Monday, February 25

SPEK MURAH, KEDAI VIRAL ALPHA BLUE 420 - EYE PRO VISION (PLAZA SG. WANG)

11:05:00 PM 23 Comments

Heyyaa Gais,

Assalammualaikum untuk pembaca muslim & Salam Sejahtera untuk reader non-muslim.

Dalam entry post kali ni, iols nak share pengalaman yang will help uols a lot. I’m not sure if most of my blog reader’s wearing spectacles atau tak. Tapi sekarang memang kebanyakan orang dah pakai contact lenses kan, including me. Yup, of course pakai spec akan buat tudung/scarf jadi kembang Hahah! And that’s one of the reason aku pakai kanta lekap. Konon nak cantek lah. 😂

Tapi! tak bermakna cermin mata tak penting untuk aku. Once sampai rumah aku akan pakai cermin mata, and sepanjang kat rumah memang tak rajin nak pakai contact lenses. Jadi cermin mata penting woo.

Last aku buat cermin mata adalah masa aku masih dekat Johor, Julai 2015. Masa tu aku student lagi sambung belajar buat Master in Engineering. Duit elaun pun tak adalah banyak. Masa tu power dah naik, memang sangat perlu untuk buat cermin mata. Lagi-lagi lah zaman belajar. Life as a student, wearing spectacles will require a good maintenance and extra money is it? So, masa tu aku buat kanta untuk Alpha Blue 420 ni serius mahal. Cermin mata aku dalam RM400+, bingkai dah harga RM100. Nak tukar kanta jadi gelap kalau kena matahari tu lagi lah mahal gila 😴 – transition lenses.

Bila aku dah kerja area Selangor, kawan-kawan aku cerita ada satu Kedai viral dekat Plaza Sg. Wang - EYE PRO VISION yang murah. Fuh terbaik! Ngam-ngam masa aku plan nak tukar cermin mata aku yang power dah bertambah ni. Bingkai pun dah terkopak, plastic bingkai dah mengelupas. Memang dah sampai masanya ~ 😋


KEDAI MURAH, KEDAI VIRAL ALPHA BLUE 420, SUNGEI WANG PLAZA 💣😍


Al-kisah aku dari Selangor ke Sungei Wang Plaza untuk membuat cermin mata baru di hari Sabtu. Sampai dalam lepas Asar, tercari-cari kedai Eye Pro Vision ni, senang je tak jauh dari elevator - Level G, kedai No. G111. Masa sampai tu, alamak! ramainya orang. Risau juga lambat siap. Masa masuk kedai tu dah rambang mata banyak pilihan. Terus ada staff Eye Pro Vision layan aku walaupun orang ramai. Aku terus cakap nak cari spek mata baru coz nak replace old one. Staff Eye Pro Vision dengan friendly nya explain jenis-jenis kanta yang ada, harga untuk setiap kanta termasuk bingkai dan beliau akan tanya budget berapa. Serious lah murah!! 😱😱 Aku boleh jimat dalam RM300 – RM500 compare dengan kedai-kedai lain yang aku pernah survey.




Last time aku buat cermin mata kedai lain Alpha Blue 420 dalam RM400, tetapi kat Eye Pro Vision ni RM125 je termasuk bingkai. Eh, dia bukan bagi bingkai biasa tau, yang high quality boleh bengkok kiri kanan depan belakang. 😏







Kalau korang nak cermin mata biasa jenis multi-coated baru RM65 termasuk bingkai. Mana nak dapat harga murah macam ni?? 😱😱😱 Aku suggest dekat mereka yang ada anak-anak jenis suka pakai cermin mata lepas tu setahun dah patah, boleh sangat beli kat sini. Dah la murah, bingkai-bingkai cermin mata yang ditawarkan tu 80% flexible, tak patah. Anak korang nak bergolek 3km sambil pakai cermin mata pun tak ada masalah rasanya.

Secara kesimpulannya, aku detail kan tawaran Eye Pro Vision yang unbeliveable ni.

Bingkai + Kanta Multi-Coated = RM65
Bingkai + Multi-Coated + Kanta Alpha Blue 420 = RM65 + RM60 = RM125
Bingkai + All Above + Transition Kanta  = RM250

Transition Lenses juga dikenali sebagai Photochromic Lenses (kanta jadi gelap bila kena sinaran UV)

Korang nak beli kena ikut budget juga. Kalau aku, actually Alpha Blue 420 tu dah sangat OK!


APA ALPHA BLUE 420 LENSES NI? 👀✌


Aku pilih cermin mata yang ada feature Alpha Blue 420 ni nak protect mata sebab aku jenis yang suka hadap phone main game, tengok laptop 8 jam sehari, main phone, main phone dan main phone whatsapp sana sini. Hahaha. 👧😉

Kelebihan Alpha Blue 420:

1. Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
3. 100% block sinar biru dan ultra ungu (UV420)
4. Tahan lasak & tak mudah pecah
5. Kalis air & kalis calar

Korang just tambah RM60 je untuk kanta jenis Alpha Blue 420 ni tau. Tapi mengikut kemampuan masing-masing. Eh tapi memang murah teroks! Lagipun cermin mata bukan selalu tukar macam contact lenses, RM60 tu dah tersangat murah compare tempat lain. Harga biasa dah RM250++.  I am serious.


Korang tengok video ni baru paham kelebihan kanta Alpha Blue 420. Membantu tau. 👍

Aku yakin orang sekarang confirm selalu menghadap smartphone non-stop dan bekerja dengan computer. Korang perlu, perlu dan perlu cermin mata jenis Alpha Blue 420 ni untuk protect mata korang. Even kalau anak-anak tak selalu tengok laptop atau smartphone, penting untuk diorang bila berada di luar rumah yang terdedah pada sinar biru & ultra ungu (UV420) kan?


1 JAM JE DAH SIAP! 😱


Wei, aku adalah jenis orang yang cerewet dan lambat pilih. Of course aku pening nak pilih bingkai yang ade 2,000 pilihan tu. Nak yang tak kembang tudung lah, yang sesuai dengan muka, up-to-date design of course, tak nampak gemuk, perempuan memang cerewet tau. Suami aku pun pening nak layan. 

Tapi staff Eye Pro Vision sangat cool! Diorang layankan aku dan bantu aku pilih cermin mata yang sesuai dengan sabar dan friendly tau. Semua staff dia friendly termasuklah William, owner kedai. Dekat sejam aku pilih bingkai je. Semua staff dia tolong aku decide bingkai yang paling sesuai dengan aku. Hahaha. 😂 

Then aku test power mata dengan William. William sangat friendly, sambil test mata sambil berbual. So aku decide nak buat jenis Transition Lenses, RM250 je weih!! 😲😲 Kat luar ni entah berapa dah aku kena bayar. Sebab nak yang kanta bole jadi gelap kalau kena cahaya matahari tu. Hahaha. Dulu tak mampu sebab RM600 katanya kat kedai lain. Kat sini RM250 je, terus grab laju-laju nak beli yang paling high feature kevavom. 

Dah dapat resit, diorang cakap sejam je siap. Uikss? Pantas nya. Kedai ramai orang pun bole siap laju-laju ke? So, ok lah aku dan suami jalan-jalan, solat dulu. After 1 hour aku datang semula, eh dah siap??! Wow! Terus gelojoh try cermin mata baru. Excited. Staff Eye Pro Vision siap test kan cermin mata aku bole bertukar jadi gelap tu. Hahaha. 😋 Layankan je pelanggan dengan mesra. Siap bagi advice penjagaan cermin mata dan ada free gift tau. Tak rugi buat cermin mata kat sini. 💗


LEBIH 2,000 PILIHAN BINGKAI DESIGN TERKINI, BERKUALITI DAN TAHAN LASAK 💁


Ok kenapa aku cakap bingkai dia tahan lasak?

Sebab dia punye bingkai boleh bengkok 180 degree! Flexible habis. Kalau patah jugak aku tak sure la orang tu buat apa dengan cermin mata dia. Bingkai yang aku pilih ni sangat flexible. Aku nak bergolek 50 pusingan sambil pakai cermin mata pun tak rasa was-was. Even bingkai yang hold kanta tu pun flexible, susah patah. Yakin sikit cermin mata aku ni boleh tahan lama. Lagi-lagi aku bakal ada baby tak lama lagi, yang tahan lasak itu penting ye. 😍



Video ni William tunjuk cermin mata yang di jual di Eye Pro Vision semua flexible dan tahan lasak. Tengok la tu bole bengkok macam tu sekali haa 😨. Masa ni dah hampir Maghrib, cermin mata dah siap, Yeayy! 🙆


Design pun banyak pilihan, semua cantik-cantik dan up-to-date. Nak yang macam korea? 💛 Plastik? Besi? Besar? Harry Potter? Diameter kecik? Bingkai colour-colour? Cuba tengok video kat atas ni pilihan-pilihan yang ditawarkan tu. Banyak tau!

Korang jangan risau, William dan staff Eye Pro Vision confirm bole bagi pendapat yang superb dan membantu korang. Aku memang paling suka dengan layanan staff Eye Pro Vision ni lah. Dah la murah, friendly pulak tu, siap pun cepat. Rasa berbaloi beli cermin mata kat kedai yang staff friendly ni.


Nampak tak cermin mata aku bertukar gelap lepas kena sinaran UV. 
Saja nak test cermin mata baru. Hekhekhek. 😎


Ni one of Eye Pro Vision staff yang super friendly dan selalu gelak. 
Gigih layan aku pilih cermin mata. Mesra & peramah sangat. 
Tak rasa awkward nak pilih cermin mata yang sesuai. 😄


I am one of that happy customer! 😚


Tetapi, in case korang nak jenis yang berjenama dengan harga bingkai mahal sikit pun Eye Pro Vision ada tawarkan. Itupun aku tengok tak mahal sangat macam yang pernah aku survey kat kedai-kedai lain. Aku cuma nak bingkai yang sesuai dengan muka je, so yang beshe-beshe pun dah okay sangat. Hehehe. 😊


REVIEW PELANGGAN EYE PRO VISION YANG PUAS HATI DENGAN SERVIS 💖




Eh! korang kena datang sendiri baru bole rasa macam mana puas hati dapat buat cermin mata murah, cepat, berkualiti dengan servis yang TIP TOP! 😱







Ramai betul orang datang kedai ni. Tapi tetap boleh siap cepat!





Boleh contact William 👦 yang peramah tu untuk tanya apa-apa.

💬 William - 016 3771304

💬 Address: 

Lot G1111,
Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

💟 Facebook : Eye Pro Vision

Make sure pergi KEDAI VIRAL EYE PRO VISION sebab layanan diorang terbaik. ✌👍










Follow Me @farahinesa