Wednesday, October 4

You will be missed, Kak Husna.

6:40:00 AM 2 Comments
Dah sangat lama aku tak update blog. Mungkin tu lah namanya laman sesawang.

Lately aku busy dengan kehidupan yang baru nak 'set up'. Memang ada niat nak update tapi tak ada nafsu. Hahaha. Tapi tujuan aku update blog hari ini bukanlah untuk berkongsi kisah happy aku mahupun update perkembangan kehidupan aku yang sebenarnya banyak je untuk diceritakan.

Tapi malam ni aku rasa sayu sangat. Sedih. Aku ceritakan serba sedikit sebabnya.

Masa aku sambung study dalam bidang Master by Research, aku mengenali seseorang yang dikenali sebagai Kak Husna. Kak Husna berasal dari Acheh, Indonesia. Beliau satu lab dengan aku. Walaupun aku tak begitu rapat dengan Kak Husna tapi kadang-kadang aku bertegur sapa dan berbual memandangkan kitorang di bawah supervision lecturer yang sama.

Kak Husna merupakan seorang lecturer di Universiti Acheh dan sambung PhD di lab yang sama dengan aku di fakulti dan universiti yang sama. Beliau seorang yang gigih, sangat. Selepas dua tahun menyambung PhD, beliau kena semput masa conference dekat dalam Malaysia. Bertungkus lumus lecturer-lecturer terlibat membantu termasuk supervisor aku. Sampai masuk ICU hospital berdekatan. Then, Kak Husna balik ke negara asal dan tangguhkan pengajian selama setahun. Tapi, lepas setahun, Kak Husna datang Malaysia semula untuk teruskan PhD yang tertangguh. Ramai yang ingatkan Kak Husna akan give-up tapi tidak. Dalam tempoh tu, Kak Husna berkahwin dan tak lama dikurniakan seorang anak perempuan.

Sepanjang menyambung PhD, Kak Husna yang pandai memasak and memang suka memasak kadang-kadang ambil tempahan untuk memasak jamuan macam bakso atau nasi ayam penyet. Serius masakan Kak Husna memang sedap. Lecturer selalu tanya resepi dekat Kak Husna dan even student-student lain pun. Kadang-kadang anak perempuan Kak Husna sakit. Tapi Kak Husna masih berusaha dengan PhD.

Tapi selepas 6 tahun, viva Kak Husna tak memberikan keputusan yang baik. Kak Husna kena re-viva dan bayar yuran untuk re-viva lebih kurang RM2000. Tak pasti macam mana Kak Husna uruskan semua tu sebab kewangan Kak Husna bukanlah kukuh masa sambung belajar kat Malaysia. Suami pun kerja mana yang mampu. Dengan anak yang sakit lagi. Tapi Kak Husna masih teruskan. Viva yang kedua, Alhamdulillah Kak Husna lulus dan berjaya siapkan thesis. Beliau happy sangat. Baru-baru ni, 26 September 2017, beliau selamat melahirkan bayi lelaki dengan sihat dan lagi bakal berkonvo hujung bulan October ini.

Tapi tadi aku dikejutkan dengan berita kehilangan Kak Husna secara mengejut. Dari sumber yang aku dapat, katanya Kak Husna tidur dan tak bangun. Doktor sahkan Kak Husna koma dan tak lama lepas tu meninggal dunia. Ya Allah. Aku terkejut sangat. Kenapa sekarang?

Di saat semuanya perfect. Hasil titik peluh arwah yang ingin di rai kan. Kegembiraan menyambut cahaya mata kedua. Dan kejayaan pulang semula ke negara asal untuk meneruskan khidmat sebagai pensyarah. Semuanya dah cantik sangat tapi Allah jemput arwah sekarang. Aku serius terkejut dapat berita ni. Tak dijangka. Dan begitulah kehidupan kita. Tak semuanya akan berjalan lancar seperti yang kita harapkan. Allah ada perancangan yang lebih baik.


Sumber: Facebook Arwah



Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan dan kehilangan ini. Anak-anak yang masih kecil dan segulung PhD yang kehilangan pemiliknya. Begitu juga universiti yang kehilangan sorang pensyarah yang bersedia untuk berkhidmat semula. Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Sesungguhnya kegigihan Kak Husna menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar lain. You will be missed, Kak Husna. La Tahzan.

Follow Me @farahinesa