Sesiapa yang dari arah Kuantan menghala ke Johor Bahru (JB) pastinya akan lalu jalan Segamat selain jalan Mersing. Aku yang stay Muadzam Shah dan selalu pegi JB memang penggunar tegar jalan raya tu.
Jadi, sejak jalan Selancar-Redong dah siap, kirim salam aku nak lalu Segamat yang ade 11-13 traffic light tu. Aku boleh jimat sampai setengah jam.
Normal perjalanan aku Muadzam-Skudai adalah 3 jam. Tapi kalau lalu jalan ni, boleh jadi 2 jam 30 minit perjalanan.
Dari Muadzam, masuk lah ke simpang Felda Selancar. Ikut je signboard ke Felda Redong. Dulu masa jalan baru siap, tak ada signboard. Selalu orang terlepas simpang masuk kebun kelapa sawit. Sekarang dah ada, don't worry.
Cumanya sekarang dah ada kerja pembaikan jalan. Baru-baru ni ada kes banjir teruk dekat area jalan Redong-Selancar. Berlakunya tanah runtuh dan jalan tu pun tak boleh lalu.
Dah ada signboard sebelum simpang ke Selancar yang bagi amaran jalan di tutup.
Namun!! Sebenarnya jalan itu bole diseludup lagi oleh kenderaan ringan sahaja. Lori balak, bas dan segala lori tangki spesis treler panjang is forbidden! Cannot! Tak muat.
Ini jalan dari Felda Selancar.
Dia dah block tapi ade ruang cinonet kat hujung untuk seludup kereta lalu.
Kereta Myvi pastinye akan muat.
Lori ais pun aku nampak muat je.
So, kalau nampak ada kerja pembinaan ni,
means ada lencongan.
Mohon slow dan berhenti.
Sebab jalan dia bukan lah tempat nak drift,
Selalu aku akan stop sini, kasi ruang kalau ade kereta tengah lalu.
Tak muat weh kalau dua kereta kalau dekat area lencongan
Kalau berselisih, memang suggest berhenti tepi sebab jalan dia tak rata.
Berlecak dan agak sempit.
Ini pun nasib baik dia buat lencongan.
Kalau tak, kau lalu lah bandar Segamat dengan traffic-traffic light nya tu!
Ini tanda kau dah sampai ke perkampungan orang asli.
Mohon slow.
Sebab ada divider tutup jalan. Macam biasa, seludup lah lalu dekat ruang yang ternganga tu.
Dan teruskan perjalanan sampai lah ke Felda Redong! Yeah. Jimat setengah jam.
Tapi dulu masa jalan ni baru siap, tip-top! Aku boleh drive 100km/h dekat sini. Sebelum zaman banyak lubang-lubang dan tanah runtuh. Sekarang 70-80 km/h jer lah. Nak laju-laju pun nak pegi mana? Ke bulan? Hah!
Sekian. Info trafik dari kami.
Update : 20 June 2017 - Jalan lencongan yang mengalami tanah runtuh sedang dalam proses pembinaan oleh JKR. Dah ada lencongan baru yang lebih baik sekarang.
*Nampak macam ada lori tangki dah start lalu hari tu. Dah boleh lepas dah kot?
nais la info trafik ni, baru tahu ada jalan baru kat sana, kalau tak memang jenuh nak lalu traffic light yang banyak dekat segamat tu. jem sebab trafik light je
ReplyDeleteHehehe...betul.. traffic lite lama plak..mohon try lalu lepas ni dan sebarkan untuk keselesaan bersama...
DeleteNak tye FELDA selancar ke FELDA redong dah blh kalau ke. Emenjenci ada kematian nkblk kampung yong peng saya dr kuantan. Tlg plz bg tau skrg
Deletekne berhati hati ni lalu sinii
ReplyDeleteYep. In Sha Allah.
DeleteDah lama tak pergi selatan sana. Hahahaaa dulu lalu segamat je kalau nak pergi johor.
ReplyDeletehaah. Memang takde choice before ni. Kena lalu segamat kalau nak gi johor.
DeleteTak tau sangat jalan kesana. Btw jangan bawak kete laju-laju yer ain.
ReplyDeleteIn sha Allah. Hehehe if nak pegi sana boleh la lalu sini tapi siang-siang lah. Malam tak suggest. :)
Deleteconfirm untuk kereta boleh lalu ye.
ReplyDeleteYup confirm.
DeleteUpdate: semalam 20 Jun 2017 saya lalu jalan ni, siap nampak lori tangki lagi guna jalan ni. 😅 Sekarang diorang sedang buat pembinaan di kawasan tanah runtuh dan dah buat lencongan kecil yg baru.
Salam,
ReplyDeleteJlan Selancar - Redong dah boleh lalu ke? sebab perasan ada sign board jalan tutup kat simpang masuk dr jln muazam - segamat
Last tima saya lalu raya masih bole lagi cuma dia divertkan jalan yg jambatan runtuh tu ke dalam kawasan kelapa sawit. Agak teruk jalan tu tapi masih bole lalu lagi.
Deletesemalam lalu sini, sebab ikut suggestion google map, dari kuantan ke jb..terpaksa lalu dalam jalan tak berturap about 2 km,dalam kebun sawit.. iaitu lencongan dari felda selancar tembus ke jalan ke felda redong
ReplyDeleteYe betul. Sebab ada masalah jambatan runtuh yang dalam proses. Saya pun lalu masa raya. Tapi tak pasti sekarang macam mana kondisi jalan tu.
Delete