Monday, December 24

Soal kawen

2:00:00 AM 0 Comments

Dulu aku slalu ckp cmni, "Aku nak suami ensem sebab aku nak anak-anak aku lawa and hensem."

Wah so stupid idiot of me. Sebenarnya muke suami tak penting. Yang penting adelah perangai suami yang boleh jd teladan untuk anak anak. Well kalau korg dpt yg pakej dats gud. Tu satu extra utk korg. But please, setelah lama aku berfikir, mmg behaviour of ur husband tu lebih penting. Sbb tu lah yg akan mencorakkan anak-anak. Ibu mendidik tp selalunya ayah yg akan menjadi contoh.

Dah kalau suami korang dok enjoy je. Then main perempuan lak, suke balik malam. Suke enjoy sgn kwn-kwn. Tak ingat rumah tangge bile ada anak and isteri kat rumah. Apokobondo eh jang. Bek toksah kawen kan. Sbb tu bile dah kawen, byk mnde nak kne fikir.

Bersediakah aku untuk korbankan kegembiraan tu semua? Takut belum puas dan belum sedia untuk dikongkong. Haih. Dan betullah, aku belum sedia nak jd seorang isteri bile betul betul fikir. Bagilah aku masa. Takyah nak tanye lah cmni. "Bile nak kawen?" "Bile majlis ko?" .

Eh psiko topik ni kan? Mcm lah aku nak kawen dah. Hahaha. Rase mcm dah matang sikit sebab aku rase aku dah makin memikirkan soal soal yg serius utk mase depan. Pengaruh kakak kakak ipar dan abg abg aku lah ni. hihihi.

Sunday, December 23

Damn Jem

3:39:00 AM 0 Comments
Dah berapa lama aku tak update blog? tak lama sangat rasanya. Before ni pun aku update pakai fon je. Al-maklum begitu pemalas nak bukak lappy.

Tersebutlah kisah aku tengah not in mood skarang. Tetiba rasa nak menulis pulak maghrib-maghrib ni. Jgn tanya kenapa aku depan lappy wktu mcm ni. Aku dpt MC ABC ok. Allah bagi cuti.

Sebelum ni riuh kemain satu rumah. Skarang dah sunyi semula. Achik dgn angah ada rumah hari tu. Aduih. Bersepah. Then Achik pegi cameron. Angah balik kampung mertua. Semalam Achik balik dr cameron dan Along pun balik sini. Today, Achik balik mersing and Along balik Johor. Angah masih di kampung mertua. So alone again ngan mak as usual. Maybe aku rasa sentap sebab dari riuh-riuh tetiba rumah sunyi sepi kan. Ouh. Ye.

Td kwn aku menyinggah sekejap. Lepak borak-borak tak sampai 15 minit pun. Dia tegur pulak inai kat jari aku ni. Dengan cincin ni. Cantik kot? Hahaha.

Aku rasa mcm kusut sikit ni. Mungkin sbb MC yg aku terima ni agaknye. Maybe lepas mandi nanti okie lah kut. Tak pe lah. Aku mcm tak ada cerita nak ceriti. Maybe next post.

^_^

Friday, December 21

Sebuah harapan

9:05:00 AM 0 Comments

Kesedihan hati. Biase untuk seorang perempuan. Yap. Aku admit. Aku pun pernah lalui. Lebih parah dulu. Tp tu semua ajar aku untuk tabah, kuat. Dan aku x pernah serik untuk mencuba kebahagiaan baru. Siapa tak nak org sayang kita kan?

Aku mengaku. Aku cemburu sgt tgk kwn kwn aku yg dah berkapel ade org syg, ade org caring, ade org jage mkn minum, kejutkan bangun subuh, rancang mase depan same same dan susah senang masalah pun kongsi sama sama. Hurm. Yep. Siapa tak suka? Kite syg org dan syg kita berbalas. Sah sah sgt bahagia. Ade dalam dunia sendiri bile berdua.

Td seorang kwn berkongsi kesedihan ngan aku. Ape perasaan bile org yg kita syg bakal berkahwin dgn org lain? Rase tak tentu arah, marah, sedih, kecewa. Kan? Tentulah. Kalau tak tu bukan syg namanye. Tp apa boleh buat. Telah tertulis dia bukanlah jodoh kita. Buat apa menunggu.

Ye aku tau. Kalau cinta mati mmg kita akan tggu. Tp itu jugak kita panggil bodoh. Sbb? Sbb kita ade pilihan utk mulakan hidup baru tp kita memilih untuk gagal kerana cinta. Maka sebelum bnde mcm ni jadi, aku akan paksa diri aku move on awl awl lagi. Sekurangnya kami akan sama sama bahagia. Adil kan. Boleh masuk novel. Happy ending. Kite mungkin akan rasa cemburu bila tgk dia bahagia. Stupid idiot lah kalau tak jeles. But jeles dr persaingan yg sihat. Maka kita akan move on untuk cuba lebih bahagia. Ko takpayah lah nak guna bomoh bagai tu bangang namanye. InsyaAllah. Kalau kita berusaha pasti ada ganjarannya. Tak perlu lah nk sedih sampai sejuta tahun kan. Kebahagiaan boleh dicari. Memori adelah pengalaman. Memori takkan terpadam tapi sejarah mengajar kita lebih matang. Fuiyoo.

Maka dengan ini, saya ________ berjanji akan lebih yakin dan berusaha untuk mencapai kebahagiaan saya sendiri. Saya juga berjanji saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama!

^_^

Thursday, December 20

Kanak kanak yg ceria

3:54:00 AM 0 Comments

Lame gak x update blog. Malas. Hihi. Bizi jugak. Aku skang duk melayan anak anak sdare yg aktif gile plus bising. Serius. Suara diorg boleh kalahkan suara aku. Mcm suara kwn kwn aku kot. Kepochi blaka. Pastu setiap minit ade je gaduh. Mmg kelakar. Merajuk lah. Tarik muka lah. Tp budak gaduh, brape lame je tahan. Bukan cm org dewasa. Kalau gaduh sampai mati. Diorg menangis kejap je then dah ok. Huuu. Jeles tau..dengki..tp aku pun dah pernah lalui zaman kanak kanak aku. Mmg best. Alhamdulillah. Suatu hari diorg akan dewasa gak. :'(

Zaman kecik kecik mane ade masalah cm aku hadapi skarang. Diorg ada ayah, merangkap abg abg aku. Xde masalah hati dan perasaan. Tak pikir nk kne kumpul duit. Tak ade runsing ngan masalah bagai ni. Semuanya hepi dan main je. Diorg ckp ape yg diorg suke. Tgk kartun. Pegi sekolah. Main game. Main bola. Haha. Bile aku join diorg main. Rase mude sekejap. Serius. Seronok je. So aku rajin lah layan diorg. Main billionaire, badminton, tgk boboiboi, main bola, tgk utube, aku ajar diorg karaoke party sampai diorg gian gak. Leh nyanyi lagu inggeris tauuu. Hahaha.

Zaman kanak kanak lah yg terbaik!

^_^

Tuesday, December 18

Ilmu kahwin free

8:41:00 AM 0 Comments

Aah. Penat. Motif aku ngadu aku penat kat blog? Blog adelah laman wawancara diri aku tau. Jadi u oll stop complaining psl my blog. Hakikatnye aku tau xde siapa baca blog aku. Dats why aku dengan sewenangnye mengupdate tanpa perencah.

Td ke segamat. Go shopping. Bukan window shopping. Doorstep shopping punye. Mane nye. Membeli jugak cuma bukan kadar yg byk. Dgn rase berjimat yg maksimum. Haha. Tp tetap nak beli walaupun satu.

Menyinggah lah ke seri impian. Tau ape ni? Ni bukan butik pengantin. Tp kedai menjual brg-brg kawin. Aww.
Semua brg superb comel wif superb extragojes priceeee. Brg dah mahal! Reben. Bunge. Tempat cincin. Doorgift. Woi. Mahal woi nak kawin. Licin ah duit cmni. Cm sengal. Xnak la kawen awal. Kensel all plan. Boleh cmtu? Bak kata arwah ayah, kita yg buat dia. heeehee.

Haruslah mahal. Semua lawa belaka. Hiii. Kan. Kan. Haishh. Mak aku pun seronok tgk brg tu semua. Aku ckp, "Nnt majlis kawen ain kite pegi beli brg eh. Mak pilihlah." hahaha.

Duk rumah ni bersantai ngan kak ipar.semua, buat aku rasa matang bila diorg bercerita pasal kawin. Kak ipar aku x jemu kongsi cerita dan pengalaman dia dulu. Syukur lah aku boleh ngam dgn kak ipar aku dan diorg sgt sporting, understanding dan tak kedekut. Tp untuk cerita masalah dlm hati aku ni mmg tak de lah. Aku je yg simpan sorg. Just utk berkongsi ilmu rumah tangga. Haha. Byk lah aku blaja. Mcm-mcm. Cerita sweet mase kawin pun byk. Cerita cerai dan masalah rumah tangga lagi byk. Sampaikan ustazah bahagian pejabat kadi ckp yg kes cerai kat Malaysia dah tahap kritikal. Nauzubillah. Aku harap sgt perkahwinan sampai hujung nyawa. InsyaAllah. Kita mampu berusaha Allah yg menentukan.

^_^

Monday, December 17

Kerja bodoh dlm bercinta

7:50:00 AM 2 Comments

Hahaha. Penah tak buat keje bodoh?

Mari aku kasi contoh.

Anda syg someone. Tp dah break but masih syg. Someone tu ada org lain. Untuk jeleskan dia, korg pun terima org lain dlm hidup korg. Tp hubungan tak menjadi. Wat the hell. Korg kapel sebab nak jeleskan dia tp sebenarnye korg yg sakit hati. Get the point?

Lalu korg memutuskan hubungan ngan dia yg menjadi mangsa psikologi mental damage korg. Hahaha.

Once upon a time, aku penah buat keje bodoh gila ba*i cm ni. But then i realize. The point is, korg tak hepi tp bajet mcm puas hati sbb nk menunjukkan korg lg bahagia dr ex korg. Kan? Ngaku je lah korg takkan boleh la lupakan dia in short time. So dgn wat cmtu, cari kambing hitam, korg ingat korg dpt lupakan dia dan start a new life.

Sory guys. Aku penah try and serious dats really not help kalau dah org yg korg syg tu adelah si someone dan bukan si kambing hitam ni. Dgn wat cmni korg lagi makan masa utk lupakan ex korg. But for those yg berjaya, congrats. Tp bukan aku.

Aku blaja dari pengalaman lalu. Dan bila bnde demn mcm ni jd lagi, aku tak menerima sesiapa jika hati aku belum heal. Dont waste ur tyme. Move on lah by urself. Yakin pada Allah.

Badan korg dgn org lain tp hati korg teringat org lain. Adil ke mcm tu? Itu kita namakan tak bahagia. Kalau hati korg asyik teringat kat seseorang, org tu lah yg sebenarnye plg penting bg kita. Tp dats not means it cant be replace. So make sure dah betul betul lupakan si someone, baru lah korg terima new one slowly in ur lyfe. InsyaAllah. Just sharing.

^_^

Sunday, December 16

Kursus! Ouh.

7:49:00 PM 0 Comments

On a kursus. Haaa. Best. Aku tak mengantuk. Byk sgt ilmu aku dpt ttg kekeluargaan. Byk belajar. Hukum dlm Islam.

Ade sorg pakcik ni byk tanye. Hihi. Kelakar comel je.

Sambil td tu, jiran seblah rumah aku, duduk kat sebelah mak aku dlm seminar ni. Dia crita ttg ank dia yg nak berpisah sbbnye dah x sehaluan. Anak sudah dua org. Aih.

Satu lagi kes semalam. Sedara kak ipar aku. Kawen dgn jiran sebelah rumah. Then dia ceraikan isteri dia dgn alasan isteri dia x lawa. Padehal anak dah dua. Baru skarang nak komplen bini dia x lawa. Aih?! Hari tu dia bawak tunang dia dtg rumah kak ipar aku. Calon isteri baru. Lawa ke? Ok la boleh tahan. Mcm mcm lah encik lelaki ni.

Yang sorg lagi kwn mak aku. Bz menjaga ank perempuan dgn cucunya. Sbb nye dlm proses nk cerai jugak. Katenye suaminye tu gilakan perempuan lain. Maybe kene buatan org. Mintak jauh. Nauzubillah. Tp baru-baru ni dah pegi berubat. Katanya dah semakin ok. Semoga x jd lah nk berpisah. Kesian ank-ank. Kalau tak ada anak tu lain cerita lah. Ni da ada tgjwb besar utk didik ank.

Semoga aku dipelihara dr benda-benda sebegitu. Amin.

^_^

Ini kelakar

8:30:00 AM 0 Comments

Assalammualaikumwarakhmatullahiwabarakhatuh.

Aduih. Jem betol. Bile mase tah timbul cite aku bertunangnye. Haha. Lawak betul. Aku mane bertunang. Psikologi sgt ni. Aku bz sbb hal lain. Tp kalau aku bertunang pun aku mmg tak nak bgtau org kalau boleh. Ade la nanti jodoh aku, insyaAllah. Xyah nak kepochi cume berusaha merancang. Lawak gila. Adeih.

Nak best lagi. Solat sunat istikharah yg aku buat cm xbrape siap la sbenaye. Sbb aku tertinggal nak bace doa istikharah lepas solat dan tak ikut step dia dgn betul. Next time insyaAllah aku buat lagi dgn lebih yakin. Hihi. Aku super sengal. Esok ade kursus. Tak boleh tido lambat nnt tersengguk.

^_^

Saturday, December 15

D ceremony no komen.

10:04:00 PM 0 Comments

Aduih. Penat rimas segala bagai dgn baju ala ala pengantin ni. Hahaha. Kesah lak. Ramai sedara ckp aku lawa hari ni. Hahaha. Ramai jumpa sedara belah ayah. Seronok.

Bila la aku boleh mandi ni. Td sempat berborak dgn kak ipar, mmg sah emosi psl bola. Kelakar pun ade. Boleh wat dose mencarit tau tak. Xper la. Xse rezeki Malaysia. Semoga aku murah rezeki. Cpt lah majlis kawen aku nnt. Eh? Xoxo. D. <-- tiru IstanbulAkuDatang.

Syukur dari hambaMu ini

5:03:00 AM 0 Comments

Hey. Assalammualaikumwarakhmatullahiwabarakhatuh.

Dah dua hari berturut aku buat solat sunat istikharah. Hasilnya?? Alhamdulillah. Ada feedback. Cuma masih dlm keraguan sikit. Tak pasti. Sungguh. Mmg ada terasa. Haaa. Cuma dah yakin 70% dgn petunjuk ni. InsyaAllah. Aku skarang lebih ceria nak hadapi mase depan yg dah aku pilih ni. Hihihi.

Ape petunjuk yg aku dpt? Biarlah aku je yg tahu. Tak rase nak bercerita. Cuma aku nk tgk masa depan, insyaAllah jika benar petunjuk ni, kuasa Allah maha Agung dan aku redha dengan ketentuan-Nya.

Bila kita dekat dgn Allah, aku mengaku, hati rase lebih tenang. Jiwa tak kacau, sgt kurg masalah, dan mmg nampak aku lebih ceria yg totally bukan fake. Haaa. Much better. Walaupun tak lah sepenuhnya.

Alhamdulillah. Aku sgt bersyukur.

^_^

Friday, December 14

Kesungguhan aku.

9:15:00 AM 0 Comments

Yess. Aku baru menggunakan android untuk mengupdate blog. Oho. Penuh kejakunan dengan teknologi. Minah jakun. Ye saye lah tu.

Penat sesangat sbb dr ptg td lepas setel hal. Aku mengemas almari loker aku yang sarat ngat pakaian lama.
So aku pun menghumban segala baju dr dlm loker dan bag yg tak bersentuh sejak balik dr U. Maka bermula la proses kemaskini. Service room. Hasilnya sekotak besar baju yang akan didermakan. Byk sikit la space dlm loker aku dan skrg lebih kemas. Puas hati tgk loker sniri.

Dulu masa skolah semua dok puji loker aku kemas. Skarang dah jrg betul nak update loker. Update status rajin! Hihi.

Dlm pada pss mengemas tu, mak aku ajk pulak pegi bacaan yasin kat rumaj sorang datuk ni. Pegi je lah. Bukan keluar modal pun. Dpt pahala lagi. Mmg sungguh tak rugi. Selain buat ibadat baca yasin, dapat makan lagi, dapat senaskah yasin free yg digunakan utk baca tu. Dapat pulak duit rm50. Alhamdulillah murah betul rezeki mlm ni. Semoga datuk dan datin sri sekeluarga dimurahkan rezeki.

Jadi esok pasti bz. Maka tak dptlah nak update blog esok. Nak ke Kluang ats urusan family. Hihi. Doakan semuanya lancar. Amin. ^_^

Kisah Cinta seorang Teman.

8:45:00 AM 0 Comments
Dalam tempoh aku heal ni, aku pernah tanya seorang kenalan aku. Hurm, aku gelarkan dia X la kan. Rahsia kowt. Nanti kantoi dia marah pulak.

X ni seorang kwn aku. Lelaki. Dia pernah tinggalkan awek dia sebab suka kat seorang gurl ni yang juga kawan aku dan disini aku bagi nama D.

Masa dalam kereta berdua aku pernah tanya pada X. 

"X, ko tak menyesalkan ke tinggalkan awek ko untuk D?"

X dengan cool jawab.

"Em, ntah la. Aku rasa keputusan yang aku buat ni terbaik. Aku rasa tenang sebab family aku hepi dengan D. So automatik aku pun rasa bahagia." <-- ckp.="ckp." dia="dia" div="div" kurg="kurg" lebih="lebih" mcm="mcm" ni="ni">

Ex kepada X ni agak kurang menjadi pilihan keluarga X atas sebab-sebab tertentu. Padehal X dah bercouple dengan Ex dia tu dari zaman lepas SPM. Dah hampir lima tahun diorang couple dan X dengan mudahnye tinggalkan Ex dia sebab yakin D boleh membahagiakan dia dan family X ni. 

Melalui cerita-cerita X aku memang dapat bayangkan family X syg gila kat D. Sampai desak X masuk meminang D cepat-cepat. So nampak tak, keputusan yang X ambil memang tak salah. Ex kepada X ni dulu mcm perfek lah jugak. Tapi disebabkan family, X korbankan hati dia untuk kebahagiaan yang kekal. Mcm aku, aku automatik akan bahagia jika family aku bahagia ngan pilihan aku. Itulah harapan aku. Tapi xde kaitan pun dengan keputusan yang aku buat. Hohoho.

Ade mcm-mcm lagi aku tanya X. Contohnya, "Mcm mana ko boleh gigih and yakin dengan keputusan ko ni?", "Ko bahagia tak sekarang?", "Ko tak teringatkan Ex ko tu ke?"

Semua jawapan X positif menunjukkan dia memang tak menyesal dengan keputusan yang dia buat.

Sebenarnya mula-mula aku takut jugak karma. Tahu kan? What goes around comes around. Dulu aku agk menyesal la jd perantara X dan D. Sebab aku jugak X berani tinggalkan Ex dia. Setelah aku tanya sendiri bile semua ni dah lama berlaku, aku rasa ok. Dalam kes X ni, aku rasa dia lebih mulia. Sebab dia tinggalkan Ex dia dulu adalah untuk kebahagiaan dan keselesaan keluarga dia. Dan banyak lagi yang dia pikir untuk masa depan. Tu yang dia decide keputusan yang nampak mcm bodoh pade mulanya. InsyaAllah, moga jodohnya dengan D berpanjangan. 

Lepas dengar cerita X, aku mcm, Oh my God. Aku sepatutnya lebih yakin dengan diri aku. Sedangkan X pun boleh. Aku patut lebih nekad. Ni tak. Aku selalu was-was. Aku tak yakin. Aku gagal habis dalam perang psikologi dalam pale otak aku ni. Dan sekarang aku rasa lebih yakin. Lebih nekad. Hati aku je yang kena kuat. Sentiasa yakin pada Allah. Kalau ada jodoh tak kemana. Jodoh kita telah ditentukan. Yakinlah. Tak payah nak gelabah segala bagai. Jadi aku kena hidup dengan lebih bahagia dari hari ke hari. Dan aku doakan kebahagiaan dia yang tentunya membahagiakan aku sepatutnya.

^_^

Hati yang kusakiti.

8:29:00 AM 0 Comments
Pernah tak korang rasa nak jauhkan diri dari orang tu. Tapi amat susah nk lakukan. Kdg-kdg makin kita nak jauhkan, makin dekat pulak. Sampai satu tahap aku rasa nak pindah luar negara, putuskan hubungan ngan laman sosial kecuali blog selenge ni je.

Ah ah. Sampai camtu sekali. Hahaha. Tapi aku bukan pendek akal lah. Hati yang kena cekal. Tak perlu nak buat benda tu semua. Ini kan ujian sebenarnya. Lagipun saya kuat. Aku yakin aku mampu tempuhi semua ni cuma masa je yang aku perlukan. Tak boleh nak rushing. And once aku da berjaya, kebahagiaan dan ketenangan pasti menemani. ^_^ .

Dan tadi seorang sahabat mesej aku. Sungguh, kisah aku mmg hampir sama dengan kisahnya. Dia bgtau yang dia hampir nak contact seseorang yang telah dia tinggalkan. Dia membuat keputusan utk tinggalkan selepas puas berfikir dan dia yakin dia takkan bahagia dengan lelaki tu. Menjadikan aku juga telah membuka pekung sendiri bila aku cakap kisah aku hampir dengan kisah dia. Seperti biasa aku cuba tenangkan dia walaupun aku sendiri tak tenang. Hahaha. Ayt yg sesuai boleh tahan mcm ni lah, "Kau ni cakap bajet mcm kau hebat sgt la kan." Tak adalah. Aku pun sedang cuba, dah aku harap ade org yang sama-sama mencuba bersusah payah mcm aku.

Mcm yg aku ckp, aku tinggalkan seorang lelaki. Eh, bukan tinggalkan lah, aku menjarakkan diri. Means, bukan aku tidak akan contact dia lagi. InsyaAllah, ada rezeki aku akan hadap semua ni hanya bila aku betul-betul yakin yang aku boleh bahagia tanpa dia. So dengan itu bila aku dah betul-betul bahagia dengan seseorang ni maka aku akan kembali menjadi aku yang dulu. Dan kami akan berkawan semula. Serius lah, bukan senang nak buat semua ni. Aku ambik masa bertahun memikir. Masa kami tengah rapat pun aku sentiasa berpikir, tenung muka dia dan kumpul segala kekuatan untuk membuat keputusan.

Byk benda yang memang betul-betul takleh buat aku lupakan dia. Pompuan memang lembik lah. Maaf, bukan semua tapi pompuan mcm aku ni. Hati senang cair. Selalu ikut cakap hati dan bukan otak. Tapi selalu nya sebab ikut hati yang akhirnye merana. Hati yang kau ikut sgt tu lah jugak yang merana. Aku tau ending kami akan jd mcm ni jugak at last. Jadi aku mula sedar, aku kena bertindak kalau dia yang tak buat apa-apa.  So dari menunggu dan hati makin pedih dalam senyuman, baik aku ambik keputusan ni sekarang. Dan keputusan yang aku buat ni, aku ngaku memang buat hati aku tenang dalam tangisan.

Ramai kawan-kawan aku saport keputusan aku. Kenapa? Biarlah aku dan mereka je yang tahu kenapa aku perlu buat mcm ni. Untuk kepentingan aku, dia dan semua orang. Dan aku doakan kami bahagia dengan jalan yang aku pilih. Jalan yang aku pilih? Sebenarnya jalan ni yang kami pilih dari awal. Tapi tak mampu nak buat. Alhamdulillah, berjaya pun aku buat. Sebenarnya aku mampu. Aku taklah lembik sgt. Hati aku kukuh. Memang kena selalu berpegang pada Allah untuk ubat hati ni. Aku syukur semua ni jadi sebab dengan cara ni aku boleh dekatkan diri aku dengan Allah. Kalau tak aku memang lalai.

^_^

Thursday, December 13

Pilihan yang ku pilih.

10:04:00 AM 0 Comments
Kadang-kadang aku sedih ngan diri sniri. Org ckp mcm ape tuh, "Cakap tak serupa bikin". Ni aku tengah bikin kan la seperti yang aku cakap. Aku takmau jilat ludah sniri kalau boleh. Tapi kdg-kdg kita mmg tak sedar kita sedang menjilat ludah sndiri. Eh ape aku mengarut ni. Jiwa tengah kacau.

Aku dah membuat pilihan dan aku takmau patah balik. No way of turning back! Look forward. Pilihan yang dibuat adelah yang terbaik untuk kebahagiaan semua. Dan tentunya kebahagiaan diri sendiri. Sebelum ni pun perasaan nya sama, senyuman dan keriangan je yang menutup kesedihan. Sekarang pun mcm tu. Cuma keadaan yang berubah sikit. Bahagia dalam tangisan. Sesuai betul lagu ni utk aku. Tp aku tak suka sgt lagu ni. Ade kaitan pun.

Cerita dia mcm korang ade pilihan, tapi korang sukar nak memilih. Sedangkan sebenarnya pilihan tu tak ada. Ada satu pilihan je. Tapi yang bukan pilihan tu la yang korang nak. Dah ckp cm psiko lagi ke? Mungkin kot. Ape ayt aku ni. Hahaha.

Senang cita macam korang dah menerima orang lain dalam hidup tapi hati korang masih kat org lain. Ape cerita? Adekah itu dinamakan kecurangan hati? Ade ke mcm tu? Tapi xpe lah kan, masa menentukan semua. Org kata jodoh yang direstui keluarga insyaAllah akan berkekalan. Wallahu 'alam. Itu semua kuasa Allah dan kita kan hanya merancang. Jadi setiap hari la berdoa supaya kita dapat menyayangi jodoh kita sepenuh hati. Tak kira la siapa pun jodoh kita. Adekah orang yang telah kita rancang masa depan kita dengannya ataupun dengan unexpected people.

Hurm. Aku baru berjinak membuat solat sunat istikharah. Tetiba terbuka hati nak buat solat sunat istikharah. Sebab runsing kot. Sebelum ni aku memang taknak buat. Sebab aku takut dengan ape yang akan aku dapat jika kuasa Allah memberikan aku petunjuk dan lagi aku tau aku ni hamba yang sangat lalai, sedangkan yang wajib pun masih terabai, inikan pulak nk mintak petunjuk.

Tapi seorang hamba Allah yang baru aku kenali dlm masa sehari ini memberikan aku nasihat, jika Allah nak berikan petunjuk, hanya Dia yang berkuasa memilih hambanya. Jadi kita sebagai hamba sepatutnya ada inisiatif. Tak semestinya yang warak tu selalu mendapat petunjuk-Nya. Tu yang aku tetiba buat. Dah 2 3 org jugak la sarankan aku buat solat sunat istikharah ni. And finally, aku pun mencuba. Hasil yang kemungkinan kita terima tidak semestinya melalui mimpi, ini mcm yg kawan aku bgtahu la. Kdg-kdg melalui naluri hati yang kuat kepada petunjuk yang Allah beri. Dan apa juga cara yang diredhai-Nya. Ntah la. Sekalipun petunjuk tu yang aku terima, mungkin aku diam-diam je. Dan ikut apa yang dirancang. Kalau betul jodoh tak kemana la kan. Aku buat ni sekadar untuk menenangkan hati je. Perancangan tetap akan diteruskan dengan usaha yang gigih tak kira ape juge hasilnya!

^_^

Lagu yang tamat.

4:12:00 AM 0 Comments
Serius. Sangat lama tak update blog. Dah taktau ape perasaannnye cmne mengupdate blog ni.
Rasa sedih tu masih ada lagi dengan pemergian ayah. Cuma sekarang aku lebih menerima kenyataan. Hidup dengan bergelar anak yatim. Ye lah, aku tau lah aku dah berumur 23 pun, tapi umur aku 35 sekalipun, aku masih berharap aku hidup dengan membahagiakan ayah aku. Sobs. Dah mula la nak bergenang air mata ni.

So perjalanan hidup aku seperti biasa. Hari-hari yang membosankan sebagai seorang penganggur terhormat. Tanam anggur? Anggur pun takmau hidup kalau aku tanam. Mudahan aku tanam benih dalam rahim nanti boleh la membesar dengan jayanya sebagai baby.

Sejak akhir-akhir ni aku mengaku kepale otak aku cam kekacauan sikit. Sikit ke? Banyak jugaklah. Eh, bukan setakat kepala yang kacau. Hati pun emotional. Datang bulan pun cam dah mereng-mereng jugak.

Setiap hari aku, ye, hampir setiap hari aku akan memikirkan adekah betul keputusan yang aku ambil ni. Melepaskan sesuatu yang bukan milik aku. Dah bukan milik aku, adekah sesuai menggunakan ayat melepaskan tu? Lebih kepada aku melepaskan beban kat hati aku ni rasanya. Perit, seksa, pedih yang aku rasa, sesungguhnya Allah je yang tau mcm mana aku tanggung semua ni dengan senyuman. Memang aku berkira-kira nak berceloteh kat blog karat ni, tapi baru hari ni ada kekuatan nak mengenang semua tu seorang diri.

Kenapa pedih perit segala bagai? Pernah tak korang sayang sesuatu barang? Tapi barang tu bukanlah milik korang. Korang just pinjam je. Tapi korang sayang sgt barang tu sebab selesa menggunakannya, dan barang tu banyak berjasa pada korang. Tapi at last suatu masa akan tiba masanya korang pulangkan barang tu kepada tuan yang asal. Sebab tuan tu lebih memerlukan barang tu. Dan tentunya dia sayangkan sesuatu yg korang pun dah rasa berharga, inikan pulak tuannya. Perasaan untuk memulangkan tu bukan mudah. Sbb barang yang korang pinjam tu limited edition, satu dalam seribu. Mana nak cari?  Dan bukan pedih mcm tu yang aku rasa sebab ianya perit lagi.

Aku tau aku takkan jumpa yang sama, tapi insyaAllah, jika Allah benarkan, Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari barang yang kita pinjam. Dan dengan rezeki yang Dia limpahkan, barang itulah milik kita. Tak perlu kita menebalkan muka meminjam lagi. Sungguh, malu kan meminjam barang orang lain untuk keselesaan diri kita sedangkan barang itu sndiri diperlukan oleh tuannya. Maka tak perlulah meminjam terlalu lama.


Setiap hari selepas solat aku tak pernah lepas berdoa. Jika benar sesuatu itu milik aku, maka dekatkanlah aku dengannya dan jika ia bukan milik aku, maka jauhkanlah aku dengannya. Dan aku berharap semoga Allah memperkenankan doa hamba-Nya ini yang sering lalai dengan duniawi. Semoga Allah temukan aku dengan seseorang yang boleh membimbing diri aku.

Aku cuba mencari kebahagiaan setiap hari dengan susah payah, memang sungguh aku berusaha. Alhamdulillah. Sejak akhir-akhir ni aku semakin tenang. Cuma kadang-kadang tak dapat nak elak. Tapi inilah ujian. Ujian hati. Dan disinilah kesabaran aku betul-betul diuji. Tapi aku kan manusia biasa. Aku masih belum berusaha bersungguh-sungguh. Dan aku ada terasa aku sedikit gagal kadang-kadang. Hurmm. Biarlah masa yang menentukan. Allah itu maha Adil.

^_^


Sunday, November 4

hurm.

10:18:00 AM 2 Comments
camne nak tido... kalau dah pejam mata pun air mata mengalir je cam sungai. erm. dah mula la kan. nak meratap cm gile. dtg la sakit gile ni. asal baring je, teringat, mengalir mata ni...then rasa mcm dah giler..tp waras lagi la... erm... ni kalau g kubur ayh ni mau aku meratap kat sane xmo balik.. rinduuuu sgt sgt.... xtau nk ckp cmne.. kalau la ayh ade lagi... kan ke bagus... rase mcm nk tuka dgn ape ape... mne kite bole tuka nyawa kn... ermm... kdg kdg aku rasa oke.. kdg kdg tak... sedih cmni... aku harap masa bole la rawat luka hati ni... semoga Allah kurniakan seseorang yg bole jd mcm ayah ... hurmmmm.. ntah la.... dah xtau nk ckp ape.. blur... aku cume nk cko... saat ni...aku sgt sgt rindu ayah... x sangke ayh dah xde.... rase mcm mimpi je saat saat tanpa ayah ni..aku nk try tido la... mungkin bole... aku igt aku main game bole la kurangkan sakit gile ni... xleh pulih sepenuhnya upenye....

Wednesday, September 12

Bosan.

12:29:00 AM 0 Comments
Assalammualaikum~

Dah lama tak menulis. disebabkan mOod yg suke swing cam bebola ikan dalam steamboat. Then, malas pulak nak menaip kisah hidup sendiri yang semakin membosankan tanpa kawan2 kuliah.

Kawan2 ramai yang dah kawen, junior pun sama. Ramai jugak yang dah bersalin anak sulung. Sedangkan lelaki 1st yang aku ushar giler dulu pun dah kawen and isteri dia mengandung 4 bulan. Alhamdulillah, aku hepi dgr cerita dia. Dia dah banyak ajar aku pasal sayang, suka, bertepuk sebelah tangan dan soal hati suatu mase dulu. Dari cerita dia, ternyata dia hepi sekarang and of course la aku hepi untuk orang yang pernah aku suka. Kalau bole nanti nak jumpa anak sulung dia tapi jauh pulak beliau.

Heee. Tak sangka, dah 6 tahun semua tu berlalu, org yang aku suka pun dah kawen. Kawan2 aku semua dah matang. Ade yang dah ade anak, ade yang dah kerja, dah kawen. Macam2. Tu semua aku tengok dr FB la kan. Dari ayah aku masih hidup sampailah ayah aku dah kembali ke rahmatullah. Semua dah banyak berubah. Tu jugak la yang akan jadi kat kawan2 kuliah aku. Lepas ni, conferm. Masing2 mesti ade perubahan. Rasa tak sabar nak kenang balik zaman2 belajar dengan kawan2 nanti. Hihihi.


Saturday, July 21

Dan lagi...

12:19:00 PM 0 Comments
Assalammualaikum.. Salam Ramadhan.. =)

Hm...
tak de ape pun aku nak cite..cm biase..blOg ni da jadi tempat aku nak meratap kan...
aku tak bOle tido. dah sejam gOlek2. cmni la. termenung. terkebil. berfikir. fikir mase depan xpe, ini fikir mase silam. nOt good.

Hari2 terbayang kenangan dengan ayah. pastu mule la air mate ni laju je turun. cm air terjun. nanges la kau ain. bukan dpt pulangkan ayah pun. masalahnye, bile aku tau, still aku x bole terima.

ptg tadi gi pusara ayah ngan achik. achik tanam pOkok. kat bahagian kepala kubur. acik ckp, air dr akar pOkok bagus untuk rOh ayah. =) semoge roh ayah tenang. separuh nyawa gak la tahan air mata depan abg aku. memang name aku nak nanges depan abg aku, tidak la kan. sambil2 abg aku tanam pOkok, aku sedekah la Yasiin untuk arwah ayah.

kenapa la hidup aku mcm ni. selalu bile aku nanges, aku mst pikir, ayah aku dah tak de. aku dah x dpt tgk muke ayah lagi. xde da. seksa la berpisah nyawa cmni. biar la aku dpt tengok muke ayah, walopon nak kate ayah dah x kenal aku lagi. dapat tgk dr jauh pun xpe la. xnak ckp ngn aku pun xpe. xknl aku lagi pun xpe, xnak tgk aku pun xpe, nk benci aku pun xpe, janji ade. asalkn dpt tgk ayh aku bahagia. agaknye cmni la kan.

biar org yg kite sayang ade depan mata, asalkan dia bahagia. aku tak kesah. aku da paham maksud ayt cmni. lebih baik dia ade, bahagia walopon bukan dgn kite. tapi, ni dah xde depan mata. mane nak cari? mane la aku x merana. dua dunia yang berbeza. nak tgk pon x dpt. kalau ade lagi dlm dunia, paling kurang aku bole curi2 tengok. ni mane nk curi tgk kalau dah dunia lain2.

cukup lah. cukup2 lah rase cmni. perit betul la. aku x pernah rase merana seperit ni. aku x pernah menanges tak berhenti selama ni. 3 bulan lebeh. duk asrama, malam2 menanges bile teringat, dtg la gile, rase nak tido dlm kereta. balik rumah, ye, sume ade bayang2 ayah. sume nye berkait. lepas tu da la susah nak tido malam. lepas tu nanges. susah nak berhenti. nk sorok air mate dr mak, paling susah. bengkak le mate esok ni. lantak la kan. janji aku lega. seksa nye alahai hati ni. ase cm dah berkecai. bile nk heal wahai hati. aku tatau brape lame lagi aku jd cmni. mungkin bertahun.

putus cinta pon x camni la kot. putus cinta, bole la ko tengok org yg ko syg tu bahagia. xpe, kalau bukan ngn ko pon xpe, kalo ko syg dia, janji dia bahagia, ko hepi. itu yg aku rase. janji ko nampak lagi la dia. org yg ko syg. melainkan, org yg ko syg tu, dah xde lagi kat dunia ni. ok, kalau jadi cmni, aku paham cmne. memang harus la ko merana berbulan. susah nak hadap. mmg betul la filem pierre andre, "aku, kau dan dia" pompuan tu naik gila cmtu. tunang dia meninnggal eksiden. depan mate lagi. mane la pompuan tu bertahun x heal. kalau aku pon, damn la. mmg rase nak mati dah. serius nye tak bole terima. susah nak bernafas.


ye ye. aku tau. ni ayah. korg msti ckp lain. tapi ayah la satu2 nye lelaki yg aku syg sepenuh hati. xde lelaki lain kat dunia ni aku sayang cmni la. sebab? ayah syg aku sgt2. da byk berkorban utk aku. aku ade berkorban ape? ape je. haizzz. nanges lagi aku bile pk. x sempat. em. ayah x penah ckp dia syg aku. serius x pernah. manje2 ke ape, mmg tak pernah. tp dari ape yg ayah buat untuk aku, membuktikan dia sgt syg aku. yap. bagi aku, syg bukan dgn kata2. kata2 x membuktikan syg korg tu sume. sbb tu aku ckp, ayah la satu2 nye lelaki paling aku syg dlm dunia. xde lelaki lain dah. kalau ade, biar la dia jadi lelaki terakhir yg aku sayang sepenuh jiwa, suami aku.

cukup la kan. sambung2 la esok layan perasaan ni. kejap lagi nak sahur. haiz. tahun ni, family aku memang tak beraya sgt la. memang tak. sniri paham. xde rase sgt pun. daa~

Thursday, July 19

Last memOri in UTM.

8:32:00 AM 0 Comments
Aku tatau la nak letak ape. hmm. kebetulan ternampak gambar2 nie. aku tak bole nak let go lagi la zaman U aku. stil dlm mOod terkejut. tak bole terime sgt kenyataan life aku akan berubah. sebab tu aku asek mengenang je bile bosan2. take time maybe.

Gambar2 ni, aku amik mase saat2
terakhir nak berpisah dgn kwn2 aku tersayang.
kebetulan ade lagi yg stay, lmbt balik sbb siapkan thesis.
so kami2 nie pun bergumbira, spend time for da last moment together
kitorg sebagai student degree UTM. ini je la kenangan yang mampu
kitorang jadikan memori untuk 10 tahun akn datang.
nanti, aku wajib cerita pasal korang..dekat keturunan aku.. ^__^ betul taw.

mase ni, sedih sgt. nak bereenggang dengan korang.
tak ade lagi la org nak mesej aku, "ain..ko ade bilik tak?", "ain, ko makan mane malam ni?", "ain..dah siap assigment?", ain itu, ain ini. tak ade daaaa.............. aku takkan dpt mesej2 mcm tu lagi da....

ape yg aku rase ngn korang..sumenye bahagia.. serius aku happy dengan korang..mase2 aku sedih2, korang la yg tukang hepi kan aku..kasi aku gelak..masalah pun lupe.. bnde2 yg runsing pun aku bole tak ingat bile dengan korang.. lepas ni kalau aku sedih, korang kat mane mase tu?


nie tangan aku dengan sape ye? aku pun da lupe. alia rasenye. =)



ini la kwn2 aku. teh, sha, nadia dan eya. aih. rindu senyuman menawan korang. dulu dah terbiase tengok, x peduli pun. skrg dah rindu.

Alia dan fiza. hahaha. kuat karok ni wei.

mamat poyOs ni, iqbal la. sape ag. bajet hot amek gamba org. zzZz. mls nk ckp.

gamba ni smart. hahahaha. bajet la kalau ko bace pompuan gile.

nk kemek muke sha, tp x jd sgt.




nadia dan eya. kitorg mase ni tggu korum2 nak bergamba. so, aku pon snap2 la pakai fon aku. maap le, bukan dslr nk lawa sgt gamba ni. =) oke la bole tgk.

tOoo diaaaaa~ anip dan pian. pian = eyan. gabungan eya dan pian. hahaha. anip lak control machO. puii la. muke comel xyah nak macho.

peghh. ni dia. bole wat cover album. apis. hihi. ketibaan dinantikan. baru nampak batang idung apis hujung sem ni. kalau tak memerap je kat bilik wat hal dia.
semangat beliau bergambor.

Azri dan mirul. azri la tukang organize dinner kitorg. smgt sgt dia. hihihi. mirul lak jurugambar. owner dslr yg dok snap gamba kitorg. hahaha. poyo mirul ni. kenali le beliau.

hahaha. dorg dtg naik moto. smgt nie. tggu korum ramai sket. sengeh la kau mirul.

ihihihi. ini namenye, muke menunggu.

ini kwn2 sengal yg best. psiko juge. =.="

muke sha. hihi. u so comel dear.

penyek sha. jadi la kau ayam penyet! pOooff!!

ye. azri pon kne. ikot suke aku je kn. haha. bior la. sesuke.

muke minah ni pon aku buat. hahaha. Olololor. senget lak. leher terseliuh ye bro? sian.

Teh pon aku penyek. hahaha. tp x jadik sgt lak. lantak la. =P


hOo.. ini je la yg aku ade... nak upload gamba dr dslr. besa lak la dia nye memori. hadui. x mampu beta nak tggu. :P

siyes dan sangat siyes. aku miss korg damn damn damn mush! kwn2 ku yg sangat sempoi. kaki enjoy dan aku syg korg.

Sunday, July 15

So Long my memOries. Air Papan tO remember.

9:35:00 AM 4 Comments
Aku tatau kenape aku tergerak nak upload gambar2 nie dlm belOg aku. sebab aku bosan, mungkin. tapi lebih kepada, aku harap aku takkan lupekan antara kenangan paling best dlm hidup aku dengan kwn2 sekelas aku yg super sempoi. aku rindu korg sgt2. rase terharu aku dapat hepi2 dengan korg. rase enjoy dengan korg. rase mcm family. =')

So lepas ni aku akan jumpe orang2 baru, akn jadi kwn2 baru aku. tapi korang mmg da best. 4 tahun dgn korg, susah aku nak lupekan. untuk make sure aku x lupe, selagi aku masih ingat, aku letak dlm belog aku nie sementara ingatan aku masih fresh pade korang. okayh! start!


ini hari last day kitorang. mase ni dah otw nak balik UTM. aku pun dah lupe brape kereta yang pegi mase ni. ade kereta JLU iqbal, JMH eya, BKR mirul, PGH syam, WLB mizi and ade lagi rasenye maybe aku tak ingat sgt. maap. ingatan aku x kuat sbb tu aku simpan.

So taiko ni name dia mizi. Tarmizi Azmi. dia ni best student dlm kelas kitorang selain Keon. pointer dia mmg da approximate 4flat la. mase ni keOn tak follOw. Dira je pegi. (owkeyh, dira adelah awek keOn untuk pengetahuan kOrang)

Ini geng huru hara. Psiko. memang tatau nak komen ape. sniri je paham betapa gilernye diOrg nie.


mase ni malam kitOrg kat sane. 2 hari satu malam je pun. lepas BBQ, sume buat unggun api tepi pantai, santai2. tido pukul 4 pagi rasenye. mcm hape je la. jurukamera dia mase ni Amirul Hisham yg setting. ape dia buat tah gamba jadi cmni.


we r the sengal grOup! hahaha. yep. mase ni makan2. pegh. sambil makan berborak la. memang kenyang gile. ayam bakar mcm nak buat kenduri doa selamat satu kampung. tak habes! Shira, Sasa, Sha, Nadia, Aku, Azpa and Dira memang kamceng. haih. kaki enjOy.


ye. kwn2. ini namanye Azfar Amira. dia memang suke seluar bunga2 tu. fevret katenye. jajan tuh memang byk la tak habes. Azfar ni antara yg rapat ngan aku. seronok. Dia kalau dengan Sasa memang xleh benti bercakap. itu adelah normal.


ini geng2 yg mencekik tak hengat dunia. sampai da mengah perot lah.


name beliau Liyana Husin. we cal her Cik Non! panggilan dia Noni sebenarnye. tp paham2 la. lame2 jd Cik Non, terima je la Noni ye. da melekat name glamer tu. dia suke gelak tak brenti. kalau dia nak cite pasal ape dia gelak, dia makin gelak, okeyh, itu benda biase. tggu la sampai dia berenti gelak. hehehe.


mase ni Si Iqbal Rafei baru je simbah air kat Dira. muke dira nampak hepi kne simbah walopon mule2 dia terpekik dgn hemo2. hahaha. selamber. kitorg memang rapat. keon xde pulak mase ni. haih!


mase ni main UNO! hah! terbaik. Dal bawak kad UNO tuh. memang best! main cm gile. ade yg baru belajar main, ade yg dah pro. lawak pulak. main dengan penuh emosi nye. pastu mule la hasad dengki. hehe. memain je pun.


encik Amirul Hisham tekun sebab nak menang. muke nak pOyO kan. chaiht!


Syam, Pian (mane tah eya, alone plak), Fadzrizal Dolmat a.k.a Achong dan Shira. snap gamba je la keje. Shira ngan Acong ni memang kaki bergambar. dOrg ni kapel tp xnak ngaku! dem lah. Shira rajin study. sejak bersama Shira, Achong gegiler nye study maka result pun makin mantap. untung lah. =) ini yg kite mau!

mase ni diorg main game macam2, kitOrg satu grOup kat tempat lain pulak main UNO. gerak sniri2. hahaha. enjoy je suke2 hati.


nampak tak? nampak tak? ngah bakar ayam pon memang senang je nak bergambar. so inilah kami dulu. mane2 ade kamera memang, pegh! laju jekk. sejak bile tah la jadi giler kamera. maybe sejak Mirul beli DSLR la kan. dia pon rajin amek gambar. nice. Thankz Mirul! =)


ini pasangan bahagia Pian dan Eya. aku kompius sejak bile diOrg berkapel smpai sekarang. masih belum diketahui. diorg ni pendiam sikit. perahsia jugak. kalo tanye bukan jawab bebetol. memain je. selalu berkepit, study same. haih. suweet! bile la korg nak kawen. Owh. Pian memiliki kereta kancil BGR. maka eya own a car Myvi JMH. So selalu la BerGeR rindukan JeMaH.

mase ni eya ngan pian tak reti sgt main uno. diorg ni dengki mendengki. kelakar pun ade. =P asek bahan sape yang lambat ckp UNO bile dah last card.


owkeyh. ini group yang pOyos. asenye dorg menang kowt? aku tak hengat. hahaha.


petang lepas sampai tu kitOrg main galah panjang. nie 1st day. =) memang emosi main, terpekik dengan beria. rindu nye saat tu. hmm.


kitOrg main kalah mati tak silap aku. Owkeyh, ni muke aku. next!


mase 1st day nie, kitorg lunch kat KFC. weee. sedap2. berebut, kecoh. bising satu KFC. org KFC tu pening agaknye menerime kitorg ni. haih. indah saat nie. bile tgk gambar ni, pejam mate, dan bayangkan saat tu, rase cm nak nanges lak.


the happy we all. depan chalet. mase nie nak pegi mandi kot. b4 terjun ke kolam renang. hahaha~


mase baru2 sampai terus gi umah ijat. siapkan ayam2 yg nak peram. malam tu nak bakar kat tepi pantai. mule la diorg ni menyiang ayam. siapkan ape2 yang ade.

aku ngan eya tak reti potong ayam! hahaha. so kitorg amek job lain. iaitu kupas bawang dan lelain~ loser? watever. aku kesah ape. =P


Ouh ye. mase ni Mirul baru lepas eksiden, abes la BKR dia kemek kat depan. dOk sebok tgk Acong ckp adik dia mancing kat situ..situ..last2 sondol la renjer depan. haih. sedeh betul beliau. sambil siang ayam sambil report kt kwn2. Ololor, manjenye Mirul oi.


Owkeyh, ini bole buat calOn suami. name beliau Anip Arun. aku panggil dia Aneh. beliau Romate Iqbal. Iqbal kitorg panggil Peah atau Pekk! hahaha. Anip ni hot. ramai gegurl jatuh hati kat beliau. leh ckp cm dia ni player la. so hati2. :) x lame lagi kawen le dia ni.


mase ni baru gerak nak pegi Air Papan la. pagi2 lagi da breakfast kat McD. ambOi. lazat gitu. setiap org dikenakan bayaran RM100. pagi mcD, tgh ari KFC, malam BBQ. nampak tak kemewahannye? hahaha. mase ni terbahagi kepada 2 trip. trip budak yang tak IVAT dan trip bebudak IVAT. maklum la. kitorg dah lain2 subjek sikit last sem ni. So, bebudak IVAT ade kelas. buat pun dah hari Khamis Jumaat. sah2 ade kelas. yang tak IVAT ni gerak dulu. so ini la trip2 bebudak tak IVAT. hahaha.

muke nak bangge la kan bergambar dlm mcD~


So ini saje lah tatapan yang aku leh ingat. itupun byk gak dah lupe. =) sorie la. kalau salah ke korg betul2kan kasi aku ingat.

gambar2 ni aku ciplak dari FB Iqbal. dia je tukang upload gamba yg rajen. aku nak upload dr file aku, tapi gamba dia besa gile! lemmmm sgt. x tahan lah aku nak tggu. Credit to Iqbal Rafei la ye.

pape pun kwn2, aku syg korg. aku tak leh lupe bebudak kelas SEE 2 yg sgt super spOrting dan sempOi. aku igt korg sampai bile2. aku tau sebab lepas ni kite dah susah nak kumpul lagi, lepak same2. semua tu boleh buat tapi mesty sgt susah. xpe la, ade ingatan pasal korg pon dah cukup. ^_^ aku dah pun rindu korg padehal baru 2 minggu berpisah. Love u all.


with Love,
Ain.



Follow Me @farahinesa