Wednesday, November 26

Denda Barangan Elektrik Kolej 9. Terbang RM115 aku. Sob sob sobs.

1:01:00 AM 8 Comments


Al-Kisah...
Aku masih belum dapat menerima hakikat duit aku telah pun terbang melayang sebanyak RM115 akibat membayar denda barangan elektrik.

Minggu lepas, pagi jam 10 pagi bilik aku diketuk dengan halaju tinggi dan bunyi yang bertenaga. Rupa-rupanya makcik pejabat kolej yang datang nak check barangan elektrik. Aku yang baru bangun tidur sebab aku baru je dapat lelap subuh tu dek kerana insomnia aku bermasalah ni, rasa stress dan gelabah apabila dia nak check barangan elektrik. Sebab aku tak daftar lagi la citer dia!

Kemudian, lepas dia check bilik depan dia nak check bilik aku. Aku tak sempat nak sorokkan periuk elektrik aku a.k.a rice cooker so aku biarkan je atas locker. Sob sob sob.
Bila dia tanya ade barang apa, aku cakap la heater, iron. Lepas tu aku dengan bangangnya mengaku bawak rice cooker. Yezza. Tapi masa tu aku tatau lagi consequence dia. So dia tulis dalam kertas denda, RM25x3. So aku assume aku kena bayar RM75 lah kan nanti. Mahalnya. Sedeyh.

Pagi tadi aku ushar la pejabat Kolej 9, UTM untuk bayar denda sambil mintak pengurangan. Sekali kira-kira aku kena bayar RM115! Oh de he**. Mahal gila. Rupanya aku kena daftar barangan tu, RM15 untuk charger dan iron, RM100 untuk rice cooker! Mahal gila. Aku tanya lah kenapa mahal pulak. Sebab dia kata kalau tak aku harus bayar RM115 + RM75 (denda). Tak macam RM190 total. Aku tatau la apa cita kalau orang yang bawak peti ais, tempat memasak segala bagai tu. Sebab masa aku spotcheck tu, pintu aku ade kunci engsel. Kalau lambat bukak dia akan bukak terus pakai kunci pendua yang pejabat kolej pegang. Wuuu. Scary seyh kolej ni.

Dulu aku duduk Kolej Datin Seri Endon rileks je. Kediaman bersih, bilik air bersih, tak ramai orang, kawasan lapang, parking senang, suasana pun bersih, pejabat kolej pun best. Sekarang ni dengan aras aku yang kucing suka berak kat koridor, tak bersih, tandas pun tak bersih, air hujan asyik bocor sana sini, sinki pun pernah bocor lepas dua minggu baru ok. Cuma kemudahan nak makan, print dan dekat dengan highway, gym, stadium & Tmana U je la kelebihan dia. Dari segi kebersihan dan parking memang failed. Washing machine pun tak banyak. Kat KDSE setiap aras ade washing machine. Kemudahan tak payah nak angkut dari tingkat 4 ke ground floor untuk basuh baju. Ampaian pun kat ground floor je ada, tak berbumbung. Nak sidai kat aras ni memang bukan ampaian tinggi la. Mcm potensi untuk kena kencing dengan kucing tu tinggi la. KDSE kurang dia hanya jauh dari fakulti dan Taman U, dan masalah dia adelah monyet masuk bilik. Aku dari start masuk memang dah rasa tak selesa sangat dengan kolej baru ni, tapi bersabar lagi. Sekali dah kena saman ni mula la rasa banyak tak best dia. Sebelum ni masih dalam mempositifkan diri lah dan bertahan. Rasa memang macam nak mintak tukar balik ke bilik lama kolej lama dulu. Tapi tak larat nak ulang alik angkut barang kan.

Lepas pagi tadi pukul 11 pergi pejabat kolej nak bayar denda, aku tak bawak cash pulak. Dia cakap kalau debit dalam akaun akan kena bayar full. RM190! Oh no. Aku cakap nak pegi cucuk duit. Pukul 2.30 petang aku pegi pejabat, dia suruh datang pukul 3. Zzzzz. Bukan selalu pejabat bukak pukul 2 ke. Tak paham aku. Dulu masa KDSE aku rasa aku pegi pejabat dia pukul 2 lbh ok je. So aku pegi fakulti dan 3.30 datang balik. Masa nak bayar tu aku tanya la kalau aku boleh bawak rice cooker tu balik rumah, tak mau guna dah, boleh tak nak bayar separuh je untuk sem ni. Dia kata kalau mcm tu aku kena bayar penuh la. Zzzzzz. Baguih punya perli. Padehal rice cooker tu aku guna 2 kali je. Orang lain yang tak daftar tu guna tiap-tiap hari. Kira mcm aku bayarkan untuk diorang ke? Sabarlah Farahin. Mungkin dia assume yang bawak rice cooker ni kaya sebab tu dia paw lebih-lebih. Kenapa la tak kena kan RM50. Kalau RM50 tu bagi aku sesuai la. Ni RM100, aku dapat beli sebijik lagi rice cooker besar berjenama tau tak!

So aku bayar je lah RM115. Malas nak banyak bunyi. Aku siap daftarkan lagi hair dryer in case kalau dia spotcheck lagi. Tapi dia tak bagi dokumen sah pun untuk membuktikan aku dah daftar barangan tu. (Nampak sangat takde nak spotcheck lagi dah lepas ni). Ape lah ke malang hidup aku. Tapi syukur jugaklah. Aku kena selalu Positif!

Aku tanya la kalau kena buat sticker kolej. Haissh. Rupanya kolej ni takde sticker kolej. Selamat duit aku. Dia pakai sticker UTM je. Kalau tak kena la keluar duit lagi. Takut jugak kalau kereta aku pulak kena saman ke lepas ni. Mau ngamuk geguling aku. Masa macam ini lah aku kena ajar diri erti sabar. Huahuahua.

So aku dah daftar rice cooker aku untuk satu sem! Aku akan gunakan semaksimumnya rice cooker aku tu. Masak segala makanan! Yess! Azam yang tinggi. Sem depan tak boleh bawak dah katanyakan. Hohoho. Sem ni akan kuguna sebaiknya! Rase mcm kena saman trafik pulak harga dia. Tapi saman trafik memang RM150 lah kan.

Saturday, November 22

Spesis kawan-kawan anda.

7:49:00 PM 0 Comments
Ada situasi dimana anda ada seorang kawan. Kemudian anda dan kawan-kawan anda semua berkawan baik. Maka, anda memang dah kenal lah perangai kawan-kawan anda yang kenal dari zaman tuk kaduk lagi. Mahir sangat dah susur belok perangai ragam diorang ni. Dalam berkawan memang sah lah semua tak perfect. Memang perlukan tolak ansur jugak macam orang dah kahwin. Sebab tu perkahwinan dari persahabatan pun cool je. Banyak persamaan jugak.




Jadi bila anda kemudian berborak ramai-ramai lepak-lepak minum atau santai sama-sama, kawan anda seorang ni mengeluarkan pesen annoying dia yang dari azali tu. Anda dan kawan-kawan pun yang memang dah kenal perangai yg melekat pada dia semua akan ignore dan dah lali dengan spesis dia tu semua pakat buat dunno je. Tapi rilek je dan masih berkawan lagi. Hahahahaha. Aku rasa aku ada buat kat orang dan kawan-kawan aku pun ada buat kat aku. Sebab tu kadang-kadang ignore dengan benda-benda remeh gini akan membuat persahabatan long lasting.

So, kawan yang ada peel-peel diorang sendiri ni memang sah la tak semua kita suka. Contoh lah, contoh je ok:

1. suka tidur bukak lampu
2. bukak kipas sampai level 5 sejuk nak mampos
3. suka nyanyi masa study memekak je
4. mandi dalam shower sampai sejam, orang lain nak pegi kelas la oi
5. makan berbunyi
6. suka berborak sambil tepuk tampar kaki kita macam makcik-makcik
7. suka amik makanan orang lain tanpa kebenaran
8. suka kentut merata-rata
9. suka paksa-paksa
10. suka ikut cakap dia je cakap orang lain taknak dengar pun
11. asal cakap je semua nak menang tak boleh nak kalah
12. suka memerintah
13. kedekut, kalau lima sen pun berkira nak baki
14. kalau dia cakap orang boleh tapi kalau orang cakap dia, dia mengamuk
15. dekat kita dia mengata orang, rupanya kat orang pun dia mengata kita

dan banyak la spesis-spesis lain. Jujurnya ada spesis-spesis yang aku boleh tahan dan buat ignore je. Masih cool berkawan dengan diorang. Tapi ade sesetengah spesis yg aku tak boleh belah. Untuk yang spesis aku tak boleh belah ni lah lebih baik kita jangan rapat sangat kalau dah tahu kita memang tak boleh go on nak kawan dengan dia lagi. Kalau lepak je kita sakit hati. Sabar lah bebanyak. So lebih baik elakkan lepak bersama sebelum sakit hati kita meletup cam bom atom.

Ade orang tak kesah kawan dia makan berbunyi. bagi dia benda tu bukan big deal. Tapi memang tak tipu, ada certain orang dia paling anti orang makan berbunyi ni. Aku pun jenis makan berbunyi jugak la. Tatau la skarang masih lagi ke tak. Ade skali tu kawan aku sound aku makan berbunyi. Dia suruh aku try makan senyap-senyap. Tapi kejap je la, lepas tu makan berbunyi balik. Krup krap krup krap. Tapi lepas tu dia dah paham pesen aku memang tak boleh nak ubah. Susah. Tapi dia takde pun lah kutuk aku ke (tatau lah kat belakang) atau pun marah aku ke. Dia ignore je. Makanya kami masih berkawan walaupun aku tau dia terseksa bila makan dengan aku.

Mungkin lah ini salah satu faktor. Ini berdasarkan penelitian aku je. Sabar dalam persahabatan pun penting. Dari sikap tak sabar tu jugak la akan buat gaduh sebenarnya,. Trust me. I have experience on this matter. Puih.

Tuesday, November 18

Apa terjadi bila purse aku hilang?

8:19:00 AM 1 Comments
Assalammualaikum... 



Selamat malam. 

Dalam hidup ni, mcm-mcm terjadi kat diri kita. Ada kes curang, kematian, accident, malapetaka dan sebagainya. Begitulah hidup aku. Bervariasi. 

Sob sob sob... Tapi aku anggap ni ujian.. Sebab aku pun dah lama lagha dengan segala dunia bagai ni. Tau nak enjoy je hari-hari. Belajar malas!! Puih!

Hari ahad hari tu, aku ponteng lab [ dah seminggu jugak aku tak datang lab, harap SV tak cari aku ]. Aku pun pegi Jusco Tebrau City menemani kawan aku yang kempunan nak cadar patchwork. Aku pun nak jenjalan kot2 kalau berkenan satu cadar nak angkut lah jugak. Makanya hari itu aku drive. Agak jem lah nak ke Jusco sebab hujan. Nak cari parking punya lah payah. Dekat setengah jam pusing-pusing. Gagal memanjang. Takde luck. So decide utk parking tak berbumbung je. 

Juco Tebrau ada buat booth banyak type kat kawasan lapang tengah-tengah Jusco. Yang selalu kosong je tu sepanjang susur dari southern ke centre and ke north. Yang kat centre tu sah-sah la ade event duk jual sportrim bagai. So kitorang jalan-jalan cuci mata dulu. 

Aku pun singgah la Poh Kong nak usyar emas. Sekali kawan aku racun-racun, eh, terbeli pulak. Beli yang murah je la. Sebab dah terbekenan. Mase ni mane lah nak tau kejadian malang bakal berlaku. Muke banyak happy keluar dari Poh Kong dengan emas baru di tangan. Aku bayar pun pakai debit card. Tawar cm saiko kat manager Poh Kong tu sbb nak beli Paris. So harus la gembira bila dapat murah. 

Then tiba masanya nak ushar cadar patchwork. Kawan aku nak cucuk duit. Emm. Aku pun nak check baki lah. Bape sen je la tinggal duit aku kat bank. Aku tak jadi keluarkan duit sebab aku rasa cash dlm purse aku ade lagi RM100 lbh. Aku pulak tak bercadang nak beli cadar tu sbb baru je lepas mencanai duit kat Poh Kong. Semasa menuju ke booth cadar tu, kitorang singgah lah kedai Cotton On usyar barang. Tengok-tengok dalam 2 minit lepas tu chow. Booth cadar tu selang satu or dua kedai je dari Cotton On. 

Sesampainya di booth tu, kami ni dengan rakusnya mengirai cadar-cadar dengan jakun. Semua corak cantik-cantik. Hoi perempuan memang tak tahan tengok menda-menda gini. Rambang mata siot. Aku pulak lah racun kawan aku suruh amek yang patchwork mahal tu. [Tadi ko racun aku suruh beli emas kan]. Tapi cadar tu serius lawa. Mahal sebab dia betul-betul patchwork yang kain-kain perca sambung-sambung pastu jahit. Kain pun lembut sikit. Dah kena RM245 satu set king. Uissh. Then kawan aku bajet nak cadar biasa tu so dia tak cucuk duit extra. Dia pun nak pinjam duit aku dulu. Aku pun memula dah rambang mata macam gila-gila nak beli tak bleh tahan dah. Tapi pikir-pikir nanti lah next month. Sabar lah bebanyak Farahin oi. Mase nak bagi kawan aku pinjam, aku check purse aku dah lesap. Oh mai. Oh mai oh mai oh mai...!!!!! Mane purse aku? Mane? Aku kirai-kirai barang-barang dlm bag aku yang berlambak barang mekap charger segala semua ada. Serius takde! Takkan lah? Takkan jatuh? Takkan tertinggal kat ATM? 

Aku pun cakap kat kawan aku, "Purse aku dah xde!". Suasana sah-sah gamat kejap. Aku dah sikit lagi nak pitam. Berpinar jap mata. Tak pernah lagi aku hilang purse dalam hidup. Oh mai. Ya Allah rosai bukan main. Aku pun kirai cadar-cadar kat booth tu. Cari kat celah-celah bungkusan cadar. Segala ceruk cari dah. Aku harap dia jatuh masa aku fanatik sangat kirai lipat kirai lipat cadar tu semua. Sah takde. Aku pun menyusur kat jalan yang aku lalu sepanjang ATM ground floor ke booth tu. Tak jauh pun. Kawan aku cucuk duit sbb nak beli cadar tu. Aku pun masuk dalam kedai Cotton On kot-kot ada terjatuh ke. Dah puas cari. Memang takde. Pegi kat ATM tu pun tengok-tengok situ kalau ade. Pun tak ade. Wuuuu. Nak nanges rase hati. Dah la purse tu baru pakai dua bulan.

Dalam tu ade RM111 [ aku ingat sebab aku baru lepas pegi ATM and check cash yg aku ade ]. Voucher Jusco RM30 [ Baru lepas redeem kad Jusco bulan sudah tapi tak guna lagi ]. Ade voucher shushi king RM20. Segala kad ATM, IC, lesen memandu. Yang paling sedih dalam tu ada gambar arwah ayah aku & mak aku. Ada tiket bas SP Bumi yang aku simpan mase hari arwah ayah aku meninggal dari Terengganu ke Kuantan. Tiket tu la bukti aku dpt berita ayah dah takde masa dalam bas tu. Yang lain-lain aku tak peduli la. Tak berapa penting. Sedeeyh gila. Rase loser sangat masa tu. Down. Tak pernah purse aku hilang. Tak logik jatuh sebab beg aku jenis kain kanvas lembut & besar. Purse aku pun gemok & berat. Takkan lah takde bunyi kalau jatuh. Takkan lah purse beso gedabak tu aku tak sedar kalau jatuh. Kena mandrem ke ape. Lepas kawan aku dah beli cadar tu, kitorang pun dah cari-cari lagi. Give up. Sah dah hilang. 

Aku and kawan aku pun cari port nak lepak. Call segala bank utk block ATM card. Walaupun duit dalam tu taklah riban-riban, tapi tu lah duit yang aku ada nak teruskan sisa hidup. Lepas dah block semua kad, kitorang pegi kaunter jusco utk buat report kehilangan. Dia suggest aku pegi Balai Polis buat report. Kalau nak tengok CCTV pun kena ada report polis and ada polis escort utk tengok CCTV. Sebelum tu aku ada jumpa guard jusco berbangsa bangla utk mengadu. Tapi dia suggest aku pegi report kat main kaunter lah kan. Masalah bahasa jugak lah dengan beliau. Dah lah tengah sedih. Wuuuu ~

Report Polis

Dah takde mood maka kitorang pun chow. Sambil bebel-bebel ngan kawan aku. Syak segala orang yang ade sekeliling aku. Memang ada la kitorang syak beberapa org yg mencurigakan tapi biarlah antara kitorang je. Cari lah balai polis berhampiran. Call main police station sebab nak tanya balai polis yang paling dekat dengan jusco tebrau kat mana. Dia bagitau kat Taman Setia Indah. Guna lah waze kawan aku cari balai polis. Sesat-sesat bagai dekat bape kali dok tawaf taman tu. 

Eh. Siap jumpa kedai kereta lagi singgah nak tanya pasal wiper aku. Tak padan dengan takde IC kalau kena tangkap mmg jadi PATI dah ni. Bole plak yakin singgah kedai. Duit dah la zero. Sebabnya wiper aku yang macam cipan tu baru-baru ni aku perasan dia tak wipe habis cermin aku. Something wrong. Kat side aku tu ade portion dia tak wipe and aku susah nak nampak jalan kat bahagian area kanan. Abang chinese tu dah nak tutup kedai. Tapi berusaha nak bukak wiper aku namun gagal sebab ketat. Dia suggest pegi kedai kawan dia yg badan besar dekat area Maslee utk setel kes tu. Kitorang pun pegi sane pulak. Dia cakap wiper aku terbalik. Tapi lepas dah berjaya switch pun ghupenye same jugak. Cuma better sikit lah kan. Dia pun pelik. Dia cakap wiper aku memang jenis pendek. Ade jenis panjang. Errrm. Aku pun pelik. Tapi dia tak suggest tukar sbb wiper aku baru lagi. Memang lah!!! Aku baru tukar berapa bulan lepas. Tak kering lagi tahap ikan masin wiper tu. Cuma dulu takde la jadi kes mcm ni. Maka abaikan kisah wiper aku. Tetibe emo teringat wiper aku tu. Stresss. 

Then kitorang pun tawaf lagi ikut waze tu. Ade ke dia bawak kitorang masuk ceruk perumahan last-last batang tiang balai polis tak nampak pun. Puih. Menipu punye mende alah waze. Last-last aku decide berhenti kat petronas. Tak tahan aku ngan kawan aku dedua nak kencing. Sambil tu tanya jalan. Dan-dan je aku parking, ade satu kereta polis park sebelah aku. Eh eh eh. Kebetulannya. Saye nak cari tempat keje encik-encik sebenarnya. Malangnya aku takut nak tanya dia. Aku tanya kaunter Petronas je. Bhahahahaha. [ Aku takde kes jenayah pun ok ]. Tapi tatau kenapa takut tengok inspektor polis. Fobia dari zaman kecik kot org asek dimomokkan dengn polis. Hehehe. So kitorang cari dan cari akhirnya berjumpa. 

Lepas tu aku pun buat lah report kat cik polis berbangsa india yang sopan. Suka lah layanan polis kat situ. Nice je. Logo mesra cepat betul tu i loike! I is setuju. Then dah pot pet pot pet cerita segala. Dia pun dah taip report. Yang akak kat sebelah aku pun duk buat report dia kena tipu dengan penjual online yang juga memeras ugut dia pade masa yang sama utk bank in duit. Dan menipu pulak harga barang kena bayar lebih lagi. So lepas tu  tetiba aku kena bercakap dengan Sarjan Imran dari Balai Polis City Centre. Apekehal? Dia jumpe purse aku ke? Kepala aku duk pikir purse je time tu. Dia tanya aku dah makan ke belum. Aik? Aku cakap belum. Dia tanya aku naik teksi ke kereta. Dengan siapa. Rupanya dia suruh aku datang Balai Polis Centre dekat area City Square area Bazar Karat utk sahkan report tu. Aigooo. Jauhnya. Aku pun tanya la akak polis tu kenapa kena pegi sana. Supaya aku dapat elakkan kena buat pembayaran mase buat IC kat JPN and lesen memandu nanti. Aku pun baru tau. Sebenarnya, kalau buat report polis, kes hilang atas sebab kecuaian, tetap kena bayar kat JPN and JPJ mase buat kad baru. Tapi kes seluk saku ini dikecualikan. Hoi kalau tak terbang lah RM110 and Rm20 nak buat menda alah tu. Aku baru tau kes mcm ni. 

Pengesahan Report Polis (Kali ke-2)

So kena la pergi balai polis centre. Dah la park kat tempat illegal. So kawan aku stay dlm kereta utk mengelakkan 'surat chenta' dari pakcik polis. Aku pun menapak la ke balai polis. Menunggu Sarjan Imran dari mana tah tangkap penjenayah yang baru lepas bunuh orang katanya. Beliau pun borak-borak dengan aku, amek keterangan aku semula and tambah soalan-soalan lain. Sambil tu tanya pasal IPTA aku. Amek course ape. Kolej mana. Hahaha. Nice. Sporting jugak beliau. Aku dalam hati risau kawan aku tepi jalan tu ok ke tak. Kereta aku ok ke tak. Dah la kereta aku manual Kalau ade polis suruh alihkan mcm mana. Tau ke kawan aku bawak manual. Risau. Risau. 

Lepas je siap keterangan tu, aku pun lelaju balik ke kereta. Kawan aku dengan tenangnya online. Dedua dah kebulur. Cari port makan. Kawan aku cakap dia belanja. Terharu sob sob. Dalam keadaan aku tak berduit. Tak de IC, kad atm semua, inilah kawan yang aku harapkan. Aku bersyukur dapat kawan-kawan yang baik semuanya. Alhamdulillah. Dah la tekak teringin nak makan sup hujan-hujan gitu. Kawan aku layankan aje. Makan lah kat Bistro yang baru bukak area Taman Muafakat dekat-dekat dengan Kapten Steamboat. Dah kunyah-kunyah, aku decide tido umah kawan aku supaya esoknya boleh bangun awal utk pegi JPN and setelkan semua. 

Buat IC baru di JPN

Hari isnin pagi itu, aku balik ke kolej and siap-siap nak pegi JPN. Sampai JPN dalam pukul 9 gitu. Ade dalam 55 giliran lagi sebelum sampai giliran aku. Aku pun guna la semula purse lama aku jenama Teddy Tales yang aku simpan. Purse tu walaupun dah pakai dekat tiga tahun, aku simpan lagi. Dalam purse ade RM45 hengget. Pinjam duit kawan aku RM50 hengget semalamnya untuk meneruskan hidup tanpa kad atm dan cash. Ini je lah yang aku ada. Masa pergi kaunter amek nombor tu, aku tanya la kena bayar ke kalau kes seluk saku. Dia pun baca report polis aku. Dia cakap yang kes mcm ni, macam kena bayar je. Aku tanya berapa. Dia cakap kalau kali pertama RM100 lbh. Kalau kali kedua RM200. Oh mai. Nak pitam lagi. Semalam encik dan cik polis cakap tak payah bayar elak cukai. Sampai aku kena buat report polis dua kali. Mahal gila kad pengenalan. Brape gram emas dalam chip tu dia letak lah. Dia suruh isi borang je dulu and tgk macam mana kaunter decide. Dalam pukul 10 lbh sampai la giliran aku. Lepas serah semua dokumen, aku kena jumpa officer dia untuk pengesahan sama ada dapat pengecualian bayaran atau tak. Dengan senangnya officer tu cop and semua setel. Tak yah bayar yeaaaay!! Dah siap-siap pakai tudung hitam kan sebab nak amek gambar baru. Bajet cun lah. So esoknya datang semua untuk amek kad pengenalan. Sementara tu pakai la kad pengenalan sementara yang beso gedabak tu. 

Buat lesen baru kat JPJ

Then aku pegi JPJ pulak buat Lesen. Uissh. Kalau boleh nak setel semua hari tu jugak. Tak mo lah jadi pelarian ke hulur kehilir bawak police report je. Abang JPJ tgk pon menyampah nanti. Ramai bukan main JPJ dekat Taman Dahlia tu. Meriah sangat. Lepas cerita masalah aku kat kaunter pertanyaan, encik tu bagi aku borang L1 dan suruh aku prepare siap-siap salinan report polis, salinan kad pengenalan sementara dan sekeping gambar pasport. Alamak, gambar pasport takde. Pegi la buat kat kedai yang ade kat dalam JPJ tu. Pak cik kaunter tu baik je siap tanya lagi mcm mana hilang purse aku. Mesra gitu. Lepas isi borang L1, pegi la amek gambar. Dah la gambar tak lawa, Bayar lah RM15 utk 4 keping gambar. Potostat kad pengenalan sementara sekali Rm1. Kemudian gi semula kaunter and amek giliran. Tak lama pun tunggu. Cm biasa kena jumpa officer jugak utk sahkan. Dengan mudahnya permohonan aku dicop. Tak sampai setengah jam, lesen baru aku siap. Yeaaay! Tapi gambar tak lawa. Hissh. Menci ngat. Selamat RM20 aku sebab dpt pengecualian pembayaran utk kes mcm ni.

Kad ATM replacement

Pastu aku pun nak pegi buat kad atm kat Maybank. Alhamdulillah sepanjang hari tu aku tak ade masalah parking. Syukur sangat rezeki betul, ade je parking kosong untuk aku. Dah sampai Maybank tetibe akak kaunter pertanyaan cakap selagi tak dapat IC original tak boleh buat kad ATM. Ottoke!? Aku takde duit! Baki tinggal bape sen je ni. Wuuu ~ Semua bank pun mcm tu rupanya. Last-last dah penat aku balik. Nak tido. Penat sangat. Runsing. Sedih. Makin kusut. Semalamnya masa purse aku hilang kawan aku siap cakap aku mcm tenang je purse hilang. Oh. Aku memang mcm ni. Mase kejadian aku bukan tenang tapi lebih kepada blur dan sedih dlm hati sampai takde perasaan. Kemudian semakin lama akan semakin meroyan bila bayangkan masalah-masalah yang bakal menyusul. Haahahaa. 

Reunion bersama Purse yang Hilang & Pembatalan Report

Sampai kat bilik terus nak membuta selama sejam. Begitulah niatnya. Petang konon nak pegi lab. Dalam 1.30 petang mase tengah lelap-lelap kancil, Jusco Tebrau call bagitau purse aku dah jumpa! Yeah! Found it! Yuuuhuuuu! Happy.. happy.. happy.. Tak boleh tahan terus siap-siap solat semua then pegi jusco nak kutip harta. Lepas dah amik dan tanya itu ini, encik polis bantuan dalam jusco tu suggest aku pegi batalkan report. Walaupun duit cash aku RM111, voucher jusco rm30 dan voucher shushi king rm20 dah hilang, aku masih bersyukur. Gambar dengan tiket tu ade. :). Yeaay. Alhamdulillah. Aku pun semangat google balai polis berhampiran nak batalkan report. Lepas tanya orang and mintak direction, semangatnya pegi Balai Polis Johor Jaya. Kalau aku tau balai polis ni lagi dekat, tak adelah aku ke Setia Indah semalamnya. Tapi nak ke balai polis yang dekat sejengkal dan amatlah senang directionnya pun aku sesat 4,5 kali. Tak sah kalau aku tak sesat. Turun kereta 3 kali tanya orang. Balai polis nye dah nampak, nak masuk punya lah susah cari jalan masuk tak jumpa-jumpa. Mse batalkan report tu pon pakcik polis tu tanya kenapa tak batalkan kat Skudai je. Eemm. Nak je aku cakap, sebab saye semangat dan saye memang sengal pakcik. Aku ade sikit menyesal tak batalkan report kat balai polis skudai sebab tak teringat yang balai polis skudai punya lah terpampang besar tepi highway. Tetap nak sesat pegi Johor Jaya punya. Isshk. Sengal. 

Yeaaay. Lepas dah batalkan report rasa lega tenang semua. Utk meraikan kebahagiaan ini, pegi beli burger kat bawah kolej yang baru bukak hari pertamanya hari tu. Terus order burger daging special. Happy kononnye kan. Semangat report kat mak purse dah jumpa. Rupanya mak aku pun selalu doakan aku jumpa purse tu semua tiap kali lepas solat. Alhamdulillah. Terima kasih mak. Sayang mak sangat-sangat. 

Buat Kad ATM baru dan Kutip IC baru

Hari ini pon ponteng lab lagi sebab bangun lambat. Al maklum kepenatan semalam. Petangnya pegi Maybank and CIMB utk buat kad baru. Sebabnya dah dapat Kad pengenalan original kan. Kalau tak merana lah aku takde cash. Turn kat Maybank punya lah lambat akak tu dah pesan siap-siap mau kena tunggu sejam lebih sebab ramai org que. Yeezaaa. Sementara tu aku menapak ke CIMB yg sejengkal buat kad atm baru. Syukur takde org. Tak sampai setengah jam kad CIMB siap. Patah balik ke Maybank ade lagi dua je giliran aku. Semua berjalan lancar hari ni. ^_^. 

Sebelum tu aku pegi JPN dlu kutip IC baru. Tak sampai 15 minit pun prosesnye dan aku pulangkan kad pengenalan lama sebab purse aku dah jumpa bersama kad-kad dalam tu. Dia pun gunting kad pengenalan lama aku dan bagi kad baru. 

Dan aku gembira walaupun berlaku kerugian dan kemalangan. Tapi aku anggap ini ujian Allah bagi sebab Allah rindu dekat aku. Dan aku masih bersyukur dengan ujian ini. Kena selalu positif dan Im back to be a happy girl again! Syukur Alhamdulillah. :)


(sekadar gambar hiasan)

Monday, November 10

Pelajar dirotan hingga berbirat kerana tidak Solat Subuh.

1:12:00 AM 0 Comments
Assalammualaikum. 

Selamat petang. 
Tetiba terasa tertarik menarik pula nak komen pasal isu ni. Takde lah nak kondem memana pihak pun. Cuma saja nak share pendapat. Kalau ada yang salah dipersilakan dan tidak perlu membuat permohonan untuk menegur. Kita share secara baik. 

Secara jujurnya, kalau dulu-dulu, abang-abang aku yang lahir zaman 70-an, diorang kena sebat macam ni tak ada masalah pun. Asalkan dirotan sebab membuat salah. Jangan sebab takde salah, tau-tau anak korang balik lebam-lebam. Tu kes buli namanya dan perlulah kes-kes macam tu kita ambil tindakan. 

Cuma kalau dah tau itu melanggar peraturan, maka tindakan bijak adelah jangan buat. Dulu-dulu cikgu memang akan rotan ke, atau cubit, atau pukul pakai pembaris sbg satu proses didikan. Kanak-kanak ni biasanya belajar dari kesilapan. Bila kita dah tau sesuatu tu silap, haruslah kita ajar, dan kalau tak nak dengar maka haruslah kita rotan sampai dia ada rasa keinginan untuk tidak buat lagi. Jarang lah kan berlaku kalau zaman universiti untuk bakal-bakal pemegang ijazah dirotan sebab-sebab macam ni. Sebab apa? Sebab semua dah ade otak yang besar duduk dalam kepala tu untuk berfikir. Allah dah bagi akal, takde keje lah pensyarah sekalian nak rotan-rotan bagai ni. Masa kecik lah kita kena didik. 

Aku ni sebenarnya cakap je pandai. Ye jugak. Sebab aku tak ada anak lagi. Tapi pada saat ini, aku yang belum lagi mengalami situasi mempunyai anak yang dirotan sehingga berbirat sebab tak solat Subuh ini berharap, agar apabila aku ada anak suatu hari nanti, aku membenarkan cikgu merotan anak aku jika dia membuat kesalahan. Tak kisah lah kesalah yang melanggar undang-undang agama atau undang-undang sekolah. Cuma biarlah bersesuaian. Takdelah aku benarkan cikgu bogelkan dia di depan khalayak ramai ke kan utk hukuman. Tapi rotan tu adelah hukuman sesuai la. Selagi tak kronik. Jangan sampai anak aku patah riuk atau koma je. Setakat lebam ni sapu ubat nanti lelama dia baik la. Ala macam tak biasa jatuh lebam-lebam. Ini untuk tujuan pengajaran dan didikan demi masa depan kot. Aku dulu masa zaman sekolah selalu je kena rotan. Aku perempuan kot. Xde pun aku balik mengadu kat mak ayah aku. Sebab aku tau kalau aku mengadu, mesti mak atau ayah tanya, "kenapa cikgu rotan?". Aku yg tak biasa menipu ni akan jawab lah sebabnya, maka selalunya dorg balas "padan muka, lain kali kalau buat lagi kena lagi" See.

Pelik dengan zaman sekarang ni kalau anak kena rotan sikit je pun mak ayah melenting bagai nak rak. Siap nak naik mahkamah lagi. Ye sejujurnya semua orang sayang anak. Bagai menatang minyak yang penuh. Tapi kalau tengok cerita "Anakku Sazali" belajar tak pengajaran dari situ? 

Ade jugak sesetangah parents ni tak suka orang lain tegur kesalahan anak dia atau meletakkan hukuman pada anak dia. Ye lah. Sebab nanti akan dilabel "tak pandai didik anak". Bila budak-budak buat salah, kita akan cakap, "anak sape lah ni, mak ayah dia tak ajar ke... bla..bla..bla..". 
Kita manusia yang tak perfect dari semua segi. Mungkin nanti ada kekurangan kita dalam mendidik anak, maka harapannya dapatlah bersikap terbuka kalau orang cuba mendidik anak kita jika cara mereka betul. 

Hukuman tidak solat Subuh ni dalam agama Islam: 

Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun "

Apalah nak dibandingkan kena rotan. Aku dulu xpernah lah kena rotan sampai macam ni sebab tak solat subuh, kena rotan pun sebab-sebab lain. Tapi secara serius memang bila dirotan aku takut nak buat kesalahan tu lagi lepas tu. Memang berhasil lah. 

Aku pernah dulu pegi mengaji, murid mengaji ramai sangat. Sebelum ustaz sampai, budak-budak lelaki bising bukan main berborak pasal apa tah. Sekali ustaz dah habis solat je, keluar bawak rotan, terus sebat belakang 4,5 orang budak tu. Aku yang tengok pun ketakutan. Sampai ke sudah kalau time mengaji aku tak bercakap borak-borak kosong. Takut kena rotan kot. Itu adalah didikan yang bagus untuk mereka yang kena rotan ataupun yang melihat. 



Kita orang dewasa sendiri pun tak ada lah perfect solat sempurna. Aku mengaku aku bukanlah manusia yang sempurna dalam bab agama. Ade juga terlajak. Banyak perlu diperbaiki. Tapi untuk anak-anak aku, aku harap mereka boleh jadi lebih baik dari aku. Apa salahnya. Dan ibu bapa sah-sah la kena jadi contoh yang baik untuk anak. Kalau dia tengok mak ayah selalu skip solat Subuh, tak mustahil dia rasa tak solat Subuh pun tak apelah. Mak ayah aku selalu je tak sembahyang Subuh. Benda-benda ni memainkan peranan dalam psikologi sebenarnya. 

Suma untuk kes ni, selalu cikgu rotan jarang terjadi lah sampai berbirat, Ini tak taulah dia pakai rotan apa dan berapa pulak tenaga dia guna angkat rotan tu. Tinggi mana dia sebat pun taktau lah. Selaku ibu bapa zaman moden yang penuh dengan teknologi canggih dan laman sosial ini, selalunya memang mendatangkan kerisauan dan jalan mudah adalah share dilaman sosial lah jawabnya. Sebab untuk zaman sekarang kalau kes lebam ni dah dikategorikan sebagai kes serius. Zaman-zaman 80-an, 90-an dulu kes biasa je ni. Xde laman sosial nak share.

Sekian. 
Ulasan saya yang masih kurang ilmu. 

Kereta Myvi 2006 (Manual) - Clutch berbunyi & masalah lain.

12:02:00 AM 6 Comments
Assalammualaikum.

Petang yang indah sebab asyik hujan kat JB. Rasa malas semakin awesome. Tapi perasaan aku bukanlah tajuk utama berita hari ini. 

Berita melaporkan sejak akhir-akhir ini aku selalu dengar bunyi-bunyi aneh dari kereta pusaka aku tu. 

Pertama, bila aku dah drive dalam setengah jam gitu, akan ada bunyi pelik dari arah belah kanan kereta aku. Bunyi dia macam "syiling tengah berpusing dalam tin kosong". Serius pelik. Tatau nak explain bunyi ape. Tapi kadang-kadang je dia berbunyi lepas tu senyap semula. Nanti dalam 15 minit kemudian muncul balik bunyi tu. Eh, pelik la, tatau nak cakap cmne bunyi dia. 

Pernah tanye kedai, dia cakap masalah kompressor. Dah tu aku kena tukar seluruh kompressor ke cmne? Tak mcm mahal plak kan? Aku syak bearing dia je masalah lepas gugel2 kt intenet. Lepas tu aku bercadang nak bawak abang aku pegi check nanti. Kot2 kalau spray WD40 terus ok ke kn pasni. Harapannye begitulah. Tatau bila nak pegi check. Taktau jugak benda alah ni serius ke tak.





Keduanya, bunyi lain plak. Bila pepagi nak pegi breakfast ke atau saat pertama aku start enjin dlm hari tu, aku tekan je clutch dia akan bunyi "keceerrrkeceerrkecerr" tapi slow je bunyi dia. Setelah try beberapa hari membuat eksperimen betul ke clucth tu punye angkara, memang sah! clutch aku lah yg bunyi tu. Aku tanya kedai kereta, dia cakap clutch nye cable. Kalau nak tukar sekali upah pasang RM100. Murah ke? Tapi aku tak pasang-pasang lagi. Bahaye ke eh kalau lambat tukar? Ni pun nak konon-konon tanye abang aku nanti lah kan. 

Lepas tu aku ade niat nak tinted head lamp aku sebab dah macam nak pergi ke kaler kuning gaya lampu tu kan. Biasa lah kereta dah umur 6 tahun lebih. Ade kedai tu bagi RM100 sekali polish, sekali tinted spotlight. Adekah ianya berbaloi? Bahaye tak tinted ni? Colour ape sesuai? 


____________________________________________________________________________


Aku sebenarnye dah serik sebab dulu pernah la sekali tu aku nak balik ke Pahang dari JB, kereta aku boleh pulak tersadai mase tunggu traffic light. Nak masuk gear tak boleh kot!! Mau tak menggelabah lampu dah hijau aku nak masuk gear tak boleh. Dah habis tekan clutch dah. Berita baiknye mase tu ade kawan aku nak balik ke Kulai konvoi sekali kononnye, dia la tolong tolak kereta masuk balai polis. Kalau tak maunye tahan muke kena hon memanjang. Tapi hoi aku bukak lampu hazard la. Kereta aku rosak bukan sesaje aku nak duduk tengah jalan. Dah la depan balai polis. Last-last abang aku dua orang dari Pasir Gudang jadi hero datang selamatkan. Masa tu aku baru pakai kereta dalam 2, 3 bulan. Lepas godek-godek, kereta tu boleh jalan tapi slow. Hantar je kat kedai berdekatan abang aku yang drive. Jeng jeng jeng. Terbang melayang lah RM700+ tukar mende alah tu. Tunggu 3 hari baru siap. Wuuuu. Wuuuuuu ~ Nanges. Tu duit mak aku yang keluar. Bukan duit aku. Kalau duit aku? Ye... sebenarnye aku xde duit tp pakai kereta.. selalu buat loan dengan mak je. Al-maklum lah student IPTA lagi. 

Sejak dari itu, aku selalu berazam untuk maintenance kan kereta aku sebelum kerosakan kronik muncul. Tapi biasalah, orang perempuan mane lah terer. Aku selalu tanya-tanya kedai pasal spare part kereta ni. Lepas tu abang aku lah consultant yg berjaya bab-bab kenderaan. 

Baru-baru ni aku tukar absorber depan sepasang RM360 sekali upah. Murah jugak lah. Tu aku tukar kat Segamat. Aku tanya kat kedai area JB ni rata-rata RM400+. Mahai betul mende alah tu kan. Aku tengok mende tu macam tempat tekan kuih semperit je rupanya. Haih lah. Ape boleh buat. Pandai pakai kereta kenalah pandai jaga. Lagi-lagi aku ni suka ulang-alik JB-Pahang tiap bulan. Memang kena selalu check lah kan. 

Sekian nukilan aku dari perempuan yg noob pasal kereta. 

Saturday, September 20

Mimpi terindah : Deep angau.

9:50:00 PM 0 Comments



Okay. Hari ini aku masih bernyawa. Alhamdulillah. Dan sihat. Syukur sgt.
Tapi motif aku menulis blog ni sbb nak karang semula mimpi aku yg merupakan antara mimpi terindah dalam hidup aku.

Seseorang yang dah lama sangat aku suka, aku mimpi dia malam tadi. Tak de pun aku terfikir pasal dia sebelum tido. mimpi ni tiba-tiba je. Dan mimpi tu sangat real je rasanya. Ya Allah, memang berbunga-bunga sangat walaupun dalam mimpi. Sampai boleh rasa muka aku memerah kat dlm mimpi tu.

Aku dah start samar-samar ingat pasal mimpi tu tapi aku nak tulis jugak supaya aku tak lupa. Lelaki yang aku suka ni mmg dah lama aku pendam. Sah-sah la aku tak bagitau sebab aku jamin dia tak ade pun perasaan kat aku. Aku je syok sendiri extravaganza kan. Hahahaha. Tak kesah la. Aku mmg macam ni pun. Aku takkan bagitau punye yang aku suka dia. Tak mau kantoi lagi lepas ni.

Mimpi ni siap ada dua part. Part pertama sebelum aku terjaga. Dari start tido malam tadi sampailah ke subuh. Yang awesome nye, mimpi tu siap bersambung semula lepas aku tido balik. ^_^Mcm manelah aku tak rasa indah. Tak pernah mcm ni. Mcm real. Mcm taknak bgn dr tido. Haih lah.

Mimpi pertama aku tak ingat sangat tapi berlatarbelakangkan satu tempat di Johor. Kampung aku. Kitorang berborak pasal diri masing-masing. Rasa mcm dah lama kenal walaupun jarang bercakap. Lama-lama makin mesra. Dalam mimpi tu memang sebutir-sebutir aku ingat ape yg aku cakap. Tapi bila sekarang ni dah lupa la kan.

Yang part kedua tu dia ajak aku keluar dengan dia. Parents dia siap benarkan lagi mcm tu jugak mak aku. Hoih dah approve kitorg keluar dating. Aku mase tu dalam hati gembira bukan main. Rase nak lompat bintang tigaploh kali. Hihihi. Naik la kereta waja dia. (walaupun setahu aku dia bukan pakai kereta waja). Latar belakang mimpi ni mcm masa raya. Sebab beliau pakai songkok. ^_^
Bila masuk kereta dia bukak songkok & pakai cap. Aku pun cakap, kalau pakai songkok lagi hensem, aku mmg suka tgk lelaki pakai songkok pon. Lagipun kena sangat songkok ngan muka dia. Melting gila.

Lepas tu kitorang pegi makan. Then pergi lepak tepi laut. Tetibe along aku pun interprem ngn kwn2 dia (kacau betul la). Dia ingat aku ckp nak pergi balai polis buat report ngan si dia ni. Apesal ade kt tepi laut pulak. Aku pun cover line cakap baru balik dr balai polis yg kebetulan kat tepi laut tu la. Padehal menipu kan. Masa kat tepi laut tu nampak ombak besar gila. Cantik sangat. Yang sengal nye mase tu aku keluar dating siap free hair. Sebab dia suka perempuan tak pakai tudung. Pendirian aku dah berubah ke? Tak kesah janji bahagia. Ok lepas tu alarm aku berbunyi. >.<

Eeee... bila bangun tido mcm tercengang kejap. Mimpi tu bersambung. Mcm kena jampi tau. Dengan perasaan bila bangun tido yang tersenyum sampai ke sekarang ni. Tak sanggup terima kenyataan yang aku sedang syok sendiri! Rasa mcm nak cari alasan je nak pergi jumpa dia. Dapat tengok muka dia kejap pun jadilah. Dah la dia ni spesis xde laman sosial. Dan sah2 aku tau dia ade awek. Tapi tak salah kan aku nak suka dia tanpa dia tau perasaan aku ni. Lagipun aku selalu je layan dia biasa2 tapi dalam hati bukan main nak pecah dah jantung nie. Aku tau aku ngan dia mmg tak mungkin ade peluang tapi perasaan ni tak bole nak cantas dah. Dan dia adalah orang yang tak sepatutnya aku miliki sebab masalah keluarga takkan membenarkan. Dan selalunya orang yang aku suka sampai tahap mcm ni bukanlah milik aku. Aku redha. T_T

Tapi dalam mimpi tu dia layan aku sweet sangat. Comel. Muka dia, gaya dia, cara dia cakap dgn aku, semua aku suka. Semuaaaaa. Tak sanggup aku nak lupa mimpi yang indah mcm ni. Aku teringin satu hari nanti, sebelum salah seorang dari kitorng berumahtangga, aku dapat keluar berdua je dengan dia. Pergi kedai beli roti pun jadilah asalkan dapat keluar berdua je. :P Loghat dah angau aku ni.
aku memang dah rasa aku seriusly in deep angau. T_T Ok bai!

Thursday, May 8

Sportrim & Tyre at CS Tyre Taman Yayasan, Segamat.

5:08:00 AM 0 Comments
Assalammualaikum.
Al-Sekian. Mahu berkongsi duit yang telah melayang-layang mencari pemilik baru.



Wink! Tu dia!...



Mesti pelik kenapa pilih kalau tak rasa lawa? Sebenarnye bertimbun je sportrim kat kedai tu. Tapi, mata dah kero tgk banyak2 sampai dah pening nak pilih. 

Actually sportrim ini di propose oleh seorang brader ni yang tidak dikenali. Okai okai. Meh aku cerita dari mula la. 

Sebenarnya tidak terlintas niat di hati pun untuk tukar sportrim. Tapi masa aku cakap nak tukar tayar kereta kat abang aku, memang dia racun aku suruh tukar sportrim sekali. 
Hahahaha. Memang aku pikir tak kot? sebab mahal gila sportrim. Aku dengar kat Klang murah la. Mampus la plak nak ke sana dengan minyak tol bagai. 
So aku pun balik la ke JB. Niat nanti nak tukar tayar kat Pasir Gudang. Situ tayar Continental dia boleh bagi RM210 sebiji. Sebelum ni aku tukar kat sana la dengan abg aku. 

Maka, aku pun berhenti la kat Petronas Taman Yayasan, Segamat nak pam tayar. Abang aku cakap dah lembik. Mase pam tu baru aku perasan, penutup tiub tayar aku empat2 hilang! Macam siot!! Aku ade saspek tapi malas nak cakap kang menimbulkan fitnah je. -_-
Ternampak pulak kedai tayar Continental kat area Petronas. Lama dah nak ushar tapi sebelum ni tak berkesempatan. So singgah la konon2 nak tanya harga. Segala aku tak mintak tawar bagai pun dia offer kasi RM195 sebiji. Wah! Murah dari PG ni. Last2 aku pikir nak tukar on the spot. Sebelum balik JB. Mase tu dah pukul 5. Sengal tak sengal lah. 

Mase tengah lepak2 tunggu dia bikin tu, tetibe ade dengar orang panggil aku. "U, u." Aku pandang rupanya mamat tak kenal mana tah tegur aku. Dia tunjuk kat sportrim sebelah dia. Aku tanya la. "Ape mnde?" Dia suh aku tukar sportrim tu rupanya. Hohoho. Da la sportrim dia tunjuk tu kaler biru ke kuning tah. Ade gambar lebah kat tengah2. Hampeh betul. Aku tengok mamat ni bukan kerja kedai tu. Dia dgn kwn2 dia dok tukar tayar kereta gak kot. Lepas tu makin lama makin dekat ngan aku, dia tanya la student ke, nak balik mana, duduk mana. Aku pun borak je la Layankan. Lepas tu aku chow jejauh sikit. Scary pulak. 

Lepas tu brader kedai tayar tu pun datang kat aku. Dia cakap sportrim lama aku dah kemek, tak elok utk tayar nanti dia makan tayar aku. Nak repair sportrim bukan boleh siap satu hari. Sebenarnya aku dah agak dah. memang sportrim tu bukan takat kemek, dah sompek pun. Yang kemek tu aku buat, yang sompek tu dulu arwah ayah langgap apa tah. 

Aku pun pikir-pikir. Sekali tauke kedai cina tu suggest aku tukar rim. Aku ushar2 harga rim semua dalam RM800 - RM900 utk rim size 15. Zzzzz. Tauke tu cakap tolak rim lama, pilih la memana sportrim baru, bayar RM500 je. Oh damn. Still under budget. Ape lagi. Aku pun tak pikir panjang. Angkut terus. Muahaha! Macam org kaya gitu padahal student. Skali mamat2 empat org tadi dengar aku nak tukar rim, terus dia semangat pilihkan rim untuk aku. -_-. Gaya macam lah aku dah kenal 3, 4 tahun kan. Sampai tauke kedai tu bising suh diorang kasi aku pilih sniri mana aku suka. Hahaha. Sebenarnye taste aku simple je. Kalau boleh nak macam rim lama. Tapi bila dia angkut satu rim ni sebijik mcm rim lama tapi kaler gold gak. Puih. Tak sesuai langsung. Pastu mamat ni pilihkan la dengan semangat. Encik chinese tu pun penat try satu2 rim kat kete nak tgk kena ke x. Pastu semua kata rim ni smart. Paling cun. Lagipun design paling baru la. Aku tgk pun oke je. Tak ada la suka sgt. Tapi oke la banyak batang dia. Mcm nice. 
Lagipun yang ni bukan jenis terkeluar. So tak ada masalah la kot kat JPJ. Angkat! Tak pikir panjang. Janji tukar. 

So oke. RM195 +RM195 + RM500 sudah. 

Tetibe tiub tayar aku yang dah hilang tu konon aku nak beli baru. Dia suggest tukar la sebab yang lama dah tak berapa elok. So aku pikir pun tukar je la. Dari dia kacau tiub tayar aku. Baik tukar. RM15 sebijik. Empat dah RM60. Skali sorang brader tak kenal tu pun pujuk boss tu kasi kurang. Hehehe. Dpt la RM10 sebijik. Bukan penutup tiub je, skali batang dia tu. Apa nama tah. 

Aku ushar la absorber aku. Dia cakap better tukar sebab absorber belakang dah rosak. Satu dah rosak. Satu lagi dah licking. Tak lama lagi memang jahanam. Dia bagi RM160. Upah RM40. Lepas mintak tawar dapat la RM180 skali dengan upah. Terbang duit gua!! Tapi pikir la. Nak selesa ke nak jahanam? Kereta pakai hari2. Aku bukan jenis naik bas ke motor. Kereta ni je la transport aku ada. tak ape la berhabis sikit. Puas hati guna. 

Lepas tu melepak la ngan brader2 tak kenal yg empat orang tu. Peramah betul mereka. Dalam hati cuak la jugak tapi tak apa kut, tempat awam. Rupanya kereta BMW tu salah sorang brader tu punya. Dia tukar sportrim BMW ori, RM8k. Zzzzzz. Mampos mahal gila. Dia pun ada la temubual aku. Tanya aku sorang je ke, duduk mana, nak pegi mana, keje kat mana. Dia tany selalu ke pegi KL. Dia keje KL rupanya, kampung kat segamat. Kampung bini kot? Layankan je la sebab diorang dah tolong aku pilih sportrim dapatkan diskaun lagi. Siap snap gambar aku lagi. -_- Saspen betul lah. Encik tu ada mintak card aku. Eh, mana la aku ade card, mase keje dulu ade la. Hahaha. Da humban mana tah. Skang student memang tak kuasa nak namecard bagai. 

Masa diorang dah nak balik tu, diorang panggil aku. Aku pun gi le ke kereta diorang, sorang tu bagi name card dia. Lol. Manager company rupanya. Dia pesan gak, nanti kalau ke KL, whatsapp la bole lepak2 dengan diorang. Zzz. Motip? Aku nak lepak ngan orang tak kenal. Memang tak la. Hahaha. Diorang gurau je kot.

Ade sorang mamat tu siap cakap lagi, kalau tadi aku mintak dia bayarkan bill aku, mst encik manager tu bayarkan. Oh no. Memang tak juga. Aku bukan spesis mcm tu kot? Berhutang budi cekik duit orang yang tak kenal entah dah kawen anak 4, 5 orang kan. Tak kuasa lah. Saspen lah sesangat kemunculan diorang ni. Tapi tak apa la. Nama aku pun diorang taktau. Nama diorang pun aku taktau melainkan encik yg bagi card tu je. Hahahaha. Nice day. 

Total aku kena bayar RM1136.60. Hebat. Sekali tax. Ape lagi. Cucuk debit card la. Harus! Plus alignment. Rm24. Lepas siap semua pecut balik JB. Mase tu dah jam 7. Berhenti la kat Petronas menghala ke hospital sana solat Maghrib. Sekali ah moi tu call card bank aku tertinggal! Oh my oh my!! Wajib patah balik. Dia tunggu aku datang amik. Dah patah balik ke Taman Yayasan memang jejak pukul 8 lah. So aku call mak aku, cakap balik Muadzam semula la. Sebab dah lewat sangat. Mak aku pun memang nak cakap macam tu. Risaukan aku. Bahaya balik malam2. So patah balik ke Muadzam. Plan balik esoknya. :) 

Maka sekian sudah cerita aku tukar sportrim dan tayar kereta. XOXO. Daa ~




Jumaat & Encik RMC.

3:24:00 AM 0 Comments
Assalammualaikum. Lama sudah tak update. 
Tiada pape yang menarik hari ni. Cuma..

Semalam Dira mintak resepi lemak cili api. Dah berjaya dia try walaupun kuah cair sikit katanya. Tapi tak apa la. Memula memang mcm tu. Lelame nanti improve. Confirm. 

Tadi Nadia datang lab. So berborak la lepak2 dengan Jiha. Jiha baru balik dari Kedah sambil bercuti kat Cameron Highland. Dia baru beli tanah dua lot. Murah seyh kat Kedah. Berbaloi gila. Besar pulak tu. Alhamdulillah. Rezeki keluarga agaknya. Bayar cash. Kentang tak kentang la kan.

Hari ni Khamis, maknanya memang ofis tutup jam 3.30 la. Aku dah berjoyah dengan Nadia & Jiha memang tak nampak jam dah, padahal nak pegi RMC hantar borang Declaration & Acceptance Letter. Skali lagha la pulak. Terkoncoh-koncoh aku pegi jam 2.50. Singgah pulak Pejabat Pos kat SUB. Punya lah susah nak cari parking padahal nak masukkan surat je. Haih. 

Sekali sampai la ke RMC jam 3.05. Aku dah nampak papan tanda 'CLOSE' tapi aku masuk jugak. Cuba nasib. :(
Lepas tu ade la abang hensem ni dia cakap dah tutup. Sob sob. Sedih sgt. 
So aku pun cakap la. "Ala.. nak hantar ni je encik.. ". Buat la muka kesian sikit. Lepas tu dia tenung kejap, dia tanya surat apa. Aku pun bagi la kat dia. Dia pun uruskan kejap. Yeay. Aku dengan selamber telah memotong que ramai orang yang dalam sesi menunggu angka giliran. :P

Sambil tu aku dapat ceramah free la. "Kaunter pukul 3 dah tutup dah dik." Aku pun memang taktau kaunter tutup pukul 3. "Eh bukan pejabat tutup pukul 3.30 ke?" Dia mesti pikir aku ni dah bape lame la belajar kat UTM ni. Dia pun jawab. "Pejabat yang tutup pukul 3.30. Kaunter tutup pukul 3." Sambil senyum. Haih. Cair. Cair. Muka memang bole tahan la. Tak perasan pulak kat RMC ade brader hensem. 

Lepas dia dah uruskan surat aku and bagi resit. Aku pun keluar. Kebetulan dia pun nak keluar jugak. Sekali dia hold kan pintu utk aku. ^_^ Gentle tak gentle lah kan. Haih. Makin kronik aku cair kat situ jugak. Tapi aku syak dia ni dah kawen, paling teruk pun mesti la dah ada girlfriend. Mesti dia treat pasangan very nice kan. Student pun dia layan lembut je. Haih haih. Dah la pemurah senyuman. Tengok dia senyum memang bole lapang kepala kejap. Ini bukan gatal ke apa. Ini serius okay. Kalau staff2 UTM macam ni semua, mau aku rasa tak ada masalah la berurusan dengan mana2 pejabat. :) 

Sekian. XOXO. 

Tuesday, April 15

Menang Contest Raudhah Shawl Store tapi Tak Boleh Claim hadiah. :(

11:19:00 PM 0 Comments
Assalammualaikum. 
Lama dah tak update. Tak ada apa nak cite baq hang. 

Cuma nak bagitau rasa terkilan sikit lah. Cerita dah lama sebenanrnye tapi mase clearkan folder ternampak lagi gambar ni. Rasa nak bercerita. 
Sebelum ini aku ada lah join satu contest nie secara tak sengaja by Raudhah Shawl Store. Feymes jugak la butik mereka ni.  

Setelah beberapa minggu aku pun lupa pasal nie. But then my fren mentioned my name dalam satu post ni. 
Rupanya aku menang contest! Wow. Aku sedar post tu pun selepas tiga hari. Mmg rasa heppi sgt siap bagitau kawan-kawan lagi dah menang. 

So PM la admin untuk tuntut hadiah. Tetibe admin bagitau yang kena beli shawl Qisha dulu baru boleh claim hadiah yang merupakan tasbih handmade kalau tak silap. 
Tapi kawan aku suruh check, mase dlm contest ade letak syarat ke? Bile check semula tak ada pun. 
Makanya aku pun PM la semula untuk penjelasan. As expected no respon. Tapi untuk pembeli yang comment kat page, admin layan je. Agak terkilan la kat situ. Mungkin kena paham la, nak barang free bukan senang. Must remember that. 

4 hari selepas tu pun PM semula skali attach gambar pun still no respon. 
Dan dalam 20 hari selepas tu, tetiba ternampak gambar ni semula. Then tergerak hati nak tanya masih boleh tuntut lagi ke tak. Saje-saje, nak tgk masih ade respon ke tak. Akhirnya di reply. Tapi melalui penjelasan admin, hadiah ini dituntut sebulan selepas pengumuman. Lepas jelaskan keadaan sebenar, maka seperti biasa tiada lagi respon. Sebenarnya, tak adelah aku nak sgt hadiah yang menang tu. Cuma sedih la jugak sebab rasa mcm dipergunakan je untuk jadi pemenang. Kalau ikutkan tasbih kat rumah banyak je lagi yang tak larat nak dipakai pun. 

Kemungkinan ramai sgt admin page ni. Sedangkan pelanggan pun ramai, inikan pulak org yg menang contest je nak tuntut hadiah tak seberapa. Kalau kena beli shawl memang susah la sebab shawl yg didesign memang cantik cuma sesuai untuk majlis tunang sebab cantik sgt. Aku belum ada plan nak tunang bagai. 

Tak apa lah Cik Raudhah Shawl Store. Saya anggap je lah saya tak menang pun. Maybe salah aku jugak sebab lambat tuntut dan tak bersungguh agaknya. 





Wassalam. 

Thursday, January 9

Dusun UTM - RM10. Limited time only!

8:04:00 AM 1 Comments
Assalammualaikum.
Actually nak tido da sebenarnye, tapi aku tau, tak tido punye. Auta je lebeyh.
Btw, mohon jawab salam di atas.

Dah tiga hari ni aku tak ada buat pape produktif. Melepak je. Berceloteh kat wassap. Online. Maybe untung kalau aku meniaga sebab aku kan rajin online.

Tadi Nadia ajak aku pegi Jusco. Nice jugak. Walaupun pulus dah nak licin, eh, tetap join. Katanya nak cari buku utk murid tuisyen beliau. So kitorang yg tak makan lagi ni, aim tempat makan dulu. Diet aku berterabur. Makan McD baq hang. Lepas tu tgk prosperity burger. Eh mane boleh tahan. Terus order. Nyum nyum. masa makan nikmat la. Dengan kentang bulat dia tu. Lazat gila. Lepas makan, menyesal. Lemak woi! Terserempak pulak dgn Jiha yang tapau mcD jugak. Dah nak balik sebab dah pukul 3 pun. Khamis kan Johor habis kerja pukul 3.30. Best kan? Jumaat Sabtu dah cuti.

Then jenjalan la sekitar Jusco Taman U. Konon bakar lemak dalam aircond. Nan-hado nye. Masa Nadia pilih buku tu, aku ushar la buku teenage/fiction. Waah. Nampak novel siri hunger game. Mockingjay dah keluar. Rasa nak beli je. RM42.90 habaq hang!! Mano ade duit. Ishk. Sabar je la. Pegi bahagian komik. Oh no. Ade komik Zint yg terbaru. Siot la. Xde duit nak beli.


Siri komik aku dua tahun lepas. 



So memang cuci mata je la kat MPH Jusco Taman U. Puas aku tahan nafsu. Please jangan buat pasal. Duit aku cukup utk makan je ni.

Ni bukan ape yg aku nak citer. Aku excited sebab kitorang pegi Dusun UTM lepas tu. Hahaha. Best siot. Unplanned. Tetibe ajak Nadia. Dalam jam 4 petang tu kitorang terus ke Dusun UTM dari Jusco.


Nampak tak kambing biri-biri tu ada tanduk mcm capricon. 
Lupa nak buat hajat kat dia tadi. Rare sgt. 


Ramai orang dalam pukul 5 ptg. 
Staff UTM balik 3.30 kan. 


Nadia. Rakan kongsi. Missing in Action. 


Kawanan kambing biri-biri. Semua comel.
Lagi-lagi bila diorang berbunyi sebab aku kacau. Hahahaha!


Semua tengah masak ranum. Manis gila!


Seplastik besar ni bayar RM10. Tak kira la buah apa je. 
Aku beli! Berbaloi sebab aku memang suka pulasan. 


Masa ni hasil tak banyak lagi. Baru permulaan. 

Bayang lah dengan seluar jeans, baju jenjalan santai pegi window shopping. Tetibe pegi dusun. Panjat sana sini. Hahaha. Memula nak makan situ je. So tak plan aku nak tapau. Last-last rase geram je. Tak puas. Aku pon decide nak angkut satu plastik. Lepas tu berkobar-kobar cari buah. Aim pulasan je. Siap panjat. Kalau tak aku yg panjat, Nadia panjat, aku capai dahan. Dah macam ape je. Baju pon tak proper. Tapi lantak lah kan. Janji heppi. 

Last aku memanjat semua ni masa umur 8 tahun. Panjat pokok rambutan dengan kwn-kwn childhood. Best gila. Tetibe terkenang kawan lama. Haihss. 

Lepas bayar tu, bajet nak balik la. Nadia dah gatal-gatal. Kena gegata katanya. Tapi end-up dia pulak ajak aku pegi ushar durian. Lorh. Pa diaa?! So aku tak kesah. Bukan aku yg tgh gatal-gatal pon. Hahaha. Jenjalan lagi, nampak duku dgn rambai. Jambu air tak banyak buah. Aku cari manggis sebenarnye tapi tak jumpa. Malas nak jalan jauh lagi. Dah penat pun. So dalam pukul 6, Nadia hantar aku balik kolej. Dengan hasil yang lumayan, seplastik penuh buah pulasan. Maybe boleh bawak kat Nana esok. ^_^ 

The End. 


Saturday, January 4

Amsdex. The new war begin.

6:27:00 AM 0 Comments
Assalammualaikum. 
Ikut korang lah nak jawab ke tak. 

4 Januari 2014. Sudah pun tahun baru. Ape azam aku? Tiada. Sebab azam tahun lepas pun tak habis. Sambil berceloteh ni aku layan lagu nie.


Pocketful of Sunshine - Natasha Bedingfield

      Hari ini aku tak buat ape-ape. Al-maklum semalam dah berjalan sakan mengabehkan duit. Konon niat hari ni nak memerap je lah. Lepas tu konon nak diet. Hampeh sesangat. Seharian aku pun dah tak ingat aku buat ape. Yang penting benda-benda sengal la. Seperti melayan wassap geng-geng aku. Tips nak kurus. Selalu tau mintak tips kurus tapi tak menjadi. Then, Dira pening pulak nak pilih baju perantin untuk sanding belah lelaki (Keon) di Kedah. Naik kusut aku ngan kwn-kwn memilihkan baju utk dia. Hahaha. Dah selamat pun dia pilih. Nantikan kemunculan beliau.

     Selepas itu aku bajet nak pegi beli bubur makcik K9 yang feymes suatu masa dulu kan. HarOoom. Siot. Aku semangat pegi K9, siap pakai cardigan baru beli. Last-last tak ado pon. Nadia cakap ade jual. Tapi secara positif, aku assume makcik tu tak meniaga ari ni. Haih. Malang sikit lah. Lepas tu aku beli ikan goreng dua ekor. Amboih! Enam hengget. RM6 ok. Adoi. Bayar je lah. Dah amek pun. Pastu aku nak balik kolej. Kecewa ni tak ade bubur tu. Dah nak sampai KDSE, aku si minah gedik meroyan ini tetibe nak makan keropok. Mane lagi, kena la ke Taman U. Patah balik. Nampak tak buat dua tiga kerja. Tak plan memang mcm ni la musibah dia. So pegi Taman U. Eh, kekonon nak keropok lekor kan aku cakap tadi. Harooom. Cempedak goreng, Keropok Lekor, Pisang Goreng. Berhengget-hengget. Tak diet dah lah kan. Ke laut lah program konon diet.

      Bile dah sampai bilik, pale otak ni psiko lagi. Jam dah pukul 7pm. Ermm. Aku solat Maghrib, terus siap-siap dgn tak mandi, keluar pegi Jusco. Cari parking cam hampeh sgt. Ramai betul orang. Tujuan hanya satu. Kasut sukan. Hahahaha! Kelas kau nyah. Pegi aim kat Bata dulu. Ouh. Nice kasutnye. Tapi semua RM60+. Ala bajet aku RM50 je. Aku takde duit lagi. Hutang Syaza pun tak berbayar lagi. Nasib baik Syaza tak berkira. Elaun aku tu, aish, malas la cerita. Stress. Hahaha. Ade satu kasut tu offer. Rm40 je. Jenama Power la kan. Tapi, tu bukan kasut sukan. Tu kasut jalan. Hadoi la. Oke. Naik Jusco lak.

      Sampai kat bahagian sukan Jusco, nampak dah 50% 70% terpampang. Hah. Macam best je. Ushar ushar. Ade jenama Admiral, Axel, Amsdex. Yang macam boleh layan harga dia Axel ngan Admiral. Ade yang RM50 dan RM60. Dah aim dah. Kena beli kali ni. Tapi, tetibe nampak Amsdex buat offer. Wow. 70%. Dari RM200+. Hahaha. Caer. Test pakai. Sedapnye la hai. Dalam dia. Smooth sangat. Kasut pun ringan. Try Axel yang RM60 tu, emm, keras sikit. Nampak la harga RM200 ngan RM60 mcm mane. So, nekad. Melabur lebih sikit, beli yang Amsdex. Kaler pink hitam. Haha. Malas la nak tayang kasut baru. Nanti - nanti aku update bila dah berjaya pakai bawak jogging. So bayarlah RM65.70. Terus balik. Takmau terpengaruh dengan anasir nafsu yang bermaharajalela. Berjaya! The End.

Friday, January 3

47 Ronin - MBO KSL City.

7:21:00 AM 0 Comments
Assalammualaikum.
Tak jawab maknenye dia busuk.

Aku baru je pulang dari JB. Ewah JB siot. Kelas tak bunyi tu. Maybe kena panggil bandar JayBee. Ah nyampah lah. So, semalam Nadia ajak aku jenjalan. Beliau nak berhibur. Selepas berhempas pulas menyiapkan papernye. Maka decide lah untuk merayap hari ini. Memula konon bajet nak pegi MBO je la kan. Eh, poyo sesangat. Aku pon pakai cincai je. Pakai baju semalam. Nampak tak pompuan pemalas nie macam mana. Tapi baju aku semalam pakai kejap. Rakyat Malaysia jangan membazir. Haaaa..

Masa gerak, dah ushar nak layan wayang. So, oleh kerana MBO U mall tak banyak cerita, decide nak jauh sikit. AEON Bukit Indah sudah membosankan. Nadia pun baru je pegi beberapa hari lepas. At last, KSL City we go. Malangnye, minah-minah sengal ini tidaklah tahu arah kemana untuk kesana. Padehal aku punye lah dah pegi situ lime nam kali jugak. Hampeh sesangat. Memori lost. Hilang arah.

Aku dengan konfidennye suruh Nadia redah je. Beliau drive. Pemanduan beliau skang dah pro berbanding baru-baru dulu. Dulu mcm takut sikit lah naik ngan Nadia ni. Ade was-was. Skang dah bole rileks dah. Hahaha. Aku puji ni tau Nadia, bukan kutuk ke ape. Lalala ~ Maka, aku dengan taraf konfiden 256% memberi arah pada Nadia dalam keadaan ingat-ingat lupa tu. Weh, berjaya kot sampai. Ko hengat aku Loser sangat ke.

Sesampainya tu, perut dah kriuk kriuk sesangat. Aku tak lunch. Konon sangat nak diet boleh kurus mcm Cik Epal. Berangan macam minah psiko lah kan. Rupanya Nadia pun tak makan lagi jugak. Kitorang pun pegi ushar wayang dulu, MBO KSL. Memula dah aim citer 'Secret Life of Walter Mitty' coz nie cerita dari 20th Century Fox. Macam sedap kan. Tak pon 'Delivery Man' by Walt Disney. Tapi dari dulu aku nak tengok '47 Ronin' sebenanye. Akhirnya waktu yang paling hampir memang '47 Ronin' & dah ditakdirkan lah. Kalau cerita lain semua after 6pm. Kitorang yang kedekut nie nak save 2, 3 hengget, kena tengok before 6pm. Sebab kalau kami, warga student tengok sebelum pukul enam, dapat STUDENT PRICE. Dengan kadar serendah RM9 sama ada cerita baru or lama. Hanya di MBO oke. Mulut aku tak berhenti membebel sepanjang jalan tu.

Then, kitorang solat Asar. Tiket jam 5.40pm. Masa tu baru 4.40pm. Kena la turun ke Basement dari Tingkat-2. Surau dia kat Basement. Aku lemah sikit kalau KSL ni sebab dia punye surau punyelah.. amik wudhu' kat luar tempat solat. Orang park kete lalu lalang semua boleh nampak kita amik air sembahyang. Sekali dah sampai tu, dia dah renovate rupanya. Dah lama rupanya aku tak gi KSL, last dulu masa zaman keje. Masih lagi saiz yang sama, kecik teot. Tapi at least tempat wudhu' dia kat bahagian dalam. Dan pemberitahuan ada surau lain kat Tingkat-4. Tak ushar tapi maybe lagi besar.

Sesudah solat, kitorang pon konon nak menyuap cacing-cacing kebuluran dalam perut nie. Kompius nak makan ape. Nadia ajak aku makan Chicken Rice Shop. Walaupun aku tak pernah makan, tapi aku taknak. Sebab aku taknak makan nasi. Kononnye lah....... Kalau tidak dia suggest Seoul Garden. Amboih! Kayo pulak aku nak makan puluh hengget. Duit dalam dompet pun ade bape keping RM10 je. Cari McD, last-last nampak KFC, takyah memilih. Sambar aje lah. Aku amik KFC Treats. Sebiji Burger plus Air Milo dengan harga Rm8+. Oke lah kan. Dengan alasan diet. Eh, sebelum tu nampak Auntie Ann, nafsu dengan lahap terus membeli coklat batang-batang tu. Sedap weh, fevret aku tu taw. Gemok pon gemoklah. Bende tu sedap.
Kitorang pun makan sambil gegosip. Auntie Ann sumbat dalam bag Nadia, seludup masuk wayang. Hahaha. Normal thing as student.

Review. Cerita '47 Ronin' mengisahkan seorang lelaki berdarah kacukan. Namanya Kai. Kai ni watak utama. Dia berjalan merentasi hutan melarikan diri dari sesuatu. Lalu Lord Asano dan rombongan terjumpa Kai pengsan berhampiran jeram. Kemunculan Kai di Ako, sebuah kota yang diperintah oleh Lord Asano tidak disenangi sekelian Samurai Ako. Mika, anak Lord Asano juga merasai kelainan pada Kai yang orang lain tak nampak. Maka, mereka membesar bersama, Kai dan Mika. Apabila Kai dah dewasa, dia duduk berseorangan. Dia sedar dia tak disenangi orang lain, sebab kelainan dia, berdarah kacukan. Org juga menuduh dia jembalang dari hutan. Tapi Mika sayang Kai dan Kai jugak rasa macam tu. Kai tinggal di pondok berhampiran hutan & Mika selalu melawat Kai. Shogun, pemerintah seluruh kota (ala-ala Maharaja) datang ke Ako. Mereka akan mengadakan perlawanan untuk hiburan Shogun. Ako sebuah kota ternama dan terkenal dengan kegagahan menghantar Yosuno sebagai wakil Samurai. Dan Lord Kira (pelakon Han dalam Fast Furious 3) amatlah dengki dgn Lord Asano. Dia mempunyai ahli sihir yang hebat (perempuan). Dia berniat menjatuhkan Lord Asano. Dia juga terpikat pada Mika semasa menjadi tetamu di Ako. Perlawanan bermula. Samurai Yosuno telah disihir dan macam kena sawan. So, Kai mengganti Yosuno secara diam. Sekali kantoi masa berlawan. Shogun pun murka lah. Dia nak membunuh Kai tapi Mika halang. Lord Asano pun back-up. Malam itu, Lord Asano telah dipukau oleh ahli sihir Lord Kira, dan hampir membunuh tetamunya sendiri iaitu Lord Kira. Shogun yang mendapat tahu berita itu terpaksa menjatuhkan hukuman. Shogun memberi peluang Lord Asano mati dengan bermaruah (di Jepun), membunuh diri di khalayak ramai dengan adat tertentu. Maka, matilah Lord Asano. Samurai utama di Ako, Oishi, merupakan kesayangan Lord Asano kemudian menyimpan dendam. Samurai yang tidak bertuan akan digelar RONIN. Mereka diarahkan Shogun agar dibuang daerah. Mika pula mendapat arahan Shogun untuk berkahwin dengan Lord Kira selepas setahun (setahun tempoh berkabung kematian bapanya) agar Ako mempunyai pemerintah. Lord Kira arahkan orang untuk mencampak Oishi dalam lubang, bimbang Oishi membalas dendam. Kai pula dijual sebagai hamba pada pedagang Belanda. Selepas hampir setahun, Oishi dibebaskan. Dia mengumpul orang untuk menuntut bela. Dia juga mencari Kai dan menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata Kai dahulu. 47 Ronin yang dibuang negeri bangkit menuntut bela agar tuan mereka, Lord Asano mati secara bermaruah dan demi menyelamatkan Mika. Dengan bantuan Kai, mereka ke Tengu, tempat asal usul Kai untuk mendapatkan bekalan senjata. Kai merupakan seorang yang belajar ilmu (ala-ala ilmu sihir) di Tengu dahulu tetapi melarikan diri. Kai dan Oishi melepasi ujian oleh bekas guru Kai dan mereka diberikan bekalan senjata. Ujian dia unik dan saspen. Dah tengok korang tau la. Akhirnya mereka berjaya menuntut bela. Kai berlawan dengan ahli sihir Lord Kira manakala Oishi berlawan dengan Lord Kira. Mereka menang. Mereka tahu mereka akan dihukum kerana melanggar perintah Shogun untuk tidak menuntut bela. Shogun bangga dengan mereka akan tetapi undang-undang terpaksa dituruti. Mereka digelar Samurai dan dibenarkan mati secara bermaruah. Mcm biasa, bunuh diri. Anak Oishi, Chikara dikecualikan dari hukuman oleh Shogun sebagai kebanggaan Shogun kepada Oishi dan menyambung keturunan samurai di Ako. Mika pula diberi kuasa untuk memerintah Ako. Kai dan Oishi serta Ronin yang lain mati dengan membunuh diri dihadapan Shogun. Kai berjanji akan mencari Mika di hayat seterusnya dan Mika berjanji akan menunggu Kai di hayat akan datang walau sejuta tahun pun. Sekian.


Keanu Reeves. Macho sangat. 


Kai dalam 47 Ronin


Ahli sihir. Lord Kira. Oishi. Kai. Mika.


Ahli sihir Lord Kira



So overall cite ni best la. Aku suka line story dan action dia. Nice je. Walaupun tak puas hati ngan Shogun dan undang-undang dia. Hahaha. Lepas tu kitorang pun solat Maghrib. Sempat pulak jalan-jalan ke Watson dan beli cardigan murah kat aras LG. Then, we both go back to UTM. Perut dah kenyang, movie dah layan, boleh la berehat kat bilik. Balik-balik terus kemas bilik, mandi dan basuh baju. Penat pulak dah. Maybe boleh tido awal. The End.


Thursday, January 2

Melaka. Dulu rombongan Student. Sekarang rombongan Engineer.

7:57:00 PM 0 Comments
Assalammualaikum. 
Jangan kelip-kelip bace salam. Mohon jawab salam ini. 

     Tak ada function aku datang Lab nie sebenanye. Sebab aku bukan study pun. Aku buat benda sengal. Line laju. Ape bole buat. Nafsu tak tahan.

27 Disember 2013. Continue. Kebersambungan cerita ceriti kami di Melaka. Bukanlah takat abis kenduri sahaje. Tanpa geng-geng aku, aku join bebudak kelas merayau sekitar Melaka. Shakira ada wedding keesokannya. Azfar dan mamanya pulang ke Shah Alam atas tuntutan wedding cousin beliau. Syaza dengan team Floc & aktiviti. Nadia balik Muar to Family. Me? Left abandoned alone.

      Selesai lah aku bersiap di Zzz Hotel, Melaka. Kesemua kami menuju ke A Famosa berjalan kaki dengan guide ekslusif dari Enginner TNB Melaka, Cik Noni. Noni telah diperkenalkan dalam post terdahulu ye semua. Beliau antara main character dalam episod ini.


Hotel Zzz. Sesuai dengan tema kelas. Naseb baik besh. Boleh Zzz. Chait.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Nana. Promot hotel. Eip. Tunangan Ijat nie. 
Jgn ade simpan perasaan pade beliau kalau takmau kasut crocs Ori masuk mulut.



Nampak tak muka aku berjoyah. "Nora suka sangat. Nora bagi 3 Bintang". Gedik plak gambo ni lah.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Ini dia ketua rombongan kita. Noni. Muke cikgu sekolah. Sambil bagi penerangan.
Hampeh aku tak dengar. Kepochi kat belakang.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Aku letak yang muke aku tak huduh sangat punya gambar je lah kan. Nak jugak sebelah pengapit. Puih. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Gegadis yang bukan isteri. Bujang. Single. Aku je available. Oke? Kamal interprem sgt at da back.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Otw ke A Famosa. Mane tah nie. Yg penting Stop & Snap. Gambar sepam dulu. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Jejaka tampan kelas. Merket nie.*Kyaaah. Muntah.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Meriam. Eya berpotensi mengemudi meriam ni. Sile jgn dekati beliau. Pian dalam bahaye.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Picture of All. Cameraman tak ade. Sape suruh tak bawak stand.
Susah seyh nak kasi lalulintas clear. Hebat tak.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Picture of myself. Thanks Eya. Saje buat kenangan A Famosa ketika dewasa!


Sekitar Jonker Walk. Ade hati nak beli pistol. Tembak cicak katenye la.
Photographer: Mohd Amirul Hisham



Golongan tertinggal sepulang Dari Jonker Walk. Itu Yob. Telah diperkenalkan.
Yang Batman tu, bonzer kami. Rase selamat.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Me with Eya. Coming soon nie. Muke control ayu habis dah aku tu.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Hasil tangkapan dari Jonker Walk. Comel kan. Eya pun beli tau. 
Suka sangat. Sangkut kat Enpon. 


Lagi. Pembaziran berleluasa dalam diri. Pastu konflik dalaman. 
Emo sensorang. Tapi duit masih cam paip. 



      Selesai sudah lawatan bersejarah dan berilmu. Kami yang kebulur seawal jam 8 membuat keputusan makan ikan bakar yang famos amos di Melaka. Haruslah Umbai kan. Maka, hiruk pikuk juga decide kenderaan yang terlibat dari Bandar ke Umbai. Dalam setengah jam bak kata Noni. 

      Manusia bujang berebut Noni. Mula-mula aku pending. Aku follow je la sebab aku manusia bujang itu. Aku lupa Cik Noni kita bawak Honda City. Merasa kau naik kereta bau kedai. Tak sia jadi bujang. Hahaha. Ada dalam 4,5 kereta yang terlibat dalam konvoy ini. 

      Hampir sampai tu, jem tak hengat. Memang dah tahap kebulur, jem lagi, jauh boleh tahan. Ada rasa macam nak give-up. Aku dalam kereta dah sapan menguap. Rasa nak tidur pun ada. Bajet penat jadi pengapit. Bebudak nie berborak dalam kereta, aku mampu mendengar je lah. Masa park kereta kat kedai berhampiran, ada kontroversi. Kitorang takut brader jaga parking tu carikkan kitorang parking sebab ingatkan dia nak kitorang makan kedai dia nanti. Rupanya memang dia tolong kitorang park. Dia cakap kedai dia pun tak ada ikan bakar. Kitorang punyalah terharu. Tapi park tu kena bayar lah pun. Kitorang siap puji orang Melaka ni baik-baik. Kembang seyh Noni. Saje kasi upah. 



Mereka yang bertanggungjawab memilih ikan. Ikan siakap. Sotong. Pari. Kerang. Kupang. 
Mcm-mcm ada. Tunggu pekerja bukak stock ikan baru. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham



Noni serius pilih ikan. Makcik sebelah Noni tu bukan group kelas kitorang tau. 
Me. Acting Busy.
Photographer: Mohd Amirul Hisham

      Actually, kitorang makan mengikut kumpulan. Kumpulan di'divide'kan berdasarkan kenderaan yang dinaiki. Nampak tak diskriminasi kat situ. Kereta bujang kami paling awesome. Haruslah! Sebenarnya untuk memudahkan sesi pembayaran nanti. Kita bayar apa yang kita makan. So, mcm group aku, ada Kecek, Mirul, Anep, Noni & Me. Aku ngan Noni pilih ikan, sotong semua. Kitorang duduk sesame, dan makan. Bila time bayar, kitorang divide lima orang. Fair. 


Dah melahap macam ular sawa memasing, baru snap gambar. Makanan sampai terus melantak tak pikir orang. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham


       Masa ni la tahap bising paling maksimum. Bergelak sakan tak sudah. Lawak gila. Serius aku happy time ni. Mengantuk penat semua hilang. Ijat aktif gila. Bergabong dengan Mirul yang duduk sebelah dia, makin menjadi-jadi lah. Plus, Anep ngan Ibal yang join, pecah perut aku gelak. Kitorang ade style berpuak sesama group mase dinner ni. Nama pun makan ikut kereta, diskriminasi la. Jiran kete sebelah tak puas hati gitu. Asyik la kondem jiran masing-masing. Makanan sampai lambat, jadi bahan. Tiru menu orang sebelah, jadi bahan. Menu yang kitorang pilih pun jadi bahan nak kondem. Memang happening sesangat. Gurau-gurau. Gelak-gelak. Yg gegurl semua tukang ketawa je. 

So meja kitorang punya menu:

1. Ikan Siakap ~ Separuh bakar Separuh masak tiga rasa.
2. Ikan pari 2 ekor ~ Bakar
3. Sotong 2 ekor ~ Goreng tepung
4. Nasi putih.
5. Air Kelapa 1 Jag
6. Kangkung goreng belacan
7. Sayur campur (sepatutnya sup sayur, tiru jiran)

      Sotong goreng tepung dia sedap. Serius. Mula-mula aku bajet nak amek kerang or kupang. Tapi Noni cakap tak berbaloi. Mereka dah la berat. So kitorang pun utamakan ikan dan sotong. Ini kedai pertama, masa sampai tu dia ni yg bersebelahan kedai souvenier rotan. Noni makan lauk dengan nasi lemak. Agak rare. Tapi bagi diorang tu normal. I prefer nasi puteh of course. 

*tak sempat nak amek gambar makanan sebab semua kebuluran


Abaikan muka aku yang berminyak. Skandal pengapit untuk hari itu. 
Sweet sgt cedokkan lauk utk aku. Zz
Nak tayang menu sekali. 



Kecek nie sebenarnya group meja aku. Nampak bunge dia, berpaling tadah terus lepas makan. 
Nak melepaskan rindu lah katakan. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham

      Sempat aku berjoyah dengan Hana, geng kerja aku dulu. Mcm-mcm nak story tapi masa tak mengizinkan. Group Hana, Syaza & Hanis go through different path dari kitorang. Diorang jalan-jalan lepas wedding dan balik Muar (rumah Hanis) malam tu. Tapi sempat join kitorang kat Umbai. Sebab Kecek pujuk Hanis kowt? Lalala ~ So Sweet. 

      Yana & Pojie. (Perantin baru) sampai masa kitorang dah siap makan pun. Memang tak plan sesame. Sebab diorang ngah honeymoon. Malas nak ganggu kan. 

      Bile semua dah boncet. Tibelah aktiviti membayar. Amboi. Haruslah bayar. Kete kitorang mengumpul RM110 mata menjadikan seketul bayar RM22 hengget sahaja. Berbaloi jugak. Lauk sedap. Masa makan tu, sensorang dok kire bajet. Mau 2,3 ratus nie. Rupanya, tak ado lah mahai sangat pun. Puas hati. :) Sedap pun sedap. Lagi sedap dari Alai (Melaka) yang aku pernah pegi dulu. 

*Meja sebelah makan kerang bakar takde sotong pon 18 hengget. Jeles lettew ngan meja kitorang. Phuih. Nak jugak bahan.

     Noni hantar kitorang pulang sebelum dia balik rumah. Esoknye Noni kerja katanya. Kelas kau Jah, Ahad pun kerja. Noni mmg pekerja cemerlang tau. Sampai ke Zzz hotel. Aku dah siap tukar baju gosok gigi, terdampar macam dugong. Angan konon nak tido. Mimpi feeling macam honeymoon dah kawen.Sekali, Nana racun aku ajak pegi uptown dekat ngan hotel kitorang. Nak enjoy punye pasal, aku bangun terus tukar baju. Eh, aku pulak racun Eya join kitorang. Memula pendirian dah kukuh taknak join. Hahaha. gagal habis! Last-last tiga tiga merayau ke Uptown Melaka jam 12 malam. Hasil tangkapan adalah shawl yang aku pakai esoknya beserta keychain handmade yang cute! Gagal lagi mengawal nafsu. Haih.


28 Disember 2013. Semua bersiap jam 9.30 pagi. Check-out hotel sekali. Kali ni Noni tak dapat jd tourist guide sebab TNB lebih memerlukan beliau nampaknya. So, jalan-jalan cari sarapan dulu. Kedai area hotel full sangat. Maka, kitorang gerak naik kereta. Haruslah aku naik ngan Anep sebab beliau naik sorang-sorang. Plus, tidak menggangu pasangan Eya & Pian. Maklumlah, aku join nie tak bawak pasangan. Anep je lah jadi skandel aku buat mase tu. Untunglah tumpang kete mamat ensem. Nerves I taw. Ahaaaaaaaaks. 

      Aku pun tak sedar makan kat area mana, kalau aku kena jual mase tu pun aku tak peduli. Sebab menumpang orang dengan kadar lapar yang boleh tahan. Macam ni lah naseb perantau. Tapi kedai tu sedap. Pepagi dah ada Char Kuew tiaw, Laksa, Nasi Lemak Kukus, Kuih muih, Mee Bandung plus banyak lagi menu. Tapi tak adalah pagi sangat sebab masa kitorang makan tu pun dah 11 pagi gamaknye. 

      Selepas berkepochi di Warung, sesi pengembaraan rombongan menuju ke Taman Buaya. Teringat ayat Kecek, "Buat apa pegi Taman Buaya, kat sini pun dah ada buaya", sambil tangan point kat Anep. Baik punya perli. Hahaha. Silap besar pergi Taman Buaya sebab takde parking. Dengan plan mengejut, Taman Rama-rama we go then!
Lime belas hengget baq hang! Mahai! Oi! Terpaksa la buat muke tempe bayar. Alang-alang dah sampai kan. Ade jugak mereka ni yang tak bayar pun. Sabor aje lah. Masuk free. Kuang asam. Aku tau, aku pon ngelat gak patutnye. Taman Rama-Rama ni menarik. Bukanlah ada rama-rama semata. Ada reptile jugak. Not bad lah. Tapi tak sehebat Zoo Melaka. :) My fevret. 

Le entri. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham



Photographer cakap masa balik baru Photoshoot.
Degil. Semua beria nak time tu jugak. Pasrah je Mirul.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Ber'camwhore' di awal perjalanan. Ni kawasan Mirul. Burung.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Kite amik gamba mereka. Dia pule amek gamba kite. 
Tayang iPad lettew. :P


Rama-rama semua makan ini tau. Aku baru tau. 
Rase geram mcm nak halau diorang. Hahahaha. *Gelak jahat



Rama-rama hinggap atas kepala I nyah! Suke. Suke. Suke!
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Pastu ada lagi rama-rama hinggap. 
Bagus rama-rama ni. Terasa diri ini bunga sesangat. Puih!


Dalam nie ade kaler jengking. Eww. Tapi tak takot pon.
Eler dalam kaca. Haruslah macho.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Trip yang terpisah dari trip lain. Kitorang bikin group baru dengan 
Ijat sebagai guider rombongan. Dengar lah dia meloyar tu. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Mengenang jasa photographer. Presented. Le Amirul. 
The photographer of the day. Sgt awesome beliau ini. 
Masih bujang.



Ijat & Kecek. Comei sesangat. Rase nak lempang tau. *Pengsan


Fefeling baru kuar gua la kononye. Cecah dalam gua pun tak sampai suku.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


 

Blog aku. Gambar aku. Jangan bosan. Lepas tu takde makanan. Ikan lari. Kuang asam.
Photographer: Mohd Amirul Hisham



Berhampiran kawasan buaya. Kawan-kawan Anep.
Jgn marah Anep aku gurau je. :P
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Reptile Zone. Yg pakai spec hitam tu reptile terlepas. Lari lepas gigit pagar. 
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Macam jack sangat. Rindu Jack. Dulu slalu main ngan Jack. 
*Terkenang old_memory



Us. Tanpa photographer. Bagus sgt tau Mirul ni. Gamba sendiri tak ada.
Kalau bawak stand semua boleh masuk.
Photographer: Mohd Amirul Hisham

 

Le Boyz. SEE-2. Quarter.
Photographer: Mohd Amirul Hisham


Le Girlz. Ahli kelas dan Isteri-isteri Power Rangers di atas.


     Tak ade gambar buaya pulak. Takpe la. Anep ada, ok la tu bak kata Kecek. Berakhirlah pengembaraan aku ke Melaka. Happy. Seronok. A nice moment to remember ...

      Aku follow Eya dan SufiKauHilang ke UTM. Sepanjang perjalanan tu, aku ngan Eya tak tido pon. Bergosip sakan. Mcm-mcm cerita keluar. Dari gosip lama masa zaman undergrad, sampai lah gosip terkini. Ape yang digosipkan? Rahsia antara kami. Hihihi. Sempat singgah RnR Pagoh. Rehat. Banyak buah-buahan kat RnR nie.


Beli waffle Daily Fresh. Mereka tengah promot ini.
Comel sangat, rasa nak beli. Tapi berjaya kawal nafsu. 

      Sampai bilik, terus krooh krooh tak hengat dunia. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. End-up a best memory for Disember 2013. Kalau ada geng-geng aku yang kepochi maut tu, conferm lagi meriah mcm Funfair.

The End. Melaka. 


















Follow Me @farahinesa