-bab dokumen. Kebanyakan arwah yang uruskan semua sebelum ni. Abang aku nak pakai mesin cash deposit pun tanya aku macam mana. Internet banking toksah tanya la. Haih.

Abang aku ade projek yang dia nak habiskan dekat tempat kerja, jadi aku bawak anak-anaknya balik ke Muadzam Shah dengan mak aku sekali. Kebetulan Angah dan Kak Idah memang stay dengan mak aku, since beberapa bulan lepas arwah ayah aku meninggal untuk tengokkan mak aku yang stay sorang-sorang. Jadi, Kak Idah yang banyak tolong jaga anak-anak arwah. Masa tu, Hurin anak yang sulung masih tadika, umur 6 tahun, Hannah yang kedua, umur 4 tahun dan yang kecik sekali, Harith baru 1 tahun 4 bulan. Anak-anak angah masa tu pun dah sekolah rendah, jadi diorang tak sunyi duduk dekat rumah mak sebab ada sepupu. 


Baru je setahun arwah ayah meninggal, tak sangka kitorang dikejutkan dengan pemergian arwah pulak. Masa tu arwah masih semangat sambung Master di Space UTM. Result masa sem satu pun dapat pointer 3.5 lebih dalam keadaan sakit-sakit tu. 

Kadang-kadang aku termenung flashback semula kejadian ni. Masa berlalu dengan pantas. Sekarang, Hurin dah darjah 4, Hannah baru darjah 1 dan yang bongsu Harith 5 tahun. Diorang membesar tanpa kasih sayang mak. Nasiblah ada nenek diorang tempat nak bermanja dan makcik yang saiko ini. Kadang-kadang diorang datang meleset dekat aku malaupun makcik diorang ni garang macam singa, kuat menyakat. Kadang-kadang aku sedih jugak sebab aku tak ada sifat keibuan sangat, aku mampu melayan diorang sebagai seorang makcik, tak dapat nak ganti mak diorang. Mungkin sebab aku bujang lagi, belum berkahwin dan belum rasa perasaan jadi ibu, aku rasa awkward kadang-kadang. Tapi, sekali sekala aku akan peluk diorang kalau kena dengan masanya. Melayan perangai diorang tu sudah semestinya setiap hari semenjak aku 'tanam anggur' dekat rumah ni. Semoga semuanya baik-baik untuk kami sekeluarga. 




Makan-makan steamboat and grill.








Dari kiri: Hannah, Harith, Hurin.






 Spread Love




 

8 comments:

  1. Salam takziah. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga dia tenang di sana

    ReplyDelete
  2. huhuhu .. sedeynya baca...
    tabah sungguh arwah yer.... dan baik sungguh dgn mak n famili farahin yer... kita doakan arwah bersama insan terpilih... huhu .. tak dpt bayangkan dia sanggup tahan darah tu sampai 2 jam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. tak ada pilihan. dugaan ni pun tak sangka jadi mcm ni. selagi mampu tolong lah jaga kan. aah. arwah memang jenis lasak dan degil. Allah je tahu betapa sakitnya dia masa tu.

      Delete
  3. Al-fatihah..salam takziah..cerita ni boleh jadi pedoman, jangan biarkan bnda bahya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah semoga kita lebih alert lps ni. Semoga dijauhkan dari penyakit-penyakit berbahaya dan di berikan kesihatan untuk kita. :)

      Delete
  4. sayu akak baca. ermm.. moga anak2 mbesar dgn baik. faham sgt perasaan arwah tu.. wpon sakit, dia akan tahan juga sbb fikir anak-anak dan macam2 lg. alfatihah buat arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Tapi arwah memang sangat tabah. Kagum dengan dia. Semoga roh arwah tenang.

      Delete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa