Wednesday, January 29

Seketul Farahin menamatkan zaman bujangnya ~

12:24:00 AM 0 Comments
Assalammualaikum.

Al-kisah, dah dekat setahun rupanya tak update blog. Last masa zaman mengandung dulu.
Sekarang dah zaman menjaga baby. Hahaha. Busy sangat jaga rumah tangga sampai dah lupa nak update belog.

Kerja pun banyak, kadang rasa nak pancitkan tayar kete boss je. Nasib la boss baik bagi angpow CNY. Sekarang kerja tengah slow down, maka kita ber'huhuhu' update belog yang tidak semenggah sangat ini.

Alhamdulillah. Kehidupan aku nampaknya seperti biasa. Menjalani kehidupan sebagai rakyat marhaen yang berjuang meneruskan kehidupan setiap hari di kota metropolitan ini.

Dulu masa sekolah menengah, tak pernah aku teringin pun nak kerja dekat kawasan Selangor/KL ni. Tak suka duduk bandar! Taknak keje dekat bandar! Gitu la ayat-ayat aku dulu yang cakap mcm tak pakai otak sikit.

Sekali hamek ko! Nak duit ko bole cakap banyak ke? hahaha ~ Begitulah realiti kehidupan. Jika dah tertulis rezeki kita kat situ, siapalah kita untuk memilih lebih banyak lagi bila pilihan kita adalah terhad.

Alhamdulillah juga, aku dah berkahwin 2 tahun lepas, mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan sendiri setelah 20 tahun meroyan mencari pasangan hidup. Nampak tak baru nak update pasal dah kawen. Punya la busy life aku sampai nak cerita pasal aku dah kawen pun tak sempat.

Aku mula-mula sekali kenal suami aku ni masa aku umur 19 tahun, tahun 1 dekat UTM Skudai sekitar tahun 2009. Kenal bukan face to face ye, tapi dr laman sosial 'Tagged'. Korang yang tak pernah tau kalau nak tau, dulu adalah zaman kegemilangan Myspace, Tagged, Friendster sebelum wujudnya menatang sosial zaman sekarang yang beranak pinak ni. HAHAHA

Sumber: Google 


Aku sejenis yang akan buat semua laman sosial yang membiak pada masa itu. Memula buat friendster, kalau bole hari-hari nak bukak friendster. Al-maklum la, addicted. Then buat la Myspace, Tagged jadah tu bila ada kawan buat.

Ok, kat Tagged ni aku suka main Mafia Wars & Pets. Mafia Wars ni aku dah tak hengat jadah hayam game dia macam mana tapi aku tau dulu aku suka bukak. Ape mende je la aku main dulu. Haih, tak paham.

Ni Mafia Wars. Lupa dah main dia macam mana entah!


Lepas tu main Pets tu, dia bole beli orang, setiap profile ada harga masing-masing. Kalau kita banyak duit bole la beli orang-orang yang kita suka. Ada yang mahal ada yang murah. Ada yang buat sampai lima ploh akaun sebab nak naikkan harga profile dia. Aku layankan aje. Lagi hot gamba profile ko, lagi hot la org cuba nak membeli ko. Gitu ~

Ni antara yang kaya-kaya lah ni. Haha! 


Game Pets dekat Tagged dulu. Uish memang dulu macam takde keje main benda alah ni. 


Aku kenal suami aku ni sebab dia 'Hi' aku dulu kat Message. Ala ni mesti dia spam 'Hi' kat semua pompuan. Aku memang sejenis rajin melayan kalau banyak masa, aku akan reply semua hi tu.

Kadang annoying jugak sebab penat nak jawab soalan default macam "Nama sape? Umur berapa? Belajar lagi ke? Dah makan? Stay mana? Asal?"

Tapi suami aku ni kebetulan lah, masa kenal-kenal tu, ada lah mutual friend. Rupa-rupanya dia satu rumah dengan kawan baik aku masa sekolah SBPI dulu. Kawan baik aku tu lelaki lah kan. Jadi, aku macam ada topik la nak borak dengan dia. Zaman dulu bukan mcm zaman sekarang, internet susah dapat dulu. Online pun jarang. So, conversation memang makan tahun nak reply. 😅  Hahaha. Kalau kebetulan dua-dua tengah online, panjang la sikit berbualnya. Beliau pun selalu la beli aku kat game Pets tu sampai la dia papa kedana tak mampu nak beli aku lagi dah sebab value dah tinggi. Haha ~

Suatu masa, kitorang lost contact. Suami pun dah lupa password Tagged dia. Aku pun dah bosan bukak Tagged yang tak mendatangkan faedah tu. Kemudian peralihan monsun timur ke arah Facebook. Semua orang start bukak akaun Facebook. Aku buat jugak la akaun facebook tapi bukak nya jarang sebab dulu macam complicated Facebook ni masa mula-mula nak hadamkan style dia.

Hari berganti hari dan tahun berganti tahun. Aku semakin tua. Bila dah start umur 25 ke atas aku dah mula meroyan pasal jodoh sebab kawan-kawan semua da laris sold out tapi aku masih single mingle acah-acah menikmati zaman bujang tapi sebenarnya dah cuak tak laku-laku. Haha~ 😎

Hujung tahun 2013 aku mula sambung master kat UTM Skudai sepenuh masa. Sebab hasrat arwah ayah aku dulu nak aku sambung master. Kebetulan ade peluang, maka orang cakap grab the opportunity la kan. Then, aku mereput kat UTM Skudai tak ramai kawan, ye lah kawan-kawan semua dah kerja. Zaman Degree dengan Master memang berbeza gila. Zaman aku sambung Master, aku lebih banyak menyendiri, layan drama korea, memerap dekat hostel.

Tahun 2015, aku mula menjinakkan diri dengan 'Beetalk'. Benda alah ni kawan aku suggest la sebab aku selalu main 'Wechat' yang tah pape tu. Maklum la banyak sangat 'freetime' masa tu. Segala benda aku try. Hobi aku memang kenal-kenal orang ni. Tengok ragam orang. Tanya itu ini. Meluaskan skop kehidupan aku dari dalam dunia sendiri yang mcm tertutup tu. So, aku terjumpa la semula encik suami kat 'Beetalk'. 




Dia pun add aku dengan caption, 'Ni kawan S***** kan?'. Aku pun pelik sebab dia kenal kawan aku. Bile approve, borak-borak, 'Eh ini la mamat yang aku kenal 6 tahun lepas kat Tagged'. Kitorang pun selalu la borak menda tah ape-ape je kadang-kadang mengarut loyar buruk semua keluar.

Dari 'Beetalk' aku bagi no telefon aku, sambung dekat 'Whatsapp' sebab aku dah nak remove 'Beetalk' aku dek kerana serabut nak melayan orang-prang psiko dalam tu. Aku dulu sejenis yang susah nak ignore. Rasa macam satu KPI kalau berjaya balas semua-semua mesej tu kadang-kadang walaupun rasa annoying. Sekarang aku memang dah tak kuasa nak layan dah. Mungkin dulu banyak masa sangat kot. Haha~ 😂

Tapi aku ingat lagi suami aku cakap masa tu, 'Dah tak main Beetalk sebab dah jumpa jodoh ke?' Lebih kurang macam tu la ayatnya. Hamboih! Hahahaha. 😜

So, kitorang pun start semula ice breaking lepas 6 tahun tak contact balik. Nak dijadikan cerita, rumah mak ayah dia pun dekat la dengan rumah mak ayah aku, tak de la dekat sangat tapi dalam sejam jugak la. Asal pun dari kampung. Lagilah pulak, ramai la mutul-mutual friend yang muncul. Kawan-kawan baik aku masa sekolah rendah kat Felda dulu ni kawan MRSM suami. Kawan-kawan aku masa aku sekolah SBPI adalah kawan suami masa dia kat universiti. Kawan-kawan aku masa kat UTM pulak jadi kawan dia masa zaman kerja dia lepas grad degree. Keciknya dunia.


Masa tahun 2015-2016, walaupun suami masa ni duduk area Gelang Patah, aku dekat UTM, kitorang tak pernah jumpa. Ada je beberapa kali beliau ajak nak belanja makan tapi aku kan jenis cuak sikit nak jumpa orang-orang yang aku kenal kat media sosial ni. Memang aku tak pernah jumpa pun. Tapi, one fine day tu, terbuka la hati aku nak pi jumpa. Itu pun lepas suami masa tu dapat offer kerja dekat KL dah, tak duduk JB lagi, lagi la takde masa nak jumpa entah bilanya. So, ambik la peluang ni nak jumpa sebelum suami berhijrah jauh. Masa ni tahun 2016 hujung tahun. Kira setahun kenal dekat alam maya, baru decide nak face to face la.

Suami pun ajak la makan dekat Ejohng Concept. Sekarang takde dah Ejohng Concept ni, da ganti kedai nama lain. Nervous baq hang toksah cakap la. Nasib la ada topik-topik pasal kerja suami yang bole jadi bahan bual. Ye la, lelaki ni payah kot nak cari topik borak. Bukan bole cerita pasal drama korea ke, baju fesyen baru ke, katak terbang ke. Diorang ni macam stone jugak la sebenarnya. Lagi lah baru mula-mula nak kenal. Lama la jugak lepak dari pukul 9 malam sampai pukul 12 malam. Entah ape je kitorang borak. 😁

Ejohng Concept tu. Dah ganti kedai lain sekarang ni. 


Kali kedua jumpa adalah sebelum encik suami bertolak ke KL, aku pulak nak viva hari tu. So, beliau datang UTM lunch sama. 😳 Memberi kata-kata semangat sekali la sebelum viva.

Ok masa graduation ni encik suami nak datang tapi aku tak bagi. Haha! Sebab kawan-kawan aku yang berjoyah tu nak datang. 


Tak lama selepas tu, beliau menyatakan hasrat nak ajak kawen. Aku lah yang masa tu macam terpinga-pinga. Macam aik, laju jugak ni. Fast track ke? Haha. Tapi masa tu aku layankan je la. Aku macam takde la cakap nak ke taknak sebab tak percaya lagi. Dia plan nak jumpa mak aku, kenal-kenal. Aku memang ada ramai je kawan lelaki, tapi kawan lelaki yang huha-huha je la. Jadi macam terkejut bila ada lelaki nak ambik aku jadi isteri, serius. Hekhekhek. Malu iteww 🙊

Masa birthday aku, dia ada la suruh florist deliver sejambak bunga ros. Uish, bole tahan jugak investment beliau masa ni. Sekarang? Hahaha. Ada tu pokok daun kesum ganti bunga ros dok tanam depan rumah. 😂😂

Hahaha. First time dapat bunga lelaki bagi. 🙈


Lepas beliau dah jumpa mak aku, aku pun dah jumpa parents beliau, terus decide nak bertunang and then kawen sebab umur pun dah makin meningkat. Nak tunggu apa lagi kan.


First time jumpa parents beliau masa raya. Gigih tu suami datang rumah kutip bawak pegi rumah parentsnya, lepas tu hantar semula balik rumah. Sebab sehala je dah dekat 90km. 😂


Aku pun macam tak percaya la jugak ada orang yang berkenan kat aku. Hahahahaha. Tapi ikut je flow masa tu. jumpa yang sekepala, sekufu, buat apa nak terus membujang kan. Ahaks!




My e-day 💓 Atie make-upkan pakai Mary Kay. Best!

Lepas grad, aku pun cari kerja sebab nak kumpul duit nak kawen jugak. Lagipun dah grad takkan nak menganga macam anaconda je kan duduk rumah. Alhamdulillah rezeki aku dekat Selangor. Masa tu suami pulak keje site dekat JB walaupun main office dekat KL. Entah macam mana rezeki la jugak tiba-tiba beliau kena based dekat HQ. Kitorang kira dekat la untuk buat persiapan kawen lepas bertunang. Bertunang pun tak lama, empat lima bulan je. Tahun 2017, aku graduate Master dan bertunang. Tahun 2018, aku berjaya menamatkan zaman bujang aku!

Aku banyak kenal suami pun masa kitorang beli persiapan tunang dengan persiapan kawen. Sebelum-sebelum tu tak ada masa sangat nak jumpa. Sebab beliau kerja KL, aku pulak menganggur dekat rumah. Once aku dah dapat kerja dekat Selangor and then beliau dapat la bertukar ke KL dari JB, baru la banyak jumpa itupun masa tu dah dekat nak bertunang dah pun. 😅

Sebelum kenal suami tu, aku macam dah demotivated dah, tak kawen pun takpe aku redha je. Tak sangka jugak la di saat aku pasrah tu, Allah datangkan jodoh akhirnya. So, uolss pun jangan putus asa, terus doa je. Kita tak nampak hikmah Allah nak bagi datang bila.

Alhamdulillah sekarang dah jadi mak bapak anak sorang dan sedang berharuk pikuk menguruskan keluarga kami. Masih lagi dalam usaha memperbaiki dan mengenali hati budi masing-masing. Doakan kami sekeluarga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah dan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kami. Wiwiwiwiw ~






Follow Me @farahinesa