Saturday, June 10

Cover handphone dan jenis-jenisnya.

Semua orang pakai smartphone sekarang. Even budak-budak sekolah rendah pun dah ada smartphone. Lepak McDonald bawak tab, pakai macbook, iphone.

Mungkin ada a few people yang tak pakai smartphone disebabkan faktor dari segi kemampuan ataupun memang tidak rasa ianya sebagai keperluan.

Bila dah pakai smartphone, sah-sah lah nak pakai cover sebab nak protect phone kesayangan tak kira lah phone jenis apa pun.





Ini antara my favourite phone cover yang aku selalu rotate. Tapi cover yang ada dua cover depan belakang tu tak guna-guna lagi sampai sekarang.

Aku jenis suka yang plain dan simple. Kalau crowded sangat dengan corak tu aku pakai jugak lah tapi selalunya takkan lama.





Ni first phone cover yang aku beli since hari pertama aku beli phone 2 tahun lepas. Tahan gila. Dia punye design akan membuatkan phone aku rasa petak dan selesa untuk dipegang.

Ketebalan dia mampu menampung phone dari calar bila jatuh. Sebab masa pakai cover ni, smartphone aku ada jatuh beberapa kali. Alhamdulillah. Bertahan.




Ini yang second fevret aku. Dia simple dan agak tebal tapi kurang tebal berbanding first cover aku. Rekabentuk yang lebih bulat di bahagian tepi membuatkan phone nampak smart.




Ini adalah cover phone semasa yang aku sedang guna sekarang. Lebih nipis. Memang agak kurang meyakinkan kalau pakai jenis ni tapi lebih selesa semasa memegang handphone. So, kalau guna spesis ni, kena extra careful.



Aku beli dah lama, tapi tak pernah guna lagi. Ada la aku guna beberapa minit kot. Tapi, disebabkan phone aku dah pun memakai tempered glass, jadi bila double protection dekat screen, nak taip jadi tak detect. 😂 So, kalau nak pakai cover ni terpaksa lah remove tempered glass which is not my choice at this time. Aku selesa pakai tempered glass sebab rasa screen lebih selamat.


Tempered glass aku dah pernah pecah sekali sebab phone jatuh terlungkup atas jalan tar masa keluar dari kereta. Sebab tu aku punye kepercayaan pada tempered glass tinggi, dia mampu melindungi screen phone aku.

Sekian bebelan hari ini.








2 comments:

  1. Miera punya fon dah takde cover dah. sebab rasa tebal fon. haha. haritu jatuh, pastu now fon dah tak lawa. sebab jatuh kat batu, bergerigi pulak. lantak jela.. huhuhu. Jenis tak sayang fon tapi setia dengan fon lama ni..acaner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohohoho... sayang woo... tapi memang sebenarnya kalau tak pakai cover lagi selesa.. cover nie menambah tebalkan fon je..xpe la asal boleh pakai lagi pun dah bagus kan.. ^_^

      Delete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa